Thursday, August 4, 2011

Harap Bantu : Orang Hilang

UPDATE:

Maaflah lambat sangat nak bagitahu, En Ithnin telah pun selamat pulang ke rumah.
Kisah beliau boleh diikuti di sini: cintahati.com




Harap sesiapa yang ada ketemu dengan En. Ithnin Ngadiman ni boleh hubungi sarjan radha 0126059997 atau Puan Salwa 0133101221 atau ibu kepada Puan Salwa 0163743248.

Beliau di dapati hilang dari rumah pada pukul 3 pagi, 2 August 2011.
Sewaktu keluar dari rumah beliau memakai baju melayu merah dan berseluar hitam.

Kami sekeluarga mendoakan beliau selamat pulang dengan segera. Harap kawan-kawan dapat sebarkan ya.

Terima kasih.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 24, 2011

Antara aku dan abs Britney


Aku dalam mode exercise.
Adakah aku terlalu obses untuk kurus???

YE!!!!

Tapi paling best kalo aku dapat abs macam Britney Spears.
Leleh wa cakap lu.

Kalau berminat nak cuba boleh view kat sini.
Isk....750 crunches dalam masa 90 minit including cardio & weight lift.
Tak pe demi abs yang kencang akan aku cuba!!
Gigihnye.... (nak buat 10 crunches sehari pun tak larat :P)

Friday, July 22, 2011

Jiggle Bell...Jiggle Bell


Aku sedang sibuk mencari sports bra.

Antara main reason ialah :
Agar aku boleh posing seperti Jillian Michaels kelak

atau

beraktiviti untuk mendapat abs seperti Puan Britney Spears ;)
Hit Me Baby one more time Yeah!



Terutamanya nak mengelakkan aktiviti larian aku menjadi
aktiviti BayWatch pula :D
(kalau korang bersize seperti aku mungkin korang
faham apa yang aku maksudkan...)



Aku amat berkenan dengan Nike's Running Bra.

Malangnya online shop mereka tiada shipping ke Malaysia.
Maka aku kena lah merayau ke Nike Store yang ada di KL.
Buat masa ni online shop adalah option aku yang terakhir
kalau sports bra yang aku berkenan tu takde kat local market.

Website LessBounce.com antara website yang aku rasa
bagus untuk shopping bra online.

Ada juga di ajar cara menyukat yang tepat agar
kita tak salah pilih saiz nanti :)

Dickssportinggoods pun bagus juga, di sini ada diceritakan
lebih detail cara pemilihan sports bra.

Tahukah korang lebih dari 80% wanita memakai sports bra yang salah?!!


Antara akibat memilih saiz sports bra yang salah:
* kesukaran bernafas (bra yang terlalu ketat)
* tidak selesa (ketegangan bahu dan lengan)
* kekenduran payudara

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh refer di website ini di Sparkpeople.com.
Ada banyak maklumat dari cara pemilihan stail sports bra yang sesuai
hinggalah cara penjagaan sports bra agar hayatnya lebih panjang.