Sunday, March 21, 2010

Lampin Kain bla bla bla

Sekarang ni dah ramai yang berminat nak ber’cloth diaper’. Terutamanya sekarang ni dah ada cloth diaper (lepas ni kita sebut CD okeh) yang moden di pasaran. Lebih mudah sebab tak perlu pakai pin dan ikat plastik (ni dolu2 punya style lah), tak perlu risau akan ruam lampin sebab kain lapik dalam CD ni selalunya daripada jenis kain yang ‘wicking’ (fungsinya memastikan bahagian punggung baby sentiasa kering) dan yang paling best lebih cute sebab ada setengah CD tu ada bermacam corak (bunga, kartun dan macam2 lagi). Ada jugak yang suka sebab konsepnya yang menjimatkan terutamanya jenis One Size diaper, sebab saiznya yang boleh diubah-ubah ikut pembesaran anak lagipun kalau dijaga elok, boleh jugak diguna pakai oleh anak-anak yang seterusnya (tak payah beli pampers lagik!!)
Aku pulak minat sebab aku rasa ia cute dan of course jimat!!! Aku still beli pampers untuk guna time tido malam, travel jauh2 or kalo CD aku semua tengah di laundry, dan aku perhatikan penggunaan pampers aku automatik drop…bayangkan at Aqeelah umur 15 months tapi pampers yang 80 keping tu boleh tahan sebulan lebih hampir dua bulan sekali baru beli pampers. Target aku adalah untuk fully CD kan Aqeelah, tapi sebab stok CD aku pun tak banyak maka tak mampu lah aku nak melaksanakan impian yang satu ni. Selalu gak aku surf net usher-ushar CD kat obersea…kat Tinyta##, maaaannnyakkk yang cute bangat. Buat iman aku tergugat, tapi sebab harganya yang mahal mak nenek buatkan aku beli CD yang ade jual kat local aje. Tapi still tak berapa banyak choice dan harga masih tak berapa mampu. Biasala yang comel, corak macam-macam nika harganya pun macam-macam nika jugak. Setakat nih CD bercorak yang paling murah aku beli brand Babyland itupun sebab dia buat promo menghabiskan stok.
Jadi antara kekangan kita nak berCD nih sebab harganya yang mahal. Bila member kat office tengok CD yang aku terima via mail delivery dan diaorang tanya-tanya pasal CD, semua macam interested. Tapi bila aku bagitahu harga, diaorang pun back off. Entahlah mungkin diaorang rasa tak berbaloi beli sebab mahal lagipun leceh nak kena basuh bagai. Tapi pada aku itu semua bukan halangan, kalo part basuh tu apa nak susah washing machine kan ada. Aku bet korang semua sure ada mesin basuh (maybe orang bujang takdelah kut..tapi Kiot ko pun bujang pun ade washing machine kan =D ) jadi biarkan ajelah mesin tu yang buat kerja. Korang tinggal sidai aje…itu pun setengah tu suami or maid yang sidaikan kain…ehem..ehem.. ;P
Meh sini aku bagi tahu…kalo korang pakai lampin 4 segi yang biasa tu..alah yang cap ‘Anak kau’ tu pun boleh. Murah dan shomels jugak!! Meh acik ceritakan cara-caranya kat sini.

1 comment:

zakiahck said...

ate kaedahnye om bujang zaman skarang malas nk cuci baju pki tangan..:-p