Showing posts with label review makan. Show all posts
Showing posts with label review makan. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Amacam..ada berani?

Entri ni merujuk kepada aktiviti aku dan en.suami pada hari khamis lepas.
Aku dah plan nak makan kat sini...hehehe sebabnya aku memang teringin nak makan benda ni...


Amacam..pernah tengok? Pernah makan? Ini adalah otak lembu yang pada perkiraan aku cam dimasak style rendang. Eeii.. otak lembu bleh makan ke? Boleh dik. Halalan Toyyiban. Alah sama gak cam makan ekor, lidah dan organ-organ lembu yang lain. (Aku dengar ada orang bagi anak-anak makan 'telur' lembu..especially for adik beradik kononnya kalo suka bergaduh bagi makan 'telur' lembu. Masak la apa-apa pun bagi makan, insya-allah tak gaduh lagi dah so sesiapa yang ade anak yang gemor bercekau haa apa lagi petua free ni, amalkan la , diaorang cakap rasa dia sama cam daging...hmm aku tak pernah rasa lagi la.)
Berbalik pada citer otak tadi...Rasa dia? Camne nak cerita ek?..lemak-lemak dan yummy. Eh pi rasa sendiri la. Dia jual RM6 semangkuk kat restoran Salero Negeri.
Aku pegi restoran ni pun lepas baca entri puan Su lunatots. So aku ajak En.Suami ke Amcorp Mall semata-mata nak pi makan otaks. Wah..dah lama aku tak makan otak ni. Last makan time sekolah rendah, mak aku masak pais. LAGI YUMMY!!!
Restoran Salero Negeri ni menghidangkan masakan Padang/ Minang. Sedap dan memang aku rekemen untuk makan kat sini. Ari tu kami amik otak, daging salai masak lemak, bergedil, terung berlada & lemak pucuk paku. Memang sedap dan terasa asli tanpa bahan pengawet. Wah Wah. Rasa cam nak pergi lagi. Eh tapi takkan takde cawangan dia kut? Jenuh akak nak datang kalo duk kat Ampang kan. Ada dik...kat sini ha....kalo tak jelas dia tulis ape ko nampak nombor tu? Dail dan tanya..senangkan.










Nota insaf:
Lopeh makan konyang-konyang..
toruih pi solat. Surau dokek jo ngan
kodai tu. Mintak dimurahkan rezeki dan
buleh datang makan laie. Hahaha.
(apsal aku cakap bunyi cam pelik je?)

Monday, May 10, 2010

Nasi Lemak ...erp Alhamdulillah


**disclaimer: tulisan ini adalah berpandukan pada tekak hamba dan berdasarkan pemerhatian hamba atas kelakuan pelanggan sekeliling.


Nasi Lemak Buah Bidara (pic ehsan En.Google)
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Ewah! Amacam best tak hamba berpantun dipetang yang redup lagi mendung nih. Pantun tu cuma sebagai mukadimah aje, jauh sekali dari realiti aku nih. Tak sanggup nak buang emak dan keluarga sebab kekasih weh. Gilos! Kalo aku buang mak, mana aku nak cari nasik lemak free yang sedap? Jawab..jawab!!

Mari lah kita kembali ke jalan yang benar ye. Topik dipetang yang mulia ini ialah NASIK LEMAK. Nasi lemak ialah makanan kebanggaan rakyat Malaysia disamping roti canai dan teh tarik. Walaupun ianya hidangan yang dikatakan berkalori tinggi disebabkan kandungan santan dan ikan bilis namun ia masih menjadi kegemaran ramai, malahan ada yang sanggup makan hari-hari atau dua bungkus sekali makan sehingga dapat amaran dari doktor baru nak berenti.

Kali ni aku nak berborak tentang nasi lemak yang sedap. Yang Umph. Oleh itu sesiapa yang ada masalah kesihatan yang doktor korang larang dari jamah nasik lemak, boleh la klik kat kotak 'x' kecik kat belah atas kanan tu ye. Aku tak nak bertanggungjawab atas masalah kesihatan korang pulak :D

Okeh ada beberapa faktor yang menentukan kesedapan nasik lemak ni. Antaranya:
1) Nasik
~ dah namanya nasik lemak, tentulah lagi lemak lagi sedap rasanya.
~ tapi ada juga yang tak suka nasi lemak yang tak berapa lemak.
~ ada insan yang berniaga tapi nk jimat kos punya pasal, sanggup ganti kan santan dengan minyak sebab nak kasi nasi tu nampak cam berkilat (konon taruk santan la)..cis sangat menjatuhkan maruah nasik lemak.
~ nasik lemak lagi best kalo di balut daun pisang. Aroma nasi panas kena dengan daun pisang...fuhh tangkap lentok beb.
~ada gak nasik lemak ni yang aku jumpa bertaruk halia, halba dan bawang merah. Ini semua adalah bahan untuk kasi bau nasik lemak tu mengancam.

2) Sambal
~ ada suka sambal pedas
~ ada suka sambal manis
~ yang pasti nasik lemak tanpa sambal sama macam pergi kerja tak gosok gigi. Tak lengkap gitu.

3) Condiment sampingan
~ ikan bilis mesti rangup, kalo dapat had liat tu potong beb!
~ ada orang suka kacang, aku pulak..no thank you.
~ timun, ini wajib.
~ kangkung, ini tambahan yang sesuai
~ sambal sotong, paru goreng/sambal, kerang/ayam rendang, telur goreng, telur rebus, sambal petai; ini adalah tambahan suka hati ikut duit poket korang. Kalo masak sendiri ikut rajin korang le.

Sesungguhnya pencarian nasik lemak yang sedap itu pada aku amat mencabar sama mencabar dengan pencarian makanan kegemaran aku yang lain. Memang senang nak cari orang jual nasik lemak. bersepah. Namun mungkin sebab aku ni amat menghayati setiap suapan, makanya faktor ENAK itu AMAT PENTING. Berikut adalah senarai sumber nasik lemak yang aku rasa berbaloi untuk di cuba:

a) Nasik Lemak simpang Greenwood, Gombak
Ada satu gerai (bukan gerai pun, just akak tu bukak meja) dia jual nasik lemak siap pek, kuih dan paper. Dia ada jual 3 atau 2 jenis nasik lemak dari pengusaha nasi lemak yang berbeza (berdasarkan pembungkus nasi lemak yang berlainan). Ada satu nasi lemak tu di bungkus dengan kertas minyak (warna coklat). Fuh nasi lemak ni memang sedap. Kalo aku sampai lambat (dalam kul 8am) selalunya dah habis, saingan dia yang lagi dua tu lambat habis. Tak kirolah sambal sotong ko, ayam ko, korang ko semuo sodap. Tapi lately aku tengok dah takde. Ntah kenapa dia tak hantar nasi lemak dia dah, aku pun tak tahu.

b) Nasik Lemak Titiwangsa
Kalo korang rajin pegi bersenam or jenjalan kat Tasik Titiwangsa, mesti familiar ngan kawasan ni kan. Ada satu gerai makan paling dekat dengan toilet, dekat kawasan parking motor. Nasik lemak bungkus dia sedap. Tapi takde variety kat sini, dia cuma ada nasi lemak biasa (sambal bilis) dan bihun goreng. Tapi both sedap dan marvelous. Aqeelah pun makan bihun goreng dia sebungkus habis!! (anak aku memang kuat makan).

c) Nasik Lemak Kg Serdang
Ini bukan nasik lemak kat Serdang, Selangor ye. Yang ini lokasinya kat Sitiawan, Perak. Mak cik ni nasik lemak dia memang sedap. Gerai dia kat hujung Lorong Dewan. Since aku sekolah menengah lagi memang dah tergila-gila kan nasik lemak dia. Kalo datang awal sangat, memang dia tak bukak lagi itupun ramai yang dah menunggu. Kalo lambat alamat tak merasalah. Semenjak aku abis sekolah jarang sekali dapat merasa nasik lemak dia ni. Ada sekali tu lepas abis pantang aku ajak En. Suami pi beli nasik lemak dia, malangnya dah abis. Ni dah setahun lebih, balik kampung last 2 weeks baru aku dapat merasa. Itu pun aku dapat beli the last 4 bungkus. Rasanya masih sama macam dulu...sedap, wangi, yummy. Dan the best part harganya cuma RM0.60 (naik seposen je).

d) Nasik Lemak mak cik simpang belakang EPF
Nasik Lemak ni pun antara yang terlaris. Kalo sampai kat kedai tu kul 9am selalunya dah habis dah. Pada aku, yang bestnya kat sini sambal sotong dia dan paru sambal dia. Owh the very seeddaapppp. Paru dia crispy jek. Sambal sotong dia jangan cakap la, bau kuat giler. Menurut ofismate aku rendang ayam dia pun best jugak, tapi aku tak berpeluang nak try lagi.

Itu aje nasik lemak yang pada mata hati aku sedap. Kalo ade tempat makan yang yummy lagi, aku akan paparkan lagi untuk di kongsi bersama, korang pun roger2 lah kat aku ek. Daaa..........
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Update 11 June 2010*
1) Nasi lemak kat Titiwangsa yang kedai sebelah dia tu pun sdap gak. Isk sedap giler! baru ari khamis lepas aku ngan en.suami try. memang best!!
2) Yang kat Greenwood tu macam dah takde jek :( yang ada nasi lemak orang lain antar. tak best la cenggini.

Monday, March 22, 2010

Char Koay Teow satu!!!

Siapa suka makan char koay teow angkat tangan!!
Hehehe it's one of my favourite fud. Masa aku kecik dulu takde lagi orang Melayu jual CKT ni, tak pernah dengarlah pun. Koay teow goreng. KT sup & KT tomyam tu adelah. Tapi sekarang dah melambak orang melayu yang jual CKT nih, tinggal nak cari/ pilih yang sedap jek.
Nak masak yang sejibik rasa macam beli kat kedai tak menjadi (T_T) makanya terpaksalah buat aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan untuk pencarian CKT terunggul hahaha.

Antara ciri-ciri CKT kegemaran aku ialah:
1) Berkuah (berair gitu,kalo kering jer markah potong hep pantang aku CKT kering!!!).
2) Udang & kerang mesti fresh (pastu kalo goreng jangan le sampai udang tu kering kecut gitu)


Disini aku senaraikan kedai CKT pilihan aku (anak tekak memasing berbeza jadi mungkin ade kedai ni bukan favorite korang tapi dah aku rasa sedap nk buat guano??)

1) CKT Yeop - gombak
Lokasi: senang nak cari, sebelah Masjid Taman Seri Gombak. So kalo lepas makan tu dengar azan ha pegile solat apa lagik!
Waktu beroperasi: Setakat ni aku pernah pegi time malam aje, aku tak pasti ari ape dia cuti sebab ari Ahad pun dia ada berniaga jugak.
Kedai ni baru lagi menjadi favourite aku sekeluarga. Itu pun selepas diberitahu kewujudannya oleh ex-skul mate aku kt FB die (Thanks Kak Pah).
Kedainya kecik aje...tapi CKT nye marvelous. Ada jugak jual makanan lain seperti burger, nasik lemak ayam goreng & nasik ayam tapi aku tak pernah try lagi makanan2 lain.


2) AAA CKT - Bdr Baru Ampang
Lokasi: sebelah pasar basah bandar baru ampang (open air style)
Waktu beroperasi: Beroperasi 6.30pm - selagi stok KT ada setiap hari kecuali ari Khamis & Ahad. Tapi sekarang ni aku tengok ikut sukati dia bila nak bukak/ tutup =(
Gerai ni dah lama aku aim kalo teringin nak makan CKT, aku start makan kat sini semenjak aku duk KL (2001). CKT dia MEMANG SEDDAAPPP dan selalu abish. Dia tak jual makanan lain selain CKT.

3) (aku tak tau nama apa gerai nih) - Medan Idaman
Lokasi: Dekat area medan Idaman, depan klinik Idzham kat corner ada satu gerai CKT (open air style)
Waktu beroperasi: aku tak pasti sebab pernah makan kat sini sekali jek.
Gerai ni aku rasa famous gak kut, CKT dia sedap. Tapi sebab jurujual dia cam hampeh (not really mesra alam/ customer oriented) makanya laki aku dah banned gerai nih.
Pada aku kalo ko rasa nak meniaga buatla cara nak meniaga, ni kalo meniaga tapi buat muka cam nak kena sepak memang lah takde orang nak datang. Buat customer lari aje.

4) Mali's Corner - kat Tmn Bunga Raya (open air style) & Tmn Danau Kota (restoran)
Lokasi: tu aku dah tulis kat atas tu
Waktu beroperasi: setiap hari (yang kat Danau kota tu aku rasa kalo mintak CKT kul 2pm pun dah ada jual kut).
Aku rasa kalo sebut jek nama kedai ni, kaki CKT mesti tau. Sebab berjayanya kedai kat Tmn Bunga Raya (byk student TAR College kat situ) maka diaorang bukak satu lagi outlet kat Tmn Danau Kota.
Kat kat Tmn Bunga Raya tu, nak beli CKT dia kena queue yang PANJANG (oh ye dia punya konsep kat situ ialah self service). Ada gak jual Nasi lemak ayam goreng yang mana aku tengok ramai gak yang beratur nak beli.
Rasa dia okey lah, tapi sebab panjang sangat queue aku rasa malaslah nak pegi lagi.

5) CKT Chot - Seri Manjung
Lokasi: dekat dengan Manjung Bakery (tak salah aku lah) (restoran)
Waktu operasi: Pagi sampai tengah hari, setiap hari
Kedai ni memang FOFULAR buat ex-student ITM Manjung dan orang sekitarnya. Dulu lokasinya corner lot berhampiran dengan Pej.Pendaftaran (Bang. Persekutuan). Kedai ni memang ramai yang duk lepak.
Sedap dan layanan yang mesra buat kan ramai orang sukeee dok kat situ. Ada fud lain gak cam roti canai, mee kari dan lelain.


6) CKT Pawagam - dekat panggung wayang Sitiawan
Lokasi: spt yang aku tulis kat atas leee lagipun ada SATU aje panggun wayang kat Sitiawan tu.(open air style)
Waktu operasi: 8pm - larut malam
Kedai ni dah lama ada, from time aku bujang sampai laa ni. Ramai duk lepak kat sini sebab dia open air style dan dekat tepi jalan. CKT dia sedap tapi ada rasa hangit sikit hehehe. Just jual CKT aje.

7) CKT bawah pokok - Taman Acheh Jaya
Lokasi: Kat bawah pokok kat taman kanak-kanak Taman Acheh Jaya (open air style)
Waktu operasi: Tak pasti ari apa, tapi yang aku nampak dia bukak malam je.
Aku pernah try sekali aje, sebab kalo balik kampung baik aku makan makanan yang mak aku masak kan! Tapi kesimpulannya ia akan jadi antara gerai pilihan aku kalo teringin nak makan CKT time balik kampung.

Itulah antara CKT yang berjaya menambat ati aku. Oh ye, kalo korang ade tawu kat mana lokasi CKT yang sedap, jangan segan meh habaq kat aku.