Thursday, December 24, 2009

How to Add Chat Box

Ada member aku tanya (CK) camner nak taruk chat box. Hehehe ini aku kasi step2nye okeh.
*Sila klik pada image untuk dapatkan pandangan yang lebih clear.

1. Ko musti lah ada sign up kat memana provider chat box. Cam aku nih guna oggix.

2. Ikut instruction dier semualah, sampai ke tahap Install Shoutbox.



Ada instruction yang suruh ko copy HTML codes die pas tu paste kat blog ko. (kat sinilah ke'confuse'an Cik Kiah kite tu bermule...)

3. So for safety or memudahkan kerja. Ko copy HTML codes oggix tu kendian paste kat dalam notepad ke word ke. Ini untuk temporary ajek, nak bagi mudah kerja. Pastu dah bley sign out oggix dah.

4. Kendian ko sign in kat blog ko. Klik kat customize -> layout. Dia akan keluar rupa macam ni.

5. Ko nampak kan ada tulis 'Add a Gadget'. Dia ade kat atas, tepi dan bawah. Haa terpulang kat ko nak klik yg belah mana, ini menentukan kat mana ko nak taruk chat box ko tu. So klik le...tunggu ape lagi!

6. Lepas klik dia akan kuar macam ni pulak.




Ko nampak kotak merah bertulis HTML/ JavaScript yang aku taruk arrow merah tu. Ko klik tanda '+' tu.




7. Finally akan keluar kotak ineh iaitu Configure HTML/ JavaScript.


Ko taruk la title ape yg ko nak ye..contohnye: Sesi Anyam Ketupat, Apa Khabar Di Sana, Hola Halu..etc. etc.
Kendian copy HTML oggix yang ko taruk temporary kat notepad/ word tuh dan paste dalam content column tuh. Pastu jangan lupa tekan button sakti ye...SAVE

Haa ko boleh la preview blog ko lepas tu. Dah puas hati ko tengoklah kalo ade button sakti ko tekan lah lagi banyak-banyak kali pun tak pe (untuk mengelakkan setting ko hilang kang kena ulang balik, tapi tak pe practise make perfect kan hehehe).
Sekarang buat Kiah jangan tak buat.

Wednesday, December 9, 2009

AQ Demam

Aqeelah demam tak baik lagi. Aku perhatikan lepas balik dari klinik audiologi lepas buat test yang kena makan ubat tidur tu mesti dia demam panas, adalah dalam 2 hari jugak lah demamnye. Ini kali kedua dia kena demam ni. Tapi aku tak pasti sama ada ini disebabkan kesan ubat ataupun memang time dia patut demam (adeke time tak patut/ patut demam?). Ari isnin tu petang ade aku bawak ke klinik, doc just bagi ubat demam. En. Suami tanya tak bagi ubat bullet ke? (before this we went to the same klinik but diff.doc. Dia masukkan Aqeelah ubat bullet tu). Tapi doc jawab ubat bullet tu bagi kalau demam tinggi sangat, siap tambah parents yang ignorant je bagi anak ubat bullet tu setiap kali demam. "Kena ajar anak makan ubat", kata doc tu lagi. (sebelum kitaorang sampai klinik, kami dah mandikan Aqeelah seround so maybe sebab tu suhu dia dah turun. Sebelum tudekat 40 degrees gak lar).
Dah dua malam dia tido bertemankan pampers, dibaluti lampin basah dan towel kecik basah kat dahi. Semalam otw balik from office, Kak Ija sms bagitahu Aqeelah demam balik. Time ambik memang dia nampak monyok aje. Kak Ija cakap Aqeelah minum susu sebotol pun tak habis, makan pun tak habis, pastu petang siap muntah pulak. Sian anak aku.
Sampai rumah aku togelkan Aqeelah kemudian ajak En.Suami mandikan dia. Lepas tu balut badan dia ngan napkin basah, tak lupa towel kecik kat dahi serta C*old Fever yang dah memang standby dalam peti ais. Aku suapkan dia air masak, so dia kencing dengan harapan panas badan keluar sekali jugak gantikan air dalam badan yang hilang sebab dia muntah dan kurang makan/susu di nursery siang tadi. Aku susukan dia sambil baring nak jugak dia senyum sikit-sikit kalo kena acan, tak lama lepas tu dia pun tidur.
Kul 9.30pm dia terjaga, aku bancuh nestum (nak buat bubur nasi tak sempat coz stok bubur dah abis). Ternganga-nganga mulut dia macam anak burung, marah-marah kalau aku lambat suap. Dua kali aku bancuh nestum untuk dia, nampak sangat dia lapar. Sian sangat aku tengok dia.
Tadi hantar kat nursery macam dedar sikit. Aku harap Aqeelah cepat sembuh.

:: update @ 3.30pm ~ Td aku cek ngan Kak Ija, dia bagitahu Aqeelah dah ok ari ni. Dah boley round-round buat kuak lentang keliling Rumah Biru. Alhamdulillah.

Tuesday, December 8, 2009

Akhirnya...Hearing Aid

Semalam aku cuti lagi (abis dah cuti aku tahun ni). Aqeelah ada appointment kat Klinik Audiologi UKM, Titiwangsa ngan Cik Izati. Lagi sekali Aqeelah kena buat ujian tidur, lepas buat test tu dalam sejam lebih Aqeelah pun bangun. Ear mould Aqeelah yang buat hari tu pun dah siap. Since kami tak cukup duit lagi untuk beli alat pendengaran Aqeelah, kami just pinjam Klinik Audiologi UKM punya. Bayar deposit RM1k lepas tu Cik Izati pasangkan alat pendengaran tu pada ear mould kanan Aqeelah. Kami boleh pinjam selama 3 bulan. Kalau pulangkan dalam kondisi yang baik maka dapat balik la RM1k tu. Alhamdulillah, 1st try pakaikan Aqeelah hearing aid ni untuk sejam lebih macam ok je. Nampak dia macam tak terganggu pun, walaupun kadang-kadang alat tu tak berapa masuk dalam telinga dia.

Cik Izati suruh pakai alat tu time jaga aje. Kalau tidur kena bukak, risau anak lasak dan merosakkan alat tu. Alat tu pun tak kalis air, jadi kalau mandi kena bukak juga. Maka tak boleh tidak, kenalah aku menunjuk ajar BS Aqeelah camno nak pasangkan alat tu. Tadi time aku hantar Aqeelah kat nursery Kak Ija dah risau kut-kut aku pakaikan anak dengan hearing aid tu.."takut ramai yang nak test kang", katanya. Buat masa sekarang ni memang aku tak pakaikan lagi Aqeelah hearing aid ke nursery. Dia cuma pakai kat rumah aje. Cik Izati advice buat permulaan biasakan anak pakai hearing aid tu at least 4 hours sehari. Next follow up lagi dua minggu. Mana mak nak korek cuti lagi....kenalah ambik unpaid leave ye nak.

Tuesday, December 1, 2009

Botol Susu - BPA free bottle shelf life

Last week (or few weeks back..tak ingat ler), aku nampak opismate aku beli botol susu. Aku pun tanya buat apa beli baru? Dia remindkan aku yang botol susu memang kena tukar 3-4 months lepas guna. OPPSS!! Baru aku teringat, umur Aqeelah setahun maknanya kebanyakan botol susu dia pun dah setahun jugaklah. Aku guna perkataaan 'kebanyakan' tu sebab botol susu dia banyak giler from dia lahir campur dengan botol-botol susu yang aku beli time dia umur 6-7 months (coz time aku pam buat stok memang zaman gila beli botol susu). So malam tadi lepas bincang dengan En. Suami, aku decide untuk mengemas kini botol susu Aqeelah.
Botol susu Aqeelah ada 2 jenis. 1 BPA lagi satu BPA free. Botol BPA ni mostly bottle Ave*nt dan beberapa botol free yang orang bagi. Botol BPA free pulak yang aku beli dari Momslittleones dan Bumble*bee kat SO*GO. Jenuh lah aku search kat net apakah shelf-life bagi BPA free bottle. Kalo tengok kat Momslittleones dinyatakan botol diaorang boleh digunakan selagi takde tanda-tanda wear and tear, korang boleh tengok remark dia under Higlighted column kaler pink. Pas tu aku google gak kat sini ek, ada tulis kalo BPA free bottle boleh discard after setahun setengah. Jadinya aku amiklah saranan kedua tu. Botol Ave*nt memang aku lego ajerk, dah tamat tempoh.
Tapi aku ambik gak inisiatif lain heheheh...iaitu dengan membeli glass bottle nih! (nanti aku hapload picnye ye...pc opis ni banyak sangat do's & don'ts nye, kira dapat hapdet blog pun dah kira ok).
Sampai dua sekali aku sambar...terbang RM70. Aku beli brand NU*K (9oz) & Chi**cco (5oz). Okeylah tu SO*GO tengah Christmas Sale nih dapatlah discount sket(heheh aku pun tak tahu time bila SO*GO TAK SALE). Botol NU*K aku dapat RM33.20 i/o RM41.50 dan botol Chi**cco aku dapat RM37.52 i/o RM46.90..oklah tu kan! So sesapa yang nak shopping glass bottle boleh pegi SO*GO yer.
Tapi tula sesiapa tahu tak bila sepatutnya kita discard BPA free bottle ye?





Aqeelah posing dengan botol baru ekekeke...

Tuesday, November 24, 2009

I'm Happy::mode happy

Ari ni aku mendapat satu berita yang amat menggembirakan. Aku doakan semuanya menjadi kenyataan dan berjalan lancar. AMIN! ;)

p/s: Mak Yang tis is for u! Love You So Much.

Monday, November 23, 2009

Melaka

Ni few pic yang sempat aku tangkap kat Melaka. Actually gambar dalam bilik kat hotel je. Pic lain memang takde (tak sempat nak tangkap pic Wawa, Dani & Bad anyway thanks a lot beb). Kami tak pegi mana pun, sampai Melaka kul 5pm lepas maghrib baru keluar terus jumpa Wawa. Pi dinner dan Wawa bawak pusing Melaka. Kul 10.30pm dah tersadai balik dalam bilik hotel.
Bilik hotel besau....RM220 aku rase kalau bawak toto boleh sangat lah 7 orang duk sebilik dengan amat selesa.
Esoknya pukul 11.30am dah gerak ke N9, sadiskan..pegi Melaka tapi sempat lawat Tesco aje. Harharhar!!!!



Sebelum gerak.......







Dah fresh baru lepas mandi, nak pegi jalan ni!! Abah, kenapa tidur pulak ni..Aqeelah nak pegi jalan.








Alaaaa dah nak balik ke???

Bubur nasik weh.

Ari ni aku nak tulis pasal bubur Aqeelah. Aqeelah start makan at 6 month. Diet wajib dia from 6-10th month adalah buah. Biasanya aku bagi buah pear dan plum. Kadang-kadang aku bagi epal (tapi epal & pisang tak berapa best coz nanti Aqeelah ade constipation prob). Bubur nasi aku dah cuba bagi, taruk ikan bilis tapi tak jalan. Nampak beza sangat layanan Aqeelah pada bubur nasi dan buah. Kalau aku bagi bubur nasi (walaupun dah blend halus) memang tak laku lah. Tapi kalau buah memang licin.
Selalunya buah memang aku kupas, kukus dan blend. Kalau aprikot pulak aku belah 'X' pada bontot buah tu pas tu kukus. Before blend aku just lucutkan kulit aprikot tu, tak perlu kupas. Tapi yang lazimnya buah pear ngan plum lah, since dia pun tak jemu. Sambil-sambil tu kalau makanan yang aneh-aneh macam ikan atau telur aku suap juga sikit pada dia (sambil En. Suami tak nampak).
Bila naik 10 bulan, Kak Ija suruh aku tambah bagi nasi bubur kat Aqeelah. Dalam hati aku dah berkira...oh malasnye..(teruk kan aku!) Sebabnya tak masak nasi bubur pun aku kena bangun pukul 6 pagi untuk bersiap (bangun dengan perlahan ok tak mau Aqeelah terbangun sama, she's a light sleeper. Pastu suka bangun awal...kalau dah bangun memang satu kerja pun tak boleh buat). Ni dah buat nasi bubur pukul berapa aku kena bangun pulak nak tunggu beras kembang kan lama gile (pukul 3 pagi kah?)
Jadi aku pun bereksperimentasi dan meminta panduan dari mak-mak orang yang lain. Berkat dari panduan berhemat yang aku dapat, Alhamdulillah aku berjaya bekalkan Aqeelah dengan bubur nasi sehingga sekarang setiap hari (thanks mak & Kak Ti for your brilliant ideas).
Perkara pertama iaitu bubur nasi.
Oleh sebab lambat nak kembang kalau masak on stove, mak aku suruh aku ambik nasi yang dah masak (from rice cooker) pas tu kacau dengan air panas sikit dalam mangkuk. Kacau lama-lama kanji nasi tu keluarlah, jadilah bubur nasi. Campurla dengan ikan goreng ke apa ke (bahan dah masak lah sebab cara ni di apply off stove ye). Cara ni sesuai kalau tiba-tiba nak terbagi makan bubur atau pun ketika darurat (gas abis ke..apa ke.)
Pas tu Kak Ti cerita kat aku, kakak dia masak nasi (macam masak nasi biasa) banyak pas tu transfer dalam periuk campur air letak atas stove dan kacau-kacau sesedap rasa. Tak sampai 30 minit jadilah bubur nasi kosong atau moi. Pas tu kakak dia taruk dalam bekas-bekas berasingan (satu bekas untuk satu meal). Bila nak guna dia akan panaskan content bekas tu dan mix dengan bahan-bahan lain. Bijak kan! So aku apply cara ni, tapi aku simpan the whole content dalam tupperware aiskrim yang besar dalam peti ais. So aku ambik cuma sikit je setiap kali nak masak bubur nasi Aqeelah.
Perkara kedua iaitu perasa bubur.
Aku ni nak kata very particular dengan penggunaan artificial food flavour dalam makanan Aqeelah tak la jugak. Tapi sebolehnya aku cuba elakkan. Baby sitter ada ajar aku masukkan cube chicken stock dalam bubur nasi kosong so Aqeelah minat nak makan tapi aku tak buat pun, tak berapa selesa nak taruk benda-benda ni. So aku cuba buat sendiri! Aku surf net dan ada few resepi yang aku dapat. So aku combine ambik sana sikit sini sikit dan jadilah chicken stok aku sendiri. Cara aku ek...
Sepeket rangka ayam/ tengkuk ayam (aku beli kat SOGO jek)
Seketul carrot besar/ kalau carrot kecik ambik lah dalam 2 batang kupas dan kerat je. Kerat 3 cukup.
Sebatang batang celery, kerat macam carrot.
Sebijik bawang besar kupas, tak perlu kerat or hiris.
Halia (ikut suka nak banyak mana, untuk kurangkan hamis ayam).
Satu jug air, kalau lebih kan setengah jug pun tak pe sebab nanti dia tersejat.
Campur semua benda dalam periuk pas tu boil (api sederhana, periuk tutup ye), bila dah mendidih agak-agak dalam 10 minit kecikkan api biar dia simmer. Total time memasak ialah 4 jam, dari mula on api hingga tutup api (tak payah la bertunggu-tangga kat dapur tu, pegila tengok tv ke baca buku Twilight ke hehehe). Bila dah sejuk, tapis pindahkan dalam bekas kecik pastu simpan dalam freezer. Bila nak guna keluarkan lah.
Okey cara aku masak bubur Aqeelah ek, aku cerita dari mula aku bangun tidolah ek hehehe.
Celik mata pukul 5.30am aku pegi dapur tumis bawang merah, bawang putih & halia dengan sedikit minyak (kadang2 minyak masak biasa, kadang2 minyak zaitun).
Kemudian masukkan bubur nasi kosong (ikut banyak mana nak bagi anak makan), tuang stok ayam campur air sikit (tapi kalau dah terbangun 6 am atau lambat lagi aku tak masuklah tumisan, terus nasi & stok ayam jek). Mandi kejap, api bubur kecik je. Selesai mandi (dalam 5-10 minit je aku mandi) masukkan lauk (isi ikan merah/ tenggiri/ ayam/ udang) dan sayur (daun bawang/ sawi/ bayam/ carrot) kacau-kacau pas tu pegi solat subuh. Siap solat tutup api pindahkan bubur dalam thermos, siap!
Kalau takde lauk aku rebus telur, belah dua dan masukkan dalam bubur yang dah siap (sebab Aqeelah kurang makan bubur yang masak sekali dengan telur) dan campur sedikit serbuk ikan bilis yang aku buat sendiri. Tapi sayur mesti ada.
Kira sekarang kerja buat bubur aku dah jadi mudah le. Dan paling best ialah Aqeelah suka makan bubur mak dia huhu YUMMY YE NAK!!!

p/s: Aqeelah masih makan buah untuk memudahkan dia membuang.

Friday, November 20, 2009

Aqeelah ~ Bionic Girl?

wokey...aku nak update pasal semalam.

Semalam Aqeelah dah buat check telinganye, siap pakai ubat tido sekali. Biasalah diaorang dah pakaikan wayar segala bagai so kenalah guna ubat tido kang anak aku terbelit wayar lak or abis cabut-cabut wayar diaorang.

Tapi result masih tak berapa clear, tak bleh detect lagi tahap kurang dengar anak aku. Yang pasti, antara range teruk ke sangat teruk.

Lepas tido dalam sejam lebih, around 11am Aqeelah dah bangun. Ingat nak continue test tu tapi dia tak mau duk diam we all proceed to next test. Test ni just masukkan earphone kat one of her ear, tapi dia resist. Hmm...marah dia orang pegang telinga, aku tanya kalau buat sambil menyusu boleh tak tapi Cik Izzati kata tak boleh, nanti result tak tepat. So tangguh lagi lah test ni. At last kitaorang kena buat another appointment next Tuesday (24th Nov) belah petang. Harap-harap this would be the final one.

Lepas tu kitaorang dapatkan jugak nasihat from Cik Izzati, antara soklan yang ditanya ialah:

S: Berapa harga hearing aid tu?

J: Menurut dia kalau tengok tahap Aqeelah ni mungkin dalam range RM3K per aid/ear. Jadik kalo dua..uhuk uhuk uhuk terbatuk mak cik! Dalam otakdah terpikir isk kena buat loan jugak ni.

S: Kitaorang cubalah tanya kut-kut bleh buat installment ke or by credit card?

J: Tak boleh yer, cash only huhuhu

S: Boleh tak buat kat luar (ada je kedai yang jual alat macam ni kat luar, so dah sah bleh swipe credit card kan)?

J: Boleh.

Tapi pas tu Cik Izzati inform yang diaorang ade sewakan hearing aid ni. Just bayar RM500-RM1000 as deposit, you can take their hearing aid for 3 month. Pas tu kalau time pulang tu ok kita dapatlah duit tu balik, tapi kalo rosak kira selamat jalan lah RM tu. Kalo rosak dia akan repair pastu tolak caj repair from our deposit, baki dipulangkan.

So she suggest us to buy one and rent from them another one. So tak delah tersedak nak keluarkan RM7K sekaligus. Lagi satu sebab dia suggest macam ni sebab Aqeelah dah menepati 2 kriteria for cochlear implant (so satu telinga boleh guna hearing aid dan lagi satu boleh buat cochlear implant), which is:

1) Range pendengaran dia is between 'teruk ke sangat teruk'
2) Her age must be 0 - 4 years old. Aqeelah is 1 today (alhamdulillah) yahoo!!


So kalau penuhi 5 kriteria tu bolehlah proceed untuk the implant, yang mana sebahagian perbelanjaannya akan ditanggung oleh JPA (sebahagian tu berapa banyak tu aku tak pasti la, according tu Cik Izzati it depends on parents income as well).

Antara kriteria lain yang aku ingat ialah, calon tak berupaya untuk mendengar walaupun menggunakan hearing aid...lagi dua aku lupala pulak.

Bos aku pulak ada bagi artikel from the Star Ahad baru ni regarding cochlear implant. Thanks bos! Kalaula buat cochlear implant jadi bionik la pulak anak aku...huhuhu Aqeelah bionic girl. Tapi aku ade gak dengar camne bunyi cochlear implant kat you tube ada. Ntahla aku dengar cam bunyi robot cakap aje, so bayangkanlah Aqeelah dengar sore mak & abah dia ni macam suara robot + Darth Vader sikit sambil menyanyi lagu Tepuk Amai-Amai. Hmm agak aneh suasana tu....betul tak?
Jadi we are looking forward for next appointment, so we can decide how much the hearing aid cost. Tapi kitaorang buat jugak ear mould untuk Aqeelah. Ade pic dia dengan telinga bersumbat lilin or watever dia punya bahan kaler hijau untuk buat penyumbat telinga tu. Masa ni Aqeelah duk diamlah sebab sambil buat tu dia menyusu hehehe.
Lepas tu kami menjamu selera kat SOGO sempat shopping baju kerja En. Suami 3 pasang + seluar kerja dia, which is dah memang patut pun ditukar ganti.
Selesai kami gerak ke PUSRAWI appointment wif Doc.Ruzini. Kami patient ke 2. best lah takde orang sangat semalam. Maybe kami awal, kalo tak bercinta jugak menunggu. Doc.Ruzini suggest kami letak Aqeelah dalam walker untuk strengthen her back. "Tapi sekejap je, sebab kalau baby dah pandai jalan tak elok letak dalam walker nanti dia malas". Begitulah advice Doc.Ruzini. Lepas Aqeelah kena jab, we all balik rumah. Pastu teringat nak survey ada option lain tak kalau tak nak pakai walker?
Aku teringat psal jumperoo (fisher price) terus suruh En. Suami bukak internet. Nampak best sebab ada banyak mainan colourful. Bila tengok harga pun huhuhu colourful jugak lah hehehe dekat RM600. Hmm ni nak kena pikir betul-betul ni, better beli walker or jumperoo?
Walker murah, jumperoo mahal. Aku terfikir kalau beli pastu sewakan kat orang ada yang sudi tak? Let say aku sewakan RM70 sebulan? Ada yang nak tak? Hehehehe....

Wednesday, November 18, 2009

Yes!!!

AKHIRNYA!!!
Berjaya jugak aku menghabiskan buku nih. Huhuhu. Buku apa ye?
Ini dia! Buku ni jalan ceritanya okay-okay. Kalau sesiapa yang jenis jiwang boleh lah proceed untuk baca. Ceritanya pasal Henry seorang time traveler, cerita kehidupan dia dan macam mana dia boleh terjumpa dengan Clare sejak umur si Clare ni 6 tahun dan waktu tu Henry umurnya 30an rasa aku lah sehinggalah Henry meninggal. Cuba korang bayangkan kalau korang adalah Clare, tiba-tiba at 6 yo terjumpa seorang lelaki yang bakal menjadi suami korang. Sama konsep dengan jodoh dah pasti dengan that guy cumanya kita dah tahu lebih awal who is 'The One'. Pada aku buku ni yang menariknya time Clare dan Henry dah ada anak iaitu Alba, Alba pun mewarisi kebolehan Henry nih. Cuma Alba boleh kawal bila dia nak time travel dan ke time bila, beza dengan Henry yang tak boleh control langsung. Lepas tu Henry pun mati...so sesiapa yang menghayati cerita ni boleh la tangkap syahdu sejenak coz teringatkan Clare betapa dia sayang kat Henry pas tu sanggup tunggu Henry ni kut-kut bila-bila dia muncul. Patutnya bila Henry ni dah mati memang dia dah tak boleh travel dah, tapi sebelum dia mati dia ade time travel ke future di mana Clare pun dah tua dan dia dapat jumpa Clare masa tu. Dan Clare pun duk tunggu detik tu since hari Henry meninggal.

Aku rasa ini boleh dijadikan kebanggaan aku sebab dah lama gile aku tak habiskan novel omputih since aku start kahwin (dah dekat 1 tahun lebih). Novel melayu still aku boleh abis kan jugak. Ada few books yang aku baca sekerat jalan antaranya Losing My Virginity : the Autobiography by Richard Branson, The Richest Man in Babylon ngan Harry Porter and The Deathly Hallows (ini aku start baca time pantang la ni tak abis lagi ~ aku memang follow Harry Porter ni from Book1 thanks to Along Lan & my personal opinion baca buku die lagi best from watchin' the movie). Nih ada lagi 3 buku dalam list aku yang aku baru start nak baca:
1) Twilight
2) New Moon
3) Think and Grow Rich! by Napoleon Hill (ni En. Suami punya saja nak baca, macam best aje)

Actually buku 1 & 2 tu aku beli sekali dengan Time Traveler's Wife, masa tu baru lepas 1st check up Aqeelah kat Audiology UKM. So untuk memujuk hati yang lara aku pun terus borong 3 buku sekali gus tanpa memikirkan bile masa aku nak baca. Gilos kan!!! Kalo ikut hati nak aje aku sambar Eclipse dengan Breaking Dawn (huhuhu terkena badi Bella & Edward...ohh Edward!). Buku baru Dan Brown pun ade keluar gak - The Lost Symbol, tapi sebab budget ciput & it is hardcover so aku beli lah 3 buku tu aje.

Sebenarnya aku tengah tunggu surau kosong nak solat ni, sambil tunggu aku updatela blog. Mana En. Suami ni, tak nak balik ke?

Birthday Sape??

Huhuh sibuk ler....asyik ingat-ingat lupa aje. Ari Jumaat ni birthday Aqeelah, aku tak plan apa-apa pun. Tapi in-law aku ada gak tanya. Aunty aku ada mention nak buat makan-makan kat rumah dia this weekend tapi aku dah bagi tahu kami ke Melaka. Maybe postponed ke Disember, aku kena tidur rumah aunty sebab En. Suami ada training di PD (patutkah aku jerit yahoo sambil buat lompat bintang di situ??) Nak tempah brownies or cup cakes, our favorite baker a.k.a our official cake maker Audrey still dalam pantang. Cup cake & brownie dia (espc. walnut brownie mmg favorite En. Suami) memang SEDAP! Hmm mana nak cari kek sedap nih!!!

Esok dan tulat.

Esok pagi Aqeelah ada appointment lagi dengan Cik Izzati. Tapi semalam dah dengar dia batuk-batuk. Hari ni pun masih batuk lagi, pagi tadi kami beri dia vantolin. Harap-harap tak membawa ke selsema, kalau tak nampaknya tak boleh buat hearing test yang guna ubat tidur tu. Hmm...aku punya cuti dah tinggal sehari aje, kalau tak boleh buat test tu esok entah bila la nak ambil cuti lagi..........
Aku harap biarlah semuanya settle esok, senanglah nak decide apa nak buat lepas tu.
Petang pulak ada appointment dengan doc Ruzini kat PUSRAWI. Yang ni pun aku harap semuanya OK, tengoklah dia nak suggest physio ke apa ke. Nak mintak dia cucuk Aqeelah sekali.

Ari tu aku jumpa Lia kat branch bawah ofis aku, hehehe...actually aku dah nampak dia hari sebelum tu kat kedai mamak. Tapi aku tak berapa yakin + segan. En. Suami siap cakap "Posinglah beg pam awak tu, biar dia tau awak pun pam susu gak"..tapi aku tak buat lah macam tu. Sampai ofis aku sms Lia untuk mengesahkan identiti orang yang aku nampak tu adelah dia. Hehehe betul la....sebenarnya Lia kalo tak disebabkan baju plain ko tu aku memang tak berapa nak pasti sangat (aku dah set dalam otak macam ni "LIA = BAJU PLAIN").
Esok nya pulak kebetulan Lia ade hal kat branch bawah so dia sms aku. Aku pun turun lah...mula tu aku rasa cam segan je tapi lepas tu huh...bersembang macam dah kenal 10 tahun. Best kan Lia! Takpelah nanti kita date lagi ek!

Ari sabtu ni kami sekeluarga merancang untuk pergi ke Melaka. Yes!!! ini adalah 1st family vacation kami (balik kampung Sitiawan & SP, juga ke Kelantan hantar pengantin tu tak kira ye sebab masih melibatkan keluarga & sedara mara). Kali ni cuma kami 3 beranak ajer. Sebenarnya aku dah lama teringin nak pi Terengganu (since pregnant Aqeelah @ 6 months), teringinnya nak makan keropok lekor rebus, nak makan ikan goreng celup etc., nak makan satar. Hmmm tapi tak lepas jugak. Nantilah maybe next year kut.
OK berbalik semula ke program ke Melaka...sebenarnya En. Suami ada wedding kawan kat N9 hari Ahad. Jadi aku pun saja je nak jalan-jalan lagi pun nak jumpa ex-ofismate cum ex-housemate yang tengah preggy no.2 sekarang ni. Last aku jumpa Wawa masa aku preggy 3 or 4 months kut. Dani pun baby lagi masa tu.
Aku dah book hotel Naza, malangnya corporate rate tak impose time cuti sekolah. So kenalah bayar RM220 nett untuk Deluxe Room. Aku pun tak tahu sejauh mana OK nya hotel ni. Nantilah lepas aku balik nanti aku cerita. Aku tak ada tujuan pun pegi Melaka ni except nak jumpa Wawa aje. So kalau sesiapa tahu tempat menarik kat Melaka yang worth it to go, boleh lah bagi tahu ye!

Sebenarnya aku berazam untuk menambah isi blog aku ni, tapi tula tak terkejar. Tangkap gambar aje, tapi donload nye tidak. Tengoklah nanti bila aku free aku buatla. Okey time to back to work.

Thursday, November 5, 2009

11 bulan

Aku bukan tak nak menulis. Bukan juga tak de idea. Macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku dalam sebulan nih. Terlalu banyak...dan terlalu extreme untuk aku telan. Kadang hati aku sayu, tapi bila aku fikirkan ini adalah kurniaan Allah dan seharusnya aku bersyukur dan redha. Reaksi ahli keluarga sendiri dan keluarga mertua juga banyak memberi impak. Setiap hari aku tak putus berdoa agar keajaiban berlaku...bila aku pandang dia tersenyum dan ketawa, tak tentu pasal air mata aku menitik. Terkenang what she have been missed sepanjang 11 bulan dia lahir di dunia ini. Aku nak bercerita pada kawan-kawan bukan apa sekadar memberitahu (takut ada yg kecil hati pulak kenapa aku tak cerita), tapi tak terkeluar perkataan dari mulut. Bukan aku malu...tidak, jauh sekali membenci. Cuma aku tak tahu nak menyusun ayat, gusar kalau kata-kata aku tu jadi doa...maklumlah doa seorang ibu kan makbul. Sebab dalam hati aku tersemat yang dia boleh..pasti boleh dengan izin Allah. Aqeelah akan boleh mendengar macam mak, abah, tok, opah, mak tok, atuk, onyang, amsyar, aunty kiot, ibu kauthar, mia dan semua.....

Aqeelah...mak sayang sangat kat Aqeelah.

Thursday, September 17, 2009

Balik Raya

Hmm...bestnye..raya dah makin dekat kan. Mesti kalian semua dah konfem nak beraya dimana tahun ni. Aku sama gak...tahun ni alhamdulillah aku beraya kat Perak...di kampung ku yang tercinta. Tahun lepas kali pertama aku merayakan Aidilfitri sebagai isteri dan ibu (pregnant time tu) di Kuala Lumpur (umah mak mentua aku kat KL), maka tahun ini kali pertama aku merayakan 1 Syawal di kampung sendiri selepas berkahwin. Tahun lepas balik gak ke Perak tapi pada petang raya ke-3 itu pun lepas aku pujuk En. Suami.
Mengikut plan asal kitaorang akan gerak balik ke Sitiawan lepas 12 am ari Jumaat nih (budget sampai umah mak aku ngam2 time sahur), maknanya aku tak perlu bercoti this week, coti aku ambil pada minggu depan jerk. Tapi ...jeng jeng..jeng...pada suatu malam lepas balik dari umah cousin En. Suami tiba-tiba keta En. Suami berbunyi aneh kat bahagian gear...gear tak masuk la...alamak cam n ni...nasib baik dah dekat sampai umah. Kalau sangkut kat MRR2 kan ke susah. Aloh keta En. Suami rosak.....maka secara tiba2 keluar plan lain....
En. Suami suruh aku balik ngan anak petang Khamis (ikut aunty aku). Dia akan menyusul balik kemudian selepas keta direpair (alah dahla 1st time En. Suami beraya kat kg aku maka amatlah tak bestnye kalo dia takde).
Makanya aku pun bercutilah ari ni (khamis) menunggu nasib keta En. Suami boleh repair ke idak. Harap2 boleh lah. Kalo keta tak siap petang ni (yg mana aku doakan janganla) aku akan balik kg petang ni dan esok aku EL. Kalo keta bleh siap petang ni maka plan akan jadi seperti asal (esok aku keja, En. Suami sebenarnya tak bleh cuti this week sebab ade training..tapi sebab dah jadi cam ni kena gak amik coti!!).
So ari ni aku cuti la...sambil buat kerja ofis kat umah. Hati berdebar2 gak nk tgu ape keputusan keta En. Suami tu. Aqeelah kat nursery...kalo ade kat umah tak bleh aku nk buat kerja.
Ingat sat lagi nak kemas umah sikit2...nak pack bag jugak mana tahu kut kena balik petang ni juge :(
Namun aku just sempat sidai kain aje, heheehe ralit tgk internet. Ni byk benda terbengkalai lagi ni....meh aku wat checklist...:

1) Sidai kain lap kaki
2) Basuh & sidai baju kerja En.Suami
3) Kemas hall & ruang menonton tv
4) Kemas bakul baju ke dalam drawer baju
5) basuh pinggan mangkuk update::ade sikit lagi tgh rendam
6) Pack baju aku & aqeelah update::baju aqeelah aje dh pack setakat ni
7) kerja ofis: kira kepala
8) kerja ofis: wat capex
9) masak sikit untuk buke pose update::beras tgl sikit aje, makan kat luar aje le ye En. Suami ;)
10) rendam CD utk wash malam kang (kalo aku ade lagi kat sini, kalo idak En. Suami kena buat lar...)
11) pam susu tuk Aqeelah
12) frozenkan food aqeelah

Alaa banyak nye...baik aku stop skang kalo tak satu pun tak jalan !!!!

Tuesday, September 1, 2009

Alahai Pose ku....

Sedih rasanya...angan-angan dihati nak pose penuh tahun ni. Tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku. Ceritanya begini.........
Pada ari Sabtu yang aman damai, En. Suami telah mencadangkan agar kami sekeluarga pergi berbuka pose di rumah papa nye. Jadik aku pun memasak lah koay teow goreng ala2 char untuk buka pose pada petang itu.
Sampai kat sana takde makanan lain selain koay teow aku, kek lapis indon yang En.Suami beli dari Tesco dan buah tamar papa En.Suami. Kaedahnya koay teow ku abis dibedal. Aku yang makan agak malu2 kucing (yelah takkan sendiri masak pas tu nak makan lebih-lebih dah lah bawak food ke rumah orang kang macam buruk siku pulak) terkulat2 makan koay teow goreng dalam plate ku itu sedikit demi sedikit. Sedangkan En. Suami tanpa memandang kiri dan kanan memakan koay teow ku itu tanpa rasa segan silu...aku pulak naik segan degan bapak mertua aku tuh. Kesimpulannya buka pose ari tu aku masih kelaparan. So on the way balik aku mintak En. Suami belikan aku KF*. Sampai di rumah, ku terkam lah ayam2 itu dan habiskan dengan rakusnya, tak lupa coleslaw dan kentang putar...yummy**!! Lepas tu aku rehat-rehat sambil tonton tv sebelum lelapkan mata.
4.30am subuh Ahad aku terjaga, alarm hp aku bunyik2. Adeh2 perut aku rasa pedih-pedih lak. Aku pun tido balik. Pastu kul 5.00am terjaga balik sebab alarm lagik + Aqeelah waa...waaa + perut aku sakit lagik. Wah kena masuk t.o.i.l.e.t nih! Aku suruh En. Suami teman Aqeelah sambil sahur roti atau ape aje yang ade kat atas meja. Sedang aku melayan diri di dalam bilik kecil, sayup-sayup kat telinga aku dialog drama NurKasih (ulangan dipagi Sabtu & Ahad...alaaa terlepas episod diaorang nikah). Sudahnya kul 6.30am baru aku keluar dari kamar persembunyian, selepas muntah macam orang pregnant 2 bulan dan buang air macam dah tak de ari esok!! #%!
Aku keracunan makanan laa campur ngan gastrik lagi! Huwaaa tak bleh pose sebab aku dehydrated teruk, lepas pi klinik dan makan ubat aku cuma bleh baring dan bergerak bila perlu aje. Nak kena gantilah jawabnye. Alhamdulillah ari Isnin aku bleh pose, walaupun perut rasa kembung sikit dan badan masih lenguh-lenguh. Ini bukanlah kali pertama aku kena food poisoning, masa pregnant Aqeelah 2-3 bulan pun aku kena. Lagi teruk dari ini, tapi alhamdulillah Aqeelah ok jek dalam perut mak dia nih.
Tapi yang penting nak aku tekankan disini ialah, mulai ari aku sakit perut tu aku dah band semua perkara berkaitan KF*!! Sakit ati bila aku kenangkan. Mungkin kalo nak makan pun ayam goreng aje kut hehehe (macam mana nak boikot nih, sedangkan itu antara fave food aku tuh).

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua. Insya-allah hari ini genap 5 hari aku berpuasa. Aku berdoa harap-harap tahun ni aku dapat pose penuh gak macam tahun lepas (masa tu aku pregnantkan Aqeelah at 7 bulan) so tak payah le aku menggantikan pose ku itu. La ni masih blum period, dan dah aku tengok pasal nih kat blog Yatie pasal LAM. Kalo nak tahu apa itu LAM bleh bace lanjut kat blog die nih.
Sahur, masa awal pose alhamdulillah bleh bangun awal plus wat terawih lagik. Laa nih dah 2 kali terbangun di hujung waktu, terawih pun dah 2 ari miss :(
Nih anak dare ku itu pun rajin bangun time sahur, so aku nk bangun pun susah. Sebab nanti dia nangis nak nen bila aku takde di sisi. Hmmm mungkin alternatifnye aku kena bangun lagi awal maybe around 3.45am or 4 am. Skang ni in order to prepare sahur aku bangun dalam kul 4.45am, tapi Aqeelah kul 5.15am above dah start bangun agak haru sedikit kalo by that time aku tak siap apa pun. Untungnya lepas sahur dia tidur sampai time aku dah ready nak pi kerja (kena aku kejutkan same time aku kejut En. Suami sekali) baru dia bangun. So aku ade ample time untuk bersiap ke ofis dan siapkan beg2 Aqeelah bagai.
Berbuka pulak memang makanan kat PaRam ajek. Yelah celah mananye aku nak masak. Sampai umah aje aku dah rasa cam nak pitam. Tulah agaknye sebab dah gomoks, badan tak fit jadik rasa lemah bagai plus aku pose. Hmm nampaknye aku kena gak ambik kesempatan di bulan Ramadhan nih untuk menjaga pemakanan aku. Muga-muga menjelang Syawal nih berat badan ku bleh merosot ke tahap yang memuaskan (tapi dengan syarat susu ku idak lah merosot same... mintak simpang weh). Heh heh heh!!! Mungkin jugak ku harus memikirkan start beryoga kembali seperti time aku bujang dulu hiss nak kena ejas time bila nak buat nih.
Namun ade gak yang tak bestnye...company aku bulan pose nih bagi balik kul 5pm (so aku dah Yeahuu di situ). En. Suami pun samalah (yela dah nama bernaung dalam company yang sama), tapi boss dia suruh rotate. Maknanya minggu nih En. Suami balik awal, next week kena balik ikut time keja bulan tak pose iaitu 5.45pm. Eh eh....ape ke halnye! Dahla nursery tutup tepat 6pm so kalo balik kul 5pm pun berkejar nak pi amik Aqeelah balik, ni kalo balik 5.45pm..............Arghhhh!!
So kami amik keputusan untuk bawak keta ke LRT dan naik tren ke ofis, since aku balik awal maka aku akan drive sendiri dan amik Aqeelah pastu bila En. Suami pulang aku amik dia pulak from LRT. Hmm menambahkan kerja aku ajek.
Cukupla coretan aku sampai disini, terimalah salam Ramadhan dari kami sekluarga. Semoga kita dapat beribadat lebih pada bulan ini lebih dari bulan-bulan biasa dan pahala kita dilipat gandakan lagik Amin.


nota pensel ketot: buat Salwa, semoga Kauthar cepat sembuh. Amin.

Wednesday, August 19, 2009

Aqeelah huh!

Assalamualaikum...

nama saya Aqeelah. Maafkan mulut saya yang comot nih. Maklumle tengah makan buah plum, mak saya punya sebenarnya tapi saya tak boleh tengok dia makan sorang jadi saya mintak sikit. Yum Yum.. Saya suka makan buah. Pear, carrot & plum adelah favorite saya.

Hobi saya ialah bermain dengan Mr.Tutal dan Monkeymon...

Tapi sekarang cuma tinggal Mr.Tutal aje sebab mak saya dah simpan Monkeymon dalam kotak, dia kata buat semak ajer. Kadang-kadang saya juga main aci nyorok dengan mak & abah. Cuba cari saya kat mana... Saya juga suka membaca buku. Nampak tak saya tengah pegang buku tu? K.a.m.b.i.n.g....L.i.m.a

Buku ni abah beli masa saya dalam perut mak lagi. Tiap kali mak nak pegi solat, toilet atau buat kerja (kadang-kadang time tukar pampers) mak akan bagi saya buku ini. Mak akan buka muka surat tu dan suruh saya tengok. Okeylah saya nak sambung baca buku ni. Jadikan membaca amalan hidup kita. Tata....

Aqeelah ke Klinik lagi.

Hari sabtu 2 minggu lepas aku tengok Aqeelah macam berkahak jer, tapi dia takdelah batuk pun. So aku decide nak bawak dia pi jumpa Doc Ruzini kat Jln Ipoh. Sampai aje kat klinik, nurse kat klinik bawah cakap kat aku yang Doc Ruzini cuti hari tu coz dia sendiri tak sihat. Hmm...camno nih alang2 dah kuar awal pagi semata nak pi klinik, takkan nak balik pulak. So kitaorang pun terjah ke Pusrawi. Jam pukul 11am, parking penuh lah pulak..(ramai gak orang pi spital ari cuti nih..ramai yang melawat ajer kut). Alhamdulillah lepas pusing2 seketika dapatlah spot yang 'baek' dekat lah jugak dengan lif. Ade sesetengah entrance from parking ditutup, kitaorang di'lencongkan' (hm boleh guna ke term ini?) ke entrance lain..ropa-ropanya ade 2 staff bertopeng menunggu di situ bersama 'ear thermometer' dan sticker bulat kaler kuning. Selepas di ambil suhu dan disahkan tak demam oleh mereka, kami di 'sticker' kan sebagai menandakan kami tak demam.

Aqeelah dengan sticker kuning...huhuhu

Oleh sebab tak de appointment, makanya kenalah pi registration kaunter kat luar dulu. Ramai gak orang yg sakit rupanya, ramai yang bertopeng gara2 risaukan H1N1. Kami jumpa Dr. K (memang selalu Aqeelah jumpa Dr.K aje). Habis cek2 semua Dr.K cakap takde apa pun just kahak sikit kat tekak, tapi dia saje je suruh Aqeelah amik gas. Berdasarkan blog ibu-ibu yang aku bace kat sini ramai yang anak mereka 'mengelupur' (maksud mengelupur kat sini ialah tak mo diam = menangis) time kena gas. Dalam hati ku ni terasa risau gak, anak aku pun begitu jugak kah? Masuk jerk dalam bilik tu, aku baringkan Aqeelah kat atas katil tepi tingkap. Anak aku tu macam biasa bila kat tempat baru dia diam ajerk, observe sekeliling dulu..amik feel kut keh keh keh. Nurse tu bedung dulu Aqeelah, Aqeelah wat muka pelik..kening berkerut. Lepas tu di letakkan lah topeng gas tu kat muka Aqeelah. Diam aje anak aku tu sambel matanya tak berkedip pandang nurse tu, kening masih berkerut cam orang tak puas hati hehehe. Sampai sudah alhamdulillah Aqeelah tak menangis. Dah selesai tu kitaorang balik lah, takkan nak berkampung pulak kat Pusrawi tu. Kat bawah ni aku ade tempel kan pic Aqeelah semasa sesi gas tu hehehe

amacam..cute tak? :P

Wednesday, July 29, 2009

Entry GERAM!!

Grrr...aku just nak meluahkan perasaan geram aku ini!

Aqeelah dah beberapa hari batuk2 bunyi cam berkahak. Tapi since dia cam riang gembira aje aku takdelah bawak pi klinik, tapi bila BS aku dah tanya kenalah bawak (kang orang lain takut pulak kut2 anak aku ade 'H Wang N Wang' kuikuikui...mintak dijauhkan). So aku berniat bawak dia ke klinik semalam. Setelah aku surf kat net, maka terjumpalah nama satu kelinik ni yang aku tengok reviewnya agak baik..Klinik Pakar Kanak-Kanak S**Z***** kat area Wangsa Maju. Aku pun try dail number phone klinik tu dalam kul 4pm tapi tak berangkat. Percubaan aku adelah dalam 3-4 kali. Bukan apa aku nak tahu klinik tu tutup kul bape kan. Dah tak dapat call aku pun nekad nak pi redah ajelah malam tadi.

Lepas balik kerja, solat maghrib, mandi bagai...kitaorg pun geraklah. Sampai kat klinik tu aku nampak ade sorang staff klinik tu kat kaunter, ade gak lah beberapa orang parents dalam klinik tu. Aku turun keta je pekerja tu dah hilang, aku pegi ke pintu klinik try la tolak. Rupa-rupanya pintu tu dia lock dari dalam, staff kat dalam kena tekan button baru pintu tu bukak. At the same time ku nampak pekerja tu terintai-intai dari dalam. Tak de pun nak bukak kan pintu. Beberapa parents kat situ tengok aku dari dalam (macam tengok wayang bisu kut..since aku kat luar nak masuk tapi tak dapat). Aku tengok sticker kat pintu kaca tu tulis klinik tutup kul 9pm. Dah aku berdiri bagai nak rak sambil dukung anak tapi orang tak nak bukak pintu tu aku pun masuk lah dalam keta balik. Dalam hati berbuku-buku rasanya.

"Kul bape sekarang?" aku tanya laki aku kat dalam keta. "Lagi beberapa minit nak kul 9pm". Bengang tul aku, bukan ape...kalo iye dah tutup tak nak bagi aku masuk just bukak pintu tu pastu explain lah. Cakap elok2 bukannye aku tak reti bahasa kalo klinik dah tutup. Ini dok terintai-intai. Sakit hati betul!!!. Memanglah ade signage "closed" kat situ tapi 2-3 minit sebelum aku masuk (sewaktu staff tu masih berada kat kaunter depan tu!) aku nampak ade parents baru masuk ke klinik tu (time tu kami tengah terhegeh-hegeh parking..kat depan klinik tu okay!!). At least kalo dia cakap elok-elok kat aku, nak gak aku datang klinik tu lagi hari ni. Bukan ape saja nak try klinik ni repo cam bagus aje (membantu kaum bumiputra jugak), nampaknye kenalah aku pi jumpa doktor Wong kat klinik Kanak-kanak Pelangi.

Bengang masih lagi bersisa kat hati aku nih! Arghhhhhh!!!!!!!!

Sunday, July 19, 2009

Spectra3 buat temanku


Korang jangan salah sangka pulak, Ini bukan pic anak terbaru aku..bila masa pulak aku mengandung lagi hihiihi!
Semalam aku melawat Timah, bekas ofismate. Dia selamat melahirkan baby sulungnye selepas berbagai rintangan dilalui. Kalo korang ingat aku pernah mencari-cari pam Spectra3 2ndhand untuk ku berikan kepada Timah ni. Gara-gara aku berniat agar dia berjaya BFkan baby nye. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan pam Spectra3 untuk dia, bahkan pam tu pun takdelah lama sangat. Ownernya guna adelah dalma 2-3 bulan aje. Sempatlah juga ku pinjamkan pam tu pada Kak Nonnie sewaktu dia sakit tangan ari tu sementara nak menunggu FSnye sampai (wah Kak Nonnie gune FS best tak?)
Akhirnye Timah melahirkan anaknye genap 36 wks. Doc suruh induce sebab member aku ni ade SLE. Anaknye cumil...namanya Najma. Ibu dan anak both sihat, ku risik jua adekah baby ni minum BF aje. Katanya baby ni dah campur, coz dia risau susu dia tak cukup, baby tak kenyang. Tambahan pam yang currently dia ade pun tak berapa best digunakan. Timah tunjukkan pam yang dia guna... Menurut pendapat peribadi dia pam yang manual tu lebih banyak dapat susu compare than yang bateri punya...tapi lama lah dalam 30 minit baru dapat 4oz (huhuhu aku dulu nak dapat 2oz time pantang pun berpeluh-peluh, lama pulak tu). So aku bagi lah Spectra3 tu. Ku katakan pada Timah, try lah guna, kalo suka & sesuai boleh bayar ansur2. Bila ade duit bayarlah. Kalo tak berminat nanti pulangkan le balik. Tapi from review yang aku baca kebanyakannya puji gila spectra nih. Disamping tu aku berikan jugak 3 keping artikel berkaitan yang kau print from Sue Cantek punya blog sebagai panduan. Ade jugak aku pinjamkan buku Menyusu Si Permata Hati, so dia bleh baca di kala boring. Dalam kul 6 lebih kami pun beransur. Kat pertengahan jalan Timah sms aku..."Alhamdulillah. Aku pam tadi dapat 5oz. Thanks a lot." Alamak bestnye!! Aku pulak rasa nak melompat kegembiraan..macam aku pulak yang dapt 5oz tu.!! huhuhu. Terus aku call Timah tanya dia berapa minit bleh dapat 5oz tu? "10 minit". Bestnyeeeeeeee. Aku doakan agar baby Najma dapat membesar dengan susu ibu sepenuhnya. INSYA-ALLAH.


Aku berposing dengan ibu baru.







Tak lupo Kiah juga.

Monday, July 13, 2009

TODAY?

Hari ni amat BORING bagi diriku.

Pertama sekali kerana bos ku bercuti..so segala aktiviti kerja berjalan agak lembab.

Keduanya ofismate merangkap jiran depan mejaku cuti hari ni..makanya aku keboringan tahap gaban tanpa teman merewang dan mengayam ketupat. Rasa nak baca novel tapi rasa cam tak patut pulak coz office hour. Bosannnnyyyyyyeeeeeee.

Nak pi makan sushi lar sat lagi...hehehe yum yum yum!

Ape aku nak apdet nih eh?....

Aqeelah...

hm mini us nih dah boleh accept nasik, tapi itu pun selepas aku sembunyikan didalam carrot + kismis blend. barulah habis dia makan, dan sekarang nih dia kegemaran baru dia ialah mandi! Ari sabtu lepas aku mandikan dia kat dalam sink as usual, tetiba dia tekan pili tu tang air keluar, habis memancut air kat kitchen...maknye lah yang basah! Pagi tadi time basuh montot masham Aqeelah, aku tersalah perkiraan...lantas dicapainya getah paip air pas tu disemburnye basah kat baju sendiri. Huhuhuh....nasib baik tak sejuk sangat.

Girls Nite...

Aku masih bercontact ngan kengkawan ku yang memasing masih bujang lagik! So sedaya upaya akan kami luangkan satu malam (usually Sabtu malam minggu) untuk bertemu. Gathering nih buat kat umah si Kiah jer. Sebabnye senang untuk Aqeelah dan maknye landing-landing (maklum le anak dare ku itu tido awal, kalo ari cuti memang kul 9pm dah mengamuk nak tido). Adelah makan-makan yang simple2. Aku ari tu buat buboq cha-cha. Malangnye aku terlebih cha-cha airnye ciput...dah rupe cam nasik kembang bubur aku tuh! Mesti engkorang tak lalu nak makan kan! heheheh...(dalam hati ku menyesal gak masak bubur tu kalo tahu jadi camtu baik ku buat Sago Gula Melaka aje...senang). Apa yang kami buat time gathering tu? Sambil hapdet tentang diri memasing, compare tahap lemak badan, kitaorg pun bergosip2 gak..tak kiralah gosip artis ke, gosip ex-ofismate ke. Sambil makan2 mengGEMOKkan badan dan menengok cerekarama. Sampai bila aktiviti ni akan dapat dijalan kan aku pun tak pasti. Mungkin bila semua dah kawin susah sikit nak bertemu. Alamak kiot kalo ko kawin kena carik port lain lah pulak...segan aku nak berlanding ngan anak aku kat hall umah ko kalo si Peroz ader! Ahli tetap kongres kami nih terdiri daripada aku, kiah, ina dan su. Kiah dan ina adelah ex-ofismate aku time kat Credit Card Centre BCB. Su pulak sedara si ina yang secara tak langsung menjadi rerakan kami gak coz kami pernah pi outing bersama ke langkawi pada satu masa dahulu. Si Timah pulak dari dulu cam nak join (dia ni dah kawin) tapi asyik ade aral aje. Hehehe tak pelah next time buleh la kut ek.

Sekarang waktu lunch, aku baru lepas lunch ngan En.Suami...masih aku blur nak buat ape lepas ni! Tolong!!!! Boringnye.

Friday, July 10, 2009

Lama tak nampak...

Ari ni adelah ari ke5 ku bekerja di opis baru, selepas penat packing pada hari Jumaat minggu lepas dan unpacking pada hari Isnin kelmarin....pemandangan ku adelah mengadap bangunan UOB kat Jalan Raja Laut. Huhuhu musti engkorang tertanya-tanya dimanakah alahnye opisku ini..yang tak arif jalan KL mungkin lagi blur dimanakah jadahnye Jalan Raja Laut! Tapi kalo ku bagi tahu SOGO insya-allah semua orang tahu (terutama ibu-ibu yg sukeee shopping baju anak time SOGO sale gile babas). Opis baru ku ini kat sebelah SOGO jek. Walaupun sebelah tapi panorama aku adelah ialah bangunan EPF & Maybank (nanti akan aku pastekan view from my ofis yer), makanya tak delah aku nampak SOGO ade sale ke idak pada hari tersebut...(maybe Lia lebih tahu kut coz opis dia pun dekat jerk ngan SOGO..ngeee..). Overall ofis baru ni biasa aje, walaupun dekat dengan SOGO tapi takde duit tak guna jugak ;P Nak cari makan tak berapa pandai lagi, balik2 pegi SOGO (bankrupt jugak nampaknye bulan ni).

Skang ni semua orang agak kecoh dengan H1N1. Company aku ni pun ade gak mengeluarkan memo2 peringatan kepada para pekerjanya supaya lebih berhati-hati disamping mengedarkan topeng2 ala2 doktor bedah (tak jadi doktor pun dapat pakai mask). Jadi adelah diharapkan agar anda semua extra careful lebih2 lagi yang keluar ke oversea (bukan pulau pinang atau pulau langkawi yer). Kalau perlu lepas balik dari oversea tu ambik cuti 2-3 hari duk rumah tunggu kut2 ade tanda-tanda nak demam & selsema tu menular lepas balik dari holiday tu. Kalo demam, selesema & batuk tu cepat-cepat jumpa doktor, tak payah tunggu 2-3 hari macam selalu. Sila patuhi langkah-langkah kesihatan yang diwar2kan dalam tv, jangan bahayakan orang2 sekeliling. My fren dia tak tahu yang dia dah kena H1N1, dia cuma batuk (tapi batuk tu before pegi oversea mmg dia dah kena) tapi demam on & off. Lepas seminggu baru nak pi cek doktor...tak ke naya teman sepejabat & orang awam yang lain. Tak pasal2 kena kuarantin jugak. I'm not blaming him, tapi dah jadi macam kebiasaan kita ni kalo demam sikit2 tak nak pi cek doktor. Saya nasihatkan kalo demam jangan la berlengah, terutama dengan situasi yang macam sekarang ni.

Sorrylah membebel pagi2 ni, hehehe boss takde tu yang boleh hapdate blog nih!

Tuesday, June 30, 2009

Ku Yang Dalam BZ Mode.

Sudah naik berkulat nampaknya blog ku ini. Sibuk tahap gaban nampaknye...nak pindah ofis ni tapi barang pun idak berkemas lagi. Arrrggggggggggggggggghhhh. Pic aku tak load sangat kat sini coz ruang yg limited. Sesapa yg nak view pic2 kami yang tak seberapa meh lah ke sini yer. Tata...

Tuesday, June 9, 2009

Nyum..nyum

Dah hampir 2 minggu dari tarikh Aqeelah mula makan. So aku nak ceritakan sikit pengalaman aku selama 2 minggu ini. Tapi disebabkan aku risau dia mengalami constipation, jadi aku cuma berani bagi dia makan buah aje. Itu pun buah yang tertentu. Ini berikutan dari lepas peristiwa aku bagi dia makan pisang, terus dia tak membuang beberapa hari. Lepas aku selidik lanjut barulah aku tahu yang kalo bebudak constipation seeloknya elakkan makan 4 jenis makanan ini : BRAT = Banana, Rice, Apple, Toast. 'Ubat' untuk constipation ni adelah buah antaranya Pear, Plum, Prune dan Aprikot. So aku pun terus ajak En. Suami dan angkut Aqeelah sekali ke OTK untuk beli 'ubat' nye. Aku beli pear dan buah plum jadilah sebagai permulaan. Balik rumah terus aku kukus dan blend, aku try bagi Aqeelah makan sikit. Alhamdulillah dia mau makan. Pear tu aku buat 2 jenis, satu jenis just pear sahaja yang lagi satu tu aku blend sekali dengan buah plum sebab buah plum nih kalo makan diri dia sendiri aje ade rasa kelat sikit. So untuk hilangkan kelat tu tambah lah buah-buah lain. Esoknye aku bekalkan Aqeelah buah blend tu ke nursery. Cukuplah untuk dua kali makan. Hari pertama bagi makan dia still tak membuang, Alhamdulillah keesokkan harinya dia membuang dengan lancarnya. Sejak itu dia membuang hari-hari disebabkan aku bagi dia pear hari-hari ngeee........
Semalam aku dah beli carot & keledek untuk tambah makanan dia. Dan sudah ku kukus dan ku blend pagi tadi keledek itu (tak sempat buat malam tadi coz ngantuk sangat). Pagi tadi sebelum aku tapau keledek tu, sempat aku suap sikit kat Aqeelah, nampak dia macam suka. Siap nganga mulut nak lagi, tapi aku tak bagilah coz aku just try-try aje. Jadi hari ini aku bekalkan Aqeelah puree keledek & puree pear + plum untuk 2x makan dia hari ni. Untuk memudahkan aku masak bubur, aku dah blend beras untuk kegunaan ku. Tapi masih belum try memasaknya. Akan aku try nanti di hujung minggu ni.
Aku bukannya tak nak bagi Aqeelah makan Nestum, tapinye sebab mostly Nestum adelah dari beras maka lagi baik kalo aku masak sendiri. Ari tu aku adelah beli Nestum oat + prune (aku terjumpa kombinasi ni kat kedai baby, so aku pun sambar lah lagipun prune elok untuk constipation), malangnye bila aku try bagi Aqeelah dia mengamuk-ngamuk tak nak makan. Tak tahulah samada dia tak suka rasanya ataupun tak ade mood ari tu. Last-last aku yang habiskan (heheh sedap jugak rasanya). Semangat aku untuk bagi Aqeelah makan makanan yang dibuat sendiri memang berkobar-kobar. Dah aku belikan bekas tahan panas untuk isi buburnye nanti, ni nak survey slow cooker tapi rasanya time kahwin ari tu ade dapat slow cooker ni. Nak kena tengok bawah katil aku kat kampung.
Sebelum aku tamatkan penulisan aku di sini, aku nak bertanya sikit lah ye kepada kawan-kawan semua. Sesiapa ade resipi nak buat stok ikan bilis ek? Nak buatkan untuk Aqeelah. Pas-paskan kat sini yer....lagi satu maaflah sekiranya saya tak jawab komen kalian. Sibuk..nak type blog pun tak sempat. Mana yang sempat akan ku jawab ek. Anyway terima kasih atas komen kalian...memang sangat-sangat dia alu-alukan.

Monday, June 1, 2009

Air Masak

Semalam ku bertandang ke rumah aunty ku di Ampang. Seperti biasa dia akan cuba memujuk ku memberi Aqeelah makan solid. Before umur Aqeelah 6th months memang aku buat tak tahu aje, tapi since now dia dah cukup umur aku biarkan ajelah dia bagi Aqeelah makan. Alah lagi pun makan pisang aje. Tapi sesambil tu dia selitkan jugak agar aku bagi Aqeelah minum air kosong. Soalan aku adelah, boleh ke Aqeelah minum air kosong? Di benarkan ke atau tidak? Sebab aku ade baca daripada bagi baby minum air kosong baik bagi minum susu ibu...tapi statement ni aku baca untuk baby yang tak makan solid lagi lah. Bagaimana pulak dengan baby yang dah makan solid? Sila bagi pendapat anda yek....

Thursday, May 21, 2009

Soya & SI

Ari ni aku cuma dapat bekalkan 3 botol 4 oz + sebotol 2.5oz kepada BS Aqeelah harini. Runsing gak dalm hati nih. Tapi nk buat macam mana, semalam aku lepas makan ubat (sakit kepala pulak semalam) terus tido. Memang lah cuma dpt mengepam dengan sesi terhad nye. Itu pasal la hasil pun ciput. Aku pun pelik gak nape hasil kat ofis pun aku dapat ciput gak...hm nampaknye dah produksi aku dah mula merosot kembali. Dah jenuh ku telan bendi, air soya, tau fu fa, sawi, fenugreek. Tapi tak nampak hasil...memang dah ditakdirkan badan aku ni begini buat masa ni. Dan aku perhatikan ianya akan berlaku time Aqeelah nak beralih bulan.
Bercakap pasal beralih bulan, genap lah Aqeelah 6 bulan semalam. Selamat sudah dia survive selama 6 bulan tanpa makanan/ minuman lain selain susu (w/pun masa time aku pantang itu hari ade gak mak aku bagi die air masak...tapi aktiviti ini cuma berlaku 3 kali sahaja sepanjang 6 bulan umur Aqeelah). Aku pun berfikir-fikir bilalah boleh mula bagi solid food nih. Aku ade gak ushar thermos untuk food Aqeelah kat Mydin. Weekend ni nk try bagi Aqeelah makan bubur nasi lah ;)
Owh berbalik pada susu tadi....En.Suami aku bila situasi cam ni berlaku dia pun mesti suwuh aku call BS tanya susu Aqeelah. Tengahari tadi aku call, susu aku dah nak abis kat sane. So aku cakap le kat BS tu..try lah bagi dia minum Isomil (susu soya). Kalo dia tak nak, baru bagi the final bottle EBM pastu call aku so aku bleh deliver susu stok pagi ni. Aku tahu..mana-mana kengkawan yg pro BF mesti marah kan dengan tindakan aku nih.
Pastu dalam kul 3 aku cek balik, BS bagi tahu Aqeelah minum soya tu.
Sesungguhnya aku rasa sedih gak sebab Aqeelah tak dapat minum SI. Akan aku pam bersungguh-sungguh pada weekend ni agar Aqeelah tak lagi minum susu soya selepas ini (Insyaallah).

p/s: bukanlah aku anti susu selain SI, tapi selagi aku mampu akan aku teruskan!

Monday, May 18, 2009

Demam

Aku baru balik dari kampung petang semalam. Cuaca panas ya amat kat Sitiawan. Tak tertahan rasanya. Aku balik pun atas urusan kerja. Kena monitor team building kat Orient Star Lumut. Aqeelah & En. Suami aku tinggalkan kat umah mak, manakala aku pula drive sendiri ke Lumut alah bukan jauh pun adela 15-20 minit je. Kami balik ari khamis malam, kul 2am baru tiba kat Sitiawan. Nasib baik le acara start petang lepas solat Jumaat. So jenuh la Aqeelah di layan oleh opah, tuk dan abahnye.
Balik je petang terus bagi susu kat AQeelah. Ari sabtu baru abis teambuilding tu, tapi bos ku bagi kelonggaran padaku untuk balik awal, so tengah hari aje aku dah chow. Sempat lah aku jalan ke umah opah aku sambil bawak Aqeelah sebelum balik ke KL.
Ari ahad pagi aku segar lagi. Bila dah dekat tengah hari tu aku mula rase lembik dan pening2. Sampai Gombak dalam kul 3.30pm. Lepas amik suhu dua-tiga kali dan solat Asar En. Suami bawak aku ke klinik Idzham. Rasa cam malas gak pi klinik yelah sekarang kan citer pasal selsema babi tuh so aku risau gak kut2 kena tahan kat wad pula (dah cukuplah aku merasa masuk keluar wad untuk tahun ini). Tapi sebab dah tak tahan sangat so pergi jugaklah.
Nasib baik tak de apa-apa, doc cakap cuma demam panas biasa aje. Balik umah lepas Maghrib, telan ubat doc pas tu tido, dalam kul 12.30am aku terjaga sebab En. Suami kejutkan untuk solat Isyak masa tu rasa dah segar sikit walaupun masih terasa sengal2 (sengal sendi okeh, bukan sengal otak!).
Alhamdulillah Aqeelah tak berjangkit, aku dapat MC dan aku tambah lagi sehari cuti, untuk bersama anak ku (sebenarnya sebab aku dah mengelat tak pam,..so mintak cuti sebab nak buat stok untuk Aqeelah).
Kepada ibu semua, jaga kesihatan ok...minum air bebanyak terutamanya dalam cuaca yang tak menentu ni. Stay healthy!!

Tuesday, May 12, 2009

Bengkak Susu?

Weh skang ni aku ade prob B kanan ku bengkak. Urat B kut. Bukan the whole B tapi just satu part dekat ngan ketiak. Jenuh pam tapi susu yang kuar sikit aje. Semalam kena first time di ofis sakitnye berdenyut tak hengat. Balik umah ku tuam dengan hot pack, urut, try pam dan feed Aqeelah... alhamdulillah pas tu lega tapi agak lambat lah nak leganya. Ni dah kena semula! Aku ingatkan semalam dah settle rupanya kena balik. Maybe sebab aku lambat pam kut. Dah hampir 30 minit aku pam ni tapi masih terasa ada ketul kat situ. Ade petua tak camno nak legakan dengan cepat?

Tuesday, May 5, 2009

Beg Susu a.k.a Peti Ais Aqeelah

Yeay! Hari ni dapat peti ais Aqeelah yang baru brand Simple Dimple. Aku order dari mama paradise. Oh ye..service nya cepat giler.... lagi cepat dari tut tut..(Aku ade order baju dari sampai sekarang tak dapat lagi. Tensi...tensi...).

Beg susu Aqeelah yang lama dah mula tanggal bahagian dalamnye...tak tahulah aku yang lasak or beg tu yang dah lusuh. Beg biru ni brand Simple Baby, aku beli dari Mom Little Ones habis pantang itu hari. So mungkin sudah sampai masanya untuk aku tukar dengan yang baru kut.

Corak luar nye menarik gambar kereta, bahagian dalamnye pulak dilapisi aluminium dan lapisan insulator nipis. Compare beg SB biru ku yang patentnya sangat simple. Dalam beg SB lapiknya foam tebal.

------------------------------->My Verdict<-------------------------------------------------------------- Yes...selepas 2 hri menggunakan beg ni, ku merasakan beg Simple Baby lagi best dari Simple Dimple. Tak aku nafikan ruang dalam SD lebih besar, namun bila ruang besar kita perlukan bahan penyejuk yang lebih banyak untuk memastikan EBM sentiasa sejuk kalo tak techni ice dan brite ice akan lebih cepat cair. Ku perhatikan botol susu kosong yang aku bwk balik frm nursery tak terasa sesejuk cam time aku gunakan beg SB dulu. Tapi tak tahula kalo diaorang taruk botol susu kosong tu dah dekat time Aqeelah balik so tak sejuk la botolnye. Tapi disebabkan beg susu Aqeelah memang dah lusuh so nak tak nak kena pakai lah jugak coz aku dah beli.

Beg Baby

Malam semalam aku, En.Suami & Aqeelah keluar malam untuk pi tapau dinner. Sebelum tu kami singgah la kat kedai hardware (En. Suami nak beli barang sat). Masa nak cari parking tu aku denganr Aqeelah kentut. Hmmm macam nak berak aje. Aku pegang dia kat pangku aku, Aqeelah diam aje. Tak lama pastu memang betul dia berak, since memang tak bawak langsung beg baby so aku cakap kat En.Suami beli barang cepat sikit coz Aqeelah dah membuang. Nasib baik aku ade bawak sehelai kain lampin memang untuk lap mulut Aqeelah. So kain lampin tu aku guna untuk lapik bontot dia so najis dia tak kena baju aku. Rupa-rupanya dia membuang dengan amat banyaknye...habis tembus diapers (semalam Aqeelah pakai DD sebab CD semua tengah di'laundry'). Aku lah yang teruk kena...yelah untuk mengelakkan kena 'seat' kereta. Terus aku call En. Suami mintak habiskan shoppingnye secepat mungkin. Sampai aje kat kereta aku mintak En. Suami beli kan sepeket DD baru, baju baby sepasang, towel kecik 2 pcs. Kebetulan area tu memang ade kedai baby berhampiran.
En.Suami pun shopping macam lipas kudung, kejap aje dah settle adela dalam 10 minit aje. Pas tu we all drive ke Shell dan tukar diaper & baju Aqeelah kat situ. Tak masuk toilet pun just guna paip air kat luar. Kena mandikan Aqeelah kat situ jugak, habis belakang badan dia.
Lepas siap Aqeelah, turn aku pulak....aku bilas dengan air kat baju aku tu. Balik rumah baru tukar. Lepas ni tobat...kalo kuar jalan akan aku pastikan ade bawak beg baby Aqeelah. Tak kiralah sekejap mana pun pasti akan ku bawak!!!

Sunday, May 3, 2009

ALhamdulillah.

Hm lama sungguh rasanya aku tak menulis ni. Sibuk sangat la...kat ofis harap ade internet aje tapi nak surf nye ntah bile. Kalo aku start surf memang tak jadi kerja lah. Ni kat umah lah baru aku bleh menulis blog, tu pun kalo Aqeelah tengah main dengan Encik Suami. Kalo tak memang tak de can le.
Alhamdulillah masalah susu aku dapat aku atasi. Caranya ialah takde lain memang di ketahui umum, dengan menambah sesi mengepam. Kat ofis aku cuba pam 2 jam sekali so minimum sesi yang aku dapat 4 kali di ofis. Kat umah pulak aku tandem ngan Aqeelah from 8 pm - 12am / 1am. So dapat lah dalam 2 sesi lagi. Subuh pulak aku tandem sekali ngan Aqeelah satu sesi. So dalam sehari working day insya-allah aku bleh dapat 7 kali pumping. Tapi kalo hari cuti/ Sabtu pulak aku khaskan siang untuk Aqeelah, malam aje aku tandem.
Ini semua berkat sokongan kawan-kawan (sape lagi kalo bukan anda semua ;) ). AKu memang suka baca blog mama-miya. Kat situ memang ade banyak cite pasal breastfeeding ni, memang sangat informative.


Oh ye...selain citer susu ade lagi aku nak tambah story nih. Minggu lepas baru aku perasan yang rumah aku ade tikus, dalam drawer baju pulak tu (nasib baik aku ade 2 drawer dan dia cuma masuk satu drawer aje, lagi satu drawer kat bilik lain)!!! Mulanya aku cuma syak aje coz tudung aku bau hancing pastu bila dah basuh pun baunya tak hilang. Kemudian aku terjumpa pulak cebisan tahi tikus! DAn yang paling suspen sekali bila aku bertemu mata bertentang mata dengan Cik Ti sendiri...masa tu aku tengah cek-cek drawer yang disyaki sudah di jajahi oleh Cik Ti. Elok aje aku bukak dia terus 'pose' berdiri depan aku..aku pun menjerit lah. Agaknye dia pun terkejut terus lari ke belakang drawer.

Esoknya En. Suami terus beli perangkap tikus dan pasang malam tu jugak berumpan kan sotong sira gula hehehe. Pagi esoknye ade lah seekor Cik Ti dalam tu. Cik Ti nya bukan cam yang kita jumpa kat gerai makan tu, yang ni macam tikus dalam citer kartun Ratatouille tu. Telinganya bulat, matanya bulat kaler hitam (takde putih langsung). Pastu En.Suami pun buang tikus tu kat tempat buang sampah yang agak jauh gak dari rumah kitaorang. Yang paling boringnye...semua baju aku dalam drawer yang berkenaan kena basuh ngan dettol, dan ade 3 drawer yang terlibat....(huaaa banyak nye baju nak kena laundry). Sampai hari ni sesi membasuh dan melipat kain tak selesai lagi........................ade sesiapa nak upah lipat baju tak? ;P

Thursday, April 23, 2009

susu oh susu (part 2)

Semalam acara pelalian Aqeelah kat Pusrawi. So aku dan En. Suami bercuti, jadinya pagi tu memang aku tak mengepam sampai ketika aku send dia ke nursery dalam kul 1pm baru aku start mengepam.
Jadi pagi tadi ku cuma dapat hantar 4 botol X 3.5oz & 1 botol X 2oz ke nursery. Dan jangkaan aku adelah mungkin tak cukup. Dalam kul 12 lebih ku call nursery dan diaorg bagi tahu Aqeelah dah minum 2 botol (dia tengah tido time tu). Jadinya ku suruh En. Suami men'despatch'kan susu Aqeelah yang ku perah pagi tadi ke nursery. Adelah dalam 5oz. Hmmh esok harapnye tak berlaku lah lagi macam ni.
Akan ku ikut petua kengkawan semua untuk melebihkan session mengepam. Dan aku ade gak terbaca kat dalam Sue (tokey Lunatots) blog cara-cara nak membanyakkan susu. Antaranya ialah banyakkan mengepam...adeh adeh.....tabahkan lah hati aku untuk mengepam labih lagi (walaupun skang ni aku muka aku pun dah macam zombie coz tak cukup tidow).

Tuesday, April 21, 2009

susu oh susu......

semalam aku cuma bagi 4 botol susu untuk Aqeelah ke nursery. Gara-gara ari Ahad yang memang menyukarkan aku untuk mengepam (aku peratikan kalo aku tandem, Aqeelah macam tak puas menyusu...dia kencing pun tak banyak ~ antara sebab aku malas tandem). akibatnya dekat pukul 5 petang akak nursery sms bagi tahu susu Aqeelah dah habis. So aku kelam kabut solat Asar & mintak izin bos untuk balik awal (idak le awal sangat pun coz 5.40pm baru aku kuar ofis, our office hour end 5.45pm). En.Suami pun memecut motor macam mat rempit. sampai nursery pukul 6.20pm. Tengok Aqeelah diam aje, tapi akak tu cakap Aqeelah menjerit-jerit nak susu. Biasalah tu anak aku memang sudah ku tahu perangai dia kalo nak susu suara bukan main kuat lagi. Bawak balik, idak pulak dia nak susu. Dalam setengah jam lepas tu baru dia nak susu.
Disebabkan itu alhamdulillah pagi tadi berjaya aku bekalkan 5 botol susu pada dia hari ni (seperti biasa). Tapi tadi dekat pukul 5pm kakak nursery sms, bagi tahu susu tinggal sebotol. Alamak...isk nak balik awal lagi. Macam mana aku nak tambahkan lagi susu ni? Skang ni jadual mengepam aku seperti berikut:

11am
2pm
5pm
8pm (tandem)
11pm (tandem)
3am (sebelah aje coz lagi sebelah simpan untuk Aqeelah nenen malam)
6am (sebelah aje)

hasil yang aku dapat seperti jadual di atas ialah 3.5 oz X 5 botol yang mana macam tak cukup buat masa ini. Sayangibu ade suggest fenugreek....haruskah aku mencuba? tolong kawan-kawan...berikan aku semangat dan panduan..............

Saturday, April 18, 2009

Kerja & Pam

Ari khamis dah mula aku bekerja...rasa mengong gak mula-mula masuk office. Coz agak blank tak pasti apa aku nak buat. Aku sign-in PC pagi tu malangnye aku terlupa password menyebabkan ID aku kena lock. CIsss...memang potong mood betul. Lepas log complaint baru bleh bukak...so sementara nak tunggu tu adelah dalam 30 minit aku mengacau orang lain buat kerja.

Kemudian bila semua dah ok, boss aku pun mula bagi kerja pada aku... tapi aku tak tahu mengapa. Otak aku rase cam blur-blur aje gitu. So kesudahannya kerja tu semua bertepek atas meja aku (ade gak yang aku buat tapi aku akui hari pertama tu adalah amat tak produktif buat aku) sampai waktu balik. Elok la pulak lagi 45 minit nak balik tu bos panggil meeting. Pas tu dia mintak aku siapkan sesuatu...aku ni dah rase nak balik aje so aku cakap pagi esok aje lah aku serah.

Esoknya (ari jumaat) aku jadik orang pertama sampai kat ofis. Niat di hati nak pam dulu before start kerja, tapi sudahnye aku pi breakfast ngan ofismate. Nasib baik bos aku tak masuk pagi...so kerja yang dituntutnya petang semalam tu aku sempat siapkan balik dari breakfast hehehehe.........

Oh ye..alhamdulillah atas rasa ingin mencuba dan dah takde pilihan lain...aku telah berjaya mengepam kat cubicle aku. Walaupun cubicle aku tu tempat lalu lalang orang tapi aku berjaya gak melakukannya. Caranya..aku pi pasang corong ngan botol (tak sampai 5 minit) kat bilik sembahyang (jaraknye ade dlm 10 langkah dari meja aku) pas tu kembali ke meja aku pasang tube FS dan teruskan mengepam sambil jawab telefon & buat kerja. Bila dah selesai, aku tanggalkan pam tu kat cubicle aku je sebab nak tanggalkan lagi senang dari nak memasang. Sepanjang sesi tu aku cover bahagian dada aku dengan sweater tebal. Bila bos aku panggil, aku jawab ler "15 minit or 5 minit (ikut baki masa mengepam, jarak meja aku ngan bos adela dalam 5 langkah aje)". Oh hepi sungguh rasanya sebab tak perlu hilang kan diri dari cubicle lagi. Dan aku berjaya mengepam pada pukul 11.30am, 2pm & 5pm alhamdulillah dapat 3 botol 3.5oz each untuk Aqeelah.
Dan another breakthrough yg berjaya aku lakukan...pada ari jumaat aku telah mengepam sambil berjalan ke other workstation sebab ade urgent matters kalo idak tak kuasa aku nak berjalan dalam keadaan begitu (walaupun rasa kelakar, tapi aku buat bodoh aje).

Wednesday, April 15, 2009

Esok Kerja.....

Sudah beberapa hari ku tak hapdate kat blog ni. Ni semua gara-gara kegilaan ku pada sesuatu yang baru hendak aku ceburi. Nanti dah berjaya akan ku kongsi bersama di sini. Diam tak diam dah hampir sebulan setengah aku berada di rumah. Gara-gara operation cyst yang aku lakukan pada 20 February yang lalu.

Cyst tu pun tak le besar sangat adelah dlm 5 cm aje, tapi doc suruh operate gak sebab dalam cyst tu ade menda solid. Kena keluarkan sebab nak tahu ape kandungannya. Ternyatalah kandungannya ialah gigi, rambut, dan ade sel otak sikit (wah otak aku ade kat situ gak lah!! Hehehe). Daripada tak reti menyusu baring, disebabkan kena operate ni now terror dah aku bab menyusu baring nih. Buntu gak sebelum tu memikirkan macam manalah aku nak menyusukan Aqeelah coz selama ni aku memang menyusukan dia duduk. Ade gak terpikir nak bagi dia soya yelah pening camnelah aku nak susukan dia nanti. Nasib baik jugalah nursery Pusrawi sanggup amik Aqeelah untuk dijaga (mandikan, bagi feed EBM) sementara aku dalam wad tu (dengan sedikit bayaran). So aku + Aqeelah + En. Suami berkampung kat Pusrawi selama 4 hari tak salah aku. Elok jugak lah dapat bilik sorang so En. Suami memang tido kat situ, Aqeelah stay kat nursery..bila time susu atau dia menangis nurse akan bawak kat aku. Yang kelakarnya Aqeelah pun diaorang display kat dalam basinet tuh. So memang nampak pelik sikitlah coz dia paling besar..babies lain semua baru dalam 2-3 hari..dia pulak dah 3 bulan..ngeeee....Terima kasih jugalah pada Salwa & Aja. Coz aku dapat giliran FS tu pada bulan Februari. Kalo tak memang tak terpam lah lepas operation tu coz kesan morphine aku memang teruk. Flat giler....sampai pam tu pun husband aku tolong pegangkan sebelah. Kalo gunakan pam aku Avent manual tu memang tak pam ler jawab nyer.

Bos aku musti boring begitu juga rakan sekerja aku coz aku asyik cuti aje. Mana tak nye cuti bersalin from 17 November 2008 sampai 16 Januari 2009. Pastu cuti operation 20 Februari 2009 sampai 15 April 2009.

Maka esok akan bermulalah sekali lagi ragam kehidupan aku sebagai pekerja. Urrgghh boring gak rasanya memikirkan esok nak masuk ke pejabat semula. Badan pun dah naik montel coz lama duk rumah. Ingat lagi ke aku perihal aktiviti aku di pejabat tu? Maksud aku job description aku la. Mana tak nye bleh tak before aku naik kerja lepas cuti bersalin ku bleh tanya pada En.Suami " Eh ofis saya tingkat 13 kan?" Soalan mengarutkan lagi merepek....baru 60 hari cuti dah lupa floor mana!!!

Tapi aku pasti esok bos aku adalah orang yang paling gembira begitu juga rerakan se-department!! Aku kembali untuk memeriahkan dunia engkorang. YOhoo!!! Memang ku tahu mereka semua rindu kat aku. Kwang kwang kwang. Sebenarnya aku pun naik tahap tepu gak duk lelama kat umah ni.

Tapi tulah masalah jugak memikirkan nak pam susu ni. Aku risaulah tak dapat pam. Mana tak nye sebelum bercuti ni aku pam gak kat ofis tapi asyik termiss time aje. Ni aku risau perkara sama berlaku lagi. Hendaknye pulak Aqeelah tetiba nak minum banyak pulak. Ni tadi aku bagi 4 botol aje (3.5oz each)...alih-alih akak nursery sms bagi tahu susu dia dah abis kul 1.30pm tadi. Amboi awalnye abis. Nasib baik aku ade kat umah, so kakak tu dtg umah aku amik susu...aku bagi le 2 botol yang aku perah tadi untuk stok esok pagi. Stok memang tak de langsung. Aku dah le bercinta nak dapatkan 2oz. Aku estimate skang ni aku cuma leh dapat 2oz = gap 2 jam pam. So nak cukupkan tu berapa kali aku nak pam nih!!! Aqeelah minum lebih kurang 3.5oz X 5 botol sehari. Arrggggghhhh..............tak pe..takpe buat relax...pam aje lah. Pas tu minum bebanyak.

Oklah setakat tu aje...memang ku tengah tunggu Aqeelah balik untuk tandem nih. Aku tak pasti biler bleh update lagi blog ni coz taksure kat ofis yang tercinta bleh masuk blogspot atau tak.