Semalam aku cuti lagi (abis dah cuti aku tahun ni). Aqeelah ada appointment kat Klinik Audiologi UKM, Titiwangsa ngan Cik Izati. Lagi sekali Aqeelah kena buat ujian tidur, lepas buat test tu dalam sejam lebih Aqeelah pun bangun. Ear mould Aqeelah yang buat hari tu pun dah siap. Since kami tak cukup duit lagi untuk beli alat pendengaran Aqeelah, kami just pinjam Klinik Audiologi UKM punya. Bayar deposit RM1k lepas tu Cik Izati pasangkan alat pendengaran tu pada ear mould kanan Aqeelah. Kami boleh pinjam selama 3 bulan. Kalau pulangkan dalam kondisi yang baik maka dapat balik la RM1k tu. Alhamdulillah, 1st try pakaikan Aqeelah hearing aid ni untuk sejam lebih macam ok je. Nampak dia macam tak terganggu pun, walaupun kadang-kadang alat tu tak berapa masuk dalam telinga dia.
Cik Izati suruh pakai alat tu time jaga aje. Kalau tidur kena bukak, risau anak lasak dan merosakkan alat tu. Alat tu pun tak kalis air, jadi kalau mandi kena bukak juga. Maka tak boleh tidak, kenalah aku menunjuk ajar BS Aqeelah camno nak pasangkan alat tu. Tadi time aku hantar Aqeelah kat nursery Kak Ija dah risau kut-kut aku pakaikan anak dengan hearing aid tu.."takut ramai yang nak test kang", katanya. Buat masa sekarang ni memang aku tak pakaikan lagi Aqeelah hearing aid ke nursery. Dia cuma pakai kat rumah aje. Cik Izati advice buat permulaan biasakan anak pakai hearing aid tu at least 4 hours sehari. Next follow up lagi dua minggu. Mana mak nak korek cuti lagi....kenalah ambik unpaid leave ye nak.
5 comments:
mcm mana dgn reaksi aqeelah skng? hope dia slesa & hepi sentiasa.....
aqeelah demamla lia. sejak ari isnin tu dia demam, quite tinggi jugak. tiap2 malam tido dgn towel basah & napkin basah balut badan. sian die.
syafakillah
semoga aqeelah cepat sembuh
amin, insyallah. terima kasih ye salwa.
harap aqeelah cepat sembuh ye! anak saya masa kena jaundice teruk dulu pun pernah pergi ke klinik audiologi tu huhuhu tp alhamdulillah semua ok..be strong ok.
jemput singgah my blog ya!
Post a Comment