Aku perasan sekarang aku agak BERAT tangan untuk bersedekah
:( dan ianya selari dengan tabiat aku yang agak sudah lama tak baca Al-Quran lebih
tepat hampir 2-3 bulan telah berlalu(baca disini bermaksud membaca tafsir &
memahami isi kandungannya).
Teringat masa aku bermesra dengan Al-Quran, betapa mudahnya diri
ini bersedekah. Tak kira kepada siapa, masa, tempat dan amaun yang tinggal
dalam dompet. Adakah keduanya berkaitan? Hanya Allah yang tahu.
Aku ada terbaca suatu kisah, seorang lelaki yang telah berkahwin
namun tidak mendapat sebarang anak. Beliau menemui Rasulullah. Baginda
menganjurkan beliau agar membanyakkan sedekah dan beristighfar. Selepas berbuat
demikian lelaki itu dikurniakan dengan 9 orang anak lelaki!!!!
Awesome kan
faedah bersedekah.
Pagi tadi En.Suami ada bercerita kepadaku kisah Umar r.a
yang menginfakkan separuh dari keseluruhan hartanya kepada Rasulullah untuk
dipergunakan ke jalan Allah (banyak kan tu? Kita nak sedekah RM50 pun fikir 2-3
kali juga). Nabi bertanya “bagaimana dengan keluarga mu?”.
Umar menjawab bahawa beliau sudah membahagikan separuh lagi
untuk kegunaan keluarganya.
Namun Abu Bakar r.a pula menginfakkan kesemua hartanya
kepada Rasulullah juga untuk digunakan untuk jalan Allah. Kemudian Rasulullah
bertanya, “bagaimana dengan keluarga mu?”
Abu Bakar r.a
menjawab ,”aku meninggalkan Allah dan RasulNya untuk keluargaku”.
Umar r.a menangis mendengarkan kata-kata Abu Bakar ini.
Bayangkan sahabat pada zaman dulu, cukup yakin dengan janji Allah akan setiap perkara yang mereka lakukan.
Kalau sekarang cubalah kita cakap, "sayang/ mak/ weh korang, abang/ man/ aku ingat nak sedekah kan semua wang simpanan ke masjid la. boleh juga dapat saham akhirat nanti." (dialog berdasarkan perbualan berkisar dengan isteri/ ibu/ rakan).
70% - 80% balasan yang akan kita dapat ialah:
"baik la duit tu simpan asb separuh ke dapat gak dividen"
"banyak gile duit ko, ko dapat pusaka ke? weh baik ko beli iphong ke aku tengok phone ko tu pun dari zaman batu tak tukar-tukar."
"ko tak nak kawen ke? duit tu buat belanja kawen lagi bagus."
"renovate rumah lagi bagus".
Nampak kan jawapan tu mostly duniawi :D
Semoga kisah ini dapat menghidupkan hati kita untuk
bersedekah. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment