Monday, March 22, 2010

Char Koay Teow satu!!!

Siapa suka makan char koay teow angkat tangan!!
Hehehe it's one of my favourite fud. Masa aku kecik dulu takde lagi orang Melayu jual CKT ni, tak pernah dengarlah pun. Koay teow goreng. KT sup & KT tomyam tu adelah. Tapi sekarang dah melambak orang melayu yang jual CKT nih, tinggal nak cari/ pilih yang sedap jek.
Nak masak yang sejibik rasa macam beli kat kedai tak menjadi (T_T) makanya terpaksalah buat aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan untuk pencarian CKT terunggul hahaha.

Antara ciri-ciri CKT kegemaran aku ialah:
1) Berkuah (berair gitu,kalo kering jer markah potong hep pantang aku CKT kering!!!).
2) Udang & kerang mesti fresh (pastu kalo goreng jangan le sampai udang tu kering kecut gitu)


Disini aku senaraikan kedai CKT pilihan aku (anak tekak memasing berbeza jadi mungkin ade kedai ni bukan favorite korang tapi dah aku rasa sedap nk buat guano??)

1) CKT Yeop - gombak
Lokasi: senang nak cari, sebelah Masjid Taman Seri Gombak. So kalo lepas makan tu dengar azan ha pegile solat apa lagik!
Waktu beroperasi: Setakat ni aku pernah pegi time malam aje, aku tak pasti ari ape dia cuti sebab ari Ahad pun dia ada berniaga jugak.
Kedai ni baru lagi menjadi favourite aku sekeluarga. Itu pun selepas diberitahu kewujudannya oleh ex-skul mate aku kt FB die (Thanks Kak Pah).
Kedainya kecik aje...tapi CKT nye marvelous. Ada jugak jual makanan lain seperti burger, nasik lemak ayam goreng & nasik ayam tapi aku tak pernah try lagi makanan2 lain.


2) AAA CKT - Bdr Baru Ampang
Lokasi: sebelah pasar basah bandar baru ampang (open air style)
Waktu beroperasi: Beroperasi 6.30pm - selagi stok KT ada setiap hari kecuali ari Khamis & Ahad. Tapi sekarang ni aku tengok ikut sukati dia bila nak bukak/ tutup =(
Gerai ni dah lama aku aim kalo teringin nak makan CKT, aku start makan kat sini semenjak aku duk KL (2001). CKT dia MEMANG SEDDAAPPP dan selalu abish. Dia tak jual makanan lain selain CKT.

3) (aku tak tau nama apa gerai nih) - Medan Idaman
Lokasi: Dekat area medan Idaman, depan klinik Idzham kat corner ada satu gerai CKT (open air style)
Waktu beroperasi: aku tak pasti sebab pernah makan kat sini sekali jek.
Gerai ni aku rasa famous gak kut, CKT dia sedap. Tapi sebab jurujual dia cam hampeh (not really mesra alam/ customer oriented) makanya laki aku dah banned gerai nih.
Pada aku kalo ko rasa nak meniaga buatla cara nak meniaga, ni kalo meniaga tapi buat muka cam nak kena sepak memang lah takde orang nak datang. Buat customer lari aje.

4) Mali's Corner - kat Tmn Bunga Raya (open air style) & Tmn Danau Kota (restoran)
Lokasi: tu aku dah tulis kat atas tu
Waktu beroperasi: setiap hari (yang kat Danau kota tu aku rasa kalo mintak CKT kul 2pm pun dah ada jual kut).
Aku rasa kalo sebut jek nama kedai ni, kaki CKT mesti tau. Sebab berjayanya kedai kat Tmn Bunga Raya (byk student TAR College kat situ) maka diaorang bukak satu lagi outlet kat Tmn Danau Kota.
Kat kat Tmn Bunga Raya tu, nak beli CKT dia kena queue yang PANJANG (oh ye dia punya konsep kat situ ialah self service). Ada gak jual Nasi lemak ayam goreng yang mana aku tengok ramai gak yang beratur nak beli.
Rasa dia okey lah, tapi sebab panjang sangat queue aku rasa malaslah nak pegi lagi.

5) CKT Chot - Seri Manjung
Lokasi: dekat dengan Manjung Bakery (tak salah aku lah) (restoran)
Waktu operasi: Pagi sampai tengah hari, setiap hari
Kedai ni memang FOFULAR buat ex-student ITM Manjung dan orang sekitarnya. Dulu lokasinya corner lot berhampiran dengan Pej.Pendaftaran (Bang. Persekutuan). Kedai ni memang ramai yang duk lepak.
Sedap dan layanan yang mesra buat kan ramai orang sukeee dok kat situ. Ada fud lain gak cam roti canai, mee kari dan lelain.


6) CKT Pawagam - dekat panggung wayang Sitiawan
Lokasi: spt yang aku tulis kat atas leee lagipun ada SATU aje panggun wayang kat Sitiawan tu.(open air style)
Waktu operasi: 8pm - larut malam
Kedai ni dah lama ada, from time aku bujang sampai laa ni. Ramai duk lepak kat sini sebab dia open air style dan dekat tepi jalan. CKT dia sedap tapi ada rasa hangit sikit hehehe. Just jual CKT aje.

7) CKT bawah pokok - Taman Acheh Jaya
Lokasi: Kat bawah pokok kat taman kanak-kanak Taman Acheh Jaya (open air style)
Waktu operasi: Tak pasti ari apa, tapi yang aku nampak dia bukak malam je.
Aku pernah try sekali aje, sebab kalo balik kampung baik aku makan makanan yang mak aku masak kan! Tapi kesimpulannya ia akan jadi antara gerai pilihan aku kalo teringin nak makan CKT time balik kampung.

Itulah antara CKT yang berjaya menambat ati aku. Oh ye, kalo korang ade tawu kat mana lokasi CKT yang sedap, jangan segan meh habaq kat aku.

Sunday, March 21, 2010

Lampin Kain bla bla bla

Sekarang ni dah ramai yang berminat nak ber’cloth diaper’. Terutamanya sekarang ni dah ada cloth diaper (lepas ni kita sebut CD okeh) yang moden di pasaran. Lebih mudah sebab tak perlu pakai pin dan ikat plastik (ni dolu2 punya style lah), tak perlu risau akan ruam lampin sebab kain lapik dalam CD ni selalunya daripada jenis kain yang ‘wicking’ (fungsinya memastikan bahagian punggung baby sentiasa kering) dan yang paling best lebih cute sebab ada setengah CD tu ada bermacam corak (bunga, kartun dan macam2 lagi). Ada jugak yang suka sebab konsepnya yang menjimatkan terutamanya jenis One Size diaper, sebab saiznya yang boleh diubah-ubah ikut pembesaran anak lagipun kalau dijaga elok, boleh jugak diguna pakai oleh anak-anak yang seterusnya (tak payah beli pampers lagik!!)
Aku pulak minat sebab aku rasa ia cute dan of course jimat!!! Aku still beli pampers untuk guna time tido malam, travel jauh2 or kalo CD aku semua tengah di laundry, dan aku perhatikan penggunaan pampers aku automatik drop…bayangkan at Aqeelah umur 15 months tapi pampers yang 80 keping tu boleh tahan sebulan lebih hampir dua bulan sekali baru beli pampers. Target aku adalah untuk fully CD kan Aqeelah, tapi sebab stok CD aku pun tak banyak maka tak mampu lah aku nak melaksanakan impian yang satu ni. Selalu gak aku surf net usher-ushar CD kat obersea…kat Tinyta##, maaaannnyakkk yang cute bangat. Buat iman aku tergugat, tapi sebab harganya yang mahal mak nenek buatkan aku beli CD yang ade jual kat local aje. Tapi still tak berapa banyak choice dan harga masih tak berapa mampu. Biasala yang comel, corak macam-macam nika harganya pun macam-macam nika jugak. Setakat nih CD bercorak yang paling murah aku beli brand Babyland itupun sebab dia buat promo menghabiskan stok.
Jadi antara kekangan kita nak berCD nih sebab harganya yang mahal. Bila member kat office tengok CD yang aku terima via mail delivery dan diaorang tanya-tanya pasal CD, semua macam interested. Tapi bila aku bagitahu harga, diaorang pun back off. Entahlah mungkin diaorang rasa tak berbaloi beli sebab mahal lagipun leceh nak kena basuh bagai. Tapi pada aku itu semua bukan halangan, kalo part basuh tu apa nak susah washing machine kan ada. Aku bet korang semua sure ada mesin basuh (maybe orang bujang takdelah kut..tapi Kiot ko pun bujang pun ade washing machine kan =D ) jadi biarkan ajelah mesin tu yang buat kerja. Korang tinggal sidai aje…itu pun setengah tu suami or maid yang sidaikan kain…ehem..ehem.. ;P
Meh sini aku bagi tahu…kalo korang pakai lampin 4 segi yang biasa tu..alah yang cap ‘Anak kau’ tu pun boleh. Murah dan shomels jugak!! Meh acik ceritakan cara-caranya kat sini.

BerCD cara murah =) (suko la tu)

1) Mula-mula sekali kenalah ada barang-barangnya. Nampak tak apa kah barang-barangannya?

a) Lampin,

b) nappy liner (yang dalam kotak)

c) snappy (had dalam pek kecik yang ade kaler biru tu)

d) nappy cover (yang kaler biru)

e) insert CD (kalo takde pun takpe, korang bley ganti dengan additional lampin yang dilipat rectangle tebal2 ini fungsinya untuk menambah kadar serapan lampin korang nanti)

f) dan baby…ni penting kalo takde siapa pulak yang nak pakai lampin nih?

**Semua barangan ni ada dijual di kedai barangan bayi atau pun di supermarket bahagian kekanak. Kecuali baby tak dijual hehehe.

2) Pertama sekali lipat lah lampin korang tu, sesapa yang dah terer lipat sila lipat ikut kepakaran korang. Kepada yang tak terer tu bley ikut tutorial lampin101 nih.

3) Dah siap lipat? Ok ini adalah nappy liner ye…letakkan nappy liner kat atas lampin yang dah dilipat (gunanya untuk memastikan montot cute tak kebasahan).

4) Letakkan baby korang yang kiut miut tu…eh macam kenal pulak model nih =D. (Mahaple tak bley guna model sebenar coz she’s a bit cranky today). Pas tu bawak bahagian bawah lampin ke atas perut baby (pastikan kemas ye)

5) Lepas tu ambil sebelah sayap lampin dan lipat sikit ke dalam (motif untuk bagi pendek, sebab kita pakai snappy bukan pin) bawa arah ke perut baby dan tahan kat situ bersama bahagian bawah lampin.

6) Ambik sayap sebelah lagi pun buat sama jugak, kemudian pasang snappy. Mudah guna snappy ni tak perlu pakai pin, so takde kes tercucuk pin lagi ye. Cuma lekatkan satu kepala pada belah kanan/ kiri lampin, kemudian satu lagi kepala pada hujung lampin yang satu lagi. Last sekali tarik kepala snappy yang tinggal ke bahagian bawah lampin. Dah siap. Takde kecederaan =D

7) Jangan lupa kemaskan bahagian sekeliling peha baby. Sumbatkan hujung kain tu hala ke dalam peha, ini untuk mengelakkan poo-poo or urine baby terkeluar melalui celah peha.

8) Okey sekarang pakaikan baby dengan nappy cover. Nappy cover ni ada macam-macam colour, corak & size. Brand yang biasa aku nampak ialah Cuddl#s, Pur@@n & Pride&J%y. Dia selalunya dah siap berpelekat, so tak payah ajar pun korang dah terer nak pakai macam mana =P

9) Haa siap dah baby (abaikan model tambahan, inilah akibat mak yang sibuk nak amik pic untuk blog). Setakat ni rekod Aqeelah tahan pakai nappy nih up to 6-7 hours tanpa ganti dan kebocoran (maybe sebab dia bukan heavy wetter).

Nanti aku updatekan kos untuk seunit lampin ni ye. Antara kebaikan lampin ni selain murah, ia juga cepat kering. Baik lampin ataupun nappy cover.


nota sampingan: Tapi terus terang, aku just gunakan
lampin ni bila hari cuti aje. Kalau kat
nursery aku prefer guna CD commercial,
unless baby sitter korang tu memang punctual
& rajin tukar lampin. Risau buntut anak naik
ruam pulak.

Lampin Kain 101

Ini adalah tutorial untuk lipat lampin kain.

1) Lipat dua kain anda supaya jadi bentuk segi empat tepat (rectangle)


2) Ambil sehelai bahagian hujung atas (kanan atau kiri : sila abaikan budak embam yg cibuk2 tu).

3) Bawak ke bahagian yang bertentangan, sekarang permukaan segi tiga menghadap anda.

4) Terbalikkan lampin anda supaya segitiga tadi menghadap ke lantai/ bawah.

5) Letakkan additional layer (disini saya gunakan Microfiber insert yang dapat free time beli commercial CD, boleh juga gunakan kain lampin kedua yang dilipat bentuk rectangle tebal-tebal) di bahagian hujung lampin.

6) Lipat bersama hujung lampin dan additional layer ke arah tengah lampin.


7) Rupa paras lampin yang dah siap. Molek kan?!

Sekarang boleh follow cara-cara pakai lampin ini pada anak anda, disini.

p/s: Maaf kualiti pic kurang baik.

Wednesday, March 10, 2010

Dah Okey!!

Haa aku dah betulkan template aku nih. Dah boleh komen yek...haa Lia taruk banyak2 tau!! =P

p/s: cuma side bar tu ade kureng sikit...nnt aku tgk. ni tgh bz lar.

Tuesday, March 9, 2010

Session with Speech Therapist #2

Last month aku ambik cuti dengan En. Suami untuk appointment dengan speech therapist Aqeelah (tengku Hanim). Aqeelah demam time tu so just kami berdua aje yang pergi.
Masa sesi tu Tengku Hanim bawak kami tengok video. Video tu ada tunjuk kan macam mana nak train bebudak yang ada hearing problem nih.

Antaranya:
1) Guna kan 'sing song voice'- aku jarang guna tone ini. En. Suami rajin guna. Nampaknya aku kena belajar cakap macam tu dengan Aqeelah.
2) Sentiasa bercakap dari arah telinga yang gunakan hearing aid - ini supaya telinga tu dapat dengar dengan lebih jelas. Dapat tangkap voice kita.
3) Repitition - semua benda kalau boleh repeat, agar anak faham. Repeat selagi dia tak bosan.
4) sound awareness - setiap kali ada bunyi, tunjukkan pada anak dari mana datangnya bunyi tu. Cara: bila ada bunyi, tunjuk telinga dan tunjuk arah bunyi datang.
Cth: "meow" (bunyi kucing), tunjuk telinga kita (supaya anak tahu dia patut gunakan telinga untuk mendengar sambil cakap..) "Aqeelah, mak dengar ada bunyilah". (lepas tu pergi tunjuk kucing tu). "Eh bunyi kucinglah."
5) Cakap tak perlu nada kuat. Cukup cakap nada macam biasa tapi expression muka & action kalau boleh exaggerate lebih dari biasa dan jelas.
6) Setiap kali anak buat bunyi, bersuara, berbunyi sila copy bunyi itu. Supaya anak sedar bahawa dia juga mengeluarkan bunyi.
7) Hearing aid. Sila pakai setiap kali anak dalam keadaan jaga - hmm yang ini memang payah. Bukan sebab Aqeelah tak nak pakai. Tapi kami keberatan nak pakaikan during kat nursery. Risau budak2 lain main, or terpijak ke dan macam2 lagilah. Haih bila lah nak mula ni!!!!! Sekarang ni kalau time cuti memang Aqeelah pakai selalu. Dia pun ok aje, cuma kadang2 dia nak bukak tapi nampaknya dia dah tak berapa kisah.
8) Kalau anak nak bukak hearing aid, sila attract dia dengan perkara lain. Bagi dia mainan ke apa ke. - alhamdulillah Aqeelah takde masalah bab ni.

Itu antara yang aku ingat. Hari Khamis ni ada appointment lagi dengan Tengku Hanim, kena bawak Aqeelah. Nanti aku update apa yang kami buat ye.

Monday, March 8, 2010

Appointment Doc Ranjini - 8 March 2010

Alhamdulillah. Hari ni selesai sudah appointment Aqeelah dengan doc Ranjini. Dia ni doc pakar kanak2 khas berkaitan dengan saraf otak. Since Aqeelah punya nama dah di propose untuk buat CI, makanya kena buat banyak test. Lagipun perkembangan Aqeelah yang lambat menyebabkan dia kena jugak jumpa dengan pakar nih.
Appointment kami sepatutnya start 8.30am tapi sebab jalan jem gile, kami sempai kat HUKM pun dah dekat pukul 9am. Rasa bersalah jugak dekat doc Ranjini. Dia very friendly dan penerangan beliau jugak amat jelas. Doc Ranjini bagitahu jugak yang case Aqeelah special dia ambik cepat...Alhamdulillah. Kalau tidak menurut beliau Aqeelah punya case bulan Julai nanti baru akan dirujuk. Kalau lambat jumpa, lambat lagi lah Aqeelah akan dioperate. Setakat ni semuanya dipermudahkan Allah. Aqeelah punya case cepat dirujuk.
Aktiviti pagi tadi banyak kepada temuramah dengan parents dan jugak ada test2 untuk mengetahui perkembangan Aqeelah sekarang di tahap mana. Susah jugak, testnya banyak dan yang buat aku frust kadang2 tu sebab Aqeelah tak nak respond bila doc Ranjini suruh dia buat sesuatu, ini boleh menyebabkan Aqeelah dapat score yang rendah. Contohnya bila doc hulurkan kiub warna warni suruh dia ambik, Aqeelah just pandang aje. Nasib baik lepas2 tu doc dah faham 'feel' dia, doc suruh aku yang bagi Aqeelah benda2 tu semua. Tapi ada ketika Aqeelah still tak respond, agaknya dia tahu doc tu tengok so dia tak nak pegang. Rasa kelakar pun ada jugak bila doc Ranjini kena buat2 basuh tangan dan buat2 ignorekan Aqeelah, tapi Aqeelah still peek doc Ranjini. Heehehehe. So cute =D
Lepas abis test semua confirm Aqeelah ada Global Development Delay. Kemudian kami dirujuk supaya buat appointment dengan Unit Terapi Kerja UKM. Aqeelah kena buat cek mata dan blood test jugak. Nasib baik dia dah buat MRI, so tak perlu kena scan lagi. Aku berdoa supaya surgeon pun boleh gunakan MRI yang kitaorg dah buat kat PUSRAWI tempoh hari.
Tadi jugak Aqeelah dah didaftarkan sebagai OKU. Semuanya doc Ranjini buatkan. Oh ye doc Ranjini ada berpesan, kalau boleh semua rekod kesihatan, MRI yang kita ada (original) buat fotocopy banyak2. Sebabnya andaikata ada doktor2 lain mintak, bagi yang fotocopy tu aje. Original kita simpan, bukan apa takut hilang. Patient doctor bukan kita sorang aje kan... begitu juga filem x-ray. Kalau ada doctor mintak pinjam, before kita balik jangan lupa tanya bila kita akan dapat semula filem tu. Benda-benda ni penting..aku rasa dia bercakap pun berdasarkan pengalaman. So aku pun secara tak langsung menyampaikan jugak kepada korang semua maklumat ni.
Our next appointment with CDC = Child Developmental Centre; will be in October. Aku akan cuba update setiap appointment Aqeelah dan perkembangan dia dari masa ke semasa. Aku cuma mampu berdoa agar Aqeelah dimudah kan kehidupannya di dunia dan di akhirat. Amin.


p/s: Oh ye kami akan dapat another hearing aid untuk her left ear. InsyaAllah hari Khamis ni.

Pertama Kali...naik Tren

Hari ni aku & Aqeelah pi ikut En. Suami ke pejabat. Motifnya...remote Astro sudah tak berfungsi maka aku tak nak duduk rumah (boleh terima ke?)
Jadi disebabkan risau kesesakan jalan raya....................
(Le Tour De Langkawi ari ni last ye dik kang tak pasal2 trap sebab jalan tutup tak ke naya)

dan parking yang cekik darah kat area pejabat kami itu...maka kami naik LRT!!! Ini adelah kali pertama dalam kehidupan Aqeelah naik tren (tak campur sewaktu beliau masih didalam perut ibu hehehe)
amacam...ade muka cuak tak? hahahah APe lah yang bermain kat dalam pikiran dia ek?
Yang pastinya Aqeelah duk bebaik dalam tren tu...gud girl!!

Lagi satu...Aqeelah dah ade kepandaian lain taw...nak tau apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

haa..lepas ni Aqeelah bley pegi jumpa speech therapist sendiri =)


sesapa yang nak cop anak aku buat menantu boleh jugak..dia dah pandai tumbuk sambal..

Friday, March 5, 2010

Teruja!!!

Oh Aqeelah berdiri ari Rabu malam tu. Dia sibuk nak korek kotak kat tepi dinding, alih-alih dia dah berdiri. Alamak excitednye aku tengok! Tercari-cari kamera & hp time tu tapi tak jumpa pulok grrrrrrrrr....
So miss ler nak tangkap gambar dia berdiri nih. Anyway just nak bagi tahu semua yang anak aku nih dah boleh duduk sendiri sikit-sikit. So cute. Lain kali kalo aku dapat picnye aku tampal kat sini. Love you sayang.
---------------------------------------------------------------------------
*update*

Atas permintaan rerakan tersayang...ini dia pic Aqeelah berdiri huhuhu gambor profil dari belakang
(apalah mak ni.......... =D psst...sila abaikan prop2 tambahan yang bersepah tu ye..saja nak bagi efek mak sangat busy tak sempat kemas rumah =P).