Thursday, December 23, 2010

SPA

hmm pelik tajuk tak sama dengan gambar? Jangan pening, jangan hop ke blog lain dulu. Gambar di atas adalah antara pemandangan yang terdapat di Khareyana Spa. Lokasi: petaling jaya, dekat dengan hospital Asunta.
Spa ni is a bungalow. Memang aku cari spa yang begini instead of yang terdapat di shopping mall.
Aku bawak bersama ialah sahabat aku Cik Kiot. Aku paksa dia cuti. Lepas tu blank tak tau nak buat apa. Alih alih aku search tenet spa spa yang terdapat around kl & selangor. since aku pun tak pernah pegi spa, apa salahnya try kan?
Few premises pops out, tapi atas faktor transportation maka aku rasa Khareyana is the best. Aku buat appointment pukul 10am dan esoknya aku drag Kiah ke lokasi tanpa memberitahu beliau lebih awal. Masa naik cab mata aku melingas cari spa ni, ye la tak pernah sampai kan...si Kiot pulak masih dalam teka teki sebab aku tak nak bagi tau dia nak pi mana. Surprise!!! Dari luar memang macam banglo tinggal, macam takde orang la.

Sampai jek kami di greet oleh pekerja disitu dan diberi penerangan pakej yang disediakan. Menu rawatan yang ada diberikan sorang satu untuk kami decide nak pilih yang mana satu. Itula sebabnya elok datang awal dari time yang ditetapkan, so you got time to chill and relax before the treatment begin (sempat pi toilet etc. kang tengah urut-urut terasa nak ter..kan potong jek). Buat masa ni Khareyana sedang buat promotion until 31 December 2010 untuk certain package pada harga yang aku rasa amat berpatutan. Korang boleh lawat kat sini.
Kat sini product yang dia orang gunakan ialah dari range Martha Tilaar. Aku surf kat net kalo kat Malaysia ni it is under Sri Ayu. Akhirnya aku decided untuk ambik pakej Malika Splendour, Kiah pulak ambik Traditional Balinese Body Ritual (untuk detail perawatan boleh tengok kat sini).
Treatment kami setiap sorang 2 jam, aku ambik bilik sharing...ada 2 katil di situ serta almari untuk simpan baju, shower dan radio yang menyajikan lagu-lagu yang menenangkan jiwa. Kat bawah each katil ada semangkuk bunga rampai (actually daun pandan je) so aroma dalam bilik tu pun memang relax je...bau pandan. Then we all notice yang it is an open shower..without pintu okey.
Huhuhuh...nasib baik dia selang-selang time mandi tu so we dont bump each other naked hahaha!! Kemudian kami disuruh menyalin pakaian pakai towel & disposable panty jek. Lepas tu mula la aktiviti perawatan masing-masing. Mula-mula badan aku disapu scrub berbau bunga melur, kemudian pekerja spa tu tenyeh badan aku sungguh-sungguh (aku sendiri kalo scrub badan pun idak la sebegini)sampai kering la scrub tu. Adala dalam 30 minit. Kemudian dia suruh aku mandi untuk wash semua scrub tu. Lepas tu dia suruh aku baring balik, dia sapu minyak dan urut badan aku selama sejam setengah. Ini memang heaven. Sampai tido-tido la. Si Kiah pulak mula-mula dia urut kemudian baru di scrub dan sapu lotion.

Selesai treatment kami dijamu dengan tembikai dan air halia...best.

Sambil-sambil kami memerhatikan pemandangan ini from inside of the spa.
Memang it is recommended untuk datang ke sini. It will be one of your best spa experience.
Published with Blogger-droid v1.6.5...edited via PC :P

Wednesday, December 1, 2010

27 Januari 2011

Just got phone call from dr.Khairul hukm. We got the date already :D Operation will be on 27 January 2011. Cek in kat ward on 26 January 2011.
Aku dah hantar rejuvenation form kat head of department aku. Tapi next week baru boleh sign sebab dia cuti seminggu. Rasanya takde hal dia nak sign pun.
Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Amin.
------------------------------------------------------------

update: postponed to 17 February 2011, sebab Aqeelah demam.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, November 29, 2010

Aqeelah Walked. Yeay :D

Alhamdulillah. Tadi petang Aqeelah berjaya berjalan. Walaupun dalam sepuluh langkah aje, tapi ia amat mengujakan aku dan En.Suami. Semalam kat Jusco AU2 ada juga aku terperasan dia melangkah tapi dalam 2-3 tapak je. Hari ni lebih banyak dan jauh dari semalam. Aqeelah selama ni cuma meniti dan kalau nak jalan pun kena berpimpin. Ini adalah percubaan dia untuk berjalan sendiri tanpa bantuan. Dia memang ada Global Development Delay as per diagnosed by paediatricians kat HUKM. Maka memang aku faham dia akan lambat berjalan tambah pula dengan keadaan dia yang tak dapat mendengar mungkin menyebabkan dia tak confident atau balancing dia kurang. Alhamdulillah pada usia 2 tahun seminggu dia dah mula berjalan tanpa sokongan. Tadi dia berjalan pun macam tak sedar je sebab dia memang berdiri dengan berpaut kat En.Suami lepas tu tau-tau dia dah melangkah. Entah-entah dia sendiri pun tak perasan. Tak apalah Aqeelah, esok jalan lagi ye dan lebih banyak tapak lagi. I LOVE YOU!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, November 25, 2010

Terima Kasih Allah


Just a short update. Aqeelah is granted with RM72K from Tabung Bantuan Perubatan by Kementerian Kesihatan. The additional amount completed by our generous employer. Alhamdulillah terima kasih Allah dan terima kasih to all my family, relatives & friends ... thank you for your doa. Cuma Allah yang dapat membalasnya.
Currently waiting for operation date from the surgeon...akhirnya masanya hampir tiba....
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, November 13, 2010

aktiviti aku skang.


Doakan sempat siap sebelum hujung minggu depan. Baru buat sbelah tangan. Nak pakai pi kenduri kawen nih!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, November 4, 2010

LAWAK PETANG INI



Hmm cuba tengok. Nampak tak apa yang aku nampak?
Published with Blogger-droid v1.6.4

Wednesday, October 27, 2010

nf

Published with Blogger-droid v1.6.4
* ini dipublished oleh aqeelah tanpa sengaja. this is officially her 1st post =D

Friday, October 1, 2010

HFMD

Aqeelah down by these since Sunday. Tapi aku tak tau sampaila aku bawak dia ke klinik petang isnin. Patutla hari Sabtu tu pun dia tak berapa lalu nak makan. Aku seminggu ambik unpaid leave. Cuti mak dah abis nak oii! For more info what is HFMD bley refer kat sini http://www.cdc.gov/ncidod/dvrd/revb/enterovirus/hfhf.htm
Published with Blogger-droid v1.6.0

Thursday, September 16, 2010

Kuah Laksa Ibu Mertuaku.

Ha....korang nampak tak gambo apa tu? Itulah dia kuah laksa resepi ibu mertua ku. Jangan tak percaya resepi ni guna ikan sardin dalam tin, namun rasanya tetap meletup!!! Tak percaya?!! Korang kenalah cuba sendiri.

@ 2 tin besar sardin Ayam brand (aku guna makerel, ambik ikan dan kuah tomatonya sekali)
@ 4 biji bwg besar
@ 1/2 inci belacan
@ cili kering (aku malas jd aku guna cili boh)
*blender semua bahan kat atas, kemudian taruk dlm periuk.
Tambah daun kesum, asam keping, bunga kantan, air, garam.
Masak sampai mendidih.

Tapi pic kat atas tu aku lupa taruk belacan, tapi aku percaya rasanya masih sama. Kalo nak pedas bley tambah cili padi. Asam keping elok taruk banyak supaya kuah tu takde rasa hanyir sardin.
Kesimpulannya ini adalah kuah laksa termudah aku pernah buat. Sedap pun ye juga. So lepas ni xpayah susah-susah nak rebus ikan lagi.
Published with Blogger-droid v1.5.9

update:

1) resepi kt atas ni hasilnye amat byk. bleh bg jiran, mak mertua & kaum kerabat yg lain. so kalo takat nk mkn 2-3 org tu, guna 1 tin besar sardin dh cukup.

2) ratio sardin dgn bawang ialah 1 tin sardin : 2 biji bawang besar.

Monday, September 13, 2010

Akhirnya..

Aku skang dgn poyonya sedang mengepost blog via my dear beloved new buah hati. It's a bit tricky typing using my thumbs. Hahaha. Enjoy!
Published with Blogger-droid v1.5.9

Monday, September 6, 2010

peristiwa Hujung Ramadhan

Abang aku accident malam tadi. Baru lepas balik dari berbuka from umah opah.
Langgar motor ngan motor. Aku dengar cite orang yang lagi satu tu okay.
Cuma abang aku je pengsan dan di bawa ke hospital naik ambulans.
Hahaha merasa gak dia naik ambulans kan.
Mak aku dah susah ati gak sebab dia lambat balik malam tadi.
Alih-alih ada 2 mamat mai ketuk umah inform.

Pagi tadi mak cik aku bagi tau diaorang pi tengok abang.
Mulanya dah boleh discharge tapi tetiba dia muntah pulak.
So delay la.
Kalo tengok fizikal takde apa, cuma lebam kat mata sket dan badan calar-calar je.
Tapi tak tahula keputusan x-ray macam mana.
Kalo ikutkan patah-patah pun tak de.
Tapi ni dah muntah ni aku rasa cam ada something wrong jek.
Tengokla macam mana, dia orang tanya doktor sat ni.
Aku masih kat office, ari Khamis pun masih kerja lagi.
Kejam ke aku?


nota hujung Ramadhan: aku masih belum 'cuti' pose.
Harap-harapnye penoh la pose kali ni.
Best! Tadi ada officemate cakap maybe
malam ni Lailatul Qadar. Insya-allah.

Thursday, September 2, 2010

Oven

Aku ada sebuah oven. Aku beli beberapa bulan yang lalu. Atas galakan En. Suami kononnya untuk mengubah diet kami supaya makan dengan lebih sihat. = makan makanan yang dibakar/ panggang.
Malangnya sampai hari ni aku belum lagi mencuba menu sihat tersebut. Sama ada aku dah menyalah gunakan oven itu dengan memasak menu yang dilarang ...aku pun tak pasti. Sebabnye kalo aku masak benda yang salah ataupun tak synchronize dengan tujuan pembelian oven tu, mesti En. Suami dah marah. Tapi nampaknye dia sangat gembira dan memamah puding roti, kek dan muffin yang aku buat tanpa rasa bersalah. Hohoho!!!
Setiap kali on the way ke pejabat, kami akan lalu kat depan sebuah gerai menjual daging kat Greenwood. Semenjak bulan pose mula ni, nampaknya hari-hari dia meniaga. Laku benar agaknye. Dan hari-hari jugak la kami terbayangkan sedapnye makan short ribs panggang (sedap lagi kalo makan Chillis punye kan kan kan!!)
Aku berazam, satu hari nanti aku akan singgah gak kat kedai tu dan beli short ribs dia!!

Thursday, August 12, 2010

Hari Ini

Isk lambatnya masa berlalu. Aku tak ngantuk tapi letih la.
Balik ni nak singgah PARAM, nak tambah lauk sikit.
Kat rumah lauk ikan sambal semalam ada lagi.
Isk tertengok resepi sambal telur rasa tergugat la pulok.
Tapi baru semalam masak sambal takkan nak masak sambal lagi!
Malam kang nak masak rendang ayam. Buleh buat sahur..nyum..nyum.
Buleh gak buat bawak balik kampung esok.
Hehehe ada gak la buah tangan bawak balik. Kalu tak asyik tangan kosong jek.

YESS!!! Esok balik kampung yea yea!
Ikut plannya balik kerja je, amik Aqeelah pastu terus zass ke Perak.
Hmmm kalo ikut hati yang haloba nak aku ajak En. Suami balik
lagi sekali ke kampung end bulan 8 or awal bulan 9 (sebelum raya) coz raya kali ni kat KL.
At least dapat la jugak merasa berbuka pose SEKALI LAGI dengan family aku.
Tapi persoalannya 'nak ke dia?'

Meh aku telek jam sat.....
Jam baru pukul 3.45 la ...lambat lagi laa nak balik.
Seksanya.........

Wednesday, August 11, 2010

First Day Puasa

Yeay! Ari ni 1st Ramadhan.

Aku tak tau korang cam mana. Tapi aku pagi tadi dah nyaris-nyaris terlajak waktu sahur.

Terjaga pukul 5.40!!!! Subuh pukul 5.53.

Nasib baik nasi dah siap masak sebelum tidur, bawang & cili dah siap kupas.

Terkocoh-kocoh aku goreng telur & goreng ikan bilis.

Tak sempat masak sayur :(

Nasib baik juga la Encik Suami mudah di kejutkan pagi ini.

Kalau TIDAK!!!! Bertambah la tensi aku di subuh-subuh senia tu.

PADAN MUKA! Tido lambat lagi!!!



Awal-awal sebelum bulan pose aku dah kena sakit perut, muntah dan ceri beri.

Mintak-mintak pose kali ini tak kena lagi la cam
pose tahun lepas.



Salam Ramadhan buat semua.

Saturday, July 24, 2010

Don't like it Tau #3

Kelmarin (or the day before..lupe la) otw ke ofis...



jalan jem gile. especially kat bawah DUKE. sebab:



1) hujan...pelik ar diaorang ni, cam kambing la takut ujan. asal ujan jem, asal jem ujan hik hik hik.



2) sengal2 yang still nak jalan walaupun jelas lampu dah tukor kaler menyebabkan dia stuck kat tengah kotak kuning dan orang lain pun tak bley nak jalan. sangat the very the....tut.



menci tau dengan orang2 yang bersifat seperti no.2 tu. ingat dia aje ke nak cepat? orang lain semua keja ofis bapak sendiri ke? boley datang lambat???



Pastu lepas turun dari Sentul Link, otw masuk Mahameru.....

Kat situ kan banyak pokok, ala-ala hutan mini laa. Aku nampak sekor monyet cross jalan. Hei berani betul monyet ni.

Ada keta kancil depan aku tu, terus laju je..monyet tu langgar tepi keta tu. Dan tergolek la dia atas jalan. Masa motor kami lalu kat tepi monyet tu, aku nampak tangan dia gerak-gerak.

Isk trauma betul aku menengok adegan itu.

Terus hati aku rasa sebak... yela monyet tu mesti tunggu kemain lama nak cross jalan tu. Yela jalan tu kan highway, peak hours lak tu memang la banyak keta laju-laju. Bila dah dapat cross lagi sikit je lagi nak sampai ke seberang kena langgar la pulak.

Isk sedih la... rasa cam nak suruh aje en.Suami berenti kat tepi dan alihkan monyet tu.

Tapi tu la bak kata en. Suami, setiap perkara itu sudah ditetapkan. Maka mungkin ada hikmahnya berlaku sesuatu kejadian itu, dalam konteks cerita aku tadi merujuk kepada monyet yang kena langgar tu.

Aku rasa sedih sebab nak tolong tapi tak berani, ye la binatang liar macam ni kalau dalam kesakitan selalunya dia jadi lebih agresif. Nanti tak pasal-pasal aku masuk sepital, gigit dek monyet.

Kalo korang la nampak binatang kemalangan macam ni, korang tolong tak? Apa yang korang buat?

Friday, July 23, 2010

1st time Kembung.

Semalam Aqeelah 1st time dalam sejarah dia berumur 1 tahun 8 bulan, mengalami kembung perut @ colic.
Selama ni dia tak pernah kena pun. So kami memang tak reti apa pun dan tak tau pun dia kembung.
Balik dari Rumah Biru dia ok jek. Makan biskut 2 keping, main sket pas tu teruss ke lala land.
Kul 12 lebih aku & en. Suami titun.
Kul 1 lebih Aqeelah batuk-batuk dan muntah. Muntah banyak, tapi keluar lendir jek dengan bubur nasi dinner petang tu.
Lepas salin baju & lap-lap dia sket, aku tepuk2 suruh tido. Dia cam dah okay (dah muntah 3 kali kut). Aku ada bagi dia roti kosong, tapi dia tak nak makan.
Elok lepas tutup lampu...wueekk...muntah lagi. Hmm...aku tengok bibir cam dah pucat je. Tak bley jadi ni. Ajak en. Suami ke klinik lah.
Ada la aku try ketuk-ketuk perut dia...tapi hahaha "cam terer sangat kan!" aku tak paham apa yang patut aku dengar sebenarnya.
Aqeelah tak meragam langsung from start muntah sampai sudah, very in the good mood. Siap gelak2 tengok aku bersiap pakai tudung..seronok dia sebab nak pegi keluar.
Sampai kelinik dia muntah seround lagi, nasib baik aku bawak kain alas. Kalo idak tak pasal-pasal nurse tu kena mop lantai bagai kul 2 pagi.
Masuk dalam, doc tanya kenapa...aku bagi tau dia muntah.
Amik suhu, letak stetoskop kat dada, kat perut, dada balik, perut...."dia kembung sikit".
Hah senang kan doktor buat diagnose.
Dapat ubat tahan muntah & ubat colic.
Oh patutla masa dia duk batuk-batuk kat umah tadi siap kentut dengan banyak nye. Angin rupanya.
Keluar dari kelinik, en. Suami tanya.." nak makan ke?"
Aku kesian sebab Aqeelah duk muntah tadi... "okla..perut dia kosong kut".
Jalan terus ke restoran kegemaran Aqeelah...Haji Tapah....roti kosong 2!
En. Suami satu, Aqeelah satu. Eh siapa yang sakit ni sebenarnya?
En. suami..roti licin. Aqeelah..tak lalu makan, 2 suap je kut pas tu geleng2. Muka blank aje, mata ala-ala nak tido kat situ jugak.
Oklah..balik rumah terus bum! Semua orang tak sedor diri dah...dah 3 pagi lebih.
Pagi tadi...alhamdulillah. Aqeelah dah ok, tak muntah. She is happy.
Aku buat roti salut telur 3 keping, time nak makan aku cicah dengan madu (madu kan elok untuk sakit-sakit perut ni). 2.5 keping abis Aqeelah sapu. En.Suami makan setengah keping je. Aku makan border tepi roti je. Tak pelah. Janji Aqeelah sihat.

Tuesday, July 13, 2010

Monday, July 5, 2010

Hooray!

Alhamdulillah. Bila fund cukup Aqeelah will go for cochlear implant operation. Kami target everything will be settle in this year jugak. Boleh tak aku charge sesiapa masuk blog aku ni RM1 sekali klik? Hehehehe Bley gak buat cukupkan fund Aqeelah yang memerlukan RM77K tu (isk boleh beli keta kancil 2 buah la harganya).

Diam tak diam, dah masuk bulan Julai. Hm...aku masih di sini, di ofis ini. Lagi 5 bulan aje 2011 menjelang. Harap-harap giliran aku untuk ambil rejuvenation leave akan menjelma tak lama je lagi. Insya-allah.

double happiness: Germany menang, Argentina
bungkus wakakaka...love you klose!

Tuesday, June 29, 2010

Esok Penentuannya

Berdebar rasa nak tunggu hari esok. Ini baru nak tunggu result from surgeon & team cochlear implant, belum lagi actual operation day pun dah rasa libang libu. Rasa macam nak dapat good news aje. Tapi entah la aku sendiri pun tak pasti. Aku doakan semuanya berjalan lancar, kalau boleh tak nak letak harapan tinggi sangat. Aku ingat lagi masa 1st time surgeon bagitahu yang diaorang not really going into cochlear implant surgery for child with GDD. Rasa nak menitik dah air mata aku time tu, dah la aku sengsorang aje time tu berdepan ngan surgeon tu (En. Suami pi beli roti lak..isk wrong timing tul). Aku cuma diam & angguk-angguk aje, lepas je keluar dari bilik tu aku rasa panas/ merah padam muka aku menahan geram & rasa sedih.
Tapi lepas tu surgeon tu janji nak follow-up dengan pediatrician kat CDC untuk tengok report Aqeelah. Alhamdulillah, lepas tu they agree to proceed tapi kena tunggu another meeting which is in this month for decision from the whole team (surgeon, speech theraphist, audiologist & pediatrician) -> sama ada Aqeelah will go for cochlear implant or no.
So esok adalah harinya untuk kami sekeluarga mengetahui keputusannya.
En. Suami pulak will go for cochlear implant seminar (yang ditawarkan oleh Tengku Hanim) in mid of July. Hmm so mcm good news tapi masih samar-samar kan???


nota gembira: Insya-allah kami akan melawat
Timah esok di PPUM,dia baru melahirkan
anak kedua (baby girl lagi!) Tahniah Timah.
Urgh..geramnya tengok orang dapat
baby..nak satu jugak!!

Thursday, June 24, 2010

Teringin...

aku masih bz the zas di opis. mmg tak de masa nk update belog. oh yee...aku juga sedang mengusha phone baru...gediks kan!!


antara langkah yang ku ambel untuk merealisasikan cita2 murni aku nih ialah dengan mengehadkan penggunaan hp aku. akaun aku akan di belog secara otomatik bila mencecah RM100. Hahahah bijak tak? Dengan itu, aku tak le bayar bil lebih dari RM100 per month (lagipun itu adalah had minima, kalo ikut ati nk je aku limit ke RM50...keji kan).
Disamping itu aku telah merevise budget bulanan rumah tangga dan perbelanjaan gaji aku agar lebih berhemah. Haaa..ayat musti canggih kan! agar takde yang makan meggi disebabkan mak nak hp baru.
Kalo takde aral,dan aku berdisiplin tetap...insya-allah ade can la aku pakai hp baru lagi 5 bulan (apa!! lagi 5 bulan?? lama sangat tu) maklum le aku ni tak de orang nak sponsor kalo benda2 materialistik melampaui plastik nih hehehehe.
Canteks tak fun kat atas tu? lepas aku belek2 dan surf sana sinun, aku mendapat petunjuk (hehehe) untuk memilih fun ini. Nexus One. Kenapa? Ah kalo nak tau pi surf sendiri la, cari la comparison antara fun ni dengan ifun or sony E. setakat ni , ini adalah yg best dimataku.
setakat ni aku kenalah berpueh ati dengan hp sony E aku yang skrin nye pun dah lompong2. Gara2 asyik jatuh & dilempar Aqeelah. So setakat ni bersabar dulu ye.....




nota Customer Service: Jgn gatal nak miss call aku, 
sebab aku tak bley nak reply call 
korang semula. Harap maaf.

Monday, June 14, 2010

Ayam masak Kurma

Ari ni aku berpuasa. Insya-allah berpuasa. Siap bersahur lagi, memandangkan ada baki kuah ayam masak kurma semalam. Ayam nye dah ilek time dinner semalam...so aku rebus telur gantikan ayam tu. Aku makan sebiji, buat bekal Aqeelah pi Rumah Biru sebiji. Alhamdulillah abis kurma aku. Aku memang suka makan masak kurma. Serbuk rempahnye dah lama beli tapi semalam baru berjaya masak, just follow instruction kat peket rempah tu. Nanti malam aku upload pic nye ye.

Ayam sebelah (potong-potong)
2 biji bawang besar (1 hiris, 1 potong empat)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci - 1 inci halia (hiris panjang)
tomato (potong 4)
3 biji kentang (potong - aku suka potong kecik sikit bagi cepat empuk)
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
speket rempah kurma (campur air sikit-sikit, kacau sampai jadi paste)
garam

-tumis bahan-bahan yang dihiris sampai lembut
-campur paste rempah kurma, sampai agak garing
-campur ayam (kacau kejap bagi sebati dengan rempah)
-tambah air (aku masuk sikit-sikit sebab tak pandai nak agak kecairan kuah kurma aku ni, so kalau korang tengok cam cair aje tak payah la abiskan 3 cawan air tu)
-bila ayam dah empuk, masuk kentang, bawang besar yg potong empat, tomato, santan dan garam.
-bila kentang dah empuk boleh le makan.

Berita tambahan...Aqeelah dah bley memanjat secara official semalam. Nanti aku paste pic dia kat sini ye. (aku malas nak buat 2-3 entri dalam sehari, so semua aku lump dalam satu entry aje..aci tak?)

Sunday, June 13, 2010

Amacam..ada berani?

Entri ni merujuk kepada aktiviti aku dan en.suami pada hari khamis lepas.
Aku dah plan nak makan kat sini...hehehe sebabnya aku memang teringin nak makan benda ni...


Amacam..pernah tengok? Pernah makan? Ini adalah otak lembu yang pada perkiraan aku cam dimasak style rendang. Eeii.. otak lembu bleh makan ke? Boleh dik. Halalan Toyyiban. Alah sama gak cam makan ekor, lidah dan organ-organ lembu yang lain. (Aku dengar ada orang bagi anak-anak makan 'telur' lembu..especially for adik beradik kononnya kalo suka bergaduh bagi makan 'telur' lembu. Masak la apa-apa pun bagi makan, insya-allah tak gaduh lagi dah so sesiapa yang ade anak yang gemor bercekau haa apa lagi petua free ni, amalkan la , diaorang cakap rasa dia sama cam daging...hmm aku tak pernah rasa lagi la.)
Berbalik pada citer otak tadi...Rasa dia? Camne nak cerita ek?..lemak-lemak dan yummy. Eh pi rasa sendiri la. Dia jual RM6 semangkuk kat restoran Salero Negeri.
Aku pegi restoran ni pun lepas baca entri puan Su lunatots. So aku ajak En.Suami ke Amcorp Mall semata-mata nak pi makan otaks. Wah..dah lama aku tak makan otak ni. Last makan time sekolah rendah, mak aku masak pais. LAGI YUMMY!!!
Restoran Salero Negeri ni menghidangkan masakan Padang/ Minang. Sedap dan memang aku rekemen untuk makan kat sini. Ari tu kami amik otak, daging salai masak lemak, bergedil, terung berlada & lemak pucuk paku. Memang sedap dan terasa asli tanpa bahan pengawet. Wah Wah. Rasa cam nak pergi lagi. Eh tapi takkan takde cawangan dia kut? Jenuh akak nak datang kalo duk kat Ampang kan. Ada dik...kat sini ha....kalo tak jelas dia tulis ape ko nampak nombor tu? Dail dan tanya..senangkan.










Nota insaf:
Lopeh makan konyang-konyang..
toruih pi solat. Surau dokek jo ngan
kodai tu. Mintak dimurahkan rezeki dan
buleh datang makan laie. Hahaha.
(apsal aku cakap bunyi cam pelik je?)

Friday, June 11, 2010

Lepas ni masukkan ikan ye Puan-Puan...

Aku ni bukan la terrer memasak. Masa aku sekolah dulu lagila, aku cuma reti masak nasi..megi...masak air (off course la reti kan)...goreng telur. Itu je. Tapi aku dengar member2 aku time tu dah terer masak asam pedas la, gulai kari la. Aku dengar cam blank jek. Dan pernah gak aku terpikir..camne nak kawin ek, masak pun takreti...malanglah sesapa yang jadi asben aku huhuhuhu. Aku notice, aku cuma reti masak benda yang aku PALING SUKA makan aje. Contohnya dua menda ni memang faveret aku... laksa & kek coklat. Aku memang reti buat makanan dua nih sejak form 2 kut. Dan pernah la tiap2 tahun raya or cuti sekolah aku akan buat kek coklat untuk makan, samada hidangan pagi raya or bawak balik ke asramah. Tapi setakat itu ajela kepakaran memasak aku. Mak aku memang tak pernah ajak aku ke dapur. Dan bila aku buat-buat nak tolong dia pun dia tak tau nak suruh aku buat ape. Last-last dia suruh aku duk kat depan..jangan kaco kat dapur. Bila abis sekolah memangla aku tak pi dapur lagi dah. Nak-nak pulak aku tumpang duk kat umah aunty aku. Memanglah jarang sekali aku nak masak.
Tapi bila aku dah duk sendiri (menyewa dengan kengkawan) mula la teringin nak masak skit-skit. Jenuh la sikit-sikit tipun mak kat kampung tanya resepi itu ini...paling tak bley blah bila aku tanya mak aku camne rupanya kalo cili dah garing. Hmmm...macam mana nak explain tu kan? Ada jugak beberapa masakan yang aku humban aje kat tong sampah sebab tak menjadi. Kadang rasa membazir jek, baik beli kat kedai kan.
Bila dah kawin ni...bila aku start memasak? Sejujurnya, aku pun dah lupa. Tapi yang pastinya aku kena masak. Hari-hari makan kedai tak tahan wei, bukan dari segi poket je..tapi tekak pun same. Kadang dah tak tau nak makan apa dah kat kedai. Boleh la sampai tensi-tensi dengan En.Suami sebab bertekak siapa yang patut pilih menu nak makan ape. Ada aku dengar elok bagi suami makan air tangan sendiri. Hehehe bukan air basuh tangan ye. Kang jadi kes lain pulak.
Tapi makin lama, aku realise yang aku suka memasak. Mungkin rasa puas sebab ada orang yang makan dan kalo orang tu puji masakan kite itu adalah satu bonus. Hehehe rasa kembang sekejap. Tak taula memang dah automatik orang yang jadi ibu ni memang akan suka memasak atau pun aku memang suka masak. Apa-apa ajela labu..janji kenyang kan!!
Kat bawah ni ada resepi ikan masak taucu yang aku masak kelmarin...sedap!!. Anak aku pun aku kasi buat bekal sebab ada lebih. Tapi aku tak snap gambo sebab malas.


ikan (di goreng dulu)
bawang besar (potong bulat)
bawang putih, halia (hiris)
cili padi (ketuk)
sepeket taucu (aku guna cap Bilal - ditumbuk sikit)
garam, gula.


-tumis bawang-bawang, halia, cili padi.
-masuk taucu & air
-mendidih tambah garam, gula & ikan
-tunggu mendidih sikit & tutup api.


Senang KAN!

Monday, June 7, 2010

Terlajak Perahu Boleh di Undur, Terlajak Perbuatan?

Aku sedih bila baca kes-kes buang bayi. Tambahan kalau yang dibuang tu dah cukup sifat. Rasa tak mampu nak tengok dan baca. Rasa sedih, marah, kecewa...bercampur-campur. Perkara cenggini berlaku bila dah tersalah langkah, lepas tu tak tahu apa nak buat. La ni orang lebih takut akan pendapat/ pandangan manusia lain lebih daripada takutkan Allah, tu sebabnya ada yang ambik langkah buang anak sebab tak nak malu dan takut kena marah dengan parents. Sikap masyarakat kita jugak menyebabkan fenomena ini berlaku. Double standard masyarakat terhadap keluarga, parents bahkan bayi tersebut adalah penyebab utama bayi-bayi ini dibuang. Bukan la aku kata okey untuk membuat hubungan luar nikah, mahupun mendapat baby tanpa pernikahan yang sah. Tapi semua orang ada melakukan kesilapan dan berhak mendapat peluang untuk membetulkan diri masing-masing. Sebab bila diaorang ni tak dapat peluang untuk membetulkan diri, ada kemungkinan besar kesilapan yang sama AKAN BERULANG. Dan bila dah dapat peluang tu, janganla pulak ambil kesempatan. Tak insaf-insaf lagi ke?
Pernah dengan pasal 'baby hatch' atau OrphanCare? Aku sokong 100%. Daripada buang, baik beri baby kepada yang memerlukan. Tapi pada fikiran aku la, kalau semua orang diberi dan memberi peluang maka 'baby hatch' ni tak perlu. Apa kata korang?

Saturday, June 5, 2010

Friday, June 4, 2010

Di Penjara Janji

Date : 2 June 2010
Sian kan tengok muka orang kat sebelah sana tu. Korang jangan ingat aku penjara anak pulak. Heheheh. Kelmarin kami dah install safety gate antara kitchen & hall. Dan kelmarin adalah 1st time aku rasa aman ketika memasak. Kalo tak ade aje assistant datang, kalo tolong buat kerja takpe..ni dia tolong tambah sepah. La ni aku tak perlu dok terjengah minah ni buat apa, dah sampai kat rak pinggan ke belum...dah nak capai dapur ke belum. Tapi tula tengok ar muka dia, siap bersila duk kat pintu sebelah perati aku masak. Dia duduk tu lepas few attempt nak meloloskan diri kut celah gate tu tak menjadi. Hehehe...ingat badan tu muat ke sayang? Siap hulurkan kertas kat bawah gate tu. Hahahaha apa dia nak buat pun aku tak tahu, nak bagi message kat mak dia kut yang dia nak pass through. OH mungkin tidak sayang.... ;)

Date : 8 May 2010
Pic yang ini pulak, 1st time dia cuba berdiri lepas tangan. Tapi kan ngelat tau minah ni. Actually lepas berdiri tu dia bersandar kat kaki abah die. Orang memang tak perasan kalo tengok from pic ni. Jenuh atuk & opah2 dia terkelentong ngan pic aksi nih. Cheeky kan budak nih!!! Siap sengih sambil posing pandang lain lepas dapat berdiri tu. Geram aku rasa nak geget.

Thursday, June 3, 2010

Bantulah Adik Danial



adik danial
Aku ari tu ada dapat one email from rakan sepejabat tentang adik Danial ni. Tak salah aku dia ada sakit jantung dan problem yang berkaitan saraf dalam kepala, dia baru berusia 2 tahun. Adik-beradik ramai, abahnya cuma kerja sebagai tukang kebun rasanya (aku tak pasti nak kena cek email yg aku dapat tu). Jadi rakan aku ni (Kak Atika) ambik inisiatif untuk lawat adik Danial ni disamping menyampaikan derma yang kami dapat kutip kat ofis. Berikut adalah keratan email from oficemate aku selepas lawatan mereka ke rumah adik Danial tempoh hari. Aku harap moga-moga ada lagi insan-insan yang ingin untuk membantu beliau. Sesiapa yang berniat untuk menderma tu adalah amat dialu-alukan.

Salam semua,

Alhamdullillah, berkat kerjasama dari semua, sabtu lepas 22May 2010, Norar dan saya bersama keluarga kami, telah pergi ke rumah adik Danial bagi melihat sendiri keadaan beliau dan juga menyampaikan sumbangan anda semua.

Keluarga Puan Mas menyampaikan salam terima kasih yg tidak terhingga kepada semua di atas sumbangan, keprihatinan saudara semua....
Jumlah yg dpt dikumpul adalah sebyk RM4,300 - sumbangan dr rakan2 dari CIMB Bank, CIMB Islamic, EXIM Bank, dan teman2 lain dan ada juga sumbangan berbentuk permainan utk adik Danial.

Ternyata, kesihatan adik Danial amat membimbangkan.
Puan Mas memaklumkan bahawa adik Danial akan di admit ke Hospital Serdang pada 1hb Jun 2010 bagi menjalani pembedahan jantung dahulu.
Keadaan jantung beliau lebih kritikal berbanding kesakitan di kepala adik Danial.
Adik Danial tidak dapat bercakap, tidak bole duduk dan juga tidak bole berjalan, sepertimana kanak2 lain yg seusia nya.
Beliau hanya dapat melihat kedatangan kami dan terbaring lesu......:(

Saya benar2 merayu agar email dan gambar ini dapat dihebahkan kepada saudara2 kita yg lain, agar kita dpt bersama2 membantu adik Danial.
Kepada yg ingin menyumbang, boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Puan Mas (ibu kepada Danial) ke akaun spt di bawah:

Maybank Account No: 162777069714

Nama: MAS ENZATI BINTI ABD MANAFF

Tel: 017-3729230


Terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama....semoga keikhlasan saudara/saudari mendapat keberkatan limpah rahmat dariNya.. InsyaAllah..



p/s:
1) kita kalo claim kena reject pun dah bising, bayangkan adik Danial ni..abah dia kerja sure takde covered medical etc. sedihkan...

2) anak kita baru lambat bercakap or lambat berjalan sikit dah kecoh. Adik Danial ni dah 2 tahun tapi tak boleh bercakap, berjalan even duduk pun tak mampu..korang tak sayu ke?

Aku paham bak kata en.suami "setiap anak tu dah ditetapkan rezekinya, maka kena redha". Tapi tula...kita ni suka bersungut, sedangkan ada orang lain yang lebih susah dari kitakan. Maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada nih.

Monday, May 31, 2010

Hari Tanpa Beg Plastik (plastik beg NO NO)

Aku selalu pi shopping ari Sabtu walaupun aku tak sookaa sebab ramei owang dan barangan basah cam sayur selalu dah abis time aku sampai. Tapi sebab Sabtu adelah ari cuti maka kenala pi ari Sabtu. Dan hala tuju utama selalunya Jusco (walaupon aku takde member card...encik suami...bila kita nak buat member card Jusco ni?) sebab itu adalah choice yang paling dekat dihati eh..dengan rumah. Ada gak la tempat lain seperti Giant dan Carre4. Tapi jarang sekali aku pi shopping kat sane.
Last 2 week aku pi Jusco dan aku tengok dia ade tulis...ari Sabtu hari tanpa Beg Plastik baru aku perasan. Eh! Rasa aku dulu dia kata every 25th of the month adalah hari Tanpa Beg Plastik Jusco (betul ke Jusco ek?? ke Giant??) Aku tak pernah amik port pun before this hari Tanpa Beg Plastik nieh sebab berapa kali sangatla dalam sebulan yang hari Sabtu jatuh on 25th kannn.
Seingat aku shopping centre yang lain buat cenggini ialah Giant (IKEA pun ada gak rasanya). Time tu dia charge, sesapa yang nak beg plastik jugak 20sen sekeping. Haa bayangkan kalo korang sopping banyak barang dan ade barang basah, kering, pelbagai kalo kena 5 plastik dah RM1 kan. Hehehehe Pandai gak dia nak buat duit sambil-sambil menghijaukan bumi ek. Aku tengok Jusco pun same, kena charge 20 sen jugok. So aku amik ajelah ECO Beg Jusco. Actually aku memang dah ada 2 beg jenis gini, satu from Giant dan lagi satu memang aku beli from Jusco jugak. Yang Giant punya dah jadi hakmilik Aqeelah, buat carry barang-barang to-fro Rumah Biru. So alang-alang aku sambar 2 -kaler purple & grey besar punya!!
Jadinya setiap kali aku pi soppin kat Jusco memang aku akan angkut beg-beg nih. Tapi bila pikir balik bagusnya beg-beg ni ialah time nak unload barang ke dalam/ keluar kereta. Kalo dulu kena bawak berplastik-plastik. Skang ni semua taruk dalam 1 atau 2 beg aje. Senang nak angkut. Betul tak?
Lagi satu, kurang sikit beg plastik kat rumah. Bukan apa setiap kali beli barang bila dapat plastik beg setiap kali tu la duk simpan konon kut-kut nanti senang nak guna kalau nak terpakai. Last-last hancur macam tu je beg plastik tu (skang ni kan beg plastik Jusco & Tesco senang hancur..memang saja dibuat cenggitu).
So berdasarkan point yang aku kasi kat atas tu mengurangkan rasa bersalah aku for shopping these kind of bags. Boleh la beli lagikan buat tambah koleksi. Hehehehe.



nota kaki shopping: aku nak beli banyak sikit, bagi kat
 mak di kampung. Suruh dia pakai
pi beli barang, baru stylo gitu.

Sunday, May 30, 2010

Lagenda Budak Setan..novel or movie?

Sape pernah baca buku ineh? Angkat tangan!!!




Oh OK. Aku rasa ini mungkin adalah antara subjek yang tengah hot sekarang ni. Bila aku tengok website ni nampak macam ramai orang terdesak nak cari novel ni. Termasuk aku hehehe. Aku dah baca buku ni time sekolah dulu (dekat 16 tahun beb), aku rasa aku pun ada gak buku ni. Tapi aku tak pasti kat mana aku taruk....wujud lagi ke? Jadi disebabkan aku tertengok 'the making of' nye semalam menyebabkan aku tertarik nak pi menonton citer ni kat wayang. Tapi aku rasa terpanggil untuk mencari novel ni, membaca naskah asal. Untuk apa?? Ntahla, maybe untuk recall balik jalan ceritanya kasi datang feel balik. Ada jugak rasa nak compare kan novel ngan movie. Mana satu best....dan sama tak feel serta suasana buku ngan dalam movie. Macam aku baca buku Harry Potter adalah 10x lebih best dari tengok movienye.


Pelakon-pelakonnya pada mata aku best2. Arr...lupa pulak nak habaq mai citer ni ada kat panggung bermula 3 June 2010 ni ye.
Tak sabar pulak rasanya....tapi aku kena cek kalendar dulu (maklum la...cuti mak dah tak banyak sekarang ni!) Sat no nak pi belek kalendar 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.......oh YESSS! Ari Isnin, 7 June pagi ada appointment ngan Tengku Hanim. So lepas tu bleh la merambu pi tengok movie yahooo.. Aqeelah duk umah biru baik2 ye, mak & abah nak pi nonton movie. Kalo jadi, inilah kali pertama aku tengok wayang berdua dengan en.Suami selepas melahirkan Aqeelah. 



nota ulat buku: balik kampung ni kena korek kotak buku lama la!!!

Friday, May 28, 2010

Nasi Ayam Kak Kim

(ini bukan nasi ayam aku...malas nak ambik gambar tadi. Pic from Google)

Hari ni aku masak nasi ayam untuk lunch (merangkap dinner sekali hahahah...). Sejak semalam aku dah plan nak buat nasi ayam. Ini gara-gara lepas dengar resepi ofismate aku. Oh ye ini adalah percubaan pertama membuat nasi ayam seumur hidup aku. 
Senang sangat buatnya....


Ayam
Perap ayam dengan minyak bijan & garam. Kemudian kukus dalam mangkuk (untuk collect air ayam).
Bila dah siap kukus, boleh goreng atau bakar ayam tu.
Tadi aku goreng je sbb aku tak de oven. So aku sapu ayam dengan honey skit, kicap manis dan rempah Captain. Kemudian goreng laaa...


Nasi
Chop bawang putih  & halia, tumis dengan mentega atau minyak bijan (minyak biasa pun boleh).
Bila dah wangi masukkan bunga lawang, kayu manis, pelaga. Matikan api; masukkan beras yang dah dicuci.
Kacau rata.
Masukkan air ayam kukus yang dapat dari dalam mangkuk tadi, tambah dengan air biasa ikut sukat masak nasi macam biasa.
Tambah garam, kiub ayam sikit ; daun pandan. Masak dalam rice cooker.


Sos Cili
Kukus cili merah (4-5 biji), blendkan cili dengan barang putih, halia sikit, sebiji tomato, garam, gula.
Kemudian rasa. Kalau kureng masam boleh tambah air limau kasturi.


Hidangkan kan la nasi ayam tu dengan ayam, sup, sos cili dan juga salad.

Tuesday, May 18, 2010

Style atau Tuntutan?

Well...ini sesuatu yang menarik. Aku dapat email ni from a colleague. Sengaja aku paparkan di sini untuk renungan bersama.


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.
I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote::
" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini"
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.
NOT PERFECT-

Monday, May 10, 2010

Nasi Lemak ...erp Alhamdulillah


**disclaimer: tulisan ini adalah berpandukan pada tekak hamba dan berdasarkan pemerhatian hamba atas kelakuan pelanggan sekeliling.


Nasi Lemak Buah Bidara (pic ehsan En.Google)
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Ewah! Amacam best tak hamba berpantun dipetang yang redup lagi mendung nih. Pantun tu cuma sebagai mukadimah aje, jauh sekali dari realiti aku nih. Tak sanggup nak buang emak dan keluarga sebab kekasih weh. Gilos! Kalo aku buang mak, mana aku nak cari nasik lemak free yang sedap? Jawab..jawab!!

Mari lah kita kembali ke jalan yang benar ye. Topik dipetang yang mulia ini ialah NASIK LEMAK. Nasi lemak ialah makanan kebanggaan rakyat Malaysia disamping roti canai dan teh tarik. Walaupun ianya hidangan yang dikatakan berkalori tinggi disebabkan kandungan santan dan ikan bilis namun ia masih menjadi kegemaran ramai, malahan ada yang sanggup makan hari-hari atau dua bungkus sekali makan sehingga dapat amaran dari doktor baru nak berenti.

Kali ni aku nak berborak tentang nasi lemak yang sedap. Yang Umph. Oleh itu sesiapa yang ada masalah kesihatan yang doktor korang larang dari jamah nasik lemak, boleh la klik kat kotak 'x' kecik kat belah atas kanan tu ye. Aku tak nak bertanggungjawab atas masalah kesihatan korang pulak :D

Okeh ada beberapa faktor yang menentukan kesedapan nasik lemak ni. Antaranya:
1) Nasik
~ dah namanya nasik lemak, tentulah lagi lemak lagi sedap rasanya.
~ tapi ada juga yang tak suka nasi lemak yang tak berapa lemak.
~ ada insan yang berniaga tapi nk jimat kos punya pasal, sanggup ganti kan santan dengan minyak sebab nak kasi nasi tu nampak cam berkilat (konon taruk santan la)..cis sangat menjatuhkan maruah nasik lemak.
~ nasik lemak lagi best kalo di balut daun pisang. Aroma nasi panas kena dengan daun pisang...fuhh tangkap lentok beb.
~ada gak nasik lemak ni yang aku jumpa bertaruk halia, halba dan bawang merah. Ini semua adalah bahan untuk kasi bau nasik lemak tu mengancam.

2) Sambal
~ ada suka sambal pedas
~ ada suka sambal manis
~ yang pasti nasik lemak tanpa sambal sama macam pergi kerja tak gosok gigi. Tak lengkap gitu.

3) Condiment sampingan
~ ikan bilis mesti rangup, kalo dapat had liat tu potong beb!
~ ada orang suka kacang, aku pulak..no thank you.
~ timun, ini wajib.
~ kangkung, ini tambahan yang sesuai
~ sambal sotong, paru goreng/sambal, kerang/ayam rendang, telur goreng, telur rebus, sambal petai; ini adalah tambahan suka hati ikut duit poket korang. Kalo masak sendiri ikut rajin korang le.

Sesungguhnya pencarian nasik lemak yang sedap itu pada aku amat mencabar sama mencabar dengan pencarian makanan kegemaran aku yang lain. Memang senang nak cari orang jual nasik lemak. bersepah. Namun mungkin sebab aku ni amat menghayati setiap suapan, makanya faktor ENAK itu AMAT PENTING. Berikut adalah senarai sumber nasik lemak yang aku rasa berbaloi untuk di cuba:

a) Nasik Lemak simpang Greenwood, Gombak
Ada satu gerai (bukan gerai pun, just akak tu bukak meja) dia jual nasik lemak siap pek, kuih dan paper. Dia ada jual 3 atau 2 jenis nasik lemak dari pengusaha nasi lemak yang berbeza (berdasarkan pembungkus nasi lemak yang berlainan). Ada satu nasi lemak tu di bungkus dengan kertas minyak (warna coklat). Fuh nasi lemak ni memang sedap. Kalo aku sampai lambat (dalam kul 8am) selalunya dah habis, saingan dia yang lagi dua tu lambat habis. Tak kirolah sambal sotong ko, ayam ko, korang ko semuo sodap. Tapi lately aku tengok dah takde. Ntah kenapa dia tak hantar nasi lemak dia dah, aku pun tak tahu.

b) Nasik Lemak Titiwangsa
Kalo korang rajin pegi bersenam or jenjalan kat Tasik Titiwangsa, mesti familiar ngan kawasan ni kan. Ada satu gerai makan paling dekat dengan toilet, dekat kawasan parking motor. Nasik lemak bungkus dia sedap. Tapi takde variety kat sini, dia cuma ada nasi lemak biasa (sambal bilis) dan bihun goreng. Tapi both sedap dan marvelous. Aqeelah pun makan bihun goreng dia sebungkus habis!! (anak aku memang kuat makan).

c) Nasik Lemak Kg Serdang
Ini bukan nasik lemak kat Serdang, Selangor ye. Yang ini lokasinya kat Sitiawan, Perak. Mak cik ni nasik lemak dia memang sedap. Gerai dia kat hujung Lorong Dewan. Since aku sekolah menengah lagi memang dah tergila-gila kan nasik lemak dia. Kalo datang awal sangat, memang dia tak bukak lagi itupun ramai yang dah menunggu. Kalo lambat alamat tak merasalah. Semenjak aku abis sekolah jarang sekali dapat merasa nasik lemak dia ni. Ada sekali tu lepas abis pantang aku ajak En. Suami pi beli nasik lemak dia, malangnya dah abis. Ni dah setahun lebih, balik kampung last 2 weeks baru aku dapat merasa. Itu pun aku dapat beli the last 4 bungkus. Rasanya masih sama macam dulu...sedap, wangi, yummy. Dan the best part harganya cuma RM0.60 (naik seposen je).

d) Nasik Lemak mak cik simpang belakang EPF
Nasik Lemak ni pun antara yang terlaris. Kalo sampai kat kedai tu kul 9am selalunya dah habis dah. Pada aku, yang bestnya kat sini sambal sotong dia dan paru sambal dia. Owh the very seeddaapppp. Paru dia crispy jek. Sambal sotong dia jangan cakap la, bau kuat giler. Menurut ofismate aku rendang ayam dia pun best jugak, tapi aku tak berpeluang nak try lagi.

Itu aje nasik lemak yang pada mata hati aku sedap. Kalo ade tempat makan yang yummy lagi, aku akan paparkan lagi untuk di kongsi bersama, korang pun roger2 lah kat aku ek. Daaa..........
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Update 11 June 2010*
1) Nasi lemak kat Titiwangsa yang kedai sebelah dia tu pun sdap gak. Isk sedap giler! baru ari khamis lepas aku ngan en.suami try. memang best!!
2) Yang kat Greenwood tu macam dah takde jek :( yang ada nasi lemak orang lain antar. tak best la cenggini.

Kimora & PISA?



Sape pernah tengok Kimora : Life in The Fab Lane? Aku dulu memang suka siri ni. Tapi En Suami tak suka. So bila dia ada memang la aku tak boleh tengok.

Aku suka sangat tengok reality show nieh, tapi bukan lah yang macam AF or AI tu (paling kuat pun aku tengok Mentor jek, sebab Joe Flizzow punya student tu sore sedap) aku cuma tengok cam Gulianna & Bill dan Keeping Up With The Kardashians. Bukan apanya, best la tengok telatah diaorang. Semua cam berlagak diva jek, walaupun rasa cam 'eh iye ke ni' dan semua benda yang berlaku macam di'exaggerate'kan tapi itulah rasa kelakar je setiap kali tengok. Tapi En Suami kata rancangan ni semua cam tipu je. Semua jalan cerita cam dah di plan dan dibuat-buat macam tengok WWF la. So daripada aku dok dengar dia membebel tak tentu arah, maka aku pun tukar le channel Ceria.
Tapi semalam entah angin apa, aku bukak jugak tengok Kimora LITFL. Lagipun En Suami sibuk main computer games, jadi dia pun tak perasan aku tengah tengok cerita apa heehehe.

Kalo korang nak tengok sape Kimora ni bleh google kat sini. Oh ok..sebenarnya aku nak citer benda ni...semalam ada satu babak tu Kimora & whole family nak shoot photo for a magazine. Since she's having a new baby boy. Apa yang bestnya....dia pun pam susu gak!! And she's using PISA (aku rasalah, by looking at her pump breastshields head sets.) Aku tak sure berapa umur baby dia ni masa rakaman ni dibuat, tapi she's pumping setiap sejam sekali. Aku tengok ada sekali tu dia nak pas susu dia to her PA, adalah dalam 2oz-3oz per bottle. Kira meriah gak la susu dia.

Photobucket
Memang dah aku tahu ramai celeb yang bf kan baby. Mostly yang aku dengar citer pun artis Barat, cam Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie. Artis Malaysia pun ada juga cam Salina Saibi, Wardina...err itu ajela yang aku tahu. Tapi aku pelik lah...Kenapa tak ramai orang kita ni nak ikut macam diaorang ni, macam artis-artis ni? Benda lain elok aje follow, tapi tang perkara nan satu ni tak ramai pulak yang nak follow ye?? KENAPA??

Gatal...

Eh gatal tak kalo aku katakan kat sini aku rasa aku nak beli PISA :D
Kalo En Suami baca ni mesti dia marah hhehehe. Yelah mengada, dah tak pam susu tapi nak beli pam baru. Aku kan dah ada FS tapi gatal la pulak rasa nak amik PISA sebab tengok cam best aje.
FS aku tu dah mengong skit, nak kena servis kut. Tapi sebab aku malas nak contact Aja nak minta dia check so aku abaikan ajela. Tapi buat masa ni ada officemate aku pinjam coz dia ada kelas malam nak bawak S3 dia pulak beratttt, so daripada terbiar berhabuk baik aku bagi orang guna. Alhamdulillah dia kata dia set 10 minit each time pumping dan akan dapat dalam 4oz. Best je aku dengar. Tapi dia kata ok jek dia guna FS aku tu takde prob pun...hmmm maybe sebab aku ganas sangat kut..hehehe.
Tengok orang pam susu rasa cam nak mengandung lagi jek....tapi selagi Aqeelah tak settle lagi selagi tu lah aku tak bleh produktif. Ini aku dah set kan dalam otak aku. Aku tak nak dia terabai kalo aku dapat baby baru nanti.

Hmm nak beli ke idak...nak beli ke idak....
Ah tak payah lah. Tunggu la nanti kalo termengandung... dan termengidam ke hehehe aku sambar lah.

Saturday, May 8, 2010

Bergedil Mama




Ini sebenarnya aktiviti aku malam tadi sebelum tido. ..

Entah mengapa this week aku teringin sangat nak buat soto lengkap dengan bergedil. Memandangkan aku ni tak pandai masak, kenalah bertanya pada yang pakar yakni my beloved mom dan rakan sepejabat.
Untuk kuah soto memang tak yah fening kepala la sebab aku guna cara ter dan paling mudah :
'beli rempah soto kat supermarket kemudian ikut aje instruction kat bungkusan tu'.
Very the clever kan!!
Tang bergedil ni agak fening-fening lalat, ala Ahmad Albab. Macam mana nak buat ye...tak pernah aku tengok pun mak aku buat kat dapur. Tau tau dah tergolek je atas meja..yummeh.
So untuk tidak lah menjadi terlalu clever (beli je bergedil tu kan sonang) aku pun roger-roger mak dikampung. Dia pun explain cara buat bergedel from A to Z. Ohh senang je rupanya nak buat bergedel. Kat sini aku explain kan cara-caranya:

4 biji kentang (kupas, potong, goreng & tumbuk) - mak ku tak advise rebus coz nanti hasilnye berair-air.
5 biji bwg merah (kupas, hiris, goreng & tombok jugak)
daging kisar (goreng tanpa minyak sampai kering air daging tu)
1 sudu besar serbuk rempah Captain (senang bai...takpayah aku pikir nak taruk ketumbar banyak mana, jintan banyak mana. Buat tensi jek).
daun sup dihiris
*sebiji telur (kocok, untuk celup)

*tepung gandum (sikit je, dalam sepiring)
bahan *, guna before menggoreng bergedil.

Caranya:....
gaul daging dengan serbuk rempah Captain, tabur garam skit, gula skit.
kemudian baru masuk daun sup, bawang goreng & kentang.
gaul rata kemudian buat bentuk bulat.
Aku bleh dapat 12 biji bergedil besar genggam dengan sukatan diatas.(comel-comel aje lah).
sebab aku buat dah malam bute so aku simpan adunan bulat ni dalam bekas bertutup dalam peti ais.
Time nak goreng baru aku celup dalam telur kemudian golek atas tepung gandum then celup lagi skali dalam telur ...baru aku goreng. (Aku ade terbaca cara ini bleh elakkan bergedil kita tu dari pecah time menggoreng.)
Goreng pun tak lama kejap je, agak-agak dah nampak telur salut tu dah masak terus angkat sebabnya bahan-bahan asas kan semua dah di goreng.

siap sudah bergedil yummeh aku....senang kan.



Nota tukang masak celup-celup:

Rempah Captain ni boleh guna untuk berbagai masakan.
Antaranya goreng ayam, soto, sup ayam,
sup daging dan bergedil.