Thursday, December 29, 2011

Orientation Day


Hari ini hari pertama Aqeelah aku hantar ke taska. Hopefully semua berjalan lancar. Kami lambat hantar dia pagi ni, patutnya masuk 8.30am. Tapi sebab tertinggal surat beranak kena la patah balik :(
Di bawah ini adalah pic aqeelah before masuk kelas (dia tak tahu yang dia nak kena tinggal hehehe)
Tadi masa aku tinggalkan dia nak menangis. Tapi teacher terus bawa masuk ke kelas. Esok ada lagi sehari hari orientasi. Minggu depan dah start class.
Aku harap Aqeelah dapat gain something new kat taska tu. Insya-Allah.
OK la, skang nak keluar ni. Nak pick up Aqeelah kat taska. Pukul 11.00 diaorang balik. Actually pukul 11.30am. Tapi ni baru orientation week so sampai pukul 11.00 ajelah.
CHOW...

Friday, December 9, 2011

Buat Sendiri training Pants Anak :D

Oleh sebab aku nak mem'pottty train'kan Aqeelah. Maka aku rasa pentingnya ada training pants.
Apa itu training pants? Training pants ini adalah seluar yang di tengah nya disertakan pad pelapik untuk menyerap air kencing anak (sekiranya anak terkencing). Namun pad ini tidaklah dapat menyerap air kencing yang terlalu banyak. Cukup sekali kencing sahaja, kerana ia bertujuan agar air kencing anak tadi tidak melimpah merata-rata.
Training Pants ni tak semua orang guna. Tapi aku rasakan penting juga sebab aku MALAS nak mop lantai setiap kali Aqeelah terkencing dalam panty. Was-was air kencing tak cuci bersih. Maka dengan memakai training pants, tak adalah air kencing Aqeelah bersepah-sepah. Semuanya diserap dengan jayanya dan pada masa yang sama Aqeelah masih rasa basah dan tak selesa.
Jenuh aku surf hari tu tapi tak jumpa pula Malaysian online shop yang jual training pants, tadi baru terjumpa (mungkin keyword yang aku guna tak betul). Paling murah pun aku tengok RM12 per piece (after discount). Tapi aku dah jahit pun training pants untuk Aqeelah. So tak payah la beli lagi.
Sekarang aku akan tunjukkan cara menjahit training pants untuk anak yang baru belajar ke tandas. Aku dapat dari sini : blueeyedfreckle.blogspot

Bahan yang aku guna:
Seluar dalam kanak-kanak (aku beli di Manjaku pic Pooh RM15.90 for 3 pieces)
Kain lampin lama Aqeelah (untuk pad pelapik)

Caranya:
Lipat dua lampin kain tu. Adjust la ikut panjang yang dikehendaki.

Lipat memanjang dari sisi lampin ke tengah. Ini kena sukat lebar kangkang (crotch) panty tu, supaya tak terlalu besar atau terlalu kecil. Lipat 3 kali (rasanya dapat total 6 layer). Anggaran aku, satu lampin boleh dapat dua pad pelapik ni maka boleh guna untuk dua helai panties.

Guntingkan ia.

Tadaaaa.. dah dapat 2 keping pad pelapik.

Sekarang jahit di tengah-tengah pad tu, supaya bila dijahit pada panty nanti ia takkan lari. Kemudian kalau nak jahit tepi boleh, nak jahit zig-zag kat keliling pad tu pun boleh.

Dan jahitkan pada panty tersebut. Aku guna jahitan yang paling besar, harapan aku bila Aqeelah dah success in potty training aku boleh tetas balik pad pelapik ni dan panty ni akan jadi normal semula :D
Pastikan letak kedudukannya sesuai, tak belakang sangat dan tak ke hadapan sangat.

Ini adalah final product...

Mudahkan. Total kos dalam RM6 sahaja. Boleh la cuba ye.

Wednesday, December 7, 2011

It's Potty Time....la la la la


Sungguh lama aku tidak mengepos apa2 pun disini. Sebenarnya ada banyak benda yang nak aku kongsikan disini. Antaranya :
  • Perkembangan AQ
  • Aktiviti aku sebagai surirumah/ kapten kapal karam
  • Libur-libur famili NZ (Nazhah&Zulkarnain)
  • Aktiviti wajib : makanan & resepi
  • Bisnes (iye ke?)
Itu adalah antara tajuk secara am, dalam tajuk am tu ada banyak lagi cabang anak pokoknye.
Haish....camno ni? Kena disiplin la update blog ni.
Kesian lama sangat ditinggal dah naik kulat dan sawang dah pon.
Tak apalah aku lompat aje ke cerita aku yang terkini..nanti2 aku akan selitkan dengan kisah2 yang dah terlepas tu. Kalau malas sangat aku pos gambar aje. Aci tak (;P)
----------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah sekarang mari kita ke isi penting dalam pos hari ini iaitu
Ms.Zulkarnain Ismail a.k.a Aqeelah.

Aqeelah sudah besar. Dia sudah berumur 3 tahun genap pada 20 November yang lalu. Namun beliau masih pakai cloth diaper.
Maka misi aku sebagai ibu beliau ialah...........

Potty Train kan AQ!!!

Objektif:
(Semua misi mesti kena ada objektifkan)
AQ free diaper in 3 days.

Perkara yang diperlukan untuk potty train ialah:
Pelatih...ini dia

Training Pants/ Seluaq dalam
boleh didapati di kedai online contohnya di MomsBestGifts dan EZ Motherhood
tapi yang aku guna ni aku buat sendiri : beli girl's panties dan jahit lampin lama Aqeelah yang aku dah kerat sebagai lapik. Bley tengok kat sini


Diaper Cover/ Waterproof Cover/ Pampers (untuk waktu tidur)
boleh beli kat supermaket brand Anakku, Pureen, Fiffy (sekadar menyebut beberapa jenis) atau boleh beli online saja.

Jurulatih a.k.a Monster Mama a.k.a Mangsa Keadaan

Perkara optional:
Potty or kids toilet seat (kalau jamban kat rumah had toilet bowl nuh).

Kaedah:
Sepanjang hari....
Mulakan dengan memakaikan anak training pants atau seluar dalam
Bawa ke tandas selang 5 minit (ni yang jenuh) dudukkan atas tandas/potty suruh beliau buang air.
Bila hari berikutnya boleh jarakkan 15 minit/ 30 minit dan selanjutnya.

Waktu Tidur Siang...
Bawa ke tandas untuk buang air sebelum tidur.
Pakaikan diaper cover untuk elakkan kebocoran sekiranya anak kencing ketika tidur.
Kejutkan selepas 1 jam tidur untuk buang air.

Tidur Malam.....
Bawa ke tandas untuk buang air sebelum tidur.
Pakaikan diaper cover untuk elakkan kebocoran sekiranya anak kencing ketika tidur.
Kejutkan dalam pukul 3 pagi atau 4 pagi untuk buang air (boleh agak bila nak kejut dengan melihat pattern tidur anak).

Pemerhatian:
  1. Sila perhatikan tingkah laku anak supaya kita boleh agak bila waktu dia buang air.
  2. Aqeelah sebagai contoh : kalau berak memang tak bagi warning, some budak nyorok balik pintu la etc. Aqeelah ni tau2 her mission accomplished. So mak kena perhati bebaik atau agak bila time dia nak berak tu. Kadang2 everyday timenya agak lebih kurang sama setiap hari.
  3. Selang masa tu kalau boleh sila patuh. Risau anak ter'accident' kita yang stress nak kena lap lantai, basuh itu ini. So kalau 5 minit tu time dah tiba terus bawa ke tandas.
Kesimpulan:
  1. Daripada misi ini aku mendapati agak mencabar nak mem'potty train'kan anak yang dah umur 3 tahun lebih, sebab dia dah selesa buang air dalam cloth diaper. Tambahan pula Aqeelah baru nak belajar memahami dan bercakap maka 'task' ini lebih mencabar.
  2. Pentingnya training pants, sebab kalau anak ter'accident' maka takdelah air kencingnya bah satu rumah. Jadi tak perlu risau sebab training pants dapat menyerap air kencing tersebut tapi pada masa yang sama anak akan rasa basah dan tak selesa.
  3. Kalau anak suka cuci potty sendiri biarkan, ajar cara cuci yang betul. Mudahan dia suka untuk gunakan ke tandas dan menggunakan potty.
  4. Sabar...kunci kejayaan (aku memang failed la bab nih).

Buat masa ini Aqeelah masih belum potty train dengan jayanya. Sudah lebih 3 hari, tapi aku rasa ada ngelat jugak sebab keluar rumah kami pakai CD lagi. So tak delah fully with training pants.
Namun begitu, Aqeelah berjaya memakai training pants without peeing on it lebih dari 6 jam (dengan pemerhatian serta ketepatan masa ke tandas). Malam masih failed.
Harapnya Aqeelah akan berjaya diaperless secepat mungkin. Amin.