Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Peace Yo!

Alhamdulillah dah dekat seminggu lebih Aqeelah ke playschool di CIC Taman Melati.
Nampaknya macam seronok.
Masa mula-mula hantar memang dia menangis la, lepas-lepas tu seronok.
Tak menangis dah mungkin sebab masa dia sampai nampak ramai kawan-kawan lain datang naik lif sama-sama dan tak menangis.
Bila aku ambil dia (habis kelas pukul 11.30 am) tengok dia senyum ceria aje.

Bila aku tanya cikgu, respond yang aku dapat:
  • Aqeelah suka masuk kelas, ada budak lain tak mahu masuk kelas.
  • Percakapan Aqeelah sikit-sikit, masih tak banyak lagi.
  • Aqeelah suka time menari dan menyanyi especially Chicken Dance. Teacher Sha cakap orang lain menari setempat, tapi Aqeelah menari habis satu hall tu di pusingnya.
  • Aqeelah tak makan banyak masa rehat.
  • Aqeelah lagi suka kawan dengan budak lelaki dari budak perempuan (amboi!!)
    Setakat ni itu ajela, aku harap Aqeelah terusan ok dan ada perkembangan yang baik kat taska dia ni.
Aqeelah masuk kelas pukul 8.30 am dan habis pukul 11.30am.
Mula-mula dulu aku hantar dan jemput, tapi tak larat aku la dan rasa tak tak ekonomi.


Maka sebab itu gambar Aqeelah ni berhelemet. Beliau dah ikut abahnya a.k.a En.Suami.
Lagi seronok la dia nak pegi tadika sebab naik motor.
En. Suami bersiap memang tahap sipoth. El-Kura2 lagi laju rasanya. So selalu nya Aqeelah siap dulu, bila dia tengok En.Suami tak mandi lagi memang digesanya suruh mandi dan bersiap.
Kelakar la Aqeelah.
Nak pegi tadika Aqeelah akan salam dan peluk aku dulu. Balik dari tadika before melangkah keluar dari pintu tadika dia akan salam dan peluk cikgu-cikgu yang ada. Alhamdulillah, suka aku tengok.
Oh ye Aqeelah dah ada kawan..namanya Athirah (aku tak sure spelling nye betul ke idak). Akutengok dia dengan Athirah aje yang betudung, mungkin sebab tu dia baik ngan Athirah kut sebab nampak pakaian cam sama. Tapi Athirah ni preschool. Dia sebaya Aqeelah, tapi kami insist untuk masukkan Aqeelah ke playschool (playschool untuk 3 years old) sebab risau dia tak dapat catch-up apa yang cikgu ajar di pre-school. Ada masa diaorang akan duduk dan makan berdua.
Aqeelah memang tak ada masalah dalam bersosial. Ada sekali tu aku pegi bank dan memang menunggu lama, habis satu bank tu di roundnya lepas tu siapa yang melayan dia siap lah. Memang dia akan ulang mengadap muka orang yang tegur dia. Aku risau gak bank pulak time tu ramai orang, takut juga kut tak perasan tau-tau anak dah kena cekup. Hish Nauzubillah.
Wokey panjang sudah aku melalut nih. Dinner tak masak lagi, oklah chow dulu buhbye.....

Thursday, December 29, 2011

Orientation Day


Hari ini hari pertama Aqeelah aku hantar ke taska. Hopefully semua berjalan lancar. Kami lambat hantar dia pagi ni, patutnya masuk 8.30am. Tapi sebab tertinggal surat beranak kena la patah balik :(
Di bawah ini adalah pic aqeelah before masuk kelas (dia tak tahu yang dia nak kena tinggal hehehe)
Tadi masa aku tinggalkan dia nak menangis. Tapi teacher terus bawa masuk ke kelas. Esok ada lagi sehari hari orientasi. Minggu depan dah start class.
Aku harap Aqeelah dapat gain something new kat taska tu. Insya-Allah.
OK la, skang nak keluar ni. Nak pick up Aqeelah kat taska. Pukul 11.00 diaorang balik. Actually pukul 11.30am. Tapi ni baru orientation week so sampai pukul 11.00 ajelah.
CHOW...