Monday, January 4, 2010

Hari Pertama di Sekolah.

Selamat Tahun Baru semua! Tahun baru...azam pun baru juga kah? hehehe..
Korang jangan salah paham dengan title di atas yer. Takde sapa yang masuk sekolah hari ni dalam family aku, Aqeelah baru setahun..tadika pun tak layak lagi. Mak ngan abahnye pulak tarikhnye dah luput. ;P
Hari ni semasa on the way pergi ofis. Kami lalu depan beberapa buah sekolah (ada sekolah menengah ada sekolah rendah...tadika juga). Ada banyak kereta parking kat luar sekolah, aku rasa semua tu kereta parents. Semua pakat dok hantar anak untuk 1st day sekolah. Kalau dulu parents takat ambik cuti masa hantar anak masuk darjah satu aje, sekarang ni anak masuk Form 1 pun ada yang ambik cuti jugak (bukan Form 1 asrama penuh atau separuh penuh ye, tapi sekolah harian). Dan jangan nak pelik, ada ofismate aku ni yang ambik cuti tiap-tiap tahun untuk hantar anak masuk sekolah. Hatta Form 2, Form 3 dan seterusnya. Menurut beliau waktu inilah nak kenal cikgu kelas dan sebagainya. Ada betul jugaklah tindakan dia tu pada pendapat aku.
Terkenang masa aku masuk sekolah dulu....
Masa darjah 1 adalah bapak aku hantar, itu pun hari pertama aje sekejap aje pun sebab lepas tu bapak kena pergi sekolah dia pulak (dia mengajar kat sekolah menengah).
Ehh buat aku terpikir sekejap, kalau anak cikgu macam mana pulak diaorang masuk sekolah 1st day ye? Mak & abah kena jaga sekolah lain...so anak masuk kelas sendiri lah kut ek. Melainkan satu family memang satu sekolah...(oh ye mostly cikgu yang aku kenal anak diaorang pun satu sekolah jugak). Lepas-lepas tu aku masuk sekolah (darjah 2, 3 etc.) sendiri aje masuk kelas. Tak de orang hantar pun ke pintu kelas, jumpa cikgu etc.(kecuali bapak aku yang memang tiap hari antar aku ke sekolah naik kereta). Semua buat sendiri lah pendek kata. Hatta hari sukan dan penyampaian hadiah pun cuma aku dan abang aku aje. Ada sekali aje kut bapak aku mai hari penyampaian hadiah. Lepas tu takde pun. Agaknya dia pun dah boring dengan aktiviti-aktiviti cam ni kat sekolah dia. Pas tu buat kat sekolah anak pulak. hehehe.
Masa aku Form 1 pun aku masuk sekolah sendiri, cumanya bapak aku arrangekan pertukaran sekolah. Lepas tu dia tinggalkan aku kat pejabat sekolah dan aku masuk kelas sendiri lepas tu terus duk asrama.
Masa aku Form 4 sekali lagi parents aku hantar aku masuk sekolah tu pun sebab aku masuk Sekolah Teknik dan kena duk asrama. Itu ajelah ketikanya aku dihantar oleh bapak atau mak aku masuk sekolah....darjah 1, Form 1 dan Form 4.Aku tak tahulah nanti bila Aqeelah dah sekolah nanti, aku nak hantar dia masuk kelas tiap tahun ke atau tak....

No comments: