Thursday, February 28, 2013

cloth diapering

Alhamdulillah we managed to start cloth diapering Uqail from day 1 :D Mekonium mula diberakkan dari hari 1 dan najis biasa pada hari 3 atau ke 4. Tapi memang tiap kali asyik tukar diaper la. Syukur gunakan lampin kain kalau tak memang kopak. Laundry memang everyday untuk cope dengan usaha gigih Uqail itu, kalau tak basuh tiap hari ada yang tak berlampin nanti. Uqail mula kencing pertama within first 24 hours he was born. Sekali je. Lepas tu baru mula kencing 2 kali dan seterusnya. Stash lampin kain Uqail adalah gabungan napkin biasa, prefold & AIO. Aku tak sempat kira berapa banyak diaper yang digunakan sehari,tapi rasanya dalam lingkungan 10 helai kut. Untuk membasuh lampin² ni aku mula² basuh dengan speed mode (air extra). Selesai basuhan pertama tu, aku basuh lagi sekali guna overflow rinse mode dan tambah basic H sikit. Oleh sebab Uqail ada jaundis sikit maka aku kena susukan dia dengan kerap supaya bilirubin dapat disingkirkan dengan segera dari liver beliau melalui najis. Elok pun guna lampin kain sebab bila basah, Uqail confirm bangun untuk tukar lampin secara tak langsung dapat susukan dia dengan lebih kerap. Now di hari ke 12 nampaknya mata Uqail dah tak berapa kuning. Alhamdulillah. Selain itu aku juga berjaya menggunakan cloth wipes pada Uqail. Pun buat aku rasa jimat sebab tak perlu beli wet tissue lagi. Cuma perlu cloth wipes dan sebotol air untuk spray kawasan/cloth wipes. Itu je :D pastu bila dah pakai just toss together dengan diaper kotor basuh sekali. Senang dan jimatkan.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, February 25, 2013

beraksi semula

Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik lagi walaupun usianya telah mencecah 4 tahun (February 2009 till now). Dulu berkhidmat untuk si kakak. Sekarang untuk adik/abang pula. Syukur alhamdulillah juga, aku dah selamat melahirkan cahaya mata kami yang ke dua. Uqail bin Zulkarnain, pada subuh jumaat 15 February 2013 (4:05am). Kelahiran dirumah sewa kami di kg sungai chinchin, Gombak. Disambut sendiri oleh en.suami sambil disaksikan oleh Aqeelah :D Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, February 4, 2013

Raw Milk

Alhamdulillah I'm currently at 37 weeks. Insya-Allah semuanya OK sahaja. Baru-baru ni saya sibuk mencari raw cow's milk (susu lembu mentah yang belum di pasteur atau di homogenized). Alhamdulillah jumpa :D Siapa yang nak boleh beli di taman pertanian universiti, UPM. Harganya pun murah saja 1.5 liter = RM5 sahaja. Ada juga jual susu kambing, ikan dan ayam. Juga sayuran organik. Benih pokok pun ada. Pusat jualan ni dibuka dari pukul 9am-4.45pm (tutup during lunch hour) dari hari Isnin hingga Jumaat. Kalau nak pergi, mudah melalui pintu gate yang berhampiran stadium UPM. Tapi kalau nak beli susu kena datang awal, sebab masa saya sampai tadi dah hampir habis. Pukul 10.30 pagi dah settle semua susu segar tu. Ramai peminat raw milk ni, tengok diaorang borong minimum 4 botol seorang :D

Published with Blogger-droid v2.0.8