Oh OK. Aku rasa ini mungkin adalah antara subjek yang tengah hot sekarang ni. Bila aku tengok website ni nampak macam ramai orang terdesak nak cari novel ni. Termasuk aku hehehe. Aku dah baca buku ni time sekolah dulu (dekat 16 tahun beb), aku rasa aku pun ada gak buku ni. Tapi aku tak pasti kat mana aku taruk....wujud lagi ke? Jadi disebabkan aku tertengok 'the making of' nye semalam menyebabkan aku tertarik nak pi menonton citer ni kat wayang. Tapi aku rasa terpanggil untuk mencari novel ni, membaca naskah asal. Untuk apa?? Ntahla, maybe untuk recall balik jalan ceritanya kasi datang feel balik. Ada jugak rasa nak compare kan novel ngan movie. Mana satu best....dan sama tak feel serta suasana buku ngan dalam movie. Macam aku baca buku Harry Potter adalah 10x lebih best dari tengok movienye.
Pelakon-pelakonnya pada mata aku best2. Arr...lupa pulak nak habaq mai citer ni ada kat panggung bermula 3 June 2010 ni ye.
Tak sabar pulak rasanya....tapi aku kena cek kalendar dulu (maklum la...cuti mak dah tak banyak sekarang ni!) Sat no nak pi belek kalendar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.......oh YESSS! Ari Isnin, 7 June pagi ada appointment ngan Tengku Hanim. So lepas tu bleh la merambu pi tengok movie yahooo.. Aqeelah duk umah biru baik2 ye, mak & abah nak pi nonton movie. Kalo jadi, inilah kali pertama aku tengok wayang berdua dengan en.Suami selepas melahirkan Aqeelah. nota ulat buku: balik kampung ni kena korek kotak buku lama la!!!
2 comments:
aku prefer buku sbb aku xley terima hero itu yg berlakon.. aci x?
ahaks...fayed kamel. tiap kali aku tgk muke dia sure aku nk tergelak teringat 'lelaki kucing' hahaha
Post a Comment