Thursday, May 24, 2012

cucur mania


Ada yang panggil cucur, ada juga yang panggil cekodok. Apa pun ianya adalah antara makanan comfort aku.
Aku lebih suka panggil cekodok walaupun ada yang kata cekodok adalah nama untuk cucur yang diperbuat dari pisang. Pada aku semuanya cekodok, yang membezakannya cuma adunannya samada pisang, jagung, udang atau apa-apa pun.
Cekodok makanan lengkap yang paling mudah. Ada karbohidrat dari tepung atau campuran kentang, sayur dari daun bawang, kucai Dan taugeh (ada juga cekodok sayur dengan campuran kobis,lobak. Popular dengan nama bakwan).
Protein terdapat dalam udang atau ikan bilis. Bahan asas cekodok ialah tepung dan air. Ada yang tambah jagung atau campur dengan pisang, ini adalah kategori cekodok manis. Aku suka cekodok savory. Yang mana kandungan utamanya udang atau bilis campur cili padi lagi. Cicah pula dengan sos lingam, memang layan!!
Membuat cekodok tak sampai 30 minit dari mengadun sampai siap goreng (kecuali adunan yang banyak) .
Ini resepi aku untuk cekodok bilis:
Tepung
Air
Ikan bilis
Taugeh
Daun bawang
Kentang didadu
Cili padi hiris
Garam
Kiub ikan bilis (suku kiub)
~gaul semua hingga sebati dan goreng dengan minyak panas. Minyak agak2 separuh tenggelam cucur.
Bila kekuningan balik balikkan.
Boleh angkat bila dah masak.
Sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang.
Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

Heldamelissa said...

Br cadang2 nak buat esok hehehee

Marvic .. said...

hahaha.. makan sambil minum teh panas.. pastu layan buku.. heaven tu

My_Aqeelah said...

helda : aku dah 2 ari dok makan cekodok je sbb takde idea nak masak apa utk dinner :S

maria: hahaha takde masa nak baca buku la laju suap cekodok je.