Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Kimora & PISA?



Sape pernah tengok Kimora : Life in The Fab Lane? Aku dulu memang suka siri ni. Tapi En Suami tak suka. So bila dia ada memang la aku tak boleh tengok.

Aku suka sangat tengok reality show nieh, tapi bukan lah yang macam AF or AI tu (paling kuat pun aku tengok Mentor jek, sebab Joe Flizzow punya student tu sore sedap) aku cuma tengok cam Gulianna & Bill dan Keeping Up With The Kardashians. Bukan apanya, best la tengok telatah diaorang. Semua cam berlagak diva jek, walaupun rasa cam 'eh iye ke ni' dan semua benda yang berlaku macam di'exaggerate'kan tapi itulah rasa kelakar je setiap kali tengok. Tapi En Suami kata rancangan ni semua cam tipu je. Semua jalan cerita cam dah di plan dan dibuat-buat macam tengok WWF la. So daripada aku dok dengar dia membebel tak tentu arah, maka aku pun tukar le channel Ceria.
Tapi semalam entah angin apa, aku bukak jugak tengok Kimora LITFL. Lagipun En Suami sibuk main computer games, jadi dia pun tak perasan aku tengah tengok cerita apa heehehe.

Kalo korang nak tengok sape Kimora ni bleh google kat sini. Oh ok..sebenarnya aku nak citer benda ni...semalam ada satu babak tu Kimora & whole family nak shoot photo for a magazine. Since she's having a new baby boy. Apa yang bestnya....dia pun pam susu gak!! And she's using PISA (aku rasalah, by looking at her pump breastshields head sets.) Aku tak sure berapa umur baby dia ni masa rakaman ni dibuat, tapi she's pumping setiap sejam sekali. Aku tengok ada sekali tu dia nak pas susu dia to her PA, adalah dalam 2oz-3oz per bottle. Kira meriah gak la susu dia.

Photobucket
Memang dah aku tahu ramai celeb yang bf kan baby. Mostly yang aku dengar citer pun artis Barat, cam Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie. Artis Malaysia pun ada juga cam Salina Saibi, Wardina...err itu ajela yang aku tahu. Tapi aku pelik lah...Kenapa tak ramai orang kita ni nak ikut macam diaorang ni, macam artis-artis ni? Benda lain elok aje follow, tapi tang perkara nan satu ni tak ramai pulak yang nak follow ye?? KENAPA??

Gatal...

Eh gatal tak kalo aku katakan kat sini aku rasa aku nak beli PISA :D
Kalo En Suami baca ni mesti dia marah hhehehe. Yelah mengada, dah tak pam susu tapi nak beli pam baru. Aku kan dah ada FS tapi gatal la pulak rasa nak amik PISA sebab tengok cam best aje.
FS aku tu dah mengong skit, nak kena servis kut. Tapi sebab aku malas nak contact Aja nak minta dia check so aku abaikan ajela. Tapi buat masa ni ada officemate aku pinjam coz dia ada kelas malam nak bawak S3 dia pulak beratttt, so daripada terbiar berhabuk baik aku bagi orang guna. Alhamdulillah dia kata dia set 10 minit each time pumping dan akan dapat dalam 4oz. Best je aku dengar. Tapi dia kata ok jek dia guna FS aku tu takde prob pun...hmmm maybe sebab aku ganas sangat kut..hehehe.
Tengok orang pam susu rasa cam nak mengandung lagi jek....tapi selagi Aqeelah tak settle lagi selagi tu lah aku tak bleh produktif. Ini aku dah set kan dalam otak aku. Aku tak nak dia terabai kalo aku dapat baby baru nanti.

Hmm nak beli ke idak...nak beli ke idak....
Ah tak payah lah. Tunggu la nanti kalo termengandung... dan termengidam ke hehehe aku sambar lah.

Friday, January 22, 2010

Pagi Ini...

Hari ni aku sampai lambat ke ofis gara-gara en.suami tertinggal beg kat rumah, tak pasal-pasal kena patah balik ambik. Nasib baik baru suku perjalanan, kalau dah sampai Sentul baru sedar tak ke haru!!!!
Tadi naik lif tak penuh sangat, tapi semua dalam lif tu orang lelaki. aku mmg taruk breastpump aku kat poket tepi beg sebab tak mau dia terhentak dengan barang-barang lain kat dalam beg. Pump ni dah bengong sikit, kalau terhentak atau salah tekan button nanti bateri dia longgar. Lepas tu kena charge semula....tensi tensi. Tiba-tiba ada sorang lelaki tu tanya aku:

Lelaki itu: Excuse me, may I know what is this thing? (sambel tunjuk kat breastpump aku, erk apa aku nak jawab nieh)
Aku: mm...pump
Lelaki itu: ??
Aku: breastpump...for pump milk.
Lelaki itu: Oh hehehe I thought bla bla (ntah apa dia mumble, lepas tu aku rasa dia segan kut bila aku mention breastpump)...so u just got a baby.
Aku: Hehehe not really, she's already 1 year old plus.
Lelaki itu: Well congratulations (pas tu dia keluar lif, kebetulan lak dah sampai kat floor dia kan.)
Lelaki 2: Oh pam kat ofis ye.(eh ada orang lagi dalam lif ni rupanya...)
Aku: (angguk)
Lelaki 2: Lepas tu simpan dalam fridge ye?
Aku: (angguk lagi sambil sengih)
Lelaki 2: Baguslah, ada susu lagi.
Aku: haah dah ada lagi tu....(aku pun senyum dan keluar dari lif).

Jadi dari kejadian tadi aku rasa dapat menyimpulkan begini:
1) Lelaki itu yakni lelaki pertama mungkin tak pernah terlibat secara langsung dengan aktiviti breastfeeding.
2) Kalau dia ada terlibat pun mungkin dia seorang yang agak pemalu untuk berbicara tentang ini...ntahlah tak berapa passionate kut.
3) Lelaki 2 nampaknya pernah/ada terlibat dengan aktiviti breastfeeding, sebab dia nampak berpengetahuan.
4)Lelaki 2 ni aku rasa sukaaa kalau bini dia breastfeed anak dia. Dan akan bagi galakan.

Aku berpendapat masyarakat kita masih ada yang tak tahu tentang kebaikan breastfeeding. Buktinya kalau aku basuh milk bottle kat pantry ada yang nampak pelik, yelah mana datang baby pulak kat office kan?! Lepas tu bila aku ditanya pasal milk bottle tu dan aku jawab "I'm pumping milk, and keep the milk in these bottles". Terus diaorang angguk-angguk kepala dan pandang lain or cepat-cepat tukar topic. Hmmm....masih ada yang memandang breastfeeding adalah perkara yang taboo. Tak boleh dibincangkan secara terbuka. Mungkin kerana nak mudah, maka alasan kurang susu digunakan. Padahal susu takkan keluar kalau tak dirangsang. If baby dah kenyang by formula milk = asyik tidur, bila masa dia nak suck mom's breast = susu tak dirangsang!! Betul tak? Oh well, aku nih nak cakap lebih pun tak berani since Aqeelah just exclusively on breastmilk only for 6months. Sekarang dia dah mix with soy kat nursery, tapi kat rumah she still prefer susu cap gantung hehehe. Dia tak mahu botol kalau aku ada. Nak suruh minum air suam pun aku kena guna sudu.

Aku amat mengharapkan suatu hari nanti semua orang akan bukak mata dan paham pasal breastfeeding dan kebaikannya. Baguslah kita mulakan dari sekarang, agar generasi anak-anak kita nanti akan lebih faham tentang kebaikan breastfeeding nih.

Nota terakhir: Semalam balik aku naik Me Tr#91. Naik 6.20pm, sampai rumah 6.50pm..hmm not bad!

Sunday, July 19, 2009

Spectra3 buat temanku


Korang jangan salah sangka pulak, Ini bukan pic anak terbaru aku..bila masa pulak aku mengandung lagi hihiihi!
Semalam aku melawat Timah, bekas ofismate. Dia selamat melahirkan baby sulungnye selepas berbagai rintangan dilalui. Kalo korang ingat aku pernah mencari-cari pam Spectra3 2ndhand untuk ku berikan kepada Timah ni. Gara-gara aku berniat agar dia berjaya BFkan baby nye. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan pam Spectra3 untuk dia, bahkan pam tu pun takdelah lama sangat. Ownernya guna adelah dalma 2-3 bulan aje. Sempatlah juga ku pinjamkan pam tu pada Kak Nonnie sewaktu dia sakit tangan ari tu sementara nak menunggu FSnye sampai (wah Kak Nonnie gune FS best tak?)
Akhirnye Timah melahirkan anaknye genap 36 wks. Doc suruh induce sebab member aku ni ade SLE. Anaknye cumil...namanya Najma. Ibu dan anak both sihat, ku risik jua adekah baby ni minum BF aje. Katanya baby ni dah campur, coz dia risau susu dia tak cukup, baby tak kenyang. Tambahan pam yang currently dia ade pun tak berapa best digunakan. Timah tunjukkan pam yang dia guna... Menurut pendapat peribadi dia pam yang manual tu lebih banyak dapat susu compare than yang bateri punya...tapi lama lah dalam 30 minit baru dapat 4oz (huhuhu aku dulu nak dapat 2oz time pantang pun berpeluh-peluh, lama pulak tu). So aku bagi lah Spectra3 tu. Ku katakan pada Timah, try lah guna, kalo suka & sesuai boleh bayar ansur2. Bila ade duit bayarlah. Kalo tak berminat nanti pulangkan le balik. Tapi from review yang aku baca kebanyakannya puji gila spectra nih. Disamping tu aku berikan jugak 3 keping artikel berkaitan yang kau print from Sue Cantek punya blog sebagai panduan. Ade jugak aku pinjamkan buku Menyusu Si Permata Hati, so dia bleh baca di kala boring. Dalam kul 6 lebih kami pun beransur. Kat pertengahan jalan Timah sms aku..."Alhamdulillah. Aku pam tadi dapat 5oz. Thanks a lot." Alamak bestnye!! Aku pulak rasa nak melompat kegembiraan..macam aku pulak yang dapt 5oz tu.!! huhuhu. Terus aku call Timah tanya dia berapa minit bleh dapat 5oz tu? "10 minit". Bestnyeeeeeeee. Aku doakan agar baby Najma dapat membesar dengan susu ibu sepenuhnya. INSYA-ALLAH.


Aku berposing dengan ibu baru.







Tak lupo Kiah juga.

Monday, June 1, 2009

Air Masak

Semalam ku bertandang ke rumah aunty ku di Ampang. Seperti biasa dia akan cuba memujuk ku memberi Aqeelah makan solid. Before umur Aqeelah 6th months memang aku buat tak tahu aje, tapi since now dia dah cukup umur aku biarkan ajelah dia bagi Aqeelah makan. Alah lagi pun makan pisang aje. Tapi sesambil tu dia selitkan jugak agar aku bagi Aqeelah minum air kosong. Soalan aku adelah, boleh ke Aqeelah minum air kosong? Di benarkan ke atau tidak? Sebab aku ade baca daripada bagi baby minum air kosong baik bagi minum susu ibu...tapi statement ni aku baca untuk baby yang tak makan solid lagi lah. Bagaimana pulak dengan baby yang dah makan solid? Sila bagi pendapat anda yek....

Thursday, May 21, 2009

Soya & SI

Ari ni aku cuma dapat bekalkan 3 botol 4 oz + sebotol 2.5oz kepada BS Aqeelah harini. Runsing gak dalm hati nih. Tapi nk buat macam mana, semalam aku lepas makan ubat (sakit kepala pulak semalam) terus tido. Memang lah cuma dpt mengepam dengan sesi terhad nye. Itu pasal la hasil pun ciput. Aku pun pelik gak nape hasil kat ofis pun aku dapat ciput gak...hm nampaknye dah produksi aku dah mula merosot kembali. Dah jenuh ku telan bendi, air soya, tau fu fa, sawi, fenugreek. Tapi tak nampak hasil...memang dah ditakdirkan badan aku ni begini buat masa ni. Dan aku perhatikan ianya akan berlaku time Aqeelah nak beralih bulan.
Bercakap pasal beralih bulan, genap lah Aqeelah 6 bulan semalam. Selamat sudah dia survive selama 6 bulan tanpa makanan/ minuman lain selain susu (w/pun masa time aku pantang itu hari ade gak mak aku bagi die air masak...tapi aktiviti ini cuma berlaku 3 kali sahaja sepanjang 6 bulan umur Aqeelah). Aku pun berfikir-fikir bilalah boleh mula bagi solid food nih. Aku ade gak ushar thermos untuk food Aqeelah kat Mydin. Weekend ni nk try bagi Aqeelah makan bubur nasi lah ;)
Owh berbalik pada susu tadi....En.Suami aku bila situasi cam ni berlaku dia pun mesti suwuh aku call BS tanya susu Aqeelah. Tengahari tadi aku call, susu aku dah nak abis kat sane. So aku cakap le kat BS tu..try lah bagi dia minum Isomil (susu soya). Kalo dia tak nak, baru bagi the final bottle EBM pastu call aku so aku bleh deliver susu stok pagi ni. Aku tahu..mana-mana kengkawan yg pro BF mesti marah kan dengan tindakan aku nih.
Pastu dalam kul 3 aku cek balik, BS bagi tahu Aqeelah minum soya tu.
Sesungguhnya aku rasa sedih gak sebab Aqeelah tak dapat minum SI. Akan aku pam bersungguh-sungguh pada weekend ni agar Aqeelah tak lagi minum susu soya selepas ini (Insyaallah).

p/s: bukanlah aku anti susu selain SI, tapi selagi aku mampu akan aku teruskan!

Tuesday, May 12, 2009

Bengkak Susu?

Weh skang ni aku ade prob B kanan ku bengkak. Urat B kut. Bukan the whole B tapi just satu part dekat ngan ketiak. Jenuh pam tapi susu yang kuar sikit aje. Semalam kena first time di ofis sakitnye berdenyut tak hengat. Balik umah ku tuam dengan hot pack, urut, try pam dan feed Aqeelah... alhamdulillah pas tu lega tapi agak lambat lah nak leganya. Ni dah kena semula! Aku ingatkan semalam dah settle rupanya kena balik. Maybe sebab aku lambat pam kut. Dah hampir 30 minit aku pam ni tapi masih terasa ada ketul kat situ. Ade petua tak camno nak legakan dengan cepat?

Tuesday, May 5, 2009

Beg Susu a.k.a Peti Ais Aqeelah

Yeay! Hari ni dapat peti ais Aqeelah yang baru brand Simple Dimple. Aku order dari mama paradise. Oh ye..service nya cepat giler.... lagi cepat dari tut tut..(Aku ade order baju dari sampai sekarang tak dapat lagi. Tensi...tensi...).

Beg susu Aqeelah yang lama dah mula tanggal bahagian dalamnye...tak tahulah aku yang lasak or beg tu yang dah lusuh. Beg biru ni brand Simple Baby, aku beli dari Mom Little Ones habis pantang itu hari. So mungkin sudah sampai masanya untuk aku tukar dengan yang baru kut.

Corak luar nye menarik gambar kereta, bahagian dalamnye pulak dilapisi aluminium dan lapisan insulator nipis. Compare beg SB biru ku yang patentnya sangat simple. Dalam beg SB lapiknya foam tebal.

------------------------------->My Verdict<-------------------------------------------------------------- Yes...selepas 2 hri menggunakan beg ni, ku merasakan beg Simple Baby lagi best dari Simple Dimple. Tak aku nafikan ruang dalam SD lebih besar, namun bila ruang besar kita perlukan bahan penyejuk yang lebih banyak untuk memastikan EBM sentiasa sejuk kalo tak techni ice dan brite ice akan lebih cepat cair. Ku perhatikan botol susu kosong yang aku bwk balik frm nursery tak terasa sesejuk cam time aku gunakan beg SB dulu. Tapi tak tahula kalo diaorang taruk botol susu kosong tu dah dekat time Aqeelah balik so tak sejuk la botolnye. Tapi disebabkan beg susu Aqeelah memang dah lusuh so nak tak nak kena pakai lah jugak coz aku dah beli.

Sunday, May 3, 2009

ALhamdulillah.

Hm lama sungguh rasanya aku tak menulis ni. Sibuk sangat la...kat ofis harap ade internet aje tapi nak surf nye ntah bile. Kalo aku start surf memang tak jadi kerja lah. Ni kat umah lah baru aku bleh menulis blog, tu pun kalo Aqeelah tengah main dengan Encik Suami. Kalo tak memang tak de can le.
Alhamdulillah masalah susu aku dapat aku atasi. Caranya ialah takde lain memang di ketahui umum, dengan menambah sesi mengepam. Kat ofis aku cuba pam 2 jam sekali so minimum sesi yang aku dapat 4 kali di ofis. Kat umah pulak aku tandem ngan Aqeelah from 8 pm - 12am / 1am. So dapat lah dalam 2 sesi lagi. Subuh pulak aku tandem sekali ngan Aqeelah satu sesi. So dalam sehari working day insya-allah aku bleh dapat 7 kali pumping. Tapi kalo hari cuti/ Sabtu pulak aku khaskan siang untuk Aqeelah, malam aje aku tandem.
Ini semua berkat sokongan kawan-kawan (sape lagi kalo bukan anda semua ;) ). AKu memang suka baca blog mama-miya. Kat situ memang ade banyak cite pasal breastfeeding ni, memang sangat informative.


Oh ye...selain citer susu ade lagi aku nak tambah story nih. Minggu lepas baru aku perasan yang rumah aku ade tikus, dalam drawer baju pulak tu (nasib baik aku ade 2 drawer dan dia cuma masuk satu drawer aje, lagi satu drawer kat bilik lain)!!! Mulanya aku cuma syak aje coz tudung aku bau hancing pastu bila dah basuh pun baunya tak hilang. Kemudian aku terjumpa pulak cebisan tahi tikus! DAn yang paling suspen sekali bila aku bertemu mata bertentang mata dengan Cik Ti sendiri...masa tu aku tengah cek-cek drawer yang disyaki sudah di jajahi oleh Cik Ti. Elok aje aku bukak dia terus 'pose' berdiri depan aku..aku pun menjerit lah. Agaknye dia pun terkejut terus lari ke belakang drawer.

Esoknya En. Suami terus beli perangkap tikus dan pasang malam tu jugak berumpan kan sotong sira gula hehehe. Pagi esoknye ade lah seekor Cik Ti dalam tu. Cik Ti nya bukan cam yang kita jumpa kat gerai makan tu, yang ni macam tikus dalam citer kartun Ratatouille tu. Telinganya bulat, matanya bulat kaler hitam (takde putih langsung). Pastu En.Suami pun buang tikus tu kat tempat buang sampah yang agak jauh gak dari rumah kitaorang. Yang paling boringnye...semua baju aku dalam drawer yang berkenaan kena basuh ngan dettol, dan ade 3 drawer yang terlibat....(huaaa banyak nye baju nak kena laundry). Sampai hari ni sesi membasuh dan melipat kain tak selesai lagi........................ade sesiapa nak upah lipat baju tak? ;P

Thursday, April 23, 2009

susu oh susu (part 2)

Semalam acara pelalian Aqeelah kat Pusrawi. So aku dan En. Suami bercuti, jadinya pagi tu memang aku tak mengepam sampai ketika aku send dia ke nursery dalam kul 1pm baru aku start mengepam.
Jadi pagi tadi ku cuma dapat hantar 4 botol X 3.5oz & 1 botol X 2oz ke nursery. Dan jangkaan aku adelah mungkin tak cukup. Dalam kul 12 lebih ku call nursery dan diaorg bagi tahu Aqeelah dah minum 2 botol (dia tengah tido time tu). Jadinya ku suruh En. Suami men'despatch'kan susu Aqeelah yang ku perah pagi tadi ke nursery. Adelah dalam 5oz. Hmmh esok harapnye tak berlaku lah lagi macam ni.
Akan ku ikut petua kengkawan semua untuk melebihkan session mengepam. Dan aku ade gak terbaca kat dalam Sue (tokey Lunatots) blog cara-cara nak membanyakkan susu. Antaranya ialah banyakkan mengepam...adeh adeh.....tabahkan lah hati aku untuk mengepam labih lagi (walaupun skang ni aku muka aku pun dah macam zombie coz tak cukup tidow).

Tuesday, April 21, 2009

susu oh susu......

semalam aku cuma bagi 4 botol susu untuk Aqeelah ke nursery. Gara-gara ari Ahad yang memang menyukarkan aku untuk mengepam (aku peratikan kalo aku tandem, Aqeelah macam tak puas menyusu...dia kencing pun tak banyak ~ antara sebab aku malas tandem). akibatnya dekat pukul 5 petang akak nursery sms bagi tahu susu Aqeelah dah habis. So aku kelam kabut solat Asar & mintak izin bos untuk balik awal (idak le awal sangat pun coz 5.40pm baru aku kuar ofis, our office hour end 5.45pm). En.Suami pun memecut motor macam mat rempit. sampai nursery pukul 6.20pm. Tengok Aqeelah diam aje, tapi akak tu cakap Aqeelah menjerit-jerit nak susu. Biasalah tu anak aku memang sudah ku tahu perangai dia kalo nak susu suara bukan main kuat lagi. Bawak balik, idak pulak dia nak susu. Dalam setengah jam lepas tu baru dia nak susu.
Disebabkan itu alhamdulillah pagi tadi berjaya aku bekalkan 5 botol susu pada dia hari ni (seperti biasa). Tapi tadi dekat pukul 5pm kakak nursery sms, bagi tahu susu tinggal sebotol. Alamak...isk nak balik awal lagi. Macam mana aku nak tambahkan lagi susu ni? Skang ni jadual mengepam aku seperti berikut:

11am
2pm
5pm
8pm (tandem)
11pm (tandem)
3am (sebelah aje coz lagi sebelah simpan untuk Aqeelah nenen malam)
6am (sebelah aje)

hasil yang aku dapat seperti jadual di atas ialah 3.5 oz X 5 botol yang mana macam tak cukup buat masa ini. Sayangibu ade suggest fenugreek....haruskah aku mencuba? tolong kawan-kawan...berikan aku semangat dan panduan..............

Wednesday, April 15, 2009

Esok Kerja.....

Sudah beberapa hari ku tak hapdate kat blog ni. Ni semua gara-gara kegilaan ku pada sesuatu yang baru hendak aku ceburi. Nanti dah berjaya akan ku kongsi bersama di sini. Diam tak diam dah hampir sebulan setengah aku berada di rumah. Gara-gara operation cyst yang aku lakukan pada 20 February yang lalu.

Cyst tu pun tak le besar sangat adelah dlm 5 cm aje, tapi doc suruh operate gak sebab dalam cyst tu ade menda solid. Kena keluarkan sebab nak tahu ape kandungannya. Ternyatalah kandungannya ialah gigi, rambut, dan ade sel otak sikit (wah otak aku ade kat situ gak lah!! Hehehe). Daripada tak reti menyusu baring, disebabkan kena operate ni now terror dah aku bab menyusu baring nih. Buntu gak sebelum tu memikirkan macam manalah aku nak menyusukan Aqeelah coz selama ni aku memang menyusukan dia duduk. Ade gak terpikir nak bagi dia soya yelah pening camnelah aku nak susukan dia nanti. Nasib baik jugalah nursery Pusrawi sanggup amik Aqeelah untuk dijaga (mandikan, bagi feed EBM) sementara aku dalam wad tu (dengan sedikit bayaran). So aku + Aqeelah + En. Suami berkampung kat Pusrawi selama 4 hari tak salah aku. Elok jugak lah dapat bilik sorang so En. Suami memang tido kat situ, Aqeelah stay kat nursery..bila time susu atau dia menangis nurse akan bawak kat aku. Yang kelakarnya Aqeelah pun diaorang display kat dalam basinet tuh. So memang nampak pelik sikitlah coz dia paling besar..babies lain semua baru dalam 2-3 hari..dia pulak dah 3 bulan..ngeeee....Terima kasih jugalah pada Salwa & Aja. Coz aku dapat giliran FS tu pada bulan Februari. Kalo tak memang tak terpam lah lepas operation tu coz kesan morphine aku memang teruk. Flat giler....sampai pam tu pun husband aku tolong pegangkan sebelah. Kalo gunakan pam aku Avent manual tu memang tak pam ler jawab nyer.

Bos aku musti boring begitu juga rakan sekerja aku coz aku asyik cuti aje. Mana tak nye cuti bersalin from 17 November 2008 sampai 16 Januari 2009. Pastu cuti operation 20 Februari 2009 sampai 15 April 2009.

Maka esok akan bermulalah sekali lagi ragam kehidupan aku sebagai pekerja. Urrgghh boring gak rasanya memikirkan esok nak masuk ke pejabat semula. Badan pun dah naik montel coz lama duk rumah. Ingat lagi ke aku perihal aktiviti aku di pejabat tu? Maksud aku job description aku la. Mana tak nye bleh tak before aku naik kerja lepas cuti bersalin ku bleh tanya pada En.Suami " Eh ofis saya tingkat 13 kan?" Soalan mengarutkan lagi merepek....baru 60 hari cuti dah lupa floor mana!!!

Tapi aku pasti esok bos aku adalah orang yang paling gembira begitu juga rerakan se-department!! Aku kembali untuk memeriahkan dunia engkorang. YOhoo!!! Memang ku tahu mereka semua rindu kat aku. Kwang kwang kwang. Sebenarnya aku pun naik tahap tepu gak duk lelama kat umah ni.

Tapi tulah masalah jugak memikirkan nak pam susu ni. Aku risaulah tak dapat pam. Mana tak nye sebelum bercuti ni aku pam gak kat ofis tapi asyik termiss time aje. Ni aku risau perkara sama berlaku lagi. Hendaknye pulak Aqeelah tetiba nak minum banyak pulak. Ni tadi aku bagi 4 botol aje (3.5oz each)...alih-alih akak nursery sms bagi tahu susu dia dah abis kul 1.30pm tadi. Amboi awalnye abis. Nasib baik aku ade kat umah, so kakak tu dtg umah aku amik susu...aku bagi le 2 botol yang aku perah tadi untuk stok esok pagi. Stok memang tak de langsung. Aku dah le bercinta nak dapatkan 2oz. Aku estimate skang ni aku cuma leh dapat 2oz = gap 2 jam pam. So nak cukupkan tu berapa kali aku nak pam nih!!! Aqeelah minum lebih kurang 3.5oz X 5 botol sehari. Arrggggghhhh..............tak pe..takpe buat relax...pam aje lah. Pas tu minum bebanyak.

Oklah setakat tu aje...memang ku tengah tunggu Aqeelah balik untuk tandem nih. Aku tak pasti biler bleh update lagi blog ni coz taksure kat ofis yang tercinta bleh masuk blogspot atau tak.

Thursday, March 26, 2009

Aqeelah @ Home

Minggu ni Aqeelah duk umah lagi nampaknya. Last week duk umah sebab batuk & selsema, skang ni pulak sebab budak nursery dia ada yg kena demam campak so mak cik penjaga tu suruh Aqeelah stay ngan aku kat umah aje. Yelah memandangkan aku cuti. Lagipun mak budak yang demam campak tu cikgu so mak cik penjaga tu serba salah nak suruh mak budak tu cuti coz sekolah baru aje bukak. Jadi Aqeelah duk umah lagi dengan aku minggu ni. Sepanjang dia duk umah ngan aku ni ada gak problemnya yang berkaitan dengan sesi pam aku. Kat bawah adelah jadual pam aku kalo Aqeelah kat nursery:

6.15am : 1st Session
9am - 11.30am: Hyperstimulation (15min pam x 4 session wif selang masa 15 min rehat)
1.30pm : 2nd session
4.30pm : 3rd session
8pm: 4th Session (tandem dengan Aqeelah)
11pm or 12pm : 5th Session (tandem dengan Aqeelah before tido)


Bila dia dah ade kat umah ni kemalasan mengepam mula melanda...antara alasan aku (hehehe):

1)Nak tandem Aqeelah tak larat coz dia dah berat & suka membuat aksi stunt atas riba aku so nak memangku tu leceh sikit.
2)Aqeelah suka nak berkepit, biasanya aku menyusu dia secara baring susah sikit dia nak stunt...macam mana aku nak tandem kalo baring???
3)Bila aku nak pam aje Aqeelah mula start enjin... (huhuhu alamak nak kena tandem ke?)
4)Pokoknya aku malas nak tandem!!!!


Aku tahu direct feed is the best. Tapi aku kena gak pam untuk buat stok Aqeelah iyelah kang aku dah naik kerja tak ke parah..lagipun tak best la pam untuk stok cukup makan untuk hari berkenaan aje. Aqeelah pulak jenis tak berapa nak suck kuat so susu aku tak delah meriah macam setengah mommies tu...jadi masa dia takdelah aku cuba nak banyakkan produktiviti dengan buat hyperstimulation sementelah aku cuti ni. Sebagai preparation dah naik kerja nanti.
So hari ni pun aku dah malas nak pam. Esok aku nak mula balik jadual pam yang betul seperti berikut:

6.15am : 1st session
11am ~ 11.30am : 2nd session *
1.30pm : 3rd session *
4.30 ~ 5pm : 4th session *
8pm : 5th session *
11pm ~ 12pm : 6th session *
3.30am ~ 4am : 7th session


semua tanda * tu aku nak tandem. dan aku nak pastikan jadual ni aku follow time Aqeelah ade dan dah naik kerja nanti. (Ya Allah kuatkan lah hati ku ini...Amin)


Wednesday, March 25, 2009

Buat Teman...

Aku ni tengah menunggu hari untuk collect breastpump spectra3 yg aku beli from a member kat SusuIbu.com (zati a.k.a MamaArsyad ~ thanx dear). Nak collect minggu ni tak boleh coz dia balik kampung, nak collect minggu depan pun tak boleh gak aku pulak nak balik kampung. AKu tak confirm lagi dengan Zati bila nak collect pam tu. Aku dah ade 3 pam sebelum ni. Yang pertama Tollyjoy (bateri), pas tu Avent Isis (manual) yang ini memang aku jatuh hati la sebab best walaupun manual. Sekarang ni aku guna Medela Freestyle (rechargeable battery) yang ni memang best dan sentiasa di hati ku. Mesti korang pikir aku ni mereng sebab dok beli pam aje hehehe sebenarnya aku ni tengah dalam misi untuk menggalakkan sorang kawan aku ni untuk menyusukan bakal anaknya nanti. Langkah pertama yang aku dah laksanakan ialah dengan menghadiahkan dia buku Penyusuan Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (aku pakai belasah aje title ni, tapi lebih kurang camtulah bunyinye). Aku beli from MLO, aku courier aje kat die (presentlah katakan). Dia bagi tahu aku laki dia ade belikan breastpump Pureen (manual), aku tak pasti lah sesuai ke tidak dengan dia. Tapi dia ada suarakan kalau dapat guna breastpump elektrik mungkin lagi bagus. So aku fikir better aku cari satu pam elektrik pas tu pinjamkan kat dia, kalo ngam aku jual le kat dia kalo dia tak berminat lepas tu (mintak-mintak dia dapat teruskan la niat sucinya tu) aku simpan ajelah pam tu. Pada aku bagus gak dia boleh guna pam elektrik ni, bukan apa boleh jimatkan masa (double pumping) dan menggalakkan dia untuk pam susu sebab guna elektrik pam mudah dan cepat. Tapi bukan le pam manual tak bagus pulak. Ade orang selesa dengan pam manual, macam pam Avent aku tu memang bagus dan memang banyak feedback memperkatakan ke'best'an Avent nih. Tapi since aku nak buat double pumping so aku beli la Freestyle nih. Oklah nanti bila dah dapat pam tu aku updatelah kat sini bersama gambarnya sekali.