Wednesday, October 10, 2012

Apa maksud bacaan Hb dan tekanan darah dalam buku merah?

Selalu lepas dapat buku merah korang belek tak? Seingat aku la masa 1st pregnancy dulu aku tak berapa tengok pon. Tengok juga la tapi sebab doktor pon tak pernah cakap apa so aku assume semua OK, tak perlulah nak tengok lama-lama lagipun aku bukannya faham :P
Tapi kali ni aku berminat nak faham apa yang ditulis dalam buku merah ni sebenarnya.
Setiap kali datang check up memang akan diambil berat, air kencing, darah sikit dan tekanan darah ibu.
Perkara ini semua akan dicatatkan. Tapi faham ke apa maksud setiap nombor yang ditulis dalam ruangan tu?
Mungkin ada yang dah faham sebab rajin belek, selidik, tanya pada nurse. Tapi aku ni malas nak kacau nurse sangat, selagi boleh korek from internet, aku akan cari sampai faham :D



Aku tak adalah nak cerita detail. Cuma sentuh sikit aje, iaitu bacaan Hb (hemoglobin) dan tekanan darah.
Bacaan Hemoglobin
Untuk dapatkan bacaan Hb, nurse di KD cuma cucuk sikit aje kat hujung jari aku ni dan dapatkan darah. Kemudian dia letak darah tu pada strip kecik dan ada reading kat situ.


Urine Analyzer
contoh alat yang digunakan

Bacaan hemoglobin untuk menentukan ibu tak mengalami anemia/ kurang darah. 
Bacaan yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter)
Bagi wanita tak mengandung pula : 12 - 15 g/dl

Sekiranya bacaan rendah dari 11 g/dl maka ibu mengandung adalah anemic.
Sebab-sebab anemic/ kurang darah:
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
Sekiranya bacaan lebih tinggi dari 12 g/dl (terlalu tinggi) maka ibu mengandung mungkin:
  • Mempunyai paru-paru yang bermasalah
  • Kurang air dan masalah lain lagi yang kalau boleh sila google untuk maklumat lanjut.
Selalunya untuk mencantikkan bacaan Hb, nurse cuma akan advise jangan skip pengambilan vitamin yang diberikan dan perbaiki diet seharian. Makan makanan yang banyak zat besi, antaranya:
  • Organ dalaman (hati, jantung, limpa)
  • Sayuran hijau (bayam, brocolli)
  • Daging
Tekanan Darah
Sememangnya aku tak faham apa maksud nombor2 pada bacaan tekanan darah. Mari kita study sama-sama ye. Bukan apa cuma sekadar untuk mengetahui tahap kesihatan kita aje.

Selalu akan dicatat begini ye, contohnya bacaan untuk tekanan darah aku:
123/78 atau 107/57
Nombor yang di atas tu dipanggil systolic, nombor dibawah dipanggil diastolic (aku warnakan systolic merah dan diastolic biru)

  • Bacaan yang OK ialah kurang dari 140 bagi systolic dan kurang dari 90 bagi diastolic.(tak boleh lebih dari 140/90 untuk salah satu nombor)
  • Sekiranya mana-mana nombor meningkat tak kira salah satu (atas ke , bawah ke) maka ibu di kira ada risiko/ menghidapi darah tinggi. Contoh 160/75 atau 123/100 (perhatikan nombor yang saya gariskan)
Sekiranya bacaan systolic/diastolic terlalu rendah pun masalah juga.
  • Ibu mengandung di anggap mengalami hypotension atau tekanan darah rendah sekiranya bacaan systolic kurang 90 atau bacaan diastolic kurang 60.(tak boleh kurang dari 90/60 untuk salah satu nombor) Contoh 107/45 atau 75/80.



11 comments:

~~IrdaBay~~ said...

waaaa.. saya dah lama cari info tentang bacaan hb ni.. tqvm ye sis... (^_^)

Unknown said...

info yg detail..thanks sharing..:)
jemput singgah ke blog saya http://aleelazain.blogspot.com

Unknown said...

info yg detail..thanks sharing..:)
jemput singgah ke blog saya http://aleelazain.blogspot.com

EmalinMohd said...

tengah cari maksud bacaan tekanan darah...thanks bagi info.. :)

Unknown said...

thanks

ima said...

Terima Kasih

Anonymous said...

Saya anak dah nak masuk 6 pun still tak amik kisah sgt psl blood pressure ni tp kalau hb tu mmg alert sbb selalu nyawa2 ikan je...10.5-11.5 je bacaan hb
thanks for sharing....this is what we called...sharing is caring,kan

Aishah Khairudin said...

Bacaan HB ni penting untk ibu hamil..sb akan ada effect untuk bg ibu mahupun bayi yang dikandung..saya pun sering mengalaminya setiap kali hamil tapi alhamdulillah anak yang ke 4 memang saya lengkapkan nutrisi dalam badan ni..sebab macam2 cara dah cuba, cara ni juga yang paling cepat dan berkesan buat saya..jemput ke blog saya juga untuk tahu kisah saya bersama bacaan Hb ni..https://vitasodap.blogspot.my/2017/01/cara-menaikkan-bacaan-hb.html..boleh jadi iktibar..

Unknown said...

Terima kasih ataa info. Sangat berguna..

Zuraida said...

Mula2 bt buku.mmg tak pernah ambk tau pun..

Unknown said...

Terima Kasih, info baik