Saturday, March 28, 2009

Jom Bersenam

Hari ni aku berjaya jugak pergi bersenam kat Tmn Tasik Titiwangsa. Tapi Aqeelah kena letak kat nursery sat. Aku pegi dengan Encik Suami. Kitaorang sampai pun dah lambat, so pusing Titiwangsa pun setengah jalan aje pas tu sambung main badminton. Letih gak lah dah lama tak main badminton. Ini sebenarnya kali kedua aku pi bersenam dengan Encik Suami nih. Bukan ape, semenjak dah ade Aqeelah ni dah kurang peluang untuk aku bersenam. Aku tengok ramai gak orang yang bersenam kat Titiwangsa ni. Ada yang berjogging, ada yang main badminton, bersenam guna alat-alat senaman yang disediakan kat situ..ada jugak yang jalan kaki macam aku nih :) Baguslah sudah ada kesedaran dalam masyarakat kita untuk bersenam. Moga-moga kuranglah rakyat Malaysia yang obes. Jadi apa lagi, marila kita sama-sama bersenam!

p/s: Masa ambil Aqeelah dari nursery tadi akak tu cakap diaorg memang tak bukak ari Sabtu. Ari tu kebetulan la pulak ada beberapa parents (cikgu) antar anak sebab ada sukan. Tengah buntu siapa nak baby sit Aqeelah lepas ni :(

2 comments:

Shinta Musraika said...

kwn ku slalu panggilk gi jogging lepas keja tapi ku tak dapat. time table ku ketat sangat.. bila la lemak yg berlipat2 ni akan mencair...

My_Aqeelah said...

-> shinta
ajakla husband tersayang