Thursday, January 21, 2010

Don't like it Tau #2

Semalam adalah kali pertama aku NAK naik bas balik ke rumah aku kat Gombak. Itu juga adalah kali pertama aku NAK naik bas sorang diri selepas berkahwin (wei dah 2 tahun kawin maknanya dah 2 tahun gak lah aku tak naik bas, dah tahap jakun + gelabah gile).

Sebenarnya aku memang dah plan trip aku nih (huhuhu macam nak pegi vacation siap plan trip), bukan apa takut sesat atau tak sampai rumah kan dah satu hal. Puncanya En.Suami yang tak boleh balik awal sepanjang bulan Januari ni, kerja punya pasal. Tak sanggup nak tunggu sebab ada ketika kul 11pm baru dia sampai kerumah tu yang aku kena balik sendiri ni.

Sebelum ni aku balik tumpang member aku, dia on the way balik ke Rasa lalu kut Ulu Yam jadi dia tumpangkan aku sampai dekat2 area rumah aku jugakle. Tapi semalam adik ipar dia tumpang dia balik, so aku kena balik sendiri lah.

So dengan semangat waja..aku keluar dari ofis tepat2 jam 5.45pm. Naik STAR sampai Titiwangsa dan tunggulah bas U12 kat depan bus station Pekeliling tu. Almost 6.30pm sebijik bas U12 pun tak nampak. Aku dah menggelabah, sebab kalo tumpang orang by 7pm aku dah sampai kat rumah dah. Aku gamble jalan kaki kat belakang flat Pekeliling lama tu dalam hati nak pegi tunggu dekat 7E opposite HKL (kat situ pun bas tu lalu jugak). Jalan tu sunyi gak tapi hari cerah lagi, so aku jalan laju-laju. Aku tak pasti sebenarnya jalan yang aku lalu ni tembus atau tak ke tempat yang aku nak tuju, main belasah aje coz dah tak sabar nak tunggu kat Titiwangsa lagik!! Akhirnya sampai gak, dekat aje rupanya (5-10 minit dah sampai).

Pas tu aku tunggula kat situ. Ade jugakla bas Me Tr# 91 lalu, tapi aku eksen tak mo naik sebabnya korang paham la kan Me Tr# ni kang tak tentu dia nak jalan cepat. Ikut suka dia ajelah, kalo rasa nak duk kat bus stand tu 20 minit pun ikut suka dialah. Jadi aku tak mau naik. 3 buah bas no 91 dah lepas. Tapi bas U12 masih tak nampak bayang. Aku amat tak puas hati, maklum le sebelum naik bas nih aku dah duk tertenggek kat website R#PIDkl dekat tiap hari (yerlah dok hapal number bas dan kat mana dia stop..wateverrr)

Percaya atau tak, pukul 7.15pm aku masih ade di bus stand itu. En. Suami call tanya dah balik belum. Aku pun bercerita dengan perasaan geram dan sakit hati. Last-last "awak tunggu lagi 20 minit saya sampai". Tak pasal-pasal En.Suami kena balik awal sebab tak mahu aku duk kat bus stand lagi. Pukul 7.45pm En. Suami tiba dan aku balik juga akhirnya dengan motorsikal...GERAMNYA




nota bengang: hingga saat aku naik motor aku masih tak nampak


bas U12 tu...pada aku ia bukan R#Pid tapi STUPID!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Buat orang confuse dan duk tgu bas dalam kebodohan. Teruk tau!!! ~25 Feb 2010

4 comments:

Anonymous said...

waa..kalo jalan tu dah lama sampai dah..

My_Aqeelah said...

mama-miya->uhuhuhuk yup! rasa nak jalan kaki ajerr (drama sikit) :P

lia said...

errrr rapid ada tukar laluan bas tau.... sbb masa aku kerja opis lama, dekat sejam aku tunggu bas tu tp xde... last2 aku tnya, depa ckp bas 2 da d hentikan perkhidmatan sbb xramai org naik tp xde notis yg d letakkan... depa ckp ada laluan yg depa tukar jugak....

hangin aku tau...

My_Aqeelah said...

lia->eh mengong punya Rapid. aku dah refer dia punya website. at least kalau tukar laluan pun updatelah dalam website. idakle aku tunggu cam bengong! ah taknak naik rapid! biarlah aku naik metro ajer. buduh rapid!!!