Showing posts with label KKIA. Show all posts
Showing posts with label KKIA. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Apa maksud bacaan Hb dan tekanan darah dalam buku merah?

Selalu lepas dapat buku merah korang belek tak? Seingat aku la masa 1st pregnancy dulu aku tak berapa tengok pon. Tengok juga la tapi sebab doktor pon tak pernah cakap apa so aku assume semua OK, tak perlulah nak tengok lama-lama lagipun aku bukannya faham :P
Tapi kali ni aku berminat nak faham apa yang ditulis dalam buku merah ni sebenarnya.
Setiap kali datang check up memang akan diambil berat, air kencing, darah sikit dan tekanan darah ibu.
Perkara ini semua akan dicatatkan. Tapi faham ke apa maksud setiap nombor yang ditulis dalam ruangan tu?
Mungkin ada yang dah faham sebab rajin belek, selidik, tanya pada nurse. Tapi aku ni malas nak kacau nurse sangat, selagi boleh korek from internet, aku akan cari sampai faham :D



Aku tak adalah nak cerita detail. Cuma sentuh sikit aje, iaitu bacaan Hb (hemoglobin) dan tekanan darah.
Bacaan Hemoglobin
Untuk dapatkan bacaan Hb, nurse di KD cuma cucuk sikit aje kat hujung jari aku ni dan dapatkan darah. Kemudian dia letak darah tu pada strip kecik dan ada reading kat situ.


Urine Analyzer
contoh alat yang digunakan

Bacaan hemoglobin untuk menentukan ibu tak mengalami anemia/ kurang darah. 
Bacaan yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter)
Bagi wanita tak mengandung pula : 12 - 15 g/dl

Sekiranya bacaan rendah dari 11 g/dl maka ibu mengandung adalah anemic.
Sebab-sebab anemic/ kurang darah:
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
Sekiranya bacaan lebih tinggi dari 12 g/dl (terlalu tinggi) maka ibu mengandung mungkin:
  • Mempunyai paru-paru yang bermasalah
  • Kurang air dan masalah lain lagi yang kalau boleh sila google untuk maklumat lanjut.
Selalunya untuk mencantikkan bacaan Hb, nurse cuma akan advise jangan skip pengambilan vitamin yang diberikan dan perbaiki diet seharian. Makan makanan yang banyak zat besi, antaranya:
  • Organ dalaman (hati, jantung, limpa)
  • Sayuran hijau (bayam, brocolli)
  • Daging
Tekanan Darah
Sememangnya aku tak faham apa maksud nombor2 pada bacaan tekanan darah. Mari kita study sama-sama ye. Bukan apa cuma sekadar untuk mengetahui tahap kesihatan kita aje.

Selalu akan dicatat begini ye, contohnya bacaan untuk tekanan darah aku:
123/78 atau 107/57
Nombor yang di atas tu dipanggil systolic, nombor dibawah dipanggil diastolic (aku warnakan systolic merah dan diastolic biru)

  • Bacaan yang OK ialah kurang dari 140 bagi systolic dan kurang dari 90 bagi diastolic.(tak boleh lebih dari 140/90 untuk salah satu nombor)
  • Sekiranya mana-mana nombor meningkat tak kira salah satu (atas ke , bawah ke) maka ibu di kira ada risiko/ menghidapi darah tinggi. Contoh 160/75 atau 123/100 (perhatikan nombor yang saya gariskan)
Sekiranya bacaan systolic/diastolic terlalu rendah pun masalah juga.
  • Ibu mengandung di anggap mengalami hypotension atau tekanan darah rendah sekiranya bacaan systolic kurang 90 atau bacaan diastolic kurang 60.(tak boleh kurang dari 90/60 untuk salah satu nombor) Contoh 107/45 atau 75/80.



Wednesday, September 26, 2012

Lawatan Kali Pertama di Klinik Desa Batu 8, Gombak

My first check up was at 12 weeks. Aku saja je malas nak pergi awal-awal.
Masa datang tu memang aku bawa la segala-mala dokumen yang dia mintak macam yang aku cerita kat sini.
Tapi akhir satu apa pon dia tak mintak, just interview aje.

Masa sampai tu memang aku terpinga-pinga la juga. 
Alhamdulillah, kat klinik ni orang tak ramai hehehe. Kita biasa sangat dengar terlalu ramai orang yang nak mendapatkan rawatan kat klinik/ hospital kerajaan kan, sampai malas nak menunggu tu sebab ramai yang rela ke klinik/ hospital swasta walaupon bayaran nye ehem ehem....(tapi aku tengok kat swasta pon orang ramai juga, terutama kalau nak jumpa dengan doktor yang femes ames. memang kematu jugak la menunggu).

Klinik desa nursenya tak la ramai, maka kat reception tu masa aku sampai memang tak de siapa.
Semua sibuk dengan tugasan masin-masing.
Tapi ringankan mulut, aku tanya ajela bila nampak kelibat nurse yang lalu kat situ.
First step:
Klipkan IC dengan kad nombor dan pegi duduk diam-diam (aku nampak ada plasma board untuk Q-matic system macam kat bank tu, tapi tak fungsi. Dah rosak agaknye).

Kemudian nama aku dipanggil, dia suruh aku buat urine test dulu.
Selesai, tunggu nama dipanggil jumpa nurse ambil berat & tinggi kemudian buat buku merah.
Masa ni baru aku tahu buku tu ada 2, satu aku pegang dan lagi satu klinik yang pegang.
Aku isi detail pada buku aku & buku lagi satu tu nurse yang isi.


Jenuh juga la nak mengisi, macam2 detailsnye.
Kemudian duduk, tunggu lagi sekali. Tak lama pun, lepas tu nama aku dipanggil kali ni baring atas katil klinik dan dia cek perut. Adalah explaination pasal kanser payudara dan penyusuan susu ibu.
Akhir sekali nurse bagi vitamin pada aku, tapi aku cakap aku dah ambil pramilet so nurse bagitahu tak perlu lah aku makan vitamin yang diaorang bagi tu.
Oh lepas tu dia ada ambik darah aku dalam satu tube kut untuk test yang entah apa-apa aku pun tak tahu.
Habis.... kejap aje kan :D sebelum balik nurse pesan suruh aku ke KKIA Gombak Setia jumpa doktor untuk scan baby hari tu jugak. Dapat juga next appointment sebulan yang akan datang di KD. Kesimpulan yang aku boleh beri, nurse kat KD ni bebaik belaka. Tak dela garang pon :D credit to nurses at KD Batu 8, Gombak.


Sampai di KKIA Gombak Setia just ambil nombor dan tunggu saja. Kat sini dia pakai Q-matic system, maka nombor giliran akan dipaaparkan di plasma board macam kat bank tu.
Tak lama juga menunggu, lepas jumpa doktor scan semua OK dah boleh balik (my baby very active).
Next appointment scan at 20 weeks....can't wait to see you again baby.


Thursday, September 13, 2012

Apa perlu Ibu Mengandung Buat untuk check up di KKIA

Walaupun ini adalah kehamilan kedua, namun pengalaman nya jauh berbeza.
Antaranya ialah kerana ini kali pertama aku menjalani sesi check up di klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu Anak - KKIA).
Masa mengandungkan Aqeelah aku cuma check up di klinik swasta aje (klinik panel).
Oleh itu aku rasakan perlu untuk aku tulis langkah-langkah / pengalaman aku cek di KKIA sebagai panduan dan rujukan aku di masa akan datang, juga boleh di jadikan panduan ibu-ibu yang lain.

Disebabkan kali pertama, maka aku pun haruslah selidik apa yang aku perlu buat.
Yelah aku dengar klinik kerajaan ni cerewet, nanti ada je benda yang tak cukup tak pasal-pasal di suruh balik. Buang karen aje datang :P
Jadi langkah yang aku ambil untuk menyelidik ialah:
1. Telefon rakan baik aku (Raja) dia ada pengalaman 2 anak bersalin di hospital kerajaan
2. Surf internet
3. Telefon ke klinik kerajaan berhampiran

Berdasarkan maklumat yang aku dapat, elok la PERTAMA SEKALI kita telefon ke KKIA yang berhampiran. Boleh saja nak walk-in tapi kalau tak yakin, elok lah telefon untuk mengelakkan kita mebuang masa (kiranya tersalah KKIA atau salah masa)
Macamana nak dapatkan contact number?? Senang aje, dail 100 tanyalah TELEKOM Malaysia Directory.
Macam aku duduk di Gombak. Aku pernah nampak ada klinik kerajaan di Gombak Setia, so aku call TELEKOM dan diaorang bagi aku nombor KKIA Gombak Setia. Senang kan.

Dah dapat nombor? Telefon aje lah. 
OK bila panggilan dah disambut, aku bagitahu la yang aku nak buat buku merah (sebab buku rekod ibu mengandung tu warna pink/ merah).
Perkara pertama, nurse akan tanya : "ALAMAT".
Alamat PENTING sebab kita kena pergi check-up di KKIA/ Klinik Desa (KD, bukan Kris Dayanti ye) yang terdekat dengan rumah kita. Kalau terdekat dengan office korang tu aku tak pasti la boleh atau tidak, yelah mudah untuk ibu bekerja kan checkup dekat dengan pejabat dan manalah tahu kut2 terbersalin waktu pejabat...kan senang. Elok la telefon dan tanya ye.
Aku duduk di Gombak, Batu 8. Di sebabkan termaktub (berhampiran)dengan KD batu 8, maka aku disuruh telefon ke KD batu 8. Jangan lupa mintak no telefon net KKIA yang kita di referkan ye. Kalau tak jenuh pula nak cari.
No telefon Klinik Desa, Batu 8 Gombak 03-6188 9704

Dail pulak KD Batu 8. 
Panggilan disambut, sama juga perkara pertama yang di tanya ialah ALAMAT.
Dah confirm memang dalam kawasan, maka mula la sesi soal jawab pendek dalam telefon.
Soalan yang aku tanya:
1. Waktu dan hari rawatan 
Jawapan: isnin & selasa. jam 8 pagi hingga 11 pagi

2. apa dokumen yang perlu dibawa
Jawapan: 
a)Fotokopi semua ini (sijil kahwin/ kad nikah, I/C isteri& suami)
b) sijil nikah (asal)
c) surat beranak anak yang sebelumnya. (kalau mengandung bukan anak pertama)
d) buku merah untuk anak yang sebelumya (kalau mengandung bukan anak pertama)

Itu aje yang perlu, tapi ingat lain KKIA maka lain dokumen yang diperlukan. Maka perkara yang penting dilakukan sebelum kali pertama ke KKIA ialah:
1. Dapatkan contact number KKIA yang patut dilawati
2. Telefon KKIA tersebut & tanya 2 soalan wajib yang aku tulis di atas.

Aku akan sambung mengenai lawatan hari pertama kemudian ye....keep on tuning :D