Saturday, November 3, 2012

homebirth anyone?

setiap kali baca post kat group gentle birthing & homebirth, my little bub will wiggled in my tummy. 
rasanya dia rasa apa yang aku rasa.... 
:D we are ready for it. preparing mentally for a gentle birth. 
if possible want to go for home birth. 
 my dear lovely mom agreed with it and she gave me full support (the power of believing and understanding human anatomy dan kekuasaanNya mencipta tubuh manusia yang serba hebat ini)
 got to buy this book & read it.


ini pula link some of great mommies yang telah melahirkan anak di rumah tanpa bantuan bidan atau doktor :D such a lovely stories:  


p/s: sekadar memetik kata-kata empunya salah satu blog .."Aku tak menidakkan peranan doktor. Tidak sama sekali. Tapi, Doktor Agung adalah Allah."


Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 22, 2012

Menjamu Selera di Kedai Makan Upin Ipin

Hari ni encik suami ajak kami lunch di sini. Hahaha abah lebih excited dari Aqeelah nampaknya.

Kedai makan ni terletak di Melati Utama betul-betul di sebelah Lebuhraya MRR2. Dekorasi dalam kedai penuh dengan gambar karektor dari kartun tersebut. Sambil makan ada ditayangkan kartun Upin Ipin di kaca tv di dalam restoran. Majoriti pengunjung adalah keluarga dan mestinya ada kanak-kanak jua. Berhampiran kaunter bayaran terletak almari cenderahati Upin Ipin. So lepas makan boleh la shopping sekali. Cukup sudah cerita pasal kedai, sekarang mari kita makan. Lupa aku nak tangkap pic menu nya. Menu terdiri dari set-set yang diwakili nama karektor kartun Upin Ipin. Antaranya set Nasi Ayam Upin Ipin, set Opah - terdiri dari pilihan set lauk ayam,sayur,ulam & nasi putih, set Kak Ros - terdiri dari set nasi lemak dengan pilihan lauk pauk. Selain dari nasi ada juga pilihan bukan nasi seperti mee kari, asam laksa & makanan barat. Off course tidak ketinggalan Ayam Goreng Upin Ipin - harganya yang aku perasan dalam RM 3++. Ada juga disediakan pilihan makanan ringan seperti ubi kayu rebus. Kami mencuba set opah - nasi + ayam kari + sayur kobis goreng + sambal belacan + telur masin + ulam kacang botol,

dan mee kari

Food nya alhamdulillah, sedap. Harga pula taklah murah sangat namun tidak terlalu mahal. Sesuai sebab ia menggunakan jenama Upin Ipin so dah tentu it comes with certain price. Lepas makan jangan lupa bergambar ye...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, October 10, 2012

Apa maksud bacaan Hb dan tekanan darah dalam buku merah?

Selalu lepas dapat buku merah korang belek tak? Seingat aku la masa 1st pregnancy dulu aku tak berapa tengok pon. Tengok juga la tapi sebab doktor pon tak pernah cakap apa so aku assume semua OK, tak perlulah nak tengok lama-lama lagipun aku bukannya faham :P
Tapi kali ni aku berminat nak faham apa yang ditulis dalam buku merah ni sebenarnya.
Setiap kali datang check up memang akan diambil berat, air kencing, darah sikit dan tekanan darah ibu.
Perkara ini semua akan dicatatkan. Tapi faham ke apa maksud setiap nombor yang ditulis dalam ruangan tu?
Mungkin ada yang dah faham sebab rajin belek, selidik, tanya pada nurse. Tapi aku ni malas nak kacau nurse sangat, selagi boleh korek from internet, aku akan cari sampai faham :D



Aku tak adalah nak cerita detail. Cuma sentuh sikit aje, iaitu bacaan Hb (hemoglobin) dan tekanan darah.
Bacaan Hemoglobin
Untuk dapatkan bacaan Hb, nurse di KD cuma cucuk sikit aje kat hujung jari aku ni dan dapatkan darah. Kemudian dia letak darah tu pada strip kecik dan ada reading kat situ.


Urine Analyzer
contoh alat yang digunakan

Bacaan hemoglobin untuk menentukan ibu tak mengalami anemia/ kurang darah. 
Bacaan yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter)
Bagi wanita tak mengandung pula : 12 - 15 g/dl

Sekiranya bacaan rendah dari 11 g/dl maka ibu mengandung adalah anemic.
Sebab-sebab anemic/ kurang darah:
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
Sekiranya bacaan lebih tinggi dari 12 g/dl (terlalu tinggi) maka ibu mengandung mungkin:
  • Mempunyai paru-paru yang bermasalah
  • Kurang air dan masalah lain lagi yang kalau boleh sila google untuk maklumat lanjut.
Selalunya untuk mencantikkan bacaan Hb, nurse cuma akan advise jangan skip pengambilan vitamin yang diberikan dan perbaiki diet seharian. Makan makanan yang banyak zat besi, antaranya:
  • Organ dalaman (hati, jantung, limpa)
  • Sayuran hijau (bayam, brocolli)
  • Daging
Tekanan Darah
Sememangnya aku tak faham apa maksud nombor2 pada bacaan tekanan darah. Mari kita study sama-sama ye. Bukan apa cuma sekadar untuk mengetahui tahap kesihatan kita aje.

Selalu akan dicatat begini ye, contohnya bacaan untuk tekanan darah aku:
123/78 atau 107/57
Nombor yang di atas tu dipanggil systolic, nombor dibawah dipanggil diastolic (aku warnakan systolic merah dan diastolic biru)

  • Bacaan yang OK ialah kurang dari 140 bagi systolic dan kurang dari 90 bagi diastolic.(tak boleh lebih dari 140/90 untuk salah satu nombor)
  • Sekiranya mana-mana nombor meningkat tak kira salah satu (atas ke , bawah ke) maka ibu di kira ada risiko/ menghidapi darah tinggi. Contoh 160/75 atau 123/100 (perhatikan nombor yang saya gariskan)
Sekiranya bacaan systolic/diastolic terlalu rendah pun masalah juga.
  • Ibu mengandung di anggap mengalami hypotension atau tekanan darah rendah sekiranya bacaan systolic kurang 90 atau bacaan diastolic kurang 60.(tak boleh kurang dari 90/60 untuk salah satu nombor) Contoh 107/45 atau 75/80.



Sunday, September 30, 2012

Banana Choc Chip Muffin


 di sebabkan ada yang bertanya, maka aku tepekkan resepi ini di sini. 
Actually aku pun dah lupa dari mana aku dapat resepi ni, kalo tak aku tag aje.
Resepi ni boleh membuat 11 biji muffin saiz M kut lah size muffin biasa tu. Kalau nak lebih biasanya aku buat 2 kali adunan ni. Aku memang tak gandakan resepi2 aku kalau nak masak lebih, memang banyak kali kerja tapi aku tak nak mess with the recipe. Sebab kadang2 end product tak menjadi seperti yang kita mahukan. Maybe terkeras atau terlembik. Apapun choice is yours :D Selamat mencuba.

Bahan Kering:
1 3/4 cawan tepung gandum (nak pakai wholemeal flour pun boleh)
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah:
1 biji telur ayam
1/2 cawan minyak masak (sawit boleh, kacang boleh, zaitun pun boleh (semua aku dah try OK je)..seeloknya minyak jagung sebab takde bau)
1/2 cawan susu/ yogurt/ buttermilk
1 sudu teh esen vanila
---------------------------------------------------------
1 cawan pisang mashed (lebih kurang 2 biji pisang, aku guna pisang berangan)
3/4 cawan choc chip (aku guna yang half black white choc chip morsels)

CARA:

  1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 176°C
  2. Gaul bahan Kering dan bahan Basah dalam dua mangkuk berasingan hingga sebati.
  3. Satukan kedua bahan dalam satu mangkuk, sebatikan.
  4. Akhirnya campurkan pisang gaul rata dan choc chip gaul rata.
  5. masuk dalam cup kertas 1/2 penuh
  6. Bakar 22-25 minit atau sehingga tiada adunan basah melekat pada cake tester. Selalunya pada time ni dah masak dah.
p/s: kalu rasa malas nak masak tu bleh order je kat aku ni :D will bake it fresh as requested.






Wednesday, September 26, 2012

Lawatan Kali Pertama di Klinik Desa Batu 8, Gombak

My first check up was at 12 weeks. Aku saja je malas nak pergi awal-awal.
Masa datang tu memang aku bawa la segala-mala dokumen yang dia mintak macam yang aku cerita kat sini.
Tapi akhir satu apa pon dia tak mintak, just interview aje.

Masa sampai tu memang aku terpinga-pinga la juga. 
Alhamdulillah, kat klinik ni orang tak ramai hehehe. Kita biasa sangat dengar terlalu ramai orang yang nak mendapatkan rawatan kat klinik/ hospital kerajaan kan, sampai malas nak menunggu tu sebab ramai yang rela ke klinik/ hospital swasta walaupon bayaran nye ehem ehem....(tapi aku tengok kat swasta pon orang ramai juga, terutama kalau nak jumpa dengan doktor yang femes ames. memang kematu jugak la menunggu).

Klinik desa nursenya tak la ramai, maka kat reception tu masa aku sampai memang tak de siapa.
Semua sibuk dengan tugasan masin-masing.
Tapi ringankan mulut, aku tanya ajela bila nampak kelibat nurse yang lalu kat situ.
First step:
Klipkan IC dengan kad nombor dan pegi duduk diam-diam (aku nampak ada plasma board untuk Q-matic system macam kat bank tu, tapi tak fungsi. Dah rosak agaknye).

Kemudian nama aku dipanggil, dia suruh aku buat urine test dulu.
Selesai, tunggu nama dipanggil jumpa nurse ambil berat & tinggi kemudian buat buku merah.
Masa ni baru aku tahu buku tu ada 2, satu aku pegang dan lagi satu klinik yang pegang.
Aku isi detail pada buku aku & buku lagi satu tu nurse yang isi.


Jenuh juga la nak mengisi, macam2 detailsnye.
Kemudian duduk, tunggu lagi sekali. Tak lama pun, lepas tu nama aku dipanggil kali ni baring atas katil klinik dan dia cek perut. Adalah explaination pasal kanser payudara dan penyusuan susu ibu.
Akhir sekali nurse bagi vitamin pada aku, tapi aku cakap aku dah ambil pramilet so nurse bagitahu tak perlu lah aku makan vitamin yang diaorang bagi tu.
Oh lepas tu dia ada ambik darah aku dalam satu tube kut untuk test yang entah apa-apa aku pun tak tahu.
Habis.... kejap aje kan :D sebelum balik nurse pesan suruh aku ke KKIA Gombak Setia jumpa doktor untuk scan baby hari tu jugak. Dapat juga next appointment sebulan yang akan datang di KD. Kesimpulan yang aku boleh beri, nurse kat KD ni bebaik belaka. Tak dela garang pon :D credit to nurses at KD Batu 8, Gombak.


Sampai di KKIA Gombak Setia just ambil nombor dan tunggu saja. Kat sini dia pakai Q-matic system, maka nombor giliran akan dipaaparkan di plasma board macam kat bank tu.
Tak lama juga menunggu, lepas jumpa doktor scan semua OK dah boleh balik (my baby very active).
Next appointment scan at 20 weeks....can't wait to see you again baby.


Wednesday, September 19, 2012

Nasi Goreng Sempoi



Dah lama aku tak letak resepi :D
Hari ni aku nak letak resepi yang simple sesangat, tapi dijamin sedap.

Bahan:

  • Nasi (aku masak 1/2 cawan beras boleh la 3 orang makan)
  • ikan bilis segenggam
  • bawang merah 3-4 biji (dihiris)
  • cili padi 5-6 biji (hiris)
  • telur ayam 2 biji
  • garam
  • minyak masak
  • sikit minyak bijan (optional)


Cara masak:
Goreng ikan bilis guna minyak masak, dah garing ketepikan ikan bilis.
Tambah 3-4 titis minyak bijan dalam minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi (dlm kuali)
Goreng bawang & cili padi sampai bawang masak/ layu.
Pecahkan 2 biji telur ayam dalam kuali kacau bersama bawang & cili padi (kacau sampai hancur/ rata macam buat scramble egg).
Telur dah agak kering & hancur, masukkan nasi gaul rata
Perasakan dengan garam. Siap!
 * Kalau suka boleh juga ditambah dengan kacang panjang hiris (goreng sekali dengan bawang).

Sila lah cuba, tak sampai 15 minit dah siap untuk disantap. Bon Apetit!!

Thursday, September 13, 2012

Apa perlu Ibu Mengandung Buat untuk check up di KKIA

Walaupun ini adalah kehamilan kedua, namun pengalaman nya jauh berbeza.
Antaranya ialah kerana ini kali pertama aku menjalani sesi check up di klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu Anak - KKIA).
Masa mengandungkan Aqeelah aku cuma check up di klinik swasta aje (klinik panel).
Oleh itu aku rasakan perlu untuk aku tulis langkah-langkah / pengalaman aku cek di KKIA sebagai panduan dan rujukan aku di masa akan datang, juga boleh di jadikan panduan ibu-ibu yang lain.

Disebabkan kali pertama, maka aku pun haruslah selidik apa yang aku perlu buat.
Yelah aku dengar klinik kerajaan ni cerewet, nanti ada je benda yang tak cukup tak pasal-pasal di suruh balik. Buang karen aje datang :P
Jadi langkah yang aku ambil untuk menyelidik ialah:
1. Telefon rakan baik aku (Raja) dia ada pengalaman 2 anak bersalin di hospital kerajaan
2. Surf internet
3. Telefon ke klinik kerajaan berhampiran

Berdasarkan maklumat yang aku dapat, elok la PERTAMA SEKALI kita telefon ke KKIA yang berhampiran. Boleh saja nak walk-in tapi kalau tak yakin, elok lah telefon untuk mengelakkan kita mebuang masa (kiranya tersalah KKIA atau salah masa)
Macamana nak dapatkan contact number?? Senang aje, dail 100 tanyalah TELEKOM Malaysia Directory.
Macam aku duduk di Gombak. Aku pernah nampak ada klinik kerajaan di Gombak Setia, so aku call TELEKOM dan diaorang bagi aku nombor KKIA Gombak Setia. Senang kan.

Dah dapat nombor? Telefon aje lah. 
OK bila panggilan dah disambut, aku bagitahu la yang aku nak buat buku merah (sebab buku rekod ibu mengandung tu warna pink/ merah).
Perkara pertama, nurse akan tanya : "ALAMAT".
Alamat PENTING sebab kita kena pergi check-up di KKIA/ Klinik Desa (KD, bukan Kris Dayanti ye) yang terdekat dengan rumah kita. Kalau terdekat dengan office korang tu aku tak pasti la boleh atau tidak, yelah mudah untuk ibu bekerja kan checkup dekat dengan pejabat dan manalah tahu kut2 terbersalin waktu pejabat...kan senang. Elok la telefon dan tanya ye.
Aku duduk di Gombak, Batu 8. Di sebabkan termaktub (berhampiran)dengan KD batu 8, maka aku disuruh telefon ke KD batu 8. Jangan lupa mintak no telefon net KKIA yang kita di referkan ye. Kalau tak jenuh pula nak cari.
No telefon Klinik Desa, Batu 8 Gombak 03-6188 9704

Dail pulak KD Batu 8. 
Panggilan disambut, sama juga perkara pertama yang di tanya ialah ALAMAT.
Dah confirm memang dalam kawasan, maka mula la sesi soal jawab pendek dalam telefon.
Soalan yang aku tanya:
1. Waktu dan hari rawatan 
Jawapan: isnin & selasa. jam 8 pagi hingga 11 pagi

2. apa dokumen yang perlu dibawa
Jawapan: 
a)Fotokopi semua ini (sijil kahwin/ kad nikah, I/C isteri& suami)
b) sijil nikah (asal)
c) surat beranak anak yang sebelumnya. (kalau mengandung bukan anak pertama)
d) buku merah untuk anak yang sebelumya (kalau mengandung bukan anak pertama)

Itu aje yang perlu, tapi ingat lain KKIA maka lain dokumen yang diperlukan. Maka perkara yang penting dilakukan sebelum kali pertama ke KKIA ialah:
1. Dapatkan contact number KKIA yang patut dilawati
2. Telefon KKIA tersebut & tanya 2 soalan wajib yang aku tulis di atas.

Aku akan sambung mengenai lawatan hari pertama kemudian ye....keep on tuning :D


Friday, September 7, 2012

jom bersedekah


Aku perasan sekarang aku agak BERAT tangan untuk bersedekah :( dan ianya selari dengan tabiat aku yang agak sudah lama tak baca Al-Quran lebih tepat hampir 2-3 bulan telah berlalu(baca disini bermaksud membaca tafsir & memahami isi kandungannya).
Teringat masa aku bermesra dengan Al-Quran, betapa mudahnya diri ini bersedekah. Tak kira kepada siapa, masa, tempat dan amaun yang tinggal dalam dompet. Adakah keduanya berkaitan? Hanya Allah yang tahu.
Aku ada terbaca suatu kisah, seorang lelaki yang telah berkahwin namun tidak mendapat sebarang anak. Beliau menemui Rasulullah. Baginda menganjurkan beliau agar membanyakkan sedekah dan beristighfar. Selepas berbuat demikian lelaki itu dikurniakan dengan 9 orang anak lelaki!!!! 
Awesome kan faedah bersedekah.

Pagi tadi En.Suami ada bercerita kepadaku kisah Umar r.a yang menginfakkan separuh dari keseluruhan hartanya kepada Rasulullah untuk dipergunakan ke jalan Allah (banyak kan tu? Kita nak sedekah RM50 pun fikir 2-3 kali juga). Nabi bertanya “bagaimana dengan keluarga mu?”.
Umar menjawab bahawa beliau sudah membahagikan separuh lagi untuk kegunaan keluarganya.
Namun Abu Bakar r.a pula menginfakkan kesemua hartanya kepada Rasulullah juga untuk digunakan untuk jalan Allah. Kemudian Rasulullah bertanya, “bagaimana dengan keluarga mu?”
 Abu Bakar r.a menjawab ,”aku meninggalkan Allah dan RasulNya untuk keluargaku”.
Umar r.a menangis mendengarkan kata-kata Abu Bakar ini.
Bayangkan sahabat pada zaman dulu, cukup yakin dengan janji Allah akan setiap perkara yang mereka lakukan. 
Kalau sekarang cubalah kita cakap, "sayang/ mak/ weh korang, abang/ man/ aku ingat nak sedekah kan semua wang simpanan ke masjid la. boleh juga dapat saham akhirat nanti." (dialog berdasarkan perbualan berkisar dengan isteri/ ibu/ rakan).
70% - 80% balasan yang akan kita dapat ialah:
"baik la duit tu simpan asb separuh ke dapat gak dividen"
"banyak gile duit ko, ko dapat pusaka ke? weh baik ko beli iphong ke aku tengok phone ko tu pun dari zaman batu tak tukar-tukar."
"ko tak nak kawen ke? duit tu buat belanja kawen lagi bagus."
"renovate rumah lagi bagus".
Nampak kan jawapan tu mostly duniawi :D

Semoga kisah ini dapat menghidupkan hati kita untuk bersedekah. Insya-Allah.

Thursday, September 6, 2012

Cemburu...

hati manusia biasa, tak pernah lepas dari rasa cemburu. mungkin cemburu tengok jiran 

berkereta baru, mungkin cemburu dengan rakan sekerja yang baik dengan boss, 

cemburu tengok rakan2 bujang enjoy tour around the world ( Zakiah Ck ,Eyna Ahmad 

& Sue Marlboro) :P

jika rasa itu timbul dalam hati, ingatlah hadis riwayat Muslim ini...:


1. "jika salah seorang dari kalian melihat org yg lebih kaya & ganteng maka hendaknya 

melihat kpd org yg lebih rendah darinya" 


dalam satu riwayat disebutkan


2."jika salah seorang dari kalian melihat org yg lebih kaya & ganteng maka hendaknya 

melihat kpd org yg lebih rendah drnya. ini akan lebih mensyukuri nikmat Allah"


dlm kata lain,kalau rasa cemburu lihatlah bahawa ada org lain yg lebih tidak bernasib baik 

dari kita, sesungguhnya kita haruslah sentiasa bersyukur dengan keadaan/ nikmat yang telah 

Allah berikan pada kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik/ sesuai untuk kita. 

Insya-Allah.


bak kata surah Al-Baqarah:

"barangkali kamu membenci sesuatu padahal dia lebih baik bagimu dan mungkin kamu 

mencintai sesuatu padahal dia jelek bagimu".






Tuesday, August 28, 2012

better late than never :D

Tajuk ni cuma nak bagitahu yang better we announce it here lambat dari tak bagitahu langsung. Alhamdulillah ....

Now we're at 14 weeks. EDD: 21 February 2013. Harap semuanya sihat & baik2 aje.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, May 30, 2012

Make up remover

Walaupon aku bukan pemakai mekap tegar (sebab En.Suami tak suka),
tapi aku suka alat mekap. Ada jugak la koleksi eye shadow aku 2-3 palette.
Lipstick sebatang, eye liner juga mascara. 
Kalau rasa nak pakai, aku pakai la. Kadang-kadang masa attend kenduri kahwin ke atau pun kat rumah 
(tapi aku pakai masa En.suami kat ofis la, sekejap je cuma untuk
make sure "skill" tu tak hilang....heheheh).
Jangan main-main ye, nak pakai make up pun ada tips & tricks tau. Kalau pakai taram aje
tak mustahil muka ko akan jadi macam ni





atau macan ineh...



Sebab tu bersepah tips nak apply mascara dan eye liner kat youTube.
contohnye ini...




Ok...aku bukan nak bagi tips atau apa pon.
Cuma nak share cara pembersihan mekap aje.
Lepas pakai mesti korang nak buang kan, tahu tak kalau mekap tak bersih dengan sempurna boleh menyebabkan jerawatsss dan masalah kulit muka yang lain!!


Oleh itu kamu yang memakai alat solek, harus lah membersihkannya sebelum tidoq.
Supaya kulit muka korang boleh bernafas dengan sempurna, siapa tak inginkan wajah sebersih
semulus maya karin kannn...




macam mana korang bersihkan make up?


ada yang guna wet wipes




ada yang pakai spesifik untuk bahagian tertentu saja , contohnya ini untuk eye make up remover saja.


ada yang guna baby oil juga.
aku guna kan jenis begini...



brand Biore, ianya adalah oil make up cleanser. 

aku sangat suka brand Biore ni. 
Masa sekolah dulu memang aku gunakan pencuci Biore aje, 
murah dan senang nak cari.
senang sangat nak guna kannya, cuma picit kan ke tapak tangan
dan sapu / urut pada keseluruhan muka akhir sekali bilas.
sangat berkesan. Muka akan bersih dari kesan make up, sebersih-bersihnya.
dan yang penting sekali ia tak mengeringkan 
kulit muka aku yang huru hara ni.
Tak sia-sia lah ianya di gelar jenama make-up remover no.1 di Jepun.
Aku amat recommend product ni. Cubalah.



Tuesday, May 29, 2012

jerawat!!

rasa muda pulak bila post pasal jerawat ni :D
aku memang jarang ada jerawat.. kalau ada pun memang lokasi nya tak obvious.
selalunya kat kulit kepala dan bila aku sedar pun bila tersikat jerawat tu (Adoi!)


tapi sudah 3 hari aku ada jerawat ni, gara-gara tak cuci muka (sekadar basuh dengan air aje).
pencuci muka aku dah abis....nak beli tapi malas nak ke Guar$$ian
tak semena-mena naik la sebiji jerawat yang agak menyakitkan (sebab aku selalu tergaru tanpa sedar).

nasib baik aku ada ini (trial pack kit yang memang aku simpan untuk guna time travel).


dan muka aku sesuai memakainya .
kulit muka aku ni kombinasi, kat area hidung memang berminyak ke normal tapi 
kawasan pipi dagu amatlah keringnya. salah pakai pencuci muka memang perit.

brand ni aku rasa memang agak moist. pelembapnya tak menegangkan kulit muka..
moisturizer dan tonernya pun pakai sikit je cukup untuk cover seluruh muka.
keseluruhannya memang suka laaa!! 
kalo aku pakai dengan diligently mau kot jadi macam ni muka aku....hehehe


maksud aku kulit muke ye.... :D

jangan bertukar jadi Doraemon sudah :P

Monday, May 28, 2012

Rentetan dari tarraaaaa..... :D


a tray of blissful yumminess..... 
the recipe is definitely a must try! (just click the link above for recipe)

(psst some of the frosting work was done by my hubby ;D thanks dear)




~top profile ~




:>side profile<:

wanna cup? ;D


Thursday, May 24, 2012

cucur mania


Ada yang panggil cucur, ada juga yang panggil cekodok. Apa pun ianya adalah antara makanan comfort aku.
Aku lebih suka panggil cekodok walaupun ada yang kata cekodok adalah nama untuk cucur yang diperbuat dari pisang. Pada aku semuanya cekodok, yang membezakannya cuma adunannya samada pisang, jagung, udang atau apa-apa pun.
Cekodok makanan lengkap yang paling mudah. Ada karbohidrat dari tepung atau campuran kentang, sayur dari daun bawang, kucai Dan taugeh (ada juga cekodok sayur dengan campuran kobis,lobak. Popular dengan nama bakwan).
Protein terdapat dalam udang atau ikan bilis. Bahan asas cekodok ialah tepung dan air. Ada yang tambah jagung atau campur dengan pisang, ini adalah kategori cekodok manis. Aku suka cekodok savory. Yang mana kandungan utamanya udang atau bilis campur cili padi lagi. Cicah pula dengan sos lingam, memang layan!!
Membuat cekodok tak sampai 30 minit dari mengadun sampai siap goreng (kecuali adunan yang banyak) .
Ini resepi aku untuk cekodok bilis:
Tepung
Air
Ikan bilis
Taugeh
Daun bawang
Kentang didadu
Cili padi hiris
Garam
Kiub ikan bilis (suku kiub)
~gaul semua hingga sebati dan goreng dengan minyak panas. Minyak agak2 separuh tenggelam cucur.
Bila kekuningan balik balikkan.
Boleh angkat bila dah masak.
Sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sakit Mate

Bangun pagi tadi mata Aqeelah penuh dengan taik mata. Sebab ini adalah suatu yang aneh pada Aqeelah, aku diagnosed kan dia sakit mata (macam doktor pulak).


ini gambar lepas beliau genyeh sendiri mata untuk buang taik mata....


maka hari ni cuti lah...pegi klinik ambik ubat. balik singgah ke kedai alat tulis 
aktiviti hari ini ialah Potato Art :D



ada jugak la benda yang berfaedah kan daripada menconteng dinding rumah dan buat tattoo pada diri sendiri guna magic pen ;)

tarraaaa!!!

Just bought this :D
.
.
.
.
.
.

.


Mixer baru :D .... yippee!!
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

Gud Bye Johor

We're on the way back to KL. Pak Uda & family pun balik sekali. Cuma tinggal Mak Yang & family Mok aje bermalam kat Pulai Springs Resort.
We all went to Skudai yesterday (Sunday) untuk hadir convocation Lan kat UTM.
Sebab bilik dah penuh kenala family NZ tidur asing from the rest of the clan. Kami tidoq kat Taman Jaya. Bilik pun murah je RM 75, very basic tapi luas.




sesambil tu En.Suami mengenang nostalgia masa beliau study dulu. Hehehe ...
Pagi tadi merasa la juga kacang pool haji kat Medan selera larkin (dekat balai bomba) .


Alhamdulillah sedap. Memang syok la makan kacang pool ni :)


Lepas tu berkumpul di PSR. Dalam pukul 2 lebih baru kami pi UTM tapi just pusing kat pesta konvo je. Masa kat tapak pesta terjumpa ineh


Hehehe...ingatkan member aku si Wawa dah bukak bisnes jual kepek pulak :D
Semalam on the way nak ke Skudai pi la singgah Batu Pahat nak merasa Mee Racun. Malangnya kedai tutup la. Cuti hari Ahad kut. Tak pelah, lain kali aje singgah.
Lepas balik dari konvo kami tak ke mana pun, balik hotel & snap photo with the convocation boy.




Congratulations Along!

 P/s: terpaksa update lambat sebab line celcom di johor AMAT SUXXx!! I'm expecting 3G, tapi yang available cuma Edge aje dan paling hampeh GPRS. apelah celcom ni. Come on la ni tengah town OK, bukannya dalam hutan banat pun.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 4, 2012

heart warming ...

I have to write about this. Tak tahu la kenapa. But there is a feeling inside me...yang ...ntahlah.
Aku tengok Ungu Violet petang semalam. Memang agak ketinggalan la sebab movie ni was released in 2005.



Jalan ceritanya biasa saja, boleh diagak. Tapi apa yang aku nak katakan disini ialah satu babak yang aku rasakan heart warming bagi ku.
Ketika Lando memegang tangan Kalin sewaktu dalam lif. Pada ku babak itu sangat heart warming. It is simple tapi sangat menusuk dalam jiwa aku.
Tak banyak filem atau drama yang aku tonton yang dapat berikan effect sebegitu pada aku. Walaupun aku ni memang senang nak menangis (reality..tengok kartun pun boleh nangis), tapi untuk merasakan satu babak itu ada moment heart warming adalah tak semudah untuk buat aku menangis.
Drama Korea ni pun sama. Ada moment heart warming juga...



Cerita ini pon .... :D tapi aku lebih syok tengok Edward aje hehehe



Atau adakah sebab faktor usia menyebabkan aku lebih lembut hati???

P/s: sedang cari novel Ungu Violet sebab nak tahu ending nya dengan lebih detail serta mahu menelusuri watak-wataknya dengan mendalam...ehem.....Kleenex please.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 3, 2012

from my kitchen

Especially for butter cake lovers :D




This cake is sooo moist. I'm out of plain flour so I just top it with wholemeal flour, still yummy. Hub does not fancy for plain cakes but he does love this one :)
Recipe from here : FadAboutFood
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

Kacang Phool



This is our breakfast yesterday. Kami sekeluarga tak pernah makan pun kacang phool ni. Aku pernah la tengok resepi nya dalam majalah tapi tak pernah teringin pun nak cuba. Until my MIL mentioned it last week. Ok la dengan semangat waja aku pun cari la resepinya.
Alhamdulillah jumpa couple if recipes and I gave it a try.
Aku nak cuba both recipes untuk cari mana yang sedap. Tapi since aku tak pernah tau pun apakah rasa sebenar dish ni, so aku agak-agak ajela rasanya ikut sedap tekak.

Kacang phool ni adalah dari keluarga kacang parang (fava beans), maka kalau ada anak yang alah kacang parang boleh gantikan dengan kacang panggang (aku tengok ada aje orang modify recipe ni guna kacang panggang).



Aku beli kacang ni dari Pasaraya OTK. Boleh juga didapati di mini mart pak Arab yang berdekatan, since this dish is originally from their region.
Resepi yang aku cuba semalam : resepi 1
Tapi aku modify sikit, tambah minced beef yang dah goreng tanpa minyak.
Kacang phool ni dimakan bersama roti, telur mata, hirisan cili hijau, bawang, tomato dan perahkan limau kasturi. Alhamdulillah sedap :D
Ini resepi kedua kacang phool yang aku nak try : resepi 2
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

madu di tangan kanan mu....


Di cuaca yang tak menentu ni memang badan pun mudah jadi tak sihat. Tambahan pula kadang-kadang kita tak mendapat vitamin yang mencukupi dalam pemakanan seharian.
Namun sekiranya sudah jatuh sakit di samping berdoa supaya agar lekas sembuh, kita juga kenalah berikhtiar untuk pemulihan.
Aku paling tak suka kena sakit tekak. Perit nya memang tak boleh nak bayangkan. Aku just nak share petua yang aku dapat Insya-allah dapat memulihkan dari sakit tekak (kalau kena pun tak sakit lama, lekas baik).

Petua 1:
Bila rasa-rasa nak sakit tekak tu, bangun awal pagi dan mandi (seeloknya sebelum matahari terbit).
Mandi basah kepala tau. Bagi panas dalam badan tu keluar. Ini petua bapak aku. Amalkan beberapa hari sampai sembuh.

Petua 2:
Bancuh pati setengah biji lemon dengan satu sudu besar madu dan minum. Tak perlu campur air. Amalkan dua kali sehari sampai sembuh. Memang masam, tapi Insya-allah lekas baik. Aku dah pernah try minum air asam Jawa tapi tak rasi. Lemon + madu lebih berkesan pada aku Insya-allah tak sampai 2 hari minum dah ok.
Untuk kanal-kanak aku bagi satu sudu kecik madu + suku biji lemon. Tapi tak habis pun Aqeelah minum. Sebab masam :D tapi aku pujuk juga, dapat sips 2 sudu kecik pun dah cukup dah.

Kalau korang sakit tekak boleh lah cuba petua yang aku sertakan tadi. Yang paling penting berdoa pada Allah agar lekas sembuh, sebab hanya Dia yang berkuasa menyembuhkan bukan lemon, bukan doktor itu semua hanya ikhtiar kita sahaja.
~chill~
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

apa nak jadi ni?

Hidup ni penuh dengan perkara yang kadang adalah misteri. Sukar nak faham. Terutama kalau berkisar pasal perasaan.
Anyway aku bukan nak cerita pasal perasaan aku. Tapi aku just nak luahkan ketidak puasan hati aku dengan setengah makhluk Allah ni.
Aku tak paham mengapa ada suami orang atau isteri orang yang sanggup nak mengganggu isteri atau suami orang yang lain. (Aku harap korang paham apa yang aku maksudkan). Alah kalo korang tengok drama mat saleh bersepah dilema macam ni dalam drama melayu ada gak kadang terselit babak cenggini.
Aku tak paham apa yang bermain dalam kotak fikiran diaorang sampai sanggup allure dan mengorat pasangan orang lain. Kalo bujang (either way yang mengorat atau di'orat') aku faham la. But in this case both dah ada pasangan hidup yang halal. Apa yang korang nak sebenarnya? Nak peneman siang malam dah ada! Nak anak dah dapat! Nak seks pasti ada ruang, halal lagi. Dan bagi yang Islam korang dapat pahala lagi.
Malangnya masih ada insan-insan yang seperti aku nyatakan kat atas tu. Tak sayang kah korang pada wife/ husband korang? Tak malu ke pada anak, dapat mak/bapak perangai macam ni? Tak takut neraka ke woi?
Ingatlah, sebelum korang nak ambil tindakan bodoh macam ni....
Kalo alasan isteri/suami dah tak cantik, layanan kurang/ tak bagus...itu semua alasan. Padahal muka tu la yang korang sanggup hadap hari-hari sebelum menikah. Sanggup tak tido malam bergayut kat phone. Abis duit gaji bulan-bulan bayar bil handphone atau bawak si dia shopping dan tengok wayang. Sanggup buat loan sana sini untuk kenduri kahwin. Tapi kenapa sekarang sanggup nak berlaku curang???? Lebih mangkuk orang yang korang aimed tu pasangan halal orang lain!! Mak/ bapak pada orang lain!!! Sanggup nye hati korang ye??!
Sudahlah. Jangan la buat macam ni. Keseronokan kat dunia ni sekejap aje. Tak tahula pulak aku kalo korang rela seronok kat dunia dan sanggup diseksa mungkar nangkir dalam kuboq sementara nak tunggu kena bakaq rentung dalam neraka.
Oleh itu aku nak ajak korang marila bertaubat. Sesungguhnya pintu taubat, Insya-allah masih terbuka. Renungla muka isteri/ somi dan anak2 tu. Cuba kenang balik masa mula- mula bercinta, mula-mula nikah, mula-mula dapat anak. Semua detik bersama kenangkan balik. Dekat kan diri dengan Nya, Insya-allah korang dapat keredhaanNya.
Tapi kalo korang rasa rumah tangga korang memang dah tak boleh nak selamat, get out ajelah. Jangan bodohkan dan sia-sia kan hidup mereka dan anda. Hidup ni tak lama, buatlah baik jangan lah bagi orang benci meluat menyampah kat korang. Lepas tu terpulang la nak membujang atau cari pasangan baru. Yang penting tolong la jangan heret pasangan lain untuk sama-sama rosak kan hubungan diaorang pulak.
Oklah aku nak tidoq ni. Puas rasanya dapat luahkan kat sini. Aku harap mereka -mereka yang baca dan rasa-rasa terkena kat batang hidung sendiri tu bawak-bawakla beringat dan berubah OK. Ini bukan hal kubur masing-masing, tapi sebagai seorang Muslim aku merasa amat terpanggil nak meluahkan masalah yang menular dalam masyarakat kita. Semoga yang baca tu tersedar.
~|salam subuh rabu|~

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 1, 2012

mesti kurus!

Harus! Now on 4th day of 30day shred with Jillian Michael sampingan dari 30 minutes power walk on treadmill. Sejujurnya setiap kali bangun pagi rasa terbakar peha aku.
Esok hari jumaat adalah weighing day aku. Hopefully managed to shred another 2 or 3 kilos.
Aku dah bersenam since early February, hari ni ialah hari ke 20. Setakat jumaat lepas aku dah berjaya cut 2.5kg from 62.8kg
Gigih nak cut 14kg in total! Haih moga aku gigih.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

cuti-cuti CNY


chinese new year tahun ni ni kami ke kangar, perlis. sepupu en.suami kahwin :D
nikah hari ahad, kenduri hari isnin. isnin kami balik ke KL.
memang gile la jalan ke utara time CNY.
kami gerak dekat kul 3 am Sabtu from melawati dan tiba di kangar pukul 1.30pm hari Sabtu!
near 12 hours!! lebam dalam kereta je. tapi kami pun berenti rehat dekat 3-4 kali juga.
tengah-tengah subuh buta pun banyak kereta.
walaupun tak dela jem melekat, tapi banyaaakkk kereta yang kadang-kadang membuatkan perjalanan jadi selow motion.
aku dengar pagi sabtu lagi teruk. pukul 7am dah stuck di PLUS jalan duta.

accident memang banyak la.....
kereta yang berhenti kat tepi pun banyak.
driver berenti tidow sebab ngantuk agaknya. nak stop kat hentian memang tak mandang la sebab almost every RnR penuh. nak parking pun payah.

sampai kat kangar, kami menginap kat homestay di taman Ira.
dekat sangat dengan bandar kangar.
sebab yang pergi menghantar agak ramai, so kena book 2 buah rumah.
puas hati la rumahnye. besar, bersih siap mesin basuh lagi.
murah pulak tu RM150 je semalam.
kami bermalam selama 2 malam aje.



malam tak buat apa pun cuma berjalan-jalan kat kuala perlis je.
dan makan ikan bakar macam biasa la kat medan ikan bakar.
orang memang ramai la, biasalah cuti panjang.

before balik KL kami singgah sat la kat padang besar.
takde beli apa pon. dapat la merasa pulut ayam :)
gerak from padang besar pukul 7-8pm gitu.
sampai KL dekat subuh. biasalah bila konvoi memang berenti banyak kali la.

okla nak cerita panjang pun tak guna, baik tengok gambar je.
(aku dah collage kan pic sebab malas nak tempek satu-satu...boleh dak?)




Thursday, February 16, 2012

ZzzzzZZZzzzzZZZZ.....


Beware.....

ini orang mau tidur.........