Friday, December 9, 2011

Buat Sendiri training Pants Anak :D

Oleh sebab aku nak mem'pottty train'kan Aqeelah. Maka aku rasa pentingnya ada training pants.
Apa itu training pants? Training pants ini adalah seluar yang di tengah nya disertakan pad pelapik untuk menyerap air kencing anak (sekiranya anak terkencing). Namun pad ini tidaklah dapat menyerap air kencing yang terlalu banyak. Cukup sekali kencing sahaja, kerana ia bertujuan agar air kencing anak tadi tidak melimpah merata-rata.
Training Pants ni tak semua orang guna. Tapi aku rasakan penting juga sebab aku MALAS nak mop lantai setiap kali Aqeelah terkencing dalam panty. Was-was air kencing tak cuci bersih. Maka dengan memakai training pants, tak adalah air kencing Aqeelah bersepah-sepah. Semuanya diserap dengan jayanya dan pada masa yang sama Aqeelah masih rasa basah dan tak selesa.
Jenuh aku surf hari tu tapi tak jumpa pula Malaysian online shop yang jual training pants, tadi baru terjumpa (mungkin keyword yang aku guna tak betul). Paling murah pun aku tengok RM12 per piece (after discount). Tapi aku dah jahit pun training pants untuk Aqeelah. So tak payah la beli lagi.
Sekarang aku akan tunjukkan cara menjahit training pants untuk anak yang baru belajar ke tandas. Aku dapat dari sini : blueeyedfreckle.blogspot

Bahan yang aku guna:
Seluar dalam kanak-kanak (aku beli di Manjaku pic Pooh RM15.90 for 3 pieces)
Kain lampin lama Aqeelah (untuk pad pelapik)

Caranya:
Lipat dua lampin kain tu. Adjust la ikut panjang yang dikehendaki.

Lipat memanjang dari sisi lampin ke tengah. Ini kena sukat lebar kangkang (crotch) panty tu, supaya tak terlalu besar atau terlalu kecil. Lipat 3 kali (rasanya dapat total 6 layer). Anggaran aku, satu lampin boleh dapat dua pad pelapik ni maka boleh guna untuk dua helai panties.

Guntingkan ia.

Tadaaaa.. dah dapat 2 keping pad pelapik.

Sekarang jahit di tengah-tengah pad tu, supaya bila dijahit pada panty nanti ia takkan lari. Kemudian kalau nak jahit tepi boleh, nak jahit zig-zag kat keliling pad tu pun boleh.

Dan jahitkan pada panty tersebut. Aku guna jahitan yang paling besar, harapan aku bila Aqeelah dah success in potty training aku boleh tetas balik pad pelapik ni dan panty ni akan jadi normal semula :D
Pastikan letak kedudukannya sesuai, tak belakang sangat dan tak ke hadapan sangat.

Ini adalah final product...

Mudahkan. Total kos dalam RM6 sahaja. Boleh la cuba ye.

2 comments:

mama4A's said...

baguihnya... rajin buat sendiri.. :)

My_Aqeelah said...

alhamdulillah. dah barang ada, dan sempat maka buat lah. kalo malas memang tak buat jugak ni :)