Thursday, January 19, 2012

Perlu Maid kah?


Ada yang bertanya pada aku, apa yang aku buat kat rumah seharian? (Mungkin soalan itu dilontarkan selepas tengok rumahku yang masih tunggang langgang walaupun aku adalah suri rumah!!)

Apa korang ingat suri rumah tu orang gaji??? Maka bila ada suri rumah, rumah kena la bersih menciut sekuman habuk pun tak dak? ??? Korang tau tak suri tu adalah macam permaisuri,

princess ni tau lambai sana sini je....

so adakah korang expect permaisuri sultan tu menyapu & mengelap habuk bagai?! Maaf ter'emo' sikit :D
Sebenarnya aku bukan nak mengaruk pasal jadi suri rumah atau pun aku sedang hangin dengan suami. Saja je nak bagi intro gempak sikit.
Aku sebenarnya seorang yang tak suka mengemas. Tapi kalau bab masak, I'm ok. Oleh kerana itu rumah aku ada kala macam tongkang pecah. Sampai aku sendiri naik stress tengok rumah sendiri. Tapi bila aku mengemas memang habislah siap mengemop, lap kipas semua. Tapi sesekali mengemas rasa nak pitam. Mana taknya, habuk dah banyak tambah pula banyak benda nak dibuat. Dah siap mengemas nak masak pula.
Aku selalu fikir, macam mana la aku nak rumah aku kemas dan canteeeek aje selalu. So masa aku banyak dihabiskan memikirkan strategi mengemas yang akhirnya aku tak mengemas langsung. Hehehe.
Namun semuanya berubah pada satu petang yang bahagia. Aku balik kampung dan seperti biasa pergi melawat ke rumah BFF aku : Pn. Raja Norshahida. Baru aku perasan setiap kali aku datang, rumah dia kemas je. Habuk pun susah nak nampak.

bersih gile..sampai lantai pun ko boleh buat cermin muka..mana mak tak makan hati nyah..

Aku pun cuba la selidik, apakah rahsia beliau. Raja ni pun dah jadi suri rumah macam aku juga, lagi la anak dia dua so aku nak tahu la macam mana dia buat yang rumah dia boleh kemas begitu.
So dia bagi la tips pada aku. Antaranya mengelap habuk 2x seminggu, mop seminggu sekali dan menyapu hari-hari.
Balik aje ke KL aku pun melaksanakan operasi mengemas aku.

Jadual aku seperti berikut:
Isnin & Khamis adalah hari : sapu & lap habuk (segala la, meja kerusi, tv, tingkap,frame etc).
Rabu: sapu, mop & vacuum
Baki hari lain tu : sapu sahaja.

Alhamdulillah dah 2 minggu aku buat cenggini, memang puas hati. Dan mengemas pun tak penat lagi. Kalau lap habuk 2 kali seminggu memang la susah nak nampak habuk. Elok sangatla Aqeelah pun dah mula aku hantar ke taska, maka aku nak mengemas pun senang tak adalah tukang kacau Aku harap aku akan berterusan begini, tak nak lah sekerat jalan aje.
Apalagi semua...jom mengemas :D


P/s: habis ngemas, layan online drama sementara tunggu time jemput Aqeelah dari taska. Aci tak? :)


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments: