Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Make up remover

Walaupon aku bukan pemakai mekap tegar (sebab En.Suami tak suka),
tapi aku suka alat mekap. Ada jugak la koleksi eye shadow aku 2-3 palette.
Lipstick sebatang, eye liner juga mascara. 
Kalau rasa nak pakai, aku pakai la. Kadang-kadang masa attend kenduri kahwin ke atau pun kat rumah 
(tapi aku pakai masa En.suami kat ofis la, sekejap je cuma untuk
make sure "skill" tu tak hilang....heheheh).
Jangan main-main ye, nak pakai make up pun ada tips & tricks tau. Kalau pakai taram aje
tak mustahil muka ko akan jadi macam ni





atau macan ineh...



Sebab tu bersepah tips nak apply mascara dan eye liner kat youTube.
contohnye ini...




Ok...aku bukan nak bagi tips atau apa pon.
Cuma nak share cara pembersihan mekap aje.
Lepas pakai mesti korang nak buang kan, tahu tak kalau mekap tak bersih dengan sempurna boleh menyebabkan jerawatsss dan masalah kulit muka yang lain!!


Oleh itu kamu yang memakai alat solek, harus lah membersihkannya sebelum tidoq.
Supaya kulit muka korang boleh bernafas dengan sempurna, siapa tak inginkan wajah sebersih
semulus maya karin kannn...




macam mana korang bersihkan make up?


ada yang guna wet wipes




ada yang pakai spesifik untuk bahagian tertentu saja , contohnya ini untuk eye make up remover saja.


ada yang guna baby oil juga.
aku guna kan jenis begini...



brand Biore, ianya adalah oil make up cleanser. 

aku sangat suka brand Biore ni. 
Masa sekolah dulu memang aku gunakan pencuci Biore aje, 
murah dan senang nak cari.
senang sangat nak guna kannya, cuma picit kan ke tapak tangan
dan sapu / urut pada keseluruhan muka akhir sekali bilas.
sangat berkesan. Muka akan bersih dari kesan make up, sebersih-bersihnya.
dan yang penting sekali ia tak mengeringkan 
kulit muka aku yang huru hara ni.
Tak sia-sia lah ianya di gelar jenama make-up remover no.1 di Jepun.
Aku amat recommend product ni. Cubalah.



Tuesday, May 29, 2012

jerawat!!

rasa muda pulak bila post pasal jerawat ni :D
aku memang jarang ada jerawat.. kalau ada pun memang lokasi nya tak obvious.
selalunya kat kulit kepala dan bila aku sedar pun bila tersikat jerawat tu (Adoi!)


tapi sudah 3 hari aku ada jerawat ni, gara-gara tak cuci muka (sekadar basuh dengan air aje).
pencuci muka aku dah abis....nak beli tapi malas nak ke Guar$$ian
tak semena-mena naik la sebiji jerawat yang agak menyakitkan (sebab aku selalu tergaru tanpa sedar).

nasib baik aku ada ini (trial pack kit yang memang aku simpan untuk guna time travel).


dan muka aku sesuai memakainya .
kulit muka aku ni kombinasi, kat area hidung memang berminyak ke normal tapi 
kawasan pipi dagu amatlah keringnya. salah pakai pencuci muka memang perit.

brand ni aku rasa memang agak moist. pelembapnya tak menegangkan kulit muka..
moisturizer dan tonernya pun pakai sikit je cukup untuk cover seluruh muka.
keseluruhannya memang suka laaa!! 
kalo aku pakai dengan diligently mau kot jadi macam ni muka aku....hehehe


maksud aku kulit muke ye.... :D

jangan bertukar jadi Doraemon sudah :P

Thursday, May 24, 2012

tarraaaa!!!

Just bought this :D
.
.
.
.
.
.

.


Mixer baru :D .... yippee!!
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 19, 2012

Perlu Maid kah?


Ada yang bertanya pada aku, apa yang aku buat kat rumah seharian? (Mungkin soalan itu dilontarkan selepas tengok rumahku yang masih tunggang langgang walaupun aku adalah suri rumah!!)

Apa korang ingat suri rumah tu orang gaji??? Maka bila ada suri rumah, rumah kena la bersih menciut sekuman habuk pun tak dak? ??? Korang tau tak suri tu adalah macam permaisuri,

princess ni tau lambai sana sini je....

so adakah korang expect permaisuri sultan tu menyapu & mengelap habuk bagai?! Maaf ter'emo' sikit :D
Sebenarnya aku bukan nak mengaruk pasal jadi suri rumah atau pun aku sedang hangin dengan suami. Saja je nak bagi intro gempak sikit.
Aku sebenarnya seorang yang tak suka mengemas. Tapi kalau bab masak, I'm ok. Oleh kerana itu rumah aku ada kala macam tongkang pecah. Sampai aku sendiri naik stress tengok rumah sendiri. Tapi bila aku mengemas memang habislah siap mengemop, lap kipas semua. Tapi sesekali mengemas rasa nak pitam. Mana taknya, habuk dah banyak tambah pula banyak benda nak dibuat. Dah siap mengemas nak masak pula.
Aku selalu fikir, macam mana la aku nak rumah aku kemas dan canteeeek aje selalu. So masa aku banyak dihabiskan memikirkan strategi mengemas yang akhirnya aku tak mengemas langsung. Hehehe.
Namun semuanya berubah pada satu petang yang bahagia. Aku balik kampung dan seperti biasa pergi melawat ke rumah BFF aku : Pn. Raja Norshahida. Baru aku perasan setiap kali aku datang, rumah dia kemas je. Habuk pun susah nak nampak.

bersih gile..sampai lantai pun ko boleh buat cermin muka..mana mak tak makan hati nyah..

Aku pun cuba la selidik, apakah rahsia beliau. Raja ni pun dah jadi suri rumah macam aku juga, lagi la anak dia dua so aku nak tahu la macam mana dia buat yang rumah dia boleh kemas begitu.
So dia bagi la tips pada aku. Antaranya mengelap habuk 2x seminggu, mop seminggu sekali dan menyapu hari-hari.
Balik aje ke KL aku pun melaksanakan operasi mengemas aku.

Jadual aku seperti berikut:
Isnin & Khamis adalah hari : sapu & lap habuk (segala la, meja kerusi, tv, tingkap,frame etc).
Rabu: sapu, mop & vacuum
Baki hari lain tu : sapu sahaja.

Alhamdulillah dah 2 minggu aku buat cenggini, memang puas hati. Dan mengemas pun tak penat lagi. Kalau lap habuk 2 kali seminggu memang la susah nak nampak habuk. Elok sangatla Aqeelah pun dah mula aku hantar ke taska, maka aku nak mengemas pun senang tak adalah tukang kacau Aku harap aku akan berterusan begini, tak nak lah sekerat jalan aje.
Apalagi semua...jom mengemas :D


P/s: habis ngemas, layan online drama sementara tunggu time jemput Aqeelah dari taska. Aci tak? :)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, February 9, 2011

Put On Your Mascara baby!

Salam sejahtera...dah lama benar aku tak jenguk ke mari. Semenjak bergelar suri rumah tangga terhormat nie memang jarang sekali dapat sentuh PC. Nak update pakai hp boleh je tapi tak bley update pic banyak banyak. Just satu pic per entry...haru...kena tunggu diaorang update software la.
Aku secara rasminya dah duduk di rumah sepenuh masa. Dah sebulan berlalu. Kejap je. Pejam celik dah makin bulat rasanya. Huhuhu. Sedih.
So untuk menghilangkan rasa tak best tu aku menjebakkan dalam satu kancah yang familiar untuk kaum wanita (walaupun aku tahu tak semua berminat :D) ....apa lagi kalo bukan ALAT SOLEK!!!
Secara jujurnya aku bukan kaki mekap. Aku bersolek pun beria-ia masa sebelum kawin adala. Lepas kawin terus aku sedekah je mekap ku itu pada kawan (dulu jangan cakap la contact lense dekat semua kaler aku dah try...kaler merah dengan pink je aku tak cuba). Tapi entah kenapa menjelang saat-saat keberentian aku, minat ni timbul balik. Ramai ofismate aku yang cakap aku tebiat. Huhuhu mana tidaknya duduk rumah baru sibuk nak mekap, tapi takpela kan kita berhias untuk suami...chewah statement tak tahan.

Tanpa membuang waktu mari aku perkenalkan alat mekap aku yang pertama....Cik Mas..Cara.

I'm not a mascara fan.
Antara masalah/ insiden yang pernah melanda aku dengan cik Mas ialah:
1) Lashes aku jadik melekat-lekat (clumpy lashes), nampak fake gitu dan comot...hmmm kalo comot baik tak yah mekap kan...sapu arang je bagus.
2) Paling ngok sekali tercocok mata dengan berus mascara sebab tak pandai budget nak sapu... SAKIT tau.

Tapi sebab aku merasakan apalah mekap yang cun tanpa maskara. Maka aku pun beli la jugak. Aku beli maskara murah je Maybelline The Magnum Volume Express. Tapi idak la bulu mata aku jadi cam kipas gitu. Kena pakai bulu mata palsu gak kalo nak efek sedemikian :D

Sebab dah nekad nak pakai mascara maka aku kena menangani kedua-dua masalah aku tadi. Jadi cara- caranya ialah :

Untuk masalah 1:
Sebelum guna mascara, rendam bekas mascara dalam air panas untuk mencairkan isi mascara agar mudah di sapu. Benda-benda yang mencomotkan pada berus mascara tu ialah mascara yang kering. Jadi bila cair lebih mudah disapu.
Apa yang aku buat...sebelum mekap aku masak air dulu heheh (mana nak cari air panas kan)
Bila air dah masak, sementara aku sapu eye shadow semua tu aku rendam la mascara tu sebegini ha.... sesambil tu kan dah boleh buat air teh seteko..idak la cik abang marah bersiap lama sangat hehehe Tak payah lama rendamnye janji bekas mascara tu rasa suam-suam gitu dah boleh pakai. Aku tak tipu mudah aje sapu mascara lepas tu. It glides like silk...heheh.
Lagi satu cara ialah kena la selalu mencuci berus mascara tu. Tidak la setiap kali lepas pakai, tapi bila korang tengok dah comot tu cucila. Lagipun mascara shelf life cuma 3 bulan sahaja. Cara yang aku buat paling mudah, lepas sapu mascara sebelum masuk berusnya dalam botol aku lapkan berusnya dengan wet tissue yang selalu aku guna untuk cuci mekap. Ini dia.
Memang banyak la mascara yang terlekat kat tissue tu, tapi tak pe lap je sampai berus tu bersih. Aku suka lap dengan tissue ni daripada wash dengan air sebab lagi cepat kering. Kemudian terus simpan berus tu, tak boleh biar botol mascara terdedah lama-lama nanti kering mascara tu langsung rosak,

Ok..untuk masalah 2:
Takde cara lain ye cik puan sekalian melain kan praktis dan praktis. So aku takde buat apa kat rumah ni, maka akan menghabiskan masa dengan memakai mascara. Hehehe.
Tapi memang la bila berus tu dah bersih nak sapu mascara pun SENANG AJE.

Tak percaya?? Cuba lah.

Thursday, August 12, 2010

Hari Ini

Isk lambatnya masa berlalu. Aku tak ngantuk tapi letih la.
Balik ni nak singgah PARAM, nak tambah lauk sikit.
Kat rumah lauk ikan sambal semalam ada lagi.
Isk tertengok resepi sambal telur rasa tergugat la pulok.
Tapi baru semalam masak sambal takkan nak masak sambal lagi!
Malam kang nak masak rendang ayam. Buleh buat sahur..nyum..nyum.
Buleh gak buat bawak balik kampung esok.
Hehehe ada gak la buah tangan bawak balik. Kalu tak asyik tangan kosong jek.

YESS!!! Esok balik kampung yea yea!
Ikut plannya balik kerja je, amik Aqeelah pastu terus zass ke Perak.
Hmmm kalo ikut hati yang haloba nak aku ajak En. Suami balik
lagi sekali ke kampung end bulan 8 or awal bulan 9 (sebelum raya) coz raya kali ni kat KL.
At least dapat la jugak merasa berbuka pose SEKALI LAGI dengan family aku.
Tapi persoalannya 'nak ke dia?'

Meh aku telek jam sat.....
Jam baru pukul 3.45 la ...lambat lagi laa nak balik.
Seksanya.........

Wednesday, August 11, 2010

First Day Puasa

Yeay! Ari ni 1st Ramadhan.

Aku tak tau korang cam mana. Tapi aku pagi tadi dah nyaris-nyaris terlajak waktu sahur.

Terjaga pukul 5.40!!!! Subuh pukul 5.53.

Nasib baik nasi dah siap masak sebelum tidur, bawang & cili dah siap kupas.

Terkocoh-kocoh aku goreng telur & goreng ikan bilis.

Tak sempat masak sayur :(

Nasib baik juga la Encik Suami mudah di kejutkan pagi ini.

Kalau TIDAK!!!! Bertambah la tensi aku di subuh-subuh senia tu.

PADAN MUKA! Tido lambat lagi!!!



Awal-awal sebelum bulan pose aku dah kena sakit perut, muntah dan ceri beri.

Mintak-mintak pose kali ini tak kena lagi la cam
pose tahun lepas.



Salam Ramadhan buat semua.

Saturday, July 24, 2010

Don't like it Tau #3

Kelmarin (or the day before..lupe la) otw ke ofis...



jalan jem gile. especially kat bawah DUKE. sebab:



1) hujan...pelik ar diaorang ni, cam kambing la takut ujan. asal ujan jem, asal jem ujan hik hik hik.



2) sengal2 yang still nak jalan walaupun jelas lampu dah tukor kaler menyebabkan dia stuck kat tengah kotak kuning dan orang lain pun tak bley nak jalan. sangat the very the....tut.



menci tau dengan orang2 yang bersifat seperti no.2 tu. ingat dia aje ke nak cepat? orang lain semua keja ofis bapak sendiri ke? boley datang lambat???



Pastu lepas turun dari Sentul Link, otw masuk Mahameru.....

Kat situ kan banyak pokok, ala-ala hutan mini laa. Aku nampak sekor monyet cross jalan. Hei berani betul monyet ni.

Ada keta kancil depan aku tu, terus laju je..monyet tu langgar tepi keta tu. Dan tergolek la dia atas jalan. Masa motor kami lalu kat tepi monyet tu, aku nampak tangan dia gerak-gerak.

Isk trauma betul aku menengok adegan itu.

Terus hati aku rasa sebak... yela monyet tu mesti tunggu kemain lama nak cross jalan tu. Yela jalan tu kan highway, peak hours lak tu memang la banyak keta laju-laju. Bila dah dapat cross lagi sikit je lagi nak sampai ke seberang kena langgar la pulak.

Isk sedih la... rasa cam nak suruh aje en.Suami berenti kat tepi dan alihkan monyet tu.

Tapi tu la bak kata en. Suami, setiap perkara itu sudah ditetapkan. Maka mungkin ada hikmahnya berlaku sesuatu kejadian itu, dalam konteks cerita aku tadi merujuk kepada monyet yang kena langgar tu.

Aku rasa sedih sebab nak tolong tapi tak berani, ye la binatang liar macam ni kalau dalam kesakitan selalunya dia jadi lebih agresif. Nanti tak pasal-pasal aku masuk sepital, gigit dek monyet.

Kalo korang la nampak binatang kemalangan macam ni, korang tolong tak? Apa yang korang buat?

Tuesday, July 13, 2010

Thursday, June 24, 2010

Teringin...

aku masih bz the zas di opis. mmg tak de masa nk update belog. oh yee...aku juga sedang mengusha phone baru...gediks kan!!


antara langkah yang ku ambel untuk merealisasikan cita2 murni aku nih ialah dengan mengehadkan penggunaan hp aku. akaun aku akan di belog secara otomatik bila mencecah RM100. Hahahah bijak tak? Dengan itu, aku tak le bayar bil lebih dari RM100 per month (lagipun itu adalah had minima, kalo ikut ati nk je aku limit ke RM50...keji kan).
Disamping itu aku telah merevise budget bulanan rumah tangga dan perbelanjaan gaji aku agar lebih berhemah. Haaa..ayat musti canggih kan! agar takde yang makan meggi disebabkan mak nak hp baru.
Kalo takde aral,dan aku berdisiplin tetap...insya-allah ade can la aku pakai hp baru lagi 5 bulan (apa!! lagi 5 bulan?? lama sangat tu) maklum le aku ni tak de orang nak sponsor kalo benda2 materialistik melampaui plastik nih hehehehe.
Canteks tak fun kat atas tu? lepas aku belek2 dan surf sana sinun, aku mendapat petunjuk (hehehe) untuk memilih fun ini. Nexus One. Kenapa? Ah kalo nak tau pi surf sendiri la, cari la comparison antara fun ni dengan ifun or sony E. setakat ni , ini adalah yg best dimataku.
setakat ni aku kenalah berpueh ati dengan hp sony E aku yang skrin nye pun dah lompong2. Gara2 asyik jatuh & dilempar Aqeelah. So setakat ni bersabar dulu ye.....




nota Customer Service: Jgn gatal nak miss call aku, 
sebab aku tak bley nak reply call 
korang semula. Harap maaf.

Thursday, June 3, 2010

Bantulah Adik Danial



adik danial
Aku ari tu ada dapat one email from rakan sepejabat tentang adik Danial ni. Tak salah aku dia ada sakit jantung dan problem yang berkaitan saraf dalam kepala, dia baru berusia 2 tahun. Adik-beradik ramai, abahnya cuma kerja sebagai tukang kebun rasanya (aku tak pasti nak kena cek email yg aku dapat tu). Jadi rakan aku ni (Kak Atika) ambik inisiatif untuk lawat adik Danial ni disamping menyampaikan derma yang kami dapat kutip kat ofis. Berikut adalah keratan email from oficemate aku selepas lawatan mereka ke rumah adik Danial tempoh hari. Aku harap moga-moga ada lagi insan-insan yang ingin untuk membantu beliau. Sesiapa yang berniat untuk menderma tu adalah amat dialu-alukan.

Salam semua,

Alhamdullillah, berkat kerjasama dari semua, sabtu lepas 22May 2010, Norar dan saya bersama keluarga kami, telah pergi ke rumah adik Danial bagi melihat sendiri keadaan beliau dan juga menyampaikan sumbangan anda semua.

Keluarga Puan Mas menyampaikan salam terima kasih yg tidak terhingga kepada semua di atas sumbangan, keprihatinan saudara semua....
Jumlah yg dpt dikumpul adalah sebyk RM4,300 - sumbangan dr rakan2 dari CIMB Bank, CIMB Islamic, EXIM Bank, dan teman2 lain dan ada juga sumbangan berbentuk permainan utk adik Danial.

Ternyata, kesihatan adik Danial amat membimbangkan.
Puan Mas memaklumkan bahawa adik Danial akan di admit ke Hospital Serdang pada 1hb Jun 2010 bagi menjalani pembedahan jantung dahulu.
Keadaan jantung beliau lebih kritikal berbanding kesakitan di kepala adik Danial.
Adik Danial tidak dapat bercakap, tidak bole duduk dan juga tidak bole berjalan, sepertimana kanak2 lain yg seusia nya.
Beliau hanya dapat melihat kedatangan kami dan terbaring lesu......:(

Saya benar2 merayu agar email dan gambar ini dapat dihebahkan kepada saudara2 kita yg lain, agar kita dpt bersama2 membantu adik Danial.
Kepada yg ingin menyumbang, boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Puan Mas (ibu kepada Danial) ke akaun spt di bawah:

Maybank Account No: 162777069714

Nama: MAS ENZATI BINTI ABD MANAFF

Tel: 017-3729230


Terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama....semoga keikhlasan saudara/saudari mendapat keberkatan limpah rahmat dariNya.. InsyaAllah..



p/s:
1) kita kalo claim kena reject pun dah bising, bayangkan adik Danial ni..abah dia kerja sure takde covered medical etc. sedihkan...

2) anak kita baru lambat bercakap or lambat berjalan sikit dah kecoh. Adik Danial ni dah 2 tahun tapi tak boleh bercakap, berjalan even duduk pun tak mampu..korang tak sayu ke?

Aku paham bak kata en.suami "setiap anak tu dah ditetapkan rezekinya, maka kena redha". Tapi tula...kita ni suka bersungut, sedangkan ada orang lain yang lebih susah dari kitakan. Maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada nih.

Monday, May 31, 2010

Hari Tanpa Beg Plastik (plastik beg NO NO)

Aku selalu pi shopping ari Sabtu walaupun aku tak sookaa sebab ramei owang dan barangan basah cam sayur selalu dah abis time aku sampai. Tapi sebab Sabtu adelah ari cuti maka kenala pi ari Sabtu. Dan hala tuju utama selalunya Jusco (walaupon aku takde member card...encik suami...bila kita nak buat member card Jusco ni?) sebab itu adalah choice yang paling dekat dihati eh..dengan rumah. Ada gak la tempat lain seperti Giant dan Carre4. Tapi jarang sekali aku pi shopping kat sane.
Last 2 week aku pi Jusco dan aku tengok dia ade tulis...ari Sabtu hari tanpa Beg Plastik baru aku perasan. Eh! Rasa aku dulu dia kata every 25th of the month adalah hari Tanpa Beg Plastik Jusco (betul ke Jusco ek?? ke Giant??) Aku tak pernah amik port pun before this hari Tanpa Beg Plastik nieh sebab berapa kali sangatla dalam sebulan yang hari Sabtu jatuh on 25th kannn.
Seingat aku shopping centre yang lain buat cenggini ialah Giant (IKEA pun ada gak rasanya). Time tu dia charge, sesapa yang nak beg plastik jugak 20sen sekeping. Haa bayangkan kalo korang sopping banyak barang dan ade barang basah, kering, pelbagai kalo kena 5 plastik dah RM1 kan. Hehehehe Pandai gak dia nak buat duit sambil-sambil menghijaukan bumi ek. Aku tengok Jusco pun same, kena charge 20 sen jugok. So aku amik ajelah ECO Beg Jusco. Actually aku memang dah ada 2 beg jenis gini, satu from Giant dan lagi satu memang aku beli from Jusco jugak. Yang Giant punya dah jadi hakmilik Aqeelah, buat carry barang-barang to-fro Rumah Biru. So alang-alang aku sambar 2 -kaler purple & grey besar punya!!
Jadinya setiap kali aku pi soppin kat Jusco memang aku akan angkut beg-beg nih. Tapi bila pikir balik bagusnya beg-beg ni ialah time nak unload barang ke dalam/ keluar kereta. Kalo dulu kena bawak berplastik-plastik. Skang ni semua taruk dalam 1 atau 2 beg aje. Senang nak angkut. Betul tak?
Lagi satu, kurang sikit beg plastik kat rumah. Bukan apa setiap kali beli barang bila dapat plastik beg setiap kali tu la duk simpan konon kut-kut nanti senang nak guna kalau nak terpakai. Last-last hancur macam tu je beg plastik tu (skang ni kan beg plastik Jusco & Tesco senang hancur..memang saja dibuat cenggitu).
So berdasarkan point yang aku kasi kat atas tu mengurangkan rasa bersalah aku for shopping these kind of bags. Boleh la beli lagikan buat tambah koleksi. Hehehehe.



nota kaki shopping: aku nak beli banyak sikit, bagi kat
 mak di kampung. Suruh dia pakai
pi beli barang, baru stylo gitu.

Tuesday, May 18, 2010

Style atau Tuntutan?

Well...ini sesuatu yang menarik. Aku dapat email ni from a colleague. Sengaja aku paparkan di sini untuk renungan bersama.


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.
I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote::
" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini"
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.
NOT PERFECT-