Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Banana Choc Chip Muffin


 di sebabkan ada yang bertanya, maka aku tepekkan resepi ini di sini. 
Actually aku pun dah lupa dari mana aku dapat resepi ni, kalo tak aku tag aje.
Resepi ni boleh membuat 11 biji muffin saiz M kut lah size muffin biasa tu. Kalau nak lebih biasanya aku buat 2 kali adunan ni. Aku memang tak gandakan resepi2 aku kalau nak masak lebih, memang banyak kali kerja tapi aku tak nak mess with the recipe. Sebab kadang2 end product tak menjadi seperti yang kita mahukan. Maybe terkeras atau terlembik. Apapun choice is yours :D Selamat mencuba.

Bahan Kering:
1 3/4 cawan tepung gandum (nak pakai wholemeal flour pun boleh)
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah:
1 biji telur ayam
1/2 cawan minyak masak (sawit boleh, kacang boleh, zaitun pun boleh (semua aku dah try OK je)..seeloknya minyak jagung sebab takde bau)
1/2 cawan susu/ yogurt/ buttermilk
1 sudu teh esen vanila
---------------------------------------------------------
1 cawan pisang mashed (lebih kurang 2 biji pisang, aku guna pisang berangan)
3/4 cawan choc chip (aku guna yang half black white choc chip morsels)

CARA:

  1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 176°C
  2. Gaul bahan Kering dan bahan Basah dalam dua mangkuk berasingan hingga sebati.
  3. Satukan kedua bahan dalam satu mangkuk, sebatikan.
  4. Akhirnya campurkan pisang gaul rata dan choc chip gaul rata.
  5. masuk dalam cup kertas 1/2 penuh
  6. Bakar 22-25 minit atau sehingga tiada adunan basah melekat pada cake tester. Selalunya pada time ni dah masak dah.
p/s: kalu rasa malas nak masak tu bleh order je kat aku ni :D will bake it fresh as requested.






Wednesday, September 19, 2012

Nasi Goreng Sempoi



Dah lama aku tak letak resepi :D
Hari ni aku nak letak resepi yang simple sesangat, tapi dijamin sedap.

Bahan:

  • Nasi (aku masak 1/2 cawan beras boleh la 3 orang makan)
  • ikan bilis segenggam
  • bawang merah 3-4 biji (dihiris)
  • cili padi 5-6 biji (hiris)
  • telur ayam 2 biji
  • garam
  • minyak masak
  • sikit minyak bijan (optional)


Cara masak:
Goreng ikan bilis guna minyak masak, dah garing ketepikan ikan bilis.
Tambah 3-4 titis minyak bijan dalam minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi (dlm kuali)
Goreng bawang & cili padi sampai bawang masak/ layu.
Pecahkan 2 biji telur ayam dalam kuali kacau bersama bawang & cili padi (kacau sampai hancur/ rata macam buat scramble egg).
Telur dah agak kering & hancur, masukkan nasi gaul rata
Perasakan dengan garam. Siap!
 * Kalau suka boleh juga ditambah dengan kacang panjang hiris (goreng sekali dengan bawang).

Sila lah cuba, tak sampai 15 minit dah siap untuk disantap. Bon Apetit!!

Monday, May 28, 2012

Rentetan dari tarraaaaa..... :D


a tray of blissful yumminess..... 
the recipe is definitely a must try! (just click the link above for recipe)

(psst some of the frosting work was done by my hubby ;D thanks dear)




~top profile ~




:>side profile<:

wanna cup? ;D


Thursday, May 3, 2012

from my kitchen

Especially for butter cake lovers :D




This cake is sooo moist. I'm out of plain flour so I just top it with wholemeal flour, still yummy. Hub does not fancy for plain cakes but he does love this one :)
Recipe from here : FadAboutFood
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

Kacang Phool



This is our breakfast yesterday. Kami sekeluarga tak pernah makan pun kacang phool ni. Aku pernah la tengok resepi nya dalam majalah tapi tak pernah teringin pun nak cuba. Until my MIL mentioned it last week. Ok la dengan semangat waja aku pun cari la resepinya.
Alhamdulillah jumpa couple if recipes and I gave it a try.
Aku nak cuba both recipes untuk cari mana yang sedap. Tapi since aku tak pernah tau pun apakah rasa sebenar dish ni, so aku agak-agak ajela rasanya ikut sedap tekak.

Kacang phool ni adalah dari keluarga kacang parang (fava beans), maka kalau ada anak yang alah kacang parang boleh gantikan dengan kacang panggang (aku tengok ada aje orang modify recipe ni guna kacang panggang).



Aku beli kacang ni dari Pasaraya OTK. Boleh juga didapati di mini mart pak Arab yang berdekatan, since this dish is originally from their region.
Resepi yang aku cuba semalam : resepi 1
Tapi aku modify sikit, tambah minced beef yang dah goreng tanpa minyak.
Kacang phool ni dimakan bersama roti, telur mata, hirisan cili hijau, bawang, tomato dan perahkan limau kasturi. Alhamdulillah sedap :D
Ini resepi kedua kacang phool yang aku nak try : resepi 2
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 16, 2010

Kuah Laksa Ibu Mertuaku.

Ha....korang nampak tak gambo apa tu? Itulah dia kuah laksa resepi ibu mertua ku. Jangan tak percaya resepi ni guna ikan sardin dalam tin, namun rasanya tetap meletup!!! Tak percaya?!! Korang kenalah cuba sendiri.

@ 2 tin besar sardin Ayam brand (aku guna makerel, ambik ikan dan kuah tomatonya sekali)
@ 4 biji bwg besar
@ 1/2 inci belacan
@ cili kering (aku malas jd aku guna cili boh)
*blender semua bahan kat atas, kemudian taruk dlm periuk.
Tambah daun kesum, asam keping, bunga kantan, air, garam.
Masak sampai mendidih.

Tapi pic kat atas tu aku lupa taruk belacan, tapi aku percaya rasanya masih sama. Kalo nak pedas bley tambah cili padi. Asam keping elok taruk banyak supaya kuah tu takde rasa hanyir sardin.
Kesimpulannya ini adalah kuah laksa termudah aku pernah buat. Sedap pun ye juga. So lepas ni xpayah susah-susah nak rebus ikan lagi.
Published with Blogger-droid v1.5.9

update:

1) resepi kt atas ni hasilnye amat byk. bleh bg jiran, mak mertua & kaum kerabat yg lain. so kalo takat nk mkn 2-3 org tu, guna 1 tin besar sardin dh cukup.

2) ratio sardin dgn bawang ialah 1 tin sardin : 2 biji bawang besar.

Monday, June 14, 2010

Ayam masak Kurma

Ari ni aku berpuasa. Insya-allah berpuasa. Siap bersahur lagi, memandangkan ada baki kuah ayam masak kurma semalam. Ayam nye dah ilek time dinner semalam...so aku rebus telur gantikan ayam tu. Aku makan sebiji, buat bekal Aqeelah pi Rumah Biru sebiji. Alhamdulillah abis kurma aku. Aku memang suka makan masak kurma. Serbuk rempahnye dah lama beli tapi semalam baru berjaya masak, just follow instruction kat peket rempah tu. Nanti malam aku upload pic nye ye.

Ayam sebelah (potong-potong)
2 biji bawang besar (1 hiris, 1 potong empat)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci - 1 inci halia (hiris panjang)
tomato (potong 4)
3 biji kentang (potong - aku suka potong kecik sikit bagi cepat empuk)
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
speket rempah kurma (campur air sikit-sikit, kacau sampai jadi paste)
garam

-tumis bahan-bahan yang dihiris sampai lembut
-campur paste rempah kurma, sampai agak garing
-campur ayam (kacau kejap bagi sebati dengan rempah)
-tambah air (aku masuk sikit-sikit sebab tak pandai nak agak kecairan kuah kurma aku ni, so kalau korang tengok cam cair aje tak payah la abiskan 3 cawan air tu)
-bila ayam dah empuk, masuk kentang, bawang besar yg potong empat, tomato, santan dan garam.
-bila kentang dah empuk boleh le makan.

Berita tambahan...Aqeelah dah bley memanjat secara official semalam. Nanti aku paste pic dia kat sini ye. (aku malas nak buat 2-3 entri dalam sehari, so semua aku lump dalam satu entry aje..aci tak?)

Friday, June 11, 2010

Lepas ni masukkan ikan ye Puan-Puan...

Aku ni bukan la terrer memasak. Masa aku sekolah dulu lagila, aku cuma reti masak nasi..megi...masak air (off course la reti kan)...goreng telur. Itu je. Tapi aku dengar member2 aku time tu dah terer masak asam pedas la, gulai kari la. Aku dengar cam blank jek. Dan pernah gak aku terpikir..camne nak kawin ek, masak pun takreti...malanglah sesapa yang jadi asben aku huhuhuhu. Aku notice, aku cuma reti masak benda yang aku PALING SUKA makan aje. Contohnya dua menda ni memang faveret aku... laksa & kek coklat. Aku memang reti buat makanan dua nih sejak form 2 kut. Dan pernah la tiap2 tahun raya or cuti sekolah aku akan buat kek coklat untuk makan, samada hidangan pagi raya or bawak balik ke asramah. Tapi setakat itu ajela kepakaran memasak aku. Mak aku memang tak pernah ajak aku ke dapur. Dan bila aku buat-buat nak tolong dia pun dia tak tau nak suruh aku buat ape. Last-last dia suruh aku duk kat depan..jangan kaco kat dapur. Bila abis sekolah memangla aku tak pi dapur lagi dah. Nak-nak pulak aku tumpang duk kat umah aunty aku. Memanglah jarang sekali aku nak masak.
Tapi bila aku dah duk sendiri (menyewa dengan kengkawan) mula la teringin nak masak skit-skit. Jenuh la sikit-sikit tipun mak kat kampung tanya resepi itu ini...paling tak bley blah bila aku tanya mak aku camne rupanya kalo cili dah garing. Hmmm...macam mana nak explain tu kan? Ada jugak beberapa masakan yang aku humban aje kat tong sampah sebab tak menjadi. Kadang rasa membazir jek, baik beli kat kedai kan.
Bila dah kawin ni...bila aku start memasak? Sejujurnya, aku pun dah lupa. Tapi yang pastinya aku kena masak. Hari-hari makan kedai tak tahan wei, bukan dari segi poket je..tapi tekak pun same. Kadang dah tak tau nak makan apa dah kat kedai. Boleh la sampai tensi-tensi dengan En.Suami sebab bertekak siapa yang patut pilih menu nak makan ape. Ada aku dengar elok bagi suami makan air tangan sendiri. Hehehe bukan air basuh tangan ye. Kang jadi kes lain pulak.
Tapi makin lama, aku realise yang aku suka memasak. Mungkin rasa puas sebab ada orang yang makan dan kalo orang tu puji masakan kite itu adalah satu bonus. Hehehe rasa kembang sekejap. Tak taula memang dah automatik orang yang jadi ibu ni memang akan suka memasak atau pun aku memang suka masak. Apa-apa ajela labu..janji kenyang kan!!
Kat bawah ni ada resepi ikan masak taucu yang aku masak kelmarin...sedap!!. Anak aku pun aku kasi buat bekal sebab ada lebih. Tapi aku tak snap gambo sebab malas.


ikan (di goreng dulu)
bawang besar (potong bulat)
bawang putih, halia (hiris)
cili padi (ketuk)
sepeket taucu (aku guna cap Bilal - ditumbuk sikit)
garam, gula.


-tumis bawang-bawang, halia, cili padi.
-masuk taucu & air
-mendidih tambah garam, gula & ikan
-tunggu mendidih sikit & tutup api.


Senang KAN!

Friday, May 28, 2010

Nasi Ayam Kak Kim

(ini bukan nasi ayam aku...malas nak ambik gambar tadi. Pic from Google)

Hari ni aku masak nasi ayam untuk lunch (merangkap dinner sekali hahahah...). Sejak semalam aku dah plan nak buat nasi ayam. Ini gara-gara lepas dengar resepi ofismate aku. Oh ye ini adalah percubaan pertama membuat nasi ayam seumur hidup aku. 
Senang sangat buatnya....


Ayam
Perap ayam dengan minyak bijan & garam. Kemudian kukus dalam mangkuk (untuk collect air ayam).
Bila dah siap kukus, boleh goreng atau bakar ayam tu.
Tadi aku goreng je sbb aku tak de oven. So aku sapu ayam dengan honey skit, kicap manis dan rempah Captain. Kemudian goreng laaa...


Nasi
Chop bawang putih  & halia, tumis dengan mentega atau minyak bijan (minyak biasa pun boleh).
Bila dah wangi masukkan bunga lawang, kayu manis, pelaga. Matikan api; masukkan beras yang dah dicuci.
Kacau rata.
Masukkan air ayam kukus yang dapat dari dalam mangkuk tadi, tambah dengan air biasa ikut sukat masak nasi macam biasa.
Tambah garam, kiub ayam sikit ; daun pandan. Masak dalam rice cooker.


Sos Cili
Kukus cili merah (4-5 biji), blendkan cili dengan barang putih, halia sikit, sebiji tomato, garam, gula.
Kemudian rasa. Kalau kureng masam boleh tambah air limau kasturi.


Hidangkan kan la nasi ayam tu dengan ayam, sup, sos cili dan juga salad.

Saturday, May 8, 2010

Bergedil Mama




Ini sebenarnya aktiviti aku malam tadi sebelum tido. ..

Entah mengapa this week aku teringin sangat nak buat soto lengkap dengan bergedil. Memandangkan aku ni tak pandai masak, kenalah bertanya pada yang pakar yakni my beloved mom dan rakan sepejabat.
Untuk kuah soto memang tak yah fening kepala la sebab aku guna cara ter dan paling mudah :
'beli rempah soto kat supermarket kemudian ikut aje instruction kat bungkusan tu'.
Very the clever kan!!
Tang bergedil ni agak fening-fening lalat, ala Ahmad Albab. Macam mana nak buat ye...tak pernah aku tengok pun mak aku buat kat dapur. Tau tau dah tergolek je atas meja..yummeh.
So untuk tidak lah menjadi terlalu clever (beli je bergedil tu kan sonang) aku pun roger-roger mak dikampung. Dia pun explain cara buat bergedel from A to Z. Ohh senang je rupanya nak buat bergedel. Kat sini aku explain kan cara-caranya:

4 biji kentang (kupas, potong, goreng & tumbuk) - mak ku tak advise rebus coz nanti hasilnye berair-air.
5 biji bwg merah (kupas, hiris, goreng & tombok jugak)
daging kisar (goreng tanpa minyak sampai kering air daging tu)
1 sudu besar serbuk rempah Captain (senang bai...takpayah aku pikir nak taruk ketumbar banyak mana, jintan banyak mana. Buat tensi jek).
daun sup dihiris
*sebiji telur (kocok, untuk celup)

*tepung gandum (sikit je, dalam sepiring)
bahan *, guna before menggoreng bergedil.

Caranya:....
gaul daging dengan serbuk rempah Captain, tabur garam skit, gula skit.
kemudian baru masuk daun sup, bawang goreng & kentang.
gaul rata kemudian buat bentuk bulat.
Aku bleh dapat 12 biji bergedil besar genggam dengan sukatan diatas.(comel-comel aje lah).
sebab aku buat dah malam bute so aku simpan adunan bulat ni dalam bekas bertutup dalam peti ais.
Time nak goreng baru aku celup dalam telur kemudian golek atas tepung gandum then celup lagi skali dalam telur ...baru aku goreng. (Aku ade terbaca cara ini bleh elakkan bergedil kita tu dari pecah time menggoreng.)
Goreng pun tak lama kejap je, agak-agak dah nampak telur salut tu dah masak terus angkat sebabnya bahan-bahan asas kan semua dah di goreng.

siap sudah bergedil yummeh aku....senang kan.



Nota tukang masak celup-celup:

Rempah Captain ni boleh guna untuk berbagai masakan.
Antaranya goreng ayam, soto, sup ayam,
sup daging dan bergedil.

Monday, November 23, 2009

Bubur nasik weh.

Ari ni aku nak tulis pasal bubur Aqeelah. Aqeelah start makan at 6 month. Diet wajib dia from 6-10th month adalah buah. Biasanya aku bagi buah pear dan plum. Kadang-kadang aku bagi epal (tapi epal & pisang tak berapa best coz nanti Aqeelah ade constipation prob). Bubur nasi aku dah cuba bagi, taruk ikan bilis tapi tak jalan. Nampak beza sangat layanan Aqeelah pada bubur nasi dan buah. Kalau aku bagi bubur nasi (walaupun dah blend halus) memang tak laku lah. Tapi kalau buah memang licin.
Selalunya buah memang aku kupas, kukus dan blend. Kalau aprikot pulak aku belah 'X' pada bontot buah tu pas tu kukus. Before blend aku just lucutkan kulit aprikot tu, tak perlu kupas. Tapi yang lazimnya buah pear ngan plum lah, since dia pun tak jemu. Sambil-sambil tu kalau makanan yang aneh-aneh macam ikan atau telur aku suap juga sikit pada dia (sambil En. Suami tak nampak).
Bila naik 10 bulan, Kak Ija suruh aku tambah bagi nasi bubur kat Aqeelah. Dalam hati aku dah berkira...oh malasnye..(teruk kan aku!) Sebabnya tak masak nasi bubur pun aku kena bangun pukul 6 pagi untuk bersiap (bangun dengan perlahan ok tak mau Aqeelah terbangun sama, she's a light sleeper. Pastu suka bangun awal...kalau dah bangun memang satu kerja pun tak boleh buat). Ni dah buat nasi bubur pukul berapa aku kena bangun pulak nak tunggu beras kembang kan lama gile (pukul 3 pagi kah?)
Jadi aku pun bereksperimentasi dan meminta panduan dari mak-mak orang yang lain. Berkat dari panduan berhemat yang aku dapat, Alhamdulillah aku berjaya bekalkan Aqeelah dengan bubur nasi sehingga sekarang setiap hari (thanks mak & Kak Ti for your brilliant ideas).
Perkara pertama iaitu bubur nasi.
Oleh sebab lambat nak kembang kalau masak on stove, mak aku suruh aku ambik nasi yang dah masak (from rice cooker) pas tu kacau dengan air panas sikit dalam mangkuk. Kacau lama-lama kanji nasi tu keluarlah, jadilah bubur nasi. Campurla dengan ikan goreng ke apa ke (bahan dah masak lah sebab cara ni di apply off stove ye). Cara ni sesuai kalau tiba-tiba nak terbagi makan bubur atau pun ketika darurat (gas abis ke..apa ke.)
Pas tu Kak Ti cerita kat aku, kakak dia masak nasi (macam masak nasi biasa) banyak pas tu transfer dalam periuk campur air letak atas stove dan kacau-kacau sesedap rasa. Tak sampai 30 minit jadilah bubur nasi kosong atau moi. Pas tu kakak dia taruk dalam bekas-bekas berasingan (satu bekas untuk satu meal). Bila nak guna dia akan panaskan content bekas tu dan mix dengan bahan-bahan lain. Bijak kan! So aku apply cara ni, tapi aku simpan the whole content dalam tupperware aiskrim yang besar dalam peti ais. So aku ambik cuma sikit je setiap kali nak masak bubur nasi Aqeelah.
Perkara kedua iaitu perasa bubur.
Aku ni nak kata very particular dengan penggunaan artificial food flavour dalam makanan Aqeelah tak la jugak. Tapi sebolehnya aku cuba elakkan. Baby sitter ada ajar aku masukkan cube chicken stock dalam bubur nasi kosong so Aqeelah minat nak makan tapi aku tak buat pun, tak berapa selesa nak taruk benda-benda ni. So aku cuba buat sendiri! Aku surf net dan ada few resepi yang aku dapat. So aku combine ambik sana sikit sini sikit dan jadilah chicken stok aku sendiri. Cara aku ek...
Sepeket rangka ayam/ tengkuk ayam (aku beli kat SOGO jek)
Seketul carrot besar/ kalau carrot kecik ambik lah dalam 2 batang kupas dan kerat je. Kerat 3 cukup.
Sebatang batang celery, kerat macam carrot.
Sebijik bawang besar kupas, tak perlu kerat or hiris.
Halia (ikut suka nak banyak mana, untuk kurangkan hamis ayam).
Satu jug air, kalau lebih kan setengah jug pun tak pe sebab nanti dia tersejat.
Campur semua benda dalam periuk pas tu boil (api sederhana, periuk tutup ye), bila dah mendidih agak-agak dalam 10 minit kecikkan api biar dia simmer. Total time memasak ialah 4 jam, dari mula on api hingga tutup api (tak payah la bertunggu-tangga kat dapur tu, pegila tengok tv ke baca buku Twilight ke hehehe). Bila dah sejuk, tapis pindahkan dalam bekas kecik pastu simpan dalam freezer. Bila nak guna keluarkan lah.
Okey cara aku masak bubur Aqeelah ek, aku cerita dari mula aku bangun tidolah ek hehehe.
Celik mata pukul 5.30am aku pegi dapur tumis bawang merah, bawang putih & halia dengan sedikit minyak (kadang2 minyak masak biasa, kadang2 minyak zaitun).
Kemudian masukkan bubur nasi kosong (ikut banyak mana nak bagi anak makan), tuang stok ayam campur air sikit (tapi kalau dah terbangun 6 am atau lambat lagi aku tak masuklah tumisan, terus nasi & stok ayam jek). Mandi kejap, api bubur kecik je. Selesai mandi (dalam 5-10 minit je aku mandi) masukkan lauk (isi ikan merah/ tenggiri/ ayam/ udang) dan sayur (daun bawang/ sawi/ bayam/ carrot) kacau-kacau pas tu pegi solat subuh. Siap solat tutup api pindahkan bubur dalam thermos, siap!
Kalau takde lauk aku rebus telur, belah dua dan masukkan dalam bubur yang dah siap (sebab Aqeelah kurang makan bubur yang masak sekali dengan telur) dan campur sedikit serbuk ikan bilis yang aku buat sendiri. Tapi sayur mesti ada.
Kira sekarang kerja buat bubur aku dah jadi mudah le. Dan paling best ialah Aqeelah suka makan bubur mak dia huhu YUMMY YE NAK!!!

p/s: Aqeelah masih makan buah untuk memudahkan dia membuang.

Monday, March 30, 2009

Nak Makan Ape ye? (updated wif Meehon Kung fu Resepi)


Aku ni memang tak brapa rajin nak masak sebenarnya. Maklum le tak biasa turun ke dapur. Mak aku pulak tak kisah kalo aku tak tolong, katanya buat semak aje ramai-ramai kat dapur ni. Tapi bila dah duk bujang kat KL mula la aku belajar sikit-sikit nak masak food kegemaran aku cam kari ikan dan sambal. Sebelum ni aku cuma bleh buat paling terror laksa Penang je. Yang basic macam goreng telur, nasi, goreng ikan, dll tu memang dah pass le. Aku lagi suka buat kek & dessert, agaknya sebab aku suka makan benda-benda manis kut.
Bila dah kawin ni takkan la tak nak masak kut. Jadi bermula la kehidupan aku memasak asam pedas (coz laki aku suka makan nih), kari daging dan sebagainya. Ari sabtu kelmarin aku buat mee hoon kungfu as lunch. Hehehe berjaya gak aku memasaknya!! Sebab beria, aku taruk la pic dia kat sini!!
Kebetulan lak tekak aku rasa nak makan western minggu ni, so aku shopping la stok memasak macam nak rak. Semalam lunch aku masak Pasta Carbonara. Ini la masakan yang paling senang dan boleh kata sedap gak lak tu! Semua resepi aku banyak ambik dari My Resepi. Banyak pilihan dan sedap pulak tu.
Oklah nak fikir nak makan apa pulak dinner ni hehehe.

Wednesday, March 18, 2009

Pudding Anybody?


Hari ni ialah kali ke 3 aku buat puding dalam masa tak sampai seminggu. Gara-gara En.Suami yang amat suka makan puding. Bermula dengan puding truffle yang officemate aku ajar, lepas tu hubby pulak mintak aku buat puding roti kegemarannya. Disebabkan rumah aku ni takde oven jadi kenalah aku surf net untuk mencari resepi puding yang dikukus. 1st truffle puding aku buat dah lama adalah dlm 1 minggu lepas. Kemudian hari sabtu aku buat puding roti (2 acu lagi coz bancuhannya banyak, satu aku taruk choc chip lagi satu kosong). Semalam petang aku buat puding truffle dan pagi ni pulak aku buat puding karamel dan puding roti lagi. Yelah anak hantar nursery so boleh lah aku buat benda-benda ni semua. Jadi aku luangkanlah masa untuk menayangkan pic puding aku di sini bersama resepinya yang setengah tu aku dah renovate sendiri ikut kesenangan dan kesedapan tekak aku. Puding roti ni aku nak bagi neighbour separuh coz pinggan dia itu hari tak pulang2. Nanti dia kata buat harta sendiri pulak, nak pulang kosong tak patut sangat. Begitulah cara kita hidup berjiran selepas berumah tangga nih. Masa aku bujang dulu takde pulak neighbour aku bagi makan-makan cam ni hehehe. Jadi mari kita saksikan........ (maaflah kalo pic tak berapa menyelerakan hehehe)

Puding Truffle

(puding ini ehsan resepi dari Khadijah Abd Ghalim nama glamour KD, paling senang coz tak payah masak, cuma kena masak kastad aje sekejap)


Kek (ikut suka korang nak perisa apa, aku guna ni perisa vanila)
Buah koktel
2 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
Satu peket agar-agar segera Nona (apa-apa brand pun boleh, aku guna Nona coz tak payah masak kat atas dapur juz bancuh dengan air panas masalahnya jeli dia terlampau lembut teksturnya)
  • Kek susun pada dasar acuan diikuti dengan lapisan buah koktel.
  • Dalam periuk satukan 1 tin susu cair dengan tepung kastad (kalau nak manis sikit boleh tambah gula tak payah pun tak pe). Kacau-kacau sikit, bila dah tak nampak bentuk tepung baru letak atas api yang kecil ye. Kacau sampai agak-agak pekat kemudian tutup api.
  • Tuang kastad atas buah dan kek tadi.
  • Sediakan agar-agar kat bekas lain kemudian tuang atas kastad tadi.
  • Bila bekas dah sejuk sikit boleh masuk kan dalam peti ais.
  • Hidang time sejuk best!!

Puding Roti
(resepi ni aku ambik dari internet from indon dan aku dah ubah sikit)

5 keping roti putih
300 ml susu segar (resepi asal guna susu cair aku dah try sama jugak hasilnya)
2 biji telur
50 grm gula halus (resepi asal gula pasir)
35 grm butter (cairkan)
sedikit esen vanila
choc chip ikut suka

  • Rendam roti dalam susu (30 minit)
  • Gula hancurkan bersama telur kemudian satukan dengan adunan roti susu tadi sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan butter dan esen vanila.
  • Tuang adunan dalam acuan yang dah disapu butter, tabur choc chip sebelum kukus.
  • Ikut resepi kukus selama 35 minit, tapi aku biar aje sampai 45 minit (alah bukan hangus pun).

Puding Karamel
(resepi ni aku kutip dari blog ibukauthar. Aku dah olah sikit sebab nak cepat hehehe)

4 sudu besar gula, 2 sudu besar air (masak dalam kuali hingga perang jangan hangit pulak ye. Kemudian tuang dalam acuan puding).

7 biji kuning telur
300 ml susu segar
3 1/2 sudu besar gula aising (resepi asal guna gula halus yang dikisar)
esen vanila
  • Gaul gula aising dengan kuning telur (masukkan sebiji demi sebiji) kacau jangan bagi berbuih.
  • Masukkan susu dan kacau sebati, masukkan esen vanila.
  • Tuang dalam acuan bergula perang tadi, tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus 35 minit (sama gak aku biarkan lebih sikit timenya).
  • Lepas masak, tunggu 20 minit baru boleh buka aluminium foil tu. Jangan tanya aku kenapa, aku ikut resepi orang aje.
  • Makan ketika sejuk.