Thursday, March 26, 2009

Aqeelah @ Home

Minggu ni Aqeelah duk umah lagi nampaknya. Last week duk umah sebab batuk & selsema, skang ni pulak sebab budak nursery dia ada yg kena demam campak so mak cik penjaga tu suruh Aqeelah stay ngan aku kat umah aje. Yelah memandangkan aku cuti. Lagipun mak budak yang demam campak tu cikgu so mak cik penjaga tu serba salah nak suruh mak budak tu cuti coz sekolah baru aje bukak. Jadi Aqeelah duk umah lagi dengan aku minggu ni. Sepanjang dia duk umah ngan aku ni ada gak problemnya yang berkaitan dengan sesi pam aku. Kat bawah adelah jadual pam aku kalo Aqeelah kat nursery:

6.15am : 1st Session
9am - 11.30am: Hyperstimulation (15min pam x 4 session wif selang masa 15 min rehat)
1.30pm : 2nd session
4.30pm : 3rd session
8pm: 4th Session (tandem dengan Aqeelah)
11pm or 12pm : 5th Session (tandem dengan Aqeelah before tido)


Bila dia dah ade kat umah ni kemalasan mengepam mula melanda...antara alasan aku (hehehe):

1)Nak tandem Aqeelah tak larat coz dia dah berat & suka membuat aksi stunt atas riba aku so nak memangku tu leceh sikit.
2)Aqeelah suka nak berkepit, biasanya aku menyusu dia secara baring susah sikit dia nak stunt...macam mana aku nak tandem kalo baring???
3)Bila aku nak pam aje Aqeelah mula start enjin... (huhuhu alamak nak kena tandem ke?)
4)Pokoknya aku malas nak tandem!!!!


Aku tahu direct feed is the best. Tapi aku kena gak pam untuk buat stok Aqeelah iyelah kang aku dah naik kerja tak ke parah..lagipun tak best la pam untuk stok cukup makan untuk hari berkenaan aje. Aqeelah pulak jenis tak berapa nak suck kuat so susu aku tak delah meriah macam setengah mommies tu...jadi masa dia takdelah aku cuba nak banyakkan produktiviti dengan buat hyperstimulation sementelah aku cuti ni. Sebagai preparation dah naik kerja nanti.
So hari ni pun aku dah malas nak pam. Esok aku nak mula balik jadual pam yang betul seperti berikut:

6.15am : 1st session
11am ~ 11.30am : 2nd session *
1.30pm : 3rd session *
4.30 ~ 5pm : 4th session *
8pm : 5th session *
11pm ~ 12pm : 6th session *
3.30am ~ 4am : 7th session


semua tanda * tu aku nak tandem. dan aku nak pastikan jadual ni aku follow time Aqeelah ade dan dah naik kerja nanti. (Ya Allah kuatkan lah hati ku ini...Amin)


4 comments:

Hayatie said...

hi, my_aqeelah, wah byk lah koleksi BP yer. Takpe, apa sahaja tuk Aqeelah kan. Ku pun ngidam nk beli FS,huhu bila lah gaknyer!Rajin2 kumpul stok! Biar nangis sbb buang stok, jgn nangis sbb tak cukup stok.. :)

My_Aqeelah said...

-> Hayatie
Hu hu hu..bersamalah kita menambah koleksi stok pam. Ku respek dengan dirimu yang sungguh-sungguh mengepam tu sampai 30 oz sehari. Ku nk dpt 15 oz sehari pun terhegeh-hegeh ;P

lia said...

betul ckp hayatie 2.. biar nangis buang stok dari xcukup stok he3... sbb da bgelen2 airmata ku tumpah sbb xcukup stok ;p

My_Aqeelah said...

->lia
takpo...jangan give up. ku pernah mengalami saat2 susah hati stok cukup makan. ade hari yg stok kurang dari biasa, dah lah backup pun habis itu ajelah yang ku hantar kat BS. Magicnye ari tu banyak tu yg ku antar dan banyak tu aje yang Aqeelah minum (wpun kurang dari biasa). Amsyar dh bleh makan solidkan, jangan risaulah Lia!

-> Hayatie
Azri pun tgh mengira hari nak makan solid tu..