Thursday, April 23, 2009

susu oh susu (part 2)

Semalam acara pelalian Aqeelah kat Pusrawi. So aku dan En. Suami bercuti, jadinya pagi tu memang aku tak mengepam sampai ketika aku send dia ke nursery dalam kul 1pm baru aku start mengepam.
Jadi pagi tadi ku cuma dapat hantar 4 botol X 3.5oz & 1 botol X 2oz ke nursery. Dan jangkaan aku adelah mungkin tak cukup. Dalam kul 12 lebih ku call nursery dan diaorg bagi tahu Aqeelah dah minum 2 botol (dia tengah tido time tu). Jadinya ku suruh En. Suami men'despatch'kan susu Aqeelah yang ku perah pagi tadi ke nursery. Adelah dalam 5oz. Hmmh esok harapnye tak berlaku lah lagi macam ni.
Akan ku ikut petua kengkawan semua untuk melebihkan session mengepam. Dan aku ade gak terbaca kat dalam Sue (tokey Lunatots) blog cara-cara nak membanyakkan susu. Antaranya ialah banyakkan mengepam...adeh adeh.....tabahkan lah hati aku untuk mengepam labih lagi (walaupun skang ni aku muka aku pun dah macam zombie coz tak cukup tidow).

Tuesday, April 21, 2009

susu oh susu......

semalam aku cuma bagi 4 botol susu untuk Aqeelah ke nursery. Gara-gara ari Ahad yang memang menyukarkan aku untuk mengepam (aku peratikan kalo aku tandem, Aqeelah macam tak puas menyusu...dia kencing pun tak banyak ~ antara sebab aku malas tandem). akibatnya dekat pukul 5 petang akak nursery sms bagi tahu susu Aqeelah dah habis. So aku kelam kabut solat Asar & mintak izin bos untuk balik awal (idak le awal sangat pun coz 5.40pm baru aku kuar ofis, our office hour end 5.45pm). En.Suami pun memecut motor macam mat rempit. sampai nursery pukul 6.20pm. Tengok Aqeelah diam aje, tapi akak tu cakap Aqeelah menjerit-jerit nak susu. Biasalah tu anak aku memang sudah ku tahu perangai dia kalo nak susu suara bukan main kuat lagi. Bawak balik, idak pulak dia nak susu. Dalam setengah jam lepas tu baru dia nak susu.
Disebabkan itu alhamdulillah pagi tadi berjaya aku bekalkan 5 botol susu pada dia hari ni (seperti biasa). Tapi tadi dekat pukul 5pm kakak nursery sms, bagi tahu susu tinggal sebotol. Alamak...isk nak balik awal lagi. Macam mana aku nak tambahkan lagi susu ni? Skang ni jadual mengepam aku seperti berikut:

11am
2pm
5pm
8pm (tandem)
11pm (tandem)
3am (sebelah aje coz lagi sebelah simpan untuk Aqeelah nenen malam)
6am (sebelah aje)

hasil yang aku dapat seperti jadual di atas ialah 3.5 oz X 5 botol yang mana macam tak cukup buat masa ini. Sayangibu ade suggest fenugreek....haruskah aku mencuba? tolong kawan-kawan...berikan aku semangat dan panduan..............

Saturday, April 18, 2009

Kerja & Pam

Ari khamis dah mula aku bekerja...rasa mengong gak mula-mula masuk office. Coz agak blank tak pasti apa aku nak buat. Aku sign-in PC pagi tu malangnye aku terlupa password menyebabkan ID aku kena lock. CIsss...memang potong mood betul. Lepas log complaint baru bleh bukak...so sementara nak tunggu tu adelah dalam 30 minit aku mengacau orang lain buat kerja.

Kemudian bila semua dah ok, boss aku pun mula bagi kerja pada aku... tapi aku tak tahu mengapa. Otak aku rase cam blur-blur aje gitu. So kesudahannya kerja tu semua bertepek atas meja aku (ade gak yang aku buat tapi aku akui hari pertama tu adalah amat tak produktif buat aku) sampai waktu balik. Elok la pulak lagi 45 minit nak balik tu bos panggil meeting. Pas tu dia mintak aku siapkan sesuatu...aku ni dah rase nak balik aje so aku cakap pagi esok aje lah aku serah.

Esoknya (ari jumaat) aku jadik orang pertama sampai kat ofis. Niat di hati nak pam dulu before start kerja, tapi sudahnye aku pi breakfast ngan ofismate. Nasib baik bos aku tak masuk pagi...so kerja yang dituntutnya petang semalam tu aku sempat siapkan balik dari breakfast hehehehe.........

Oh ye..alhamdulillah atas rasa ingin mencuba dan dah takde pilihan lain...aku telah berjaya mengepam kat cubicle aku. Walaupun cubicle aku tu tempat lalu lalang orang tapi aku berjaya gak melakukannya. Caranya..aku pi pasang corong ngan botol (tak sampai 5 minit) kat bilik sembahyang (jaraknye ade dlm 10 langkah dari meja aku) pas tu kembali ke meja aku pasang tube FS dan teruskan mengepam sambil jawab telefon & buat kerja. Bila dah selesai, aku tanggalkan pam tu kat cubicle aku je sebab nak tanggalkan lagi senang dari nak memasang. Sepanjang sesi tu aku cover bahagian dada aku dengan sweater tebal. Bila bos aku panggil, aku jawab ler "15 minit or 5 minit (ikut baki masa mengepam, jarak meja aku ngan bos adela dalam 5 langkah aje)". Oh hepi sungguh rasanya sebab tak perlu hilang kan diri dari cubicle lagi. Dan aku berjaya mengepam pada pukul 11.30am, 2pm & 5pm alhamdulillah dapat 3 botol 3.5oz each untuk Aqeelah.
Dan another breakthrough yg berjaya aku lakukan...pada ari jumaat aku telah mengepam sambil berjalan ke other workstation sebab ade urgent matters kalo idak tak kuasa aku nak berjalan dalam keadaan begitu (walaupun rasa kelakar, tapi aku buat bodoh aje).

Wednesday, April 15, 2009

Esok Kerja.....

Sudah beberapa hari ku tak hapdate kat blog ni. Ni semua gara-gara kegilaan ku pada sesuatu yang baru hendak aku ceburi. Nanti dah berjaya akan ku kongsi bersama di sini. Diam tak diam dah hampir sebulan setengah aku berada di rumah. Gara-gara operation cyst yang aku lakukan pada 20 February yang lalu.

Cyst tu pun tak le besar sangat adelah dlm 5 cm aje, tapi doc suruh operate gak sebab dalam cyst tu ade menda solid. Kena keluarkan sebab nak tahu ape kandungannya. Ternyatalah kandungannya ialah gigi, rambut, dan ade sel otak sikit (wah otak aku ade kat situ gak lah!! Hehehe). Daripada tak reti menyusu baring, disebabkan kena operate ni now terror dah aku bab menyusu baring nih. Buntu gak sebelum tu memikirkan macam manalah aku nak menyusukan Aqeelah coz selama ni aku memang menyusukan dia duduk. Ade gak terpikir nak bagi dia soya yelah pening camnelah aku nak susukan dia nanti. Nasib baik jugalah nursery Pusrawi sanggup amik Aqeelah untuk dijaga (mandikan, bagi feed EBM) sementara aku dalam wad tu (dengan sedikit bayaran). So aku + Aqeelah + En. Suami berkampung kat Pusrawi selama 4 hari tak salah aku. Elok jugak lah dapat bilik sorang so En. Suami memang tido kat situ, Aqeelah stay kat nursery..bila time susu atau dia menangis nurse akan bawak kat aku. Yang kelakarnya Aqeelah pun diaorang display kat dalam basinet tuh. So memang nampak pelik sikitlah coz dia paling besar..babies lain semua baru dalam 2-3 hari..dia pulak dah 3 bulan..ngeeee....Terima kasih jugalah pada Salwa & Aja. Coz aku dapat giliran FS tu pada bulan Februari. Kalo tak memang tak terpam lah lepas operation tu coz kesan morphine aku memang teruk. Flat giler....sampai pam tu pun husband aku tolong pegangkan sebelah. Kalo gunakan pam aku Avent manual tu memang tak pam ler jawab nyer.

Bos aku musti boring begitu juga rakan sekerja aku coz aku asyik cuti aje. Mana tak nye cuti bersalin from 17 November 2008 sampai 16 Januari 2009. Pastu cuti operation 20 Februari 2009 sampai 15 April 2009.

Maka esok akan bermulalah sekali lagi ragam kehidupan aku sebagai pekerja. Urrgghh boring gak rasanya memikirkan esok nak masuk ke pejabat semula. Badan pun dah naik montel coz lama duk rumah. Ingat lagi ke aku perihal aktiviti aku di pejabat tu? Maksud aku job description aku la. Mana tak nye bleh tak before aku naik kerja lepas cuti bersalin ku bleh tanya pada En.Suami " Eh ofis saya tingkat 13 kan?" Soalan mengarutkan lagi merepek....baru 60 hari cuti dah lupa floor mana!!!

Tapi aku pasti esok bos aku adalah orang yang paling gembira begitu juga rerakan se-department!! Aku kembali untuk memeriahkan dunia engkorang. YOhoo!!! Memang ku tahu mereka semua rindu kat aku. Kwang kwang kwang. Sebenarnya aku pun naik tahap tepu gak duk lelama kat umah ni.

Tapi tulah masalah jugak memikirkan nak pam susu ni. Aku risaulah tak dapat pam. Mana tak nye sebelum bercuti ni aku pam gak kat ofis tapi asyik termiss time aje. Ni aku risau perkara sama berlaku lagi. Hendaknye pulak Aqeelah tetiba nak minum banyak pulak. Ni tadi aku bagi 4 botol aje (3.5oz each)...alih-alih akak nursery sms bagi tahu susu dia dah abis kul 1.30pm tadi. Amboi awalnye abis. Nasib baik aku ade kat umah, so kakak tu dtg umah aku amik susu...aku bagi le 2 botol yang aku perah tadi untuk stok esok pagi. Stok memang tak de langsung. Aku dah le bercinta nak dapatkan 2oz. Aku estimate skang ni aku cuma leh dapat 2oz = gap 2 jam pam. So nak cukupkan tu berapa kali aku nak pam nih!!! Aqeelah minum lebih kurang 3.5oz X 5 botol sehari. Arrggggghhhh..............tak pe..takpe buat relax...pam aje lah. Pas tu minum bebanyak.

Oklah setakat tu aje...memang ku tengah tunggu Aqeelah balik untuk tandem nih. Aku tak pasti biler bleh update lagi blog ni coz taksure kat ofis yang tercinta bleh masuk blogspot atau tak.

Friday, April 10, 2009

Imej Baru

Perkara ni memang dah dekat seminggu dirancang tapi tak terlaksana. Gara-gara ade sahaja agenda lain yang menganggu gugat plan aku tu. Namun ianya berjaya juga ku lakukan bila En. Suami bercuti semalam. Akhirnya... jeng jeng jeng

sebelum....







aaaaaaaaaa.........


butaks sudah anak dare ku ini dikerja kan oleh En. Suami. Rambutnya yang tebal dan tumbuh mencacak itu sebenarnya menganggu anak dare ku itu, rashes naik kat belakang tengkuk sebab rambut dah panjang bila malam berpeluh memang tak hengat. Di tambah pula dengan tabiatnye yang suka menjeling ke atas...atas nasihat baby sitter ku "Kak Cik rasa Aqeelah ni nak tengok rambut dia kut, tu sebab suka pandang atas. Potong la rambutnye." Termakan kata-katanya aku pun mengajak En. Suami memotong rambut Aqeelah.
Bila dah separuh butaks tu aku rasa biarlah ade panjang sikit...aku tegah la En. Suami potong tapi dah terlambat..uhuk..uhuk...
Maka jadilah anak dare ku ini seperti gambar diatasssss. Nampak hensem kata jiran ku pagi tadi haahaha.
Malam nye pulak aku pi Ampang Point ade janji ngan Nonnie. Alhamdulillah ada yang sudi mengambik Pampers Comfort ku itew. Thanx Nonnie!!! Baguslah, buat menyemak mate ku aje diumah. Pas tu tapau chocolate ice blended from San Francisco ngan grilled chicken mushroom from Burger King. Malam itew aku dan Aqeelah berlomba-lomba mengeluarkan angin..gara-gara makan mushroom. Maaflah En. Suami, nasib baik tak kena pakai oxygen mask :P

Wednesday, April 8, 2009

CD yea yea

Gumbira rasa atiku hahaha. Semalam petang En. Suami membawa pulang satu bingkisan dari pejabatnya. Ternyata ianya ialah CD yang telah aku order dari Maryaa pada hujung minggu. Aku mendapat 6 keping CD berserta 12 keping insert dan sekeping insert percuma seperti dalam promosi April kat blog Maryaa.

ini adelah antara gambau CD yg sempat aku amik yang lelain tu aku dah teraburkan...isk lupo nak tangkap gambau awal-awal!

CD Crazy Momy ni lain sikit dari CD KS dan lain banyak dari Coolababy. Apa yang lainnye?.....ha tengok gambaq kat bawah yer....

nampak tak ape yang lainnyer?

Haa ade pelekat kat atas tu gunanya untuk protect velcro tab kalo time membasuh CD nih. Aku bercita-cita nak jahit benda alah ni kat CD (takut misplaced) tapi dari sehari kesehari malas lak rasanya ;P ngee...so aku kumpul ajelah benda tu setempat setiap kali pakai kan CD pada Aqeelah.

Dan ade lagi ek...aku jugak mendapat wet bag!! Hadiah di atas kebijaksanaan ku meneka-neki di blog Maryaa juge.

Haa..korang yang tengok tu jangan jeles heheh....

sangat bestlah dapat wet bag ni sebabnye memang kebetulan aku tengah berkira-kira untuk membelinya. Tapi dah dapat free nih best jugak!
Dan lagi...ade lagi benda free....(isk banyaknye benda free, naik segan lak aku ngan Maryaa)

Tada!!! Dapat nappy stacker.

Sungguh seronok la...Maryaa memang nampaknya menggalakkan aku berCD (dan terus membeli lagi dari beliau heheh ;p ) Sekarang ni semua CD tu sedang terjemur kat luar rumah. Kering nanti bleh terus pakai.
Sesungguhnya bila start pakai CD ni memang terasa aman sikit. Antara sebab aku merasa aman ialah:

1) Poket aman...dah mula kurang kuar duit beli DD (sebab aku belum fully CD so masih depends on DD, sebab kitaran hayat CD masih belum cukup bilangannya) Aku tengok pergerakan DD pun dah slow..maksudnya sehari aku cuma pakaikan Aqeelah sekeping DD itu pun cuma time nak antar ke nursery. Jadi sepeket DD 46 kpg tu bleh tahan sebulan lah!
Oh ye lagi satu poket aman sebab lepas ni tak perlu pakai nappy cream lagi!!! Kurang belanja yess!!

2) Tong sampah aman...sampah DD cuma from nursery aje (sebab kat nursery masih guna DD). Jadi balk dari nursey Aqeelah pakai DD, bile aku tukar ke CD so hari tu cuma ada sekeping aje DD dlm tong sampah. Kalo seminggu max adelah 8 keping...kan bagus. Kalo tidak kadang-kadang tak sampai seminggu tong sampah yang khas untuk DD Aqeelah ni dah penuh. Hmmh me'polute'kan alam sekitar la Aqeelah ni hehehe

3) Aku aman...sebab kemalasan aku pakaikan Aqeelah dengan insert tebal + doubler. So selalunya tahan selama 5-6 jam. Jadi sehari Aqeelah cuma pakai 4 CD kalo dia tak berak bagai. Buat masa ni dia belum pernah berak lagi dalam CD. Kalo berak max 5 CD, sebab anak dara ku itu berak skali aje sehari. Aman sebab tak perlu risau bontotnya memerah. Kalo pakai DD lelama tu aku risau gak, seperti perkara yang terjadi kat Aqeelah yang aku ceritakan kat entry ini.

Cumanya aku pikirkan bil letrik aje. Yelah, kalo bleh aku taknak la lelama sgt biarkan CD tak berbasuh. Tapi membasuh guna washing machine ni letrik nye bleh tahan gak. So aku pikir lepas ni nak basuh guna tangan aje, spin pakai mesin. Boleh kut yea? Akhir kata.......




"thanks Auntie Maryaa for the CDs & all gifts"... kalian semua sudahkah berCD?

Tuesday, April 7, 2009

Meragam??

Ntah ngape balik dari nursery semalam Aqeelah buat perangai. Bila aku tinggal kejap dia menangis macam kena cobit!! Hatta nak pegi ke meja makan yang jaraknye tak sampai sekangkang kucing pun dia mula start berorkestra. Ngeee...geramnye aku. Sampai tak bleh bergerak langsung. Solat memang dah sah-sah angkut dia sekali letak kat tepi. Pandai lak dia diam kalo aku tengah solat. Nak kata tumbuh gigi tak pandai lak aku tengok tapi memang takde demam ape pun.

Hari ni lagi teruk...sampai kul 2.00 petang tadi baru aku mandi pagi...MANDI PAGI tau! Bangun pagi awal kul 6.30am dah bangun susukan Aqeelah dan tukar lampinnya sekali. Tu pun bilik tidur tak berkemas, breakfast pun kul 11.00 am wif roti 3 keping ngan susu pekat. Time aku mandi tu dia pun nangis dan meraung sesungguh hatinya. Aku mandi lah cepat-cepat (sib baik aku bukan jenis mandi lelama). Kuar bilik air aku meluru kat dia (dengan berkemban towel) sampai aje aku tengok air mata memang takde (adelah sikit bergenang tapi tak meleleh pun..kalo dia menangis kesakitan selalunya meleleh la) alih-alih dia gelak-gelak tengok aku. Isk..aneh-aneh. Geram pun aderrrr.

Ku tepon mak kat kampung. Dia kata bawak la Aqeelah sekali kemana pun. Kalo mandi tu letak dalam stroller ke pas tu mandi sambil cakap-cakap dengan dia. Kalo masak plak bawakdia sekali kat dapur letak dalam bouncer tu...tapi janganlah dekat sangat ngan dapur. Agak-agak leh nampak aku lah. So sebab aku dah lapor, aku pun angkut lah tadi dia time sesi memasak. Memula okey..tapi bila dah nak abis masak tu dia dah mula nak start nangis... boring ler tu!! Aku pun cakap la... "tau pun boring, kan elok dok depan boleh tengok tv" (hehehe macam paham aje). Tapi kira ok lah daripada tak bleh buat ape pun. Adelah dekat 45 minit dia duk diam.

Oklah ni Aqeelah dah start enjin ni (tadi dia tengah tido hehehe). Aku chow dulu..

p/s: sebenarnya aku nak tanya pendapat korangla pas tu nak wat camne ek?

Monday, April 6, 2009

Perhatian!! (Sesiapa nak let go BP?) ->updated 10April09

Kawan saya itew sudah pun mendapat breastpump. Terima kasih kepada semua kengkawan di sini yang sudi menawarkan breastpump anda. Luv Ya!

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum semua... nak mintak tolong sikit lah.
Pada sesiapa yang nak let go breastpump (Spectra3/ PISA/ Ameda Lactaline) atau tahu kawan-kawan yg nk let go; ada kawan saya yang berminat nak beli 2nd hand punya.
Amatlah menghargai jasa baik kengkawan semua ye....kalo ada boleh contact saya di nazhah.hussain@gmail.com atau email direct kawanku haszramaiti.mustapa@cimb.com

Time kacih...time kacih!!

Friday, April 3, 2009

CD +Aku + Kami (meminjam tajuk Lia heheh)

Ini adelah topik semasa bagi ibu-ibu kat SI. Aku ni sebenarnya baru mula nak berjinak semula. First 2 cloth diapers yang aku beli adelah dari Kasihku Sayangku dan Coolababy (from Kak Liza), aku beli bulan Januari 2009. Mula-mula dapat memang teruja giler!! Rasa nak bagi Aqeelah pakai terus. Eeppp! Mana boleh pakai terus, kena wash dulu kalo tak dia tak menyerap bahan kumuh anak aku pulak. So lepas dapat ajer aku pun teruslah membasuh 2 CD tersebut. Ingat semua ni berkobar-kobar nih (macam lagu Vince..berkobar-kobar).
Hmm tapi 2 helai aje macamana nak mula berCD ni ek ??? Percubaan pertama aku pakaikan anak aku dengan KS untuk tido malam. Nampak cam ok aje, anak tak complaint pun hehehehe. Bangun pagi je..eh eh...awat bau hancing nie?? Alamak dia bocor kat tepi lah (anak aku menyusu baring mengiring), terus terpadam semangat aku nak berCD gara-gara kesalahan aku sendiri yang salah me'nyizing'kan (heheh dari perkataan sizing ye). Yela sepatutnya aku snapkan ke size S tapi aku tengok macam ketat aje aku pun buatlah ke size M, padan muka aku tido dengan air kencing Aqeelah. Tapi oleh kerna aku tak menyedari kebodohan sendiri so aku pun mengetepikan CD2 itu di dalam bakul anak aku, pendek kata pandang pun tak mo dah rasa menyesal aje beli.
Sampailah satu ketika lepas aku balik operation cyst, mak aku dari kampung mai KL untuk temankan aku barang seminggu. Masa tu aku terfikir, heheh aku nak ek lak kat mak aku guna CD ni. Yela dari simpan aje baik aku tunjuk kat dia. So aku pun pakai kan la Coolababy kat Aqeelah. Mak aku tengok macam tak heran aje...isk tak menjadi rupanya perbuatan aku nih. Malamnye aku try guna KS pulak, alhamdulillah tak bocor sebab aku dah memandaikan diri dengan meng'S' kan CD itu. Time tu aku rase "oh..bestnye pakai CD!!" Tapi malangnye mak aku tak berkenan cucunya pakai CD tu memalam hari, sejuk katanya. Betul gak.. anak aku tak muat pakai seluar kalo pakai CD, nak guna selimut alamat Aqeelah main sepak-sepak aje. Hmm...terpendam lagi hasrat aku nak pakai CD nih.
Macam mana lah nak melaksanakan hasrat murni nih....aku terpikir mommies lain kat luar sana tak de ke menghadapi masalah cam aku ni? Adakah anak mereka semua ok-ok aje memakai CD aje? Tak sejuk ke? So aku postkan soklan kat SI tanya bagaimanakah caranya untuk menangani masalah ini.!! Ada orang jawab (aku lupe sape insan ini)...pakailah leg warmer a.k.a legging!! Tada!!! oh...itu rupanya kegunaan leg warmer hehehe aku ingatkan kat oversea aje orang pakai, rupanya ade kegunaan lain gak. Namun masih terbantut hasrat aku nak pakai CD...terlupa lah, ter over budgetlah dan segala macam ter lagik.
Until aku ter nampak posting
THA pasal bowling...hm jeles ku tengok anak THA & THU memakai leg warmer yg macam pelangi. Setelah ku risik rupanya THU tokey leg warmer...ok dah ade sumber nih. So tanpa berfikir panjang aku pun terus order CD from Maryaa (3 keping aje..budget constraint maa..). Hmh aku harus melaksanakan agar Aqeelah dapat fully CD secepat mungkin. Kebetulan pulak kitaorang baru tukar from Petpet ke Pampers, malangnye bontot Aqeelah naik bintik-bintik. Mula-mula pakai cam best aje, alih-alih naik bintik-bintik. Dah lah aku beli 84 keping, nasib baik murah!!! Ni aku nak let go aje for free. Kut ade sesiapa yang mahu. Aku harap aku boleh fully CD Aqeelah paling cepat by May. Tak sanggup rasanya terbelenggu dengan harga DD yang mahal & menyakitkan bontot anak ku.
Oh ye sebelum aku terlupa....THU leg warmer 3 pcs please!!!