Showing posts with label aww me..like it. Show all posts
Showing posts with label aww me..like it. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Nur Kasih The Movie (T_T)


Berpeluang menonton movie sekian kalinya dengan kengkawan tercinta. This is the 1st movie outing with frens selepas bergelar isteri & ibu. Maka elok lah movie yang dipilih ialah movie yang menarik & sesuai di tonton tanpa kehadiran En. suami (yg akan dok kondem & gelakkan aku) serta Aqeelah (yg bisa mengganggu konsentrasi hamba).

Tarikh dah ditetapkan sebulan sebelum actual our viewing (sangat gelabah kan) iaitu pada 5 June 2011. Iyala aku kena set date betul2. Kang clash nak balik kampung la, nak pi kenduri la ate macam-macam hal.

Alhamdulillah selepas aku tepis segala nya dan atas keizinan En. Suami (walaaupun dia banyak kali psiko aku di saat-saat terakhir dengan dialog "kesihan Aqeelah"...tapi hati ku telah nekad dan bulat HAHAHAHA) jadi juga program aku ni.
Malangnya 2 insan yang memulanya beria nak pergi tak dapat hadir. Orangnya ialah Cik Kiot & Puan Nadia. Takpe la korang beli la DVD ye buat nonton cerita ini kemudian ye (kalau ada keluar la pun). Aku pergi menjolikan diri bersama Cik Eyna & Cik Su sahaja. Oklah tu, daripada aku pi tengok movie sengsorang lagi tak feeling.

Terus terang dari start movie sampai abis air mata aku meleleh aje la. Ceritanya menyentuh hati aku (hati orang lain aku tak tahu la). Pada aku semua pelakon memang memberikan yang terbaik. Lakonan mereka amat terkesan dalam hati aku. Babak NurAmina (lakonan Tiz Zaqyah) ketika dan selepas keguguran. Babak Aidil (lakonan Fiz Fairuz) & NurAmina masa beliau lafazkan janji untuk menjaga NurAmina seperti mana yang dituntut oleh Adam. Ish automatik aku tulis ni pun rasa macam nak menangis. Member aku tegur, aku jawap lepas bersalin ni aku senang sangat menangis...urat air mata aku banyak putus kut :D

Memang habis aje cerita tu ada perasaan ntuk menontonnya lagi dan lagi. Bahkan aku dah cuba meracun cik Kiot untuk ponteng kerja untuk merealisasikan niat ini namun gagal (mungkin racun ku tak cukup kuat...arus ku tabur Puradan atau Round Up aje hahaha kasi mati itu rumpai!!!!).
Kalau ada DVD nya harus aku beli dan tonton lagi dan lagi dan lagi......
Keseluruhannya aku simpulkan ini bukan Islamik movie. Barangsiapa yang berniat nak tonton Islamik movie dengan menonton filem ini hentikan le. Korang tengok pelakon ni semua bukan muhrim berlakun pegang-pegang tu kira Islamik ke? Ingat niat tak menghalalkan cara.
Tapi ianya sebuah kisah cinta yang agung dan tulus. Jadi kalau nak tonton sila tonton dengan hati yang terbuka, jangan kang dah abis movie korang duk kutuk movie ni tak cukup Islamik bla bla bla.
Aku bagi 5 bintang untuk Nur Kasih the Movie sebab aku suka jalan ceritanya (dan aku bukan ustazah).
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 13, 2010

Friday, May 7, 2010

Tok E-T ohh Tok E-T (Me like it Aww #1)

**disclaimer: Aku bukan peminat fanatik Tok E-T, komen aku di bawah ni juga tak dibayar oleh mana-mana pihak. Sekadar komen aku sebagai pengguna yang bertanggungjawab..cewah
OTW balik from OT singgah JJ AU2 dan mak sempat melaram ngan produk Tok E-T yang di display kat Watson. Aku heret Aqeelah sekali masuk Watson (time tu orang tu tengah mencemarkan peparu & alam sekitar kat lobi luar AU2). Aku tahu setengah orang tak suka nak try barang sample ni, sebab tak hygienic. Tapi aku belasah aje. Dah tu mana aku nak tahu kesesuaian kalernye kat aku kalo tak terai kan..kan..kan :D

Oh aku amat sukakan blusher nyek, amat senang nak gune babe. (kek sobolah ni ado gombar eh).
Eyeshadow dia pun kuterai gak kaler purple lagik (yang quad set tu), pun mudah disapu dan rasa cam cantik je. Lipstik dia best sungguh kalernye (ada logo JAKIM tau jangan memain)..aku terai yang sekali dengan lipgloss tuh. OWH..aku amat tergoda dengan produk make-up Tok E-T nih. Tapi aku tak beli la time tu sebab nya budget tak de, produk Tok E-T nih pulak range harganya cam produk Rev*lon. Masa mula launch aku ingatkan standard rega dia maybe dalam area produk MAyBeL**ine.
Lepas dah siap solek bagai, berlari aku sambil menolak stroller berisi Aqeelah (yang mungkin blur nape maknye cam excited terlebih nih) ke arah orang tu. FYI dia memang tak sukee kalo aku metap-metap nih. Dia tengok muke aku semcam jek..mungkin pelik tengok muka aku warna warni kut hehehe. Lastnya dia cakap.."Saya tak kisah awak nak mekap ke apa ke, tapi janji lepas ni pergi exercise". huhuhuh takpelah, janji aku bley beli metap Tok E-T!!!

Nota Model Metap Tok T Wannabe:
metap Tok E-T ni dia claim halal dan mudah dibersihkan
untuk berwuduk. Sesungguhnya memang mudah cuci beb.
Lepas berposing kat depan orang tu aku pi solat Asar,
guess what...aku cuci pakai air biasa jek tak payah pencuci
muka bagai. Semua kesan blusher, eyeshadow &
lipgloss tu hilang. Ohh ini menambahkan lagi sebab
kenapa akunak beli metap Tok E-T nih.