Showing posts with label 1st time. Show all posts
Showing posts with label 1st time. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Orientation Day


Hari ini hari pertama Aqeelah aku hantar ke taska. Hopefully semua berjalan lancar. Kami lambat hantar dia pagi ni, patutnya masuk 8.30am. Tapi sebab tertinggal surat beranak kena la patah balik :(
Di bawah ini adalah pic aqeelah before masuk kelas (dia tak tahu yang dia nak kena tinggal hehehe)
Tadi masa aku tinggalkan dia nak menangis. Tapi teacher terus bawa masuk ke kelas. Esok ada lagi sehari hari orientasi. Minggu depan dah start class.
Aku harap Aqeelah dapat gain something new kat taska tu. Insya-Allah.
OK la, skang nak keluar ni. Nak pick up Aqeelah kat taska. Pukul 11.00 diaorang balik. Actually pukul 11.30am. Tapi ni baru orientation week so sampai pukul 11.00 ajelah.
CHOW...

Wednesday, December 7, 2011

It's Potty Time....la la la la


Sungguh lama aku tidak mengepos apa2 pun disini. Sebenarnya ada banyak benda yang nak aku kongsikan disini. Antaranya :
  • Perkembangan AQ
  • Aktiviti aku sebagai surirumah/ kapten kapal karam
  • Libur-libur famili NZ (Nazhah&Zulkarnain)
  • Aktiviti wajib : makanan & resepi
  • Bisnes (iye ke?)
Itu adalah antara tajuk secara am, dalam tajuk am tu ada banyak lagi cabang anak pokoknye.
Haish....camno ni? Kena disiplin la update blog ni.
Kesian lama sangat ditinggal dah naik kulat dan sawang dah pon.
Tak apalah aku lompat aje ke cerita aku yang terkini..nanti2 aku akan selitkan dengan kisah2 yang dah terlepas tu. Kalau malas sangat aku pos gambar aje. Aci tak (;P)
----------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah sekarang mari kita ke isi penting dalam pos hari ini iaitu
Ms.Zulkarnain Ismail a.k.a Aqeelah.

Aqeelah sudah besar. Dia sudah berumur 3 tahun genap pada 20 November yang lalu. Namun beliau masih pakai cloth diaper.
Maka misi aku sebagai ibu beliau ialah...........

Potty Train kan AQ!!!

Objektif:
(Semua misi mesti kena ada objektifkan)
AQ free diaper in 3 days.

Perkara yang diperlukan untuk potty train ialah:
Pelatih...ini dia

Training Pants/ Seluaq dalam
boleh didapati di kedai online contohnya di MomsBestGifts dan EZ Motherhood
tapi yang aku guna ni aku buat sendiri : beli girl's panties dan jahit lampin lama Aqeelah yang aku dah kerat sebagai lapik. Bley tengok kat sini


Diaper Cover/ Waterproof Cover/ Pampers (untuk waktu tidur)
boleh beli kat supermaket brand Anakku, Pureen, Fiffy (sekadar menyebut beberapa jenis) atau boleh beli online saja.

Jurulatih a.k.a Monster Mama a.k.a Mangsa Keadaan

Perkara optional:
Potty or kids toilet seat (kalau jamban kat rumah had toilet bowl nuh).

Kaedah:
Sepanjang hari....
Mulakan dengan memakaikan anak training pants atau seluar dalam
Bawa ke tandas selang 5 minit (ni yang jenuh) dudukkan atas tandas/potty suruh beliau buang air.
Bila hari berikutnya boleh jarakkan 15 minit/ 30 minit dan selanjutnya.

Waktu Tidur Siang...
Bawa ke tandas untuk buang air sebelum tidur.
Pakaikan diaper cover untuk elakkan kebocoran sekiranya anak kencing ketika tidur.
Kejutkan selepas 1 jam tidur untuk buang air.

Tidur Malam.....
Bawa ke tandas untuk buang air sebelum tidur.
Pakaikan diaper cover untuk elakkan kebocoran sekiranya anak kencing ketika tidur.
Kejutkan dalam pukul 3 pagi atau 4 pagi untuk buang air (boleh agak bila nak kejut dengan melihat pattern tidur anak).

Pemerhatian:
  1. Sila perhatikan tingkah laku anak supaya kita boleh agak bila waktu dia buang air.
  2. Aqeelah sebagai contoh : kalau berak memang tak bagi warning, some budak nyorok balik pintu la etc. Aqeelah ni tau2 her mission accomplished. So mak kena perhati bebaik atau agak bila time dia nak berak tu. Kadang2 everyday timenya agak lebih kurang sama setiap hari.
  3. Selang masa tu kalau boleh sila patuh. Risau anak ter'accident' kita yang stress nak kena lap lantai, basuh itu ini. So kalau 5 minit tu time dah tiba terus bawa ke tandas.
Kesimpulan:
  1. Daripada misi ini aku mendapati agak mencabar nak mem'potty train'kan anak yang dah umur 3 tahun lebih, sebab dia dah selesa buang air dalam cloth diaper. Tambahan pula Aqeelah baru nak belajar memahami dan bercakap maka 'task' ini lebih mencabar.
  2. Pentingnya training pants, sebab kalau anak ter'accident' maka takdelah air kencingnya bah satu rumah. Jadi tak perlu risau sebab training pants dapat menyerap air kencing tersebut tapi pada masa yang sama anak akan rasa basah dan tak selesa.
  3. Kalau anak suka cuci potty sendiri biarkan, ajar cara cuci yang betul. Mudahan dia suka untuk gunakan ke tandas dan menggunakan potty.
  4. Sabar...kunci kejayaan (aku memang failed la bab nih).

Buat masa ini Aqeelah masih belum potty train dengan jayanya. Sudah lebih 3 hari, tapi aku rasa ada ngelat jugak sebab keluar rumah kami pakai CD lagi. So tak delah fully with training pants.
Namun begitu, Aqeelah berjaya memakai training pants without peeing on it lebih dari 6 jam (dengan pemerhatian serta ketepatan masa ke tandas). Malam masih failed.
Harapnya Aqeelah akan berjaya diaperless secepat mungkin. Amin.

Friday, March 11, 2011

Finally on CI..10 March 2011

Hari bersejarah...10 March 2011.
Aqeelah mendengar buat kali pertama dengan CI nya :D
Alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih semua.
she seems happy everytime kami put on the CI.


Friday, July 23, 2010

1st time Kembung.

Semalam Aqeelah 1st time dalam sejarah dia berumur 1 tahun 8 bulan, mengalami kembung perut @ colic.
Selama ni dia tak pernah kena pun. So kami memang tak reti apa pun dan tak tau pun dia kembung.
Balik dari Rumah Biru dia ok jek. Makan biskut 2 keping, main sket pas tu teruss ke lala land.
Kul 12 lebih aku & en. Suami titun.
Kul 1 lebih Aqeelah batuk-batuk dan muntah. Muntah banyak, tapi keluar lendir jek dengan bubur nasi dinner petang tu.
Lepas salin baju & lap-lap dia sket, aku tepuk2 suruh tido. Dia cam dah okay (dah muntah 3 kali kut). Aku ada bagi dia roti kosong, tapi dia tak nak makan.
Elok lepas tutup lampu...wueekk...muntah lagi. Hmm...aku tengok bibir cam dah pucat je. Tak bley jadi ni. Ajak en. Suami ke klinik lah.
Ada la aku try ketuk-ketuk perut dia...tapi hahaha "cam terer sangat kan!" aku tak paham apa yang patut aku dengar sebenarnya.
Aqeelah tak meragam langsung from start muntah sampai sudah, very in the good mood. Siap gelak2 tengok aku bersiap pakai tudung..seronok dia sebab nak pegi keluar.
Sampai kelinik dia muntah seround lagi, nasib baik aku bawak kain alas. Kalo idak tak pasal-pasal nurse tu kena mop lantai bagai kul 2 pagi.
Masuk dalam, doc tanya kenapa...aku bagi tau dia muntah.
Amik suhu, letak stetoskop kat dada, kat perut, dada balik, perut...."dia kembung sikit".
Hah senang kan doktor buat diagnose.
Dapat ubat tahan muntah & ubat colic.
Oh patutla masa dia duk batuk-batuk kat umah tadi siap kentut dengan banyak nye. Angin rupanya.
Keluar dari kelinik, en. Suami tanya.." nak makan ke?"
Aku kesian sebab Aqeelah duk muntah tadi... "okla..perut dia kosong kut".
Jalan terus ke restoran kegemaran Aqeelah...Haji Tapah....roti kosong 2!
En. Suami satu, Aqeelah satu. Eh siapa yang sakit ni sebenarnya?
En. suami..roti licin. Aqeelah..tak lalu makan, 2 suap je kut pas tu geleng2. Muka blank aje, mata ala-ala nak tido kat situ jugak.
Oklah..balik rumah terus bum! Semua orang tak sedor diri dah...dah 3 pagi lebih.
Pagi tadi...alhamdulillah. Aqeelah dah ok, tak muntah. She is happy.
Aku buat roti salut telur 3 keping, time nak makan aku cicah dengan madu (madu kan elok untuk sakit-sakit perut ni). 2.5 keping abis Aqeelah sapu. En.Suami makan setengah keping je. Aku makan border tepi roti je. Tak pelah. Janji Aqeelah sihat.

Monday, June 14, 2010

Ayam masak Kurma

Ari ni aku berpuasa. Insya-allah berpuasa. Siap bersahur lagi, memandangkan ada baki kuah ayam masak kurma semalam. Ayam nye dah ilek time dinner semalam...so aku rebus telur gantikan ayam tu. Aku makan sebiji, buat bekal Aqeelah pi Rumah Biru sebiji. Alhamdulillah abis kurma aku. Aku memang suka makan masak kurma. Serbuk rempahnye dah lama beli tapi semalam baru berjaya masak, just follow instruction kat peket rempah tu. Nanti malam aku upload pic nye ye.

Ayam sebelah (potong-potong)
2 biji bawang besar (1 hiris, 1 potong empat)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci - 1 inci halia (hiris panjang)
tomato (potong 4)
3 biji kentang (potong - aku suka potong kecik sikit bagi cepat empuk)
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
speket rempah kurma (campur air sikit-sikit, kacau sampai jadi paste)
garam

-tumis bahan-bahan yang dihiris sampai lembut
-campur paste rempah kurma, sampai agak garing
-campur ayam (kacau kejap bagi sebati dengan rempah)
-tambah air (aku masuk sikit-sikit sebab tak pandai nak agak kecairan kuah kurma aku ni, so kalau korang tengok cam cair aje tak payah la abiskan 3 cawan air tu)
-bila ayam dah empuk, masuk kentang, bawang besar yg potong empat, tomato, santan dan garam.
-bila kentang dah empuk boleh le makan.

Berita tambahan...Aqeelah dah bley memanjat secara official semalam. Nanti aku paste pic dia kat sini ye. (aku malas nak buat 2-3 entri dalam sehari, so semua aku lump dalam satu entry aje..aci tak?)

Friday, June 4, 2010

Di Penjara Janji

Date : 2 June 2010
Sian kan tengok muka orang kat sebelah sana tu. Korang jangan ingat aku penjara anak pulak. Heheheh. Kelmarin kami dah install safety gate antara kitchen & hall. Dan kelmarin adalah 1st time aku rasa aman ketika memasak. Kalo tak ade aje assistant datang, kalo tolong buat kerja takpe..ni dia tolong tambah sepah. La ni aku tak perlu dok terjengah minah ni buat apa, dah sampai kat rak pinggan ke belum...dah nak capai dapur ke belum. Tapi tula tengok ar muka dia, siap bersila duk kat pintu sebelah perati aku masak. Dia duduk tu lepas few attempt nak meloloskan diri kut celah gate tu tak menjadi. Hehehe...ingat badan tu muat ke sayang? Siap hulurkan kertas kat bawah gate tu. Hahahaha apa dia nak buat pun aku tak tahu, nak bagi message kat mak dia kut yang dia nak pass through. OH mungkin tidak sayang.... ;)

Date : 8 May 2010
Pic yang ini pulak, 1st time dia cuba berdiri lepas tangan. Tapi kan ngelat tau minah ni. Actually lepas berdiri tu dia bersandar kat kaki abah die. Orang memang tak perasan kalo tengok from pic ni. Jenuh atuk & opah2 dia terkelentong ngan pic aksi nih. Cheeky kan budak nih!!! Siap sengih sambil posing pandang lain lepas dapat berdiri tu. Geram aku rasa nak geget.

Friday, May 28, 2010

Nasi Ayam Kak Kim

(ini bukan nasi ayam aku...malas nak ambik gambar tadi. Pic from Google)

Hari ni aku masak nasi ayam untuk lunch (merangkap dinner sekali hahahah...). Sejak semalam aku dah plan nak buat nasi ayam. Ini gara-gara lepas dengar resepi ofismate aku. Oh ye ini adalah percubaan pertama membuat nasi ayam seumur hidup aku. 
Senang sangat buatnya....


Ayam
Perap ayam dengan minyak bijan & garam. Kemudian kukus dalam mangkuk (untuk collect air ayam).
Bila dah siap kukus, boleh goreng atau bakar ayam tu.
Tadi aku goreng je sbb aku tak de oven. So aku sapu ayam dengan honey skit, kicap manis dan rempah Captain. Kemudian goreng laaa...


Nasi
Chop bawang putih  & halia, tumis dengan mentega atau minyak bijan (minyak biasa pun boleh).
Bila dah wangi masukkan bunga lawang, kayu manis, pelaga. Matikan api; masukkan beras yang dah dicuci.
Kacau rata.
Masukkan air ayam kukus yang dapat dari dalam mangkuk tadi, tambah dengan air biasa ikut sukat masak nasi macam biasa.
Tambah garam, kiub ayam sikit ; daun pandan. Masak dalam rice cooker.


Sos Cili
Kukus cili merah (4-5 biji), blendkan cili dengan barang putih, halia sikit, sebiji tomato, garam, gula.
Kemudian rasa. Kalau kureng masam boleh tambah air limau kasturi.


Hidangkan kan la nasi ayam tu dengan ayam, sup, sos cili dan juga salad.

Monday, March 8, 2010

Pertama Kali...naik Tren

Hari ni aku & Aqeelah pi ikut En. Suami ke pejabat. Motifnya...remote Astro sudah tak berfungsi maka aku tak nak duduk rumah (boleh terima ke?)
Jadi disebabkan risau kesesakan jalan raya....................
(Le Tour De Langkawi ari ni last ye dik kang tak pasal2 trap sebab jalan tutup tak ke naya)

dan parking yang cekik darah kat area pejabat kami itu...maka kami naik LRT!!! Ini adelah kali pertama dalam kehidupan Aqeelah naik tren (tak campur sewaktu beliau masih didalam perut ibu hehehe)
amacam...ade muka cuak tak? hahahah APe lah yang bermain kat dalam pikiran dia ek?
Yang pastinya Aqeelah duk bebaik dalam tren tu...gud girl!!

Lagi satu...Aqeelah dah ade kepandaian lain taw...nak tau apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

haa..lepas ni Aqeelah bley pegi jumpa speech therapist sendiri =)


sesapa yang nak cop anak aku buat menantu boleh jugak..dia dah pandai tumbuk sambal..

Friday, March 5, 2010

Teruja!!!

Oh Aqeelah berdiri ari Rabu malam tu. Dia sibuk nak korek kotak kat tepi dinding, alih-alih dia dah berdiri. Alamak excitednye aku tengok! Tercari-cari kamera & hp time tu tapi tak jumpa pulok grrrrrrrrr....
So miss ler nak tangkap gambar dia berdiri nih. Anyway just nak bagi tahu semua yang anak aku nih dah boleh duduk sendiri sikit-sikit. So cute. Lain kali kalo aku dapat picnye aku tampal kat sini. Love you sayang.
---------------------------------------------------------------------------
*update*

Atas permintaan rerakan tersayang...ini dia pic Aqeelah berdiri huhuhu gambor profil dari belakang
(apalah mak ni.......... =D psst...sila abaikan prop2 tambahan yang bersepah tu ye..saja nak bagi efek mak sangat busy tak sempat kemas rumah =P).