Wednesday, May 5, 2010

My Time Management (hmm?)

Aku tak tahu kenapa sekarang aku malas ya amat nak update blog. Mungkin sebab masa aku yang tak berapa cukup dalam sehari sebab ketak'teror'an aku menguruskan masa (ugh...bab time management nih memang aku hampeh). Namun aku tak pasti kalo aku diberi extra 4 jam sehari adakah aku boleh settlekan semua perkara yang aku rasa aku patut buat. Oleh sebab merasakan dah lllaaaamaaa sangat tak update log maka nak tak nak kena lah ber'blog' from office, so blog aku memang mostly just plain. Cuma tulisan tanpa imej2 menarik cam blog orang lain (sebab kat office ni segala macam aktiviti upload & d/load picture adalah dilarang).

Kadang aku rasa semua benda aku nak kena buat, ini akan mengakibatkan aku tensi dan lantas lemah-lemah sendi cuma dengan mengenang senarai benda yang aku NAK buat. Berikut adalah senarai benda yang aku RASA NAK buat setiap kali sampai ke rumah selepas balik kerja:
1)nak kena sidai kain (kalo aku basuh kain pagi sebelum ke ofc, nasib baik ade mesin basuh kalo tak #@*!!^)
2)masak (asyik makan kedai rasa bosan lak kdg2 tak tau nak order apa).
3)basuh pinggan-mangkuk (lepas masak dan makan dah tentu kena membasuh pulak kan)
4)lipat kain-baju (dah kering kena lah lipat, kalo tak ada yang masuk acara mencari harta karun dalam bakul baju pulok)
5) iron baju ke ofc *
6)siap baju anak utk nursery esok (ni kadang2 aku pack utk seminggu kalo aku sempat lipat baju awal minggu)
7)mandi *
8) solat *
9) layan/ main ngan anak *
10)tengok tv *
11)surf net - cek email, layan FB & blogging (FB & cek email kena buat using mobile fun jek, blogging kim salam laa...oh bestnya kalo ade i-pong atau fun2 yang bleh blogging. Fun yang ade skang ni cover bateri pun dah ilang isk)
12) knitting (tak abis2 lagi ...amoi kedai tu mesti pelik apsal aku dh lama tak mai sambung kelas knitting)
13) menjahit (oh kain yang tak berjahit..laki aku siap perli dengar mesin jahit tu menjahit sendiri malam2..hahaha)
14) tukar pampers anak before tidor *
15)bersenam (selepas dapat komen2 tak sayang mulut yang aku sedang mengandung anak kedua..cis!!!)
16)kemas rumah ala kadar (nak bersih menciut cam iklan GLO* tak dan weh sebab setiap kali kemas ada aje tukang sepah tak bergaji).

Panjangkan 'to do list' aku. Tapi yang mampu aku buat setiap hari ialah yang bertanda '*' aje, semua yang bertanda '*' adalah wajib untuk aku buat setiap hari, tidak boleh tidak. Perkara lain-lain tu aku duk tangguh-tangguh carry forward ke depan dan depan sampai kadang jadi 'bad debt'. Hahahah. Time tu barulah rasa macam nak mintak tangan tumbuh lagi 2-3 pasang or terpikir best gak kalo ada klon barang 3-4 orang.
By the way itu adelah list sebelum masuk tidur ye...list after bangun tidur pun lebih kurang sama gak sebab perkara yang tak sempat buat before tidur tu aku carry forward bila mate dah celik. Dan bila mata dah celik terkocoh-kocoh siap nak ke'ofis' sebab budak tecit tu dah bangun dan nangis2 nak maknye teman makan biskut dan berbagai acara sampingan lain (seperti kejut en.suami solat subuh, kejut en.suami mandi pagi..haih tambah lagi list kerja aku) kena carry forward la pulak ke malam hari.
Mana nak sudah kerja aku ni? Ohh aku bukan mengeluh tapi cuma terfikir lah macam manala agaknya ibu2 bekerja yang lain uruskan rumah tangga ye? Boleh ber'blog' bagai, masak-masak..main dengan anak lagi...oh sungguh indah dan bahagia rumah tangga mereka. Sedangkan aku setiap hari kul 10pm dah rasa cam 'high' ...hahaha.
WAAAA!!! (T_T) (sob sob...sedih memikirkan keadaan rumah sendiri yang macam tongkang pecah).

2 comments:

lia said...

ko nk berenti kerja da ker? aku nk ikut berenti boleh x? xtahan da kerja la hu3...

My_Aqeelah said...

hehehe ko rindu kat amsyar ek. kalo takde sebab tak yah le bewenti lia. aku blum boleh berenti lg. selagi tak confirm bila nak operate si tecit tu, memang tak bley berenti la. aku berat ati nak berenti, tapi laki aku dok bising suwuh berenti. nak suruh aku jd isteri mithali la kut. ahahaha