Ari ni aku cuma dapat bekalkan 3 botol 4 oz + sebotol 2.5oz kepada BS Aqeelah harini. Runsing gak dalm hati nih. Tapi nk buat macam mana, semalam aku lepas makan ubat (sakit kepala pulak semalam) terus tido. Memang lah cuma dpt mengepam dengan sesi terhad nye. Itu pasal la hasil pun ciput. Aku pun pelik gak nape hasil kat ofis pun aku dapat ciput gak...hm nampaknye dah produksi aku dah mula merosot kembali. Dah jenuh ku telan bendi, air soya, tau fu fa, sawi, fenugreek. Tapi tak nampak hasil...memang dah ditakdirkan badan aku ni begini buat masa ni. Dan aku perhatikan ianya akan berlaku time Aqeelah nak beralih bulan.
Bercakap pasal beralih bulan, genap lah Aqeelah 6 bulan semalam. Selamat sudah dia survive selama 6 bulan tanpa makanan/ minuman lain selain susu (w/pun masa time aku pantang itu hari ade gak mak aku bagi die air masak...tapi aktiviti ini cuma berlaku 3 kali sahaja sepanjang 6 bulan umur Aqeelah). Aku pun berfikir-fikir bilalah boleh mula bagi solid food nih. Aku ade gak ushar thermos untuk food Aqeelah kat Mydin. Weekend ni nk try bagi Aqeelah makan bubur nasi lah ;)
Owh berbalik pada susu tadi....En.Suami aku bila situasi cam ni berlaku dia pun mesti suwuh aku call BS tanya susu Aqeelah. Tengahari tadi aku call, susu aku dah nak abis kat sane. So aku cakap le kat BS tu..try lah bagi dia minum Isomil (susu soya). Kalo dia tak nak, baru bagi the final bottle EBM pastu call aku so aku bleh deliver susu stok pagi ni. Aku tahu..mana-mana kengkawan yg pro BF mesti marah kan dengan tindakan aku nih.
Pastu dalam kul 3 aku cek balik, BS bagi tahu Aqeelah minum soya tu.
Sesungguhnya aku rasa sedih gak sebab Aqeelah tak dapat minum SI. Akan aku pam bersungguh-sungguh pada weekend ni agar Aqeelah tak lagi minum susu soya selepas ini (Insyaallah).
p/s: bukanlah aku anti susu selain SI, tapi selagi aku mampu akan aku teruskan!
5 comments:
Naz...
sedihnya...
sy mcm dpt rasa je apa yg awk rasa
sy tahu itu bukan menda yg mudah utk awk..
sy tahu ia amat berat
takpe Naz..
at least dah exclusive for 6 mos.
selamat berjuang Naz..
bacalah ya matiin byk2 ye
itu nama ALLAH dlm asmaul husna
insyaALLAH boleh bykkan susu..
Takpe..pasang tekad untuk challenge 'susu isomil' itu..sentiasa positif, n fikir susu ni ada pasang surutnya..keep on thinking yang kita boleh mengatasinya..adoi senang je ku cakap..huhu..tapi betul..tu yang ku lakukan..alhamdulillah ku masih lagi bertahan hampir 7 bulan ini!
Naz--> Biasalah tuh naik turun dalam bidang breastfeeding n pumping nih..BTW, aqeelah pon dah 6 bulan..lepas nih try solid food kat dia..nanti dia kurang minum EBM...so buleh cover balik stok tu kan..:)Cheer up!
jgn risau...think positive!!
anyway, tahniah ye berjaya exclusive breastfeed your baby till 6 month =)
salam.
naz... akak terkejut.. terpempan dan terkesima sekejap. Tapi bak kata Salwa, bukan mudah kan untuk Naz 'membenarkan' Iso**l tu masuk dalam perut Aqeelah. Last week akak pun hadapi situasi yang sama macam Naz. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa yang tak putus-putus pada Allah dan berkat sokongan dan doa kengkawan, akak berjaya atasi. Even sehingga ke hari ni pun stock EBM tu tinggal less than 10 oz.. sabar ye dik. Cuba lagi, kerapkan pump during office hour dan tengah malam.
Dan, amalkan Ya Mattin 70kali dan hembus dalam air macam Salwa cakap tu. Akak amalkan tu je since akak 1 sampai sekarang ni. insya Allah, susu tak berkurangan.. Good Luck!
Post a Comment