Sunday, March 21, 2010

Lampin Kain 101

Ini adalah tutorial untuk lipat lampin kain.

1) Lipat dua kain anda supaya jadi bentuk segi empat tepat (rectangle)


2) Ambil sehelai bahagian hujung atas (kanan atau kiri : sila abaikan budak embam yg cibuk2 tu).

3) Bawak ke bahagian yang bertentangan, sekarang permukaan segi tiga menghadap anda.

4) Terbalikkan lampin anda supaya segitiga tadi menghadap ke lantai/ bawah.

5) Letakkan additional layer (disini saya gunakan Microfiber insert yang dapat free time beli commercial CD, boleh juga gunakan kain lampin kedua yang dilipat bentuk rectangle tebal-tebal) di bahagian hujung lampin.

6) Lipat bersama hujung lampin dan additional layer ke arah tengah lampin.


7) Rupa paras lampin yang dah siap. Molek kan?!

Sekarang boleh follow cara-cara pakai lampin ini pada anak anda, disini.

p/s: Maaf kualiti pic kurang baik.

1 comment:

ck said...

cam lipat kain ms sekolah2 dlu..nk pakaikan 'gembol' adikk...tp skg dh cangih siott!! mcm2 pekakas tambahan ade yeaaa :-D bagos2