Wednesday, January 20, 2010

Warded

My dear daughter was warded last Thursday at Pusrawi. Pagi Khamis tu aku memang cuti coz ada appointment dengan speech therapist, Tengku Hanim.

Pagi tu time aku buat breakfast, Aqeelah ok aje. Tiba-tiba dia muntah dalam walker. Banyak jugak. Aku ingat dia muntah punca dari batuk (maybe gatal tekak ke apa ke). Kemudian dalam 30 minutes lepas tu dia muntah lagi. Mula aku rasa ada yang tak kena ni... tapi Aqeelah still ok. Dia budak baik tak meragam, tak demam. Lepas mandikan dan tukar baju, dia muntah lagi. En.Suami kerja hari tu (aku pegi appointment dengan my beloved aunty), before pagi kerja dia pesan abis appointment pegi klinik. Aku pun iyekan ajelah. Lepas tu Aqeelah sambung main-main macam biasa. Dia still aktif, aku bagilah dia nenen, minum air kosong dan makan roti.

Aunty aku sampai bawak roti telur, roti canai, cekodok & karipap. Appointment kul 11.30am kat Pusat Tutur, so kami makan kat rumah dulu lah. Aqeelah pun lapar sebab muntah-muntah tadi, dia makan roti canai yang Opah Yang dia suapkan. Kemudian sementara tunggu aku siap dia muntah lagi.

Lepas tu dia ok aje...sampai kat tempat appointment Aqeelah berapa nak berinteraksi dengan teacher (aku dengar Ms. Hanim bahasakan diri dia teacher). Mungkin dia dah keletihan kut, Ms. Hanim adalah menerangkan sedikit sebanyak prosedur untuk dapatkan cochlear implant sambil aunty aku melayan Aqeelah.

Kemudian time session Aqeelah dengan teacher, tiba-tiba dia muntah lagik. Nasib baik sikit aje, kena karpet bilik teacher huhuhu. Sorry Ms. Hanim :-D

Kul 12.30pm habis session kami singgah KLCC dulu, ingat nak pi PUSRAWI jumpa Doc.Ruzini tapi since her clinic start after 2pm & klinik dia kat Jln Ipoh tu pun dah habis time kami pun merayap lah dulu. Pi ToysR'us ingat nak belikan Aqeelah some interactive toys. Tapi cam biasalah, bila dah tengok baaaaaanyaaakkk sangat toys mata aku pulak yang rambang. Jadi tak beli satu apa pun. Aqeelah masih tak demam dan tak meragam. Makan apa sahaja yang diberi dan minum cam biasa aje. Lunch kat Manhattan Fishmarket, untuk Aqeelah aku pesan mushroom soup. Tengah syok-syok makan, dia muntah lagi. Since jam pun dah dekat pukul 2, lepas cuci & tukar baju trus zas ke PUSRAWI.

Tak buat appointment pun, tapi agaknya sebab Aqeelah muntah2 dia bagi jumpa doc cepat tak tunggu lama pun. Doc cek dan bagitahu Aqeelah kena admitted, nampak lemah walaupun dia tak demam dan tak meragam. Aqeelah ok aje masa doktor cucuk vein untuk ambik darah dan masuk jarum untuk tube air. Nangis sekejap pas tu terus diam (good girl!!)

Kitaorang diberi bilik katil ber4, tapi sebab takde yang kosong kami ditempatkan sementara kat bilik Deluxe. Bilik ni besar lagi dari bilik single aku dulu, bezanya cuma dia ada 2 sofa dan 1 baby kot. Lepas pikir2 aku rasa malas nak tukar bilik. Pi kaunter depan dan mintak ambik terus bilik Deluxe. Hehehe biarlah company yang bayar kan!! Lagipun senang En. Suami pun bleh tidur kat sini jugak. Aku suruh En. Suami bawak toto untuk dia tido, aku & Aqeelah tido atas katil. Baby kot tu cuma pakai time aku solat (sebab aku sorang je jaga anak, takut dia terjun dari katil pulok) dan ke toilet ajer. Malam tu baru Aqeelah demam. Pagi Jumaat baru Aqeelah ceri beri. Tapi seharian tu cuma 2x aje. Kiranya Aqeelah tak teruk, cuma kena masuk air ajelah.

Hari Sabtu pukul 4.30pm Aqeelah discharge...on the way back kami singgah makan kat PappaRich (heheh boleh tak?) Aku order mee kari (ok), En. Suami makan char kuey teow (kureng, sedap lagi BB Ampang punye) & untuk Aqeelah aku order Roti Kukus susu (yummeh). Kopi Ais memang best.

Aku pelik tengok anak aku nih, walaupun warded tapi dia cam takde apa-apa je. Cumanya makan tak berapa selera. Tapi now Alhamdulillah Aqeelah dah sembuh.





note noti: TQ Kiot sebab melawat kami anak belanak, TQ to all fwenz for ur 'doa'.

4 comments:

lia said...

aqeelah da ok yer?susah hati la, skng mcm musim budak xsehat....

syok nyer dok bilik besar.... kira ok la opis ko, besar gak amount utk satu family.... ada medical card, ciput jer amount so xpsl2 ada yg kena bayar bil yg da terlebey,....

Anonymous said...

alhamdulillah masih ceria walaupun sakit. harap2 pasni takde lg kena warded. bukan sebab kesian kat anak aje..kesian kat mak dia..mesti mak dia letih risau.

My_Aqeelah said...

lia->da ok! alhamdulillah. sbenarnya company cover up to RM160 jek kalo warded. so belen hang bayo sendri lar. tapi dia tak mintak RM on the spot, nnt HR will minus from salary by monthly. sebab pakai nama en.suami so tak pela..hehehe

mama-miya->hahah letih risau dan letih tgk tv, asyik terbaring aje (sib baik doc tak confuse which one is the patient :P). nak pi toilet pun susah sebab saya sorg jer duk tgu anak. kang tergolek ke bawah katil time dia tidor susah pulak. jawabnya nak mandi tunggu petang/ bila en.suami datang.

My_Aqeelah said...

haah laa ramai budak sakit skang ni.