Tuesday, March 9, 2010

Session with Speech Therapist #2

Last month aku ambik cuti dengan En. Suami untuk appointment dengan speech therapist Aqeelah (tengku Hanim). Aqeelah demam time tu so just kami berdua aje yang pergi.
Masa sesi tu Tengku Hanim bawak kami tengok video. Video tu ada tunjuk kan macam mana nak train bebudak yang ada hearing problem nih.

Antaranya:
1) Guna kan 'sing song voice'- aku jarang guna tone ini. En. Suami rajin guna. Nampaknya aku kena belajar cakap macam tu dengan Aqeelah.
2) Sentiasa bercakap dari arah telinga yang gunakan hearing aid - ini supaya telinga tu dapat dengar dengan lebih jelas. Dapat tangkap voice kita.
3) Repitition - semua benda kalau boleh repeat, agar anak faham. Repeat selagi dia tak bosan.
4) sound awareness - setiap kali ada bunyi, tunjukkan pada anak dari mana datangnya bunyi tu. Cara: bila ada bunyi, tunjuk telinga dan tunjuk arah bunyi datang.
Cth: "meow" (bunyi kucing), tunjuk telinga kita (supaya anak tahu dia patut gunakan telinga untuk mendengar sambil cakap..) "Aqeelah, mak dengar ada bunyilah". (lepas tu pergi tunjuk kucing tu). "Eh bunyi kucinglah."
5) Cakap tak perlu nada kuat. Cukup cakap nada macam biasa tapi expression muka & action kalau boleh exaggerate lebih dari biasa dan jelas.
6) Setiap kali anak buat bunyi, bersuara, berbunyi sila copy bunyi itu. Supaya anak sedar bahawa dia juga mengeluarkan bunyi.
7) Hearing aid. Sila pakai setiap kali anak dalam keadaan jaga - hmm yang ini memang payah. Bukan sebab Aqeelah tak nak pakai. Tapi kami keberatan nak pakaikan during kat nursery. Risau budak2 lain main, or terpijak ke dan macam2 lagilah. Haih bila lah nak mula ni!!!!! Sekarang ni kalau time cuti memang Aqeelah pakai selalu. Dia pun ok aje, cuma kadang2 dia nak bukak tapi nampaknya dia dah tak berapa kisah.
8) Kalau anak nak bukak hearing aid, sila attract dia dengan perkara lain. Bagi dia mainan ke apa ke. - alhamdulillah Aqeelah takde masalah bab ni.

Itu antara yang aku ingat. Hari Khamis ni ada appointment lagi dengan Tengku Hanim, kena bawak Aqeelah. Nanti aku update apa yang kami buat ye.

4 comments:

zakiahck said...

okeh!!!
pas nie jupe aqeelah aku akan cube gunekan teknik2 nie yeaa...
aku akan becakap dgn penoh expresi :-D

Eta said...

salam kenal...
my son dulu ngan shereen kat hukm tu jugak.. but now dia dah stop speech therapy... more on physio n OT jek...
thanks coz follow my blog... tak update sgt pun...
anyway stay strong n stay cool...

My_Aqeelah said...

kiot @ cubolah nk juak aku tgk ko cakap dgn dia dgn penuh gaya & perasaan hehehe

eta @ salam. my DD pun kena pi buat physio & OT jugak. hmmm cuti pun dah tgl sikit. hopefully cepat dapat operation date, cepatlah sy antar surat cuti kat majikan. u too stay strong kay.

HoNeYbEE said...

salam..

kita sama gak seorang mama yg ada ank pakai CI..dh setahun tp sbb masalah yg dia hadapi trlalu rumit utk buatkn dia mendgr(he's been detact w cochlear ossification) tp alhamdulillah ada words yg dia dpt dgr cuma nk beri tindak balas tu amik msa..

speech therapy pun ngan Puan Tengku Hanim.. she's really nice and help us alot!

anyways,hopefully ur baby aqeelah dpt mndgr n brckp semula...