Wednesday, March 30, 2011

Aqeelah in Action

It's been a while aku tak ber'blog'. Ini semua semenjak jadi suri rumah takdan nak menghadap PC (nampak benor time koje dulu asyik buat benda bukan2 kt PC...bukan buat keja hehehe). Bukan takat nak guna PC, nak baca buku pun tak bley. Melambak novel aku beli tapi satu pun tak baca. Yang aku pinjam dari kengkawan pun ada juga, tapi nasib sama la terperam aje la...
bila aku baca buku dia pun nak baca buku. yang best tu buku aku baca tu la yang dia nak.
bila aku nak guna PC , dia pun merengek nak menempek sama tekan-tekan keyboard.
Oh anak mak ni....dah pandai banyak ye...tak pe la sayang cepat besar :)
Wokey aku nak share antara pic yang menunjukkan telatah anak dara aku ni.
Skang ni pakai baju adalah antara tugas mencabar antara aku ngan dia.
Boleh kata la tiap kali lepas mandi nak pakaikan baju tu nak kena berperang dulu.
Dulu la...sekarang ni malas dah aku nak berperang ngan dia so aku kasi option.
Hehehe apa lah yang aku cakap ni ye. mesti korang tak paham.
Anak dara aku yang umur 2 tahun ni dah pandai pilih baju.
Kalo apa yang aku agi tu dia tak berkenan abis di baling nya.
Last-last aku bagi la baju cam ni...


pilih la ye nak, mana satu nak....

so siap la dia jadi macam ni


Kalo apa yang dia pakai tu match tak pela, tapi kalo tak match tu...huhuhu gasak la nak, jangan pi shopping complex togel dah le.

Aqeelah juga mungkin bercita-cita nak jadi ustazah bila dah besar nanti, seperti ini

psst..ustazah ni tak pakai bajula...pakai pampers ngan tudung je..aci tak? janji tutup aurat, sebab tudung besar dari badan.

Atau pun jadi ahli forensic macam dalam citer CSI, macam ni (skill menyelongkar dan masuk ke ceruk-ceruk sulit untuk cari bukti criminal hehehe)

dalam case ini, criminal dan ahli forensic adalah orang yang sama :)

Atau jadi model..."Do you want to be on top?"



Atau pengganti chef Wan?


Jadi la apa-apa pun anak ku...asal jangan lupa "Islam itu agama ku, Al-Quran itu kitab ku, Nabi Muhammad itu imam ku". Insya-Allah selamat dunia akhirat.

Monday, March 28, 2011

Operation day (finale)

3.....okeh dah tak larat la nak membebel...
ni adalah pic on discharge day dan esoknya. Mak dan bapak aku mai datang untuk tengok cucu huhuhu
Takdelah ngeri sangat kan lukanya hhehe (macam berani)..since doc suruh jganan basahkan kepala untuk 2 weeks, kami ambil keputusan drastik untuk menggonjengkan gadis ayu itu...taraa...






Alhamdulillah...all well, ends well :)

Thursday, March 17, 2011

Operation day (part 2)

2. Ini immediate after operation dan selepas-selepas tula. Alhamdulillah semua ok. dia tak demam, tak de complication. Cuma muntah sekali je, itu sebab En. Suami punya hal. Aku suruh bancuh Rebina sikit je suku botol, di bantai nya taruk dekat penuh. Bila aku komen, En. Suami cakap "bancuhla sendiri"..erk! Budak tu pulak masih groggy tapi dah boleh minum air kosong dan makan roti sikit-sikit. Tak sampai 10 minit ...wek...abis katil sepital. Aku pandang muka En.Suami dengan pandang "kan saya dah cakap..." En. Suami pandang muka aku pas tu dia kena panggil nurse untuk cuci. Hahahha padan muka.
Oh masa nak bius Aqeelah, aku masuk la dalam prep room siap pakai baju scrub (rasa cam doktor lak sekejap hehehe). Diaorang kasi main belon etc. sebab tak nak bagi nangis, kemudian bila dah pengsan tu pakar bius tu cakap "ok..mama boleh cium baby ye"..oh tidak...aku dah sebak. My dialog "tak pelah, saya tak nak. Nanti lepas ni jumpa balik".
Lepas tu aku pi breakfast ngan En. Suami (operation kul 9.30am - 12.30pm). Bila dah sudah tu aku lepak kat ward (aku tak tau berapa lama operation ni, rasa cam lama je), alih-alih diaorang call bagi tau anak dah sedar dan menangis. Berkejar aku ke dewan bedah. Kelam-kabut sarung baju scrub. Pastu masuk dalam jumpa Aqeelah. Nampak aku terus dia diam. Lepas tu aku pangku dia dekat sejam la bagi dia tidur. Taknak berenggang. Bila dia dah ok, baru naik ward, itu pun En.Suami yang dukung naik, tak naknya dia duk dalam stretcher. Lepas tu semua ok je. Malam tu seperti biasa Aqeelah duty guard ward. Semua nurse dok tanya dia tak sakit ke, tak nak pakai baju ke (sepanjang duk kat ward sampai discharge dia cuma pakai pampers je ye). Aku malas nak paksa pakai baju , kang mengamuk dia orang kata aku dera anak pula. Tapi memang la Aqeelah relax aje. Kuat betul anak dara aku nih. Alhamdulillah.






end part 2..to be continued

Tuesday, March 15, 2011

Operation day

Well...ini dah lepas la, tapi aku rasa rugi kalo tak share. Sebab aku rasa citer ni panjang, maka aku bahagikan pada 3 posts.
Ini adalah pic Aqeelah after surgery impant kat HUKM on 17th Feb 2011.
Admitted on 16 February 2011, Alhamdulillah discharge on 19 Feb 2011.
Enjoy the pic....

1. Ini ...1st night in the museum...hehehe bukan la, 1st night in the hospital.
Ok ini memang kes dera mak from day 1 sampai discharge day. Malam-malam kul 3 pagi dia akan bangun dan ajak mak ronda ward sampai subuh. OMG!! Kul 7am baru dapat tidur. Itu pun lepas kena paksa. Pic ni nampak cam dia plan nak escape from ward kan. Hehehe. Since she still mengempeng time to so kena pose la before operation. Last Rebina pukul 4am. Last mengempeng at 6am. Punyalah susah dia nak tido, tapi ngantuk sangat pengsan jugak pukul 7 am. Tapi kesian sebab 8am dah kena bangun bersiap pi operation room.















end of part one :)..to be continued.

Friday, March 11, 2011

Finally on CI..10 March 2011

Hari bersejarah...10 March 2011.
Aqeelah mendengar buat kali pertama dengan CI nya :D
Alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih semua.
she seems happy everytime kami put on the CI.