Sunday, September 30, 2012

Banana Choc Chip Muffin


 di sebabkan ada yang bertanya, maka aku tepekkan resepi ini di sini. 
Actually aku pun dah lupa dari mana aku dapat resepi ni, kalo tak aku tag aje.
Resepi ni boleh membuat 11 biji muffin saiz M kut lah size muffin biasa tu. Kalau nak lebih biasanya aku buat 2 kali adunan ni. Aku memang tak gandakan resepi2 aku kalau nak masak lebih, memang banyak kali kerja tapi aku tak nak mess with the recipe. Sebab kadang2 end product tak menjadi seperti yang kita mahukan. Maybe terkeras atau terlembik. Apapun choice is yours :D Selamat mencuba.

Bahan Kering:
1 3/4 cawan tepung gandum (nak pakai wholemeal flour pun boleh)
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah:
1 biji telur ayam
1/2 cawan minyak masak (sawit boleh, kacang boleh, zaitun pun boleh (semua aku dah try OK je)..seeloknya minyak jagung sebab takde bau)
1/2 cawan susu/ yogurt/ buttermilk
1 sudu teh esen vanila
---------------------------------------------------------
1 cawan pisang mashed (lebih kurang 2 biji pisang, aku guna pisang berangan)
3/4 cawan choc chip (aku guna yang half black white choc chip morsels)

CARA:

  1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 176°C
  2. Gaul bahan Kering dan bahan Basah dalam dua mangkuk berasingan hingga sebati.
  3. Satukan kedua bahan dalam satu mangkuk, sebatikan.
  4. Akhirnya campurkan pisang gaul rata dan choc chip gaul rata.
  5. masuk dalam cup kertas 1/2 penuh
  6. Bakar 22-25 minit atau sehingga tiada adunan basah melekat pada cake tester. Selalunya pada time ni dah masak dah.
p/s: kalu rasa malas nak masak tu bleh order je kat aku ni :D will bake it fresh as requested.






Wednesday, September 26, 2012

Lawatan Kali Pertama di Klinik Desa Batu 8, Gombak

My first check up was at 12 weeks. Aku saja je malas nak pergi awal-awal.
Masa datang tu memang aku bawa la segala-mala dokumen yang dia mintak macam yang aku cerita kat sini.
Tapi akhir satu apa pon dia tak mintak, just interview aje.

Masa sampai tu memang aku terpinga-pinga la juga. 
Alhamdulillah, kat klinik ni orang tak ramai hehehe. Kita biasa sangat dengar terlalu ramai orang yang nak mendapatkan rawatan kat klinik/ hospital kerajaan kan, sampai malas nak menunggu tu sebab ramai yang rela ke klinik/ hospital swasta walaupon bayaran nye ehem ehem....(tapi aku tengok kat swasta pon orang ramai juga, terutama kalau nak jumpa dengan doktor yang femes ames. memang kematu jugak la menunggu).

Klinik desa nursenya tak la ramai, maka kat reception tu masa aku sampai memang tak de siapa.
Semua sibuk dengan tugasan masin-masing.
Tapi ringankan mulut, aku tanya ajela bila nampak kelibat nurse yang lalu kat situ.
First step:
Klipkan IC dengan kad nombor dan pegi duduk diam-diam (aku nampak ada plasma board untuk Q-matic system macam kat bank tu, tapi tak fungsi. Dah rosak agaknye).

Kemudian nama aku dipanggil, dia suruh aku buat urine test dulu.
Selesai, tunggu nama dipanggil jumpa nurse ambil berat & tinggi kemudian buat buku merah.
Masa ni baru aku tahu buku tu ada 2, satu aku pegang dan lagi satu klinik yang pegang.
Aku isi detail pada buku aku & buku lagi satu tu nurse yang isi.


Jenuh juga la nak mengisi, macam2 detailsnye.
Kemudian duduk, tunggu lagi sekali. Tak lama pun, lepas tu nama aku dipanggil kali ni baring atas katil klinik dan dia cek perut. Adalah explaination pasal kanser payudara dan penyusuan susu ibu.
Akhir sekali nurse bagi vitamin pada aku, tapi aku cakap aku dah ambil pramilet so nurse bagitahu tak perlu lah aku makan vitamin yang diaorang bagi tu.
Oh lepas tu dia ada ambik darah aku dalam satu tube kut untuk test yang entah apa-apa aku pun tak tahu.
Habis.... kejap aje kan :D sebelum balik nurse pesan suruh aku ke KKIA Gombak Setia jumpa doktor untuk scan baby hari tu jugak. Dapat juga next appointment sebulan yang akan datang di KD. Kesimpulan yang aku boleh beri, nurse kat KD ni bebaik belaka. Tak dela garang pon :D credit to nurses at KD Batu 8, Gombak.


Sampai di KKIA Gombak Setia just ambil nombor dan tunggu saja. Kat sini dia pakai Q-matic system, maka nombor giliran akan dipaaparkan di plasma board macam kat bank tu.
Tak lama juga menunggu, lepas jumpa doktor scan semua OK dah boleh balik (my baby very active).
Next appointment scan at 20 weeks....can't wait to see you again baby.


Wednesday, September 19, 2012

Nasi Goreng Sempoi



Dah lama aku tak letak resepi :D
Hari ni aku nak letak resepi yang simple sesangat, tapi dijamin sedap.

Bahan:

  • Nasi (aku masak 1/2 cawan beras boleh la 3 orang makan)
  • ikan bilis segenggam
  • bawang merah 3-4 biji (dihiris)
  • cili padi 5-6 biji (hiris)
  • telur ayam 2 biji
  • garam
  • minyak masak
  • sikit minyak bijan (optional)


Cara masak:
Goreng ikan bilis guna minyak masak, dah garing ketepikan ikan bilis.
Tambah 3-4 titis minyak bijan dalam minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi (dlm kuali)
Goreng bawang & cili padi sampai bawang masak/ layu.
Pecahkan 2 biji telur ayam dalam kuali kacau bersama bawang & cili padi (kacau sampai hancur/ rata macam buat scramble egg).
Telur dah agak kering & hancur, masukkan nasi gaul rata
Perasakan dengan garam. Siap!
 * Kalau suka boleh juga ditambah dengan kacang panjang hiris (goreng sekali dengan bawang).

Sila lah cuba, tak sampai 15 minit dah siap untuk disantap. Bon Apetit!!

Thursday, September 13, 2012

Apa perlu Ibu Mengandung Buat untuk check up di KKIA

Walaupun ini adalah kehamilan kedua, namun pengalaman nya jauh berbeza.
Antaranya ialah kerana ini kali pertama aku menjalani sesi check up di klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu Anak - KKIA).
Masa mengandungkan Aqeelah aku cuma check up di klinik swasta aje (klinik panel).
Oleh itu aku rasakan perlu untuk aku tulis langkah-langkah / pengalaman aku cek di KKIA sebagai panduan dan rujukan aku di masa akan datang, juga boleh di jadikan panduan ibu-ibu yang lain.

Disebabkan kali pertama, maka aku pun haruslah selidik apa yang aku perlu buat.
Yelah aku dengar klinik kerajaan ni cerewet, nanti ada je benda yang tak cukup tak pasal-pasal di suruh balik. Buang karen aje datang :P
Jadi langkah yang aku ambil untuk menyelidik ialah:
1. Telefon rakan baik aku (Raja) dia ada pengalaman 2 anak bersalin di hospital kerajaan
2. Surf internet
3. Telefon ke klinik kerajaan berhampiran

Berdasarkan maklumat yang aku dapat, elok la PERTAMA SEKALI kita telefon ke KKIA yang berhampiran. Boleh saja nak walk-in tapi kalau tak yakin, elok lah telefon untuk mengelakkan kita mebuang masa (kiranya tersalah KKIA atau salah masa)
Macamana nak dapatkan contact number?? Senang aje, dail 100 tanyalah TELEKOM Malaysia Directory.
Macam aku duduk di Gombak. Aku pernah nampak ada klinik kerajaan di Gombak Setia, so aku call TELEKOM dan diaorang bagi aku nombor KKIA Gombak Setia. Senang kan.

Dah dapat nombor? Telefon aje lah. 
OK bila panggilan dah disambut, aku bagitahu la yang aku nak buat buku merah (sebab buku rekod ibu mengandung tu warna pink/ merah).
Perkara pertama, nurse akan tanya : "ALAMAT".
Alamat PENTING sebab kita kena pergi check-up di KKIA/ Klinik Desa (KD, bukan Kris Dayanti ye) yang terdekat dengan rumah kita. Kalau terdekat dengan office korang tu aku tak pasti la boleh atau tidak, yelah mudah untuk ibu bekerja kan checkup dekat dengan pejabat dan manalah tahu kut2 terbersalin waktu pejabat...kan senang. Elok la telefon dan tanya ye.
Aku duduk di Gombak, Batu 8. Di sebabkan termaktub (berhampiran)dengan KD batu 8, maka aku disuruh telefon ke KD batu 8. Jangan lupa mintak no telefon net KKIA yang kita di referkan ye. Kalau tak jenuh pula nak cari.
No telefon Klinik Desa, Batu 8 Gombak 03-6188 9704

Dail pulak KD Batu 8. 
Panggilan disambut, sama juga perkara pertama yang di tanya ialah ALAMAT.
Dah confirm memang dalam kawasan, maka mula la sesi soal jawab pendek dalam telefon.
Soalan yang aku tanya:
1. Waktu dan hari rawatan 
Jawapan: isnin & selasa. jam 8 pagi hingga 11 pagi

2. apa dokumen yang perlu dibawa
Jawapan: 
a)Fotokopi semua ini (sijil kahwin/ kad nikah, I/C isteri& suami)
b) sijil nikah (asal)
c) surat beranak anak yang sebelumnya. (kalau mengandung bukan anak pertama)
d) buku merah untuk anak yang sebelumya (kalau mengandung bukan anak pertama)

Itu aje yang perlu, tapi ingat lain KKIA maka lain dokumen yang diperlukan. Maka perkara yang penting dilakukan sebelum kali pertama ke KKIA ialah:
1. Dapatkan contact number KKIA yang patut dilawati
2. Telefon KKIA tersebut & tanya 2 soalan wajib yang aku tulis di atas.

Aku akan sambung mengenai lawatan hari pertama kemudian ye....keep on tuning :D


Friday, September 7, 2012

jom bersedekah


Aku perasan sekarang aku agak BERAT tangan untuk bersedekah :( dan ianya selari dengan tabiat aku yang agak sudah lama tak baca Al-Quran lebih tepat hampir 2-3 bulan telah berlalu(baca disini bermaksud membaca tafsir & memahami isi kandungannya).
Teringat masa aku bermesra dengan Al-Quran, betapa mudahnya diri ini bersedekah. Tak kira kepada siapa, masa, tempat dan amaun yang tinggal dalam dompet. Adakah keduanya berkaitan? Hanya Allah yang tahu.
Aku ada terbaca suatu kisah, seorang lelaki yang telah berkahwin namun tidak mendapat sebarang anak. Beliau menemui Rasulullah. Baginda menganjurkan beliau agar membanyakkan sedekah dan beristighfar. Selepas berbuat demikian lelaki itu dikurniakan dengan 9 orang anak lelaki!!!! 
Awesome kan faedah bersedekah.

Pagi tadi En.Suami ada bercerita kepadaku kisah Umar r.a yang menginfakkan separuh dari keseluruhan hartanya kepada Rasulullah untuk dipergunakan ke jalan Allah (banyak kan tu? Kita nak sedekah RM50 pun fikir 2-3 kali juga). Nabi bertanya “bagaimana dengan keluarga mu?”.
Umar menjawab bahawa beliau sudah membahagikan separuh lagi untuk kegunaan keluarganya.
Namun Abu Bakar r.a pula menginfakkan kesemua hartanya kepada Rasulullah juga untuk digunakan untuk jalan Allah. Kemudian Rasulullah bertanya, “bagaimana dengan keluarga mu?”
 Abu Bakar r.a menjawab ,”aku meninggalkan Allah dan RasulNya untuk keluargaku”.
Umar r.a menangis mendengarkan kata-kata Abu Bakar ini.
Bayangkan sahabat pada zaman dulu, cukup yakin dengan janji Allah akan setiap perkara yang mereka lakukan. 
Kalau sekarang cubalah kita cakap, "sayang/ mak/ weh korang, abang/ man/ aku ingat nak sedekah kan semua wang simpanan ke masjid la. boleh juga dapat saham akhirat nanti." (dialog berdasarkan perbualan berkisar dengan isteri/ ibu/ rakan).
70% - 80% balasan yang akan kita dapat ialah:
"baik la duit tu simpan asb separuh ke dapat gak dividen"
"banyak gile duit ko, ko dapat pusaka ke? weh baik ko beli iphong ke aku tengok phone ko tu pun dari zaman batu tak tukar-tukar."
"ko tak nak kawen ke? duit tu buat belanja kawen lagi bagus."
"renovate rumah lagi bagus".
Nampak kan jawapan tu mostly duniawi :D

Semoga kisah ini dapat menghidupkan hati kita untuk bersedekah. Insya-Allah.

Thursday, September 6, 2012

Cemburu...

hati manusia biasa, tak pernah lepas dari rasa cemburu. mungkin cemburu tengok jiran 

berkereta baru, mungkin cemburu dengan rakan sekerja yang baik dengan boss, 

cemburu tengok rakan2 bujang enjoy tour around the world ( Zakiah Ck ,Eyna Ahmad 

& Sue Marlboro) :P

jika rasa itu timbul dalam hati, ingatlah hadis riwayat Muslim ini...:


1. "jika salah seorang dari kalian melihat org yg lebih kaya & ganteng maka hendaknya 

melihat kpd org yg lebih rendah darinya" 


dalam satu riwayat disebutkan


2."jika salah seorang dari kalian melihat org yg lebih kaya & ganteng maka hendaknya 

melihat kpd org yg lebih rendah drnya. ini akan lebih mensyukuri nikmat Allah"


dlm kata lain,kalau rasa cemburu lihatlah bahawa ada org lain yg lebih tidak bernasib baik 

dari kita, sesungguhnya kita haruslah sentiasa bersyukur dengan keadaan/ nikmat yang telah 

Allah berikan pada kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik/ sesuai untuk kita. 

Insya-Allah.


bak kata surah Al-Baqarah:

"barangkali kamu membenci sesuatu padahal dia lebih baik bagimu dan mungkin kamu 

mencintai sesuatu padahal dia jelek bagimu".