Wednesday, June 22, 2011

Nur Kasih The Movie (T_T)


Berpeluang menonton movie sekian kalinya dengan kengkawan tercinta. This is the 1st movie outing with frens selepas bergelar isteri & ibu. Maka elok lah movie yang dipilih ialah movie yang menarik & sesuai di tonton tanpa kehadiran En. suami (yg akan dok kondem & gelakkan aku) serta Aqeelah (yg bisa mengganggu konsentrasi hamba).

Tarikh dah ditetapkan sebulan sebelum actual our viewing (sangat gelabah kan) iaitu pada 5 June 2011. Iyala aku kena set date betul2. Kang clash nak balik kampung la, nak pi kenduri la ate macam-macam hal.

Alhamdulillah selepas aku tepis segala nya dan atas keizinan En. Suami (walaaupun dia banyak kali psiko aku di saat-saat terakhir dengan dialog "kesihan Aqeelah"...tapi hati ku telah nekad dan bulat HAHAHAHA) jadi juga program aku ni.
Malangnya 2 insan yang memulanya beria nak pergi tak dapat hadir. Orangnya ialah Cik Kiot & Puan Nadia. Takpe la korang beli la DVD ye buat nonton cerita ini kemudian ye (kalau ada keluar la pun). Aku pergi menjolikan diri bersama Cik Eyna & Cik Su sahaja. Oklah tu, daripada aku pi tengok movie sengsorang lagi tak feeling.

Terus terang dari start movie sampai abis air mata aku meleleh aje la. Ceritanya menyentuh hati aku (hati orang lain aku tak tahu la). Pada aku semua pelakon memang memberikan yang terbaik. Lakonan mereka amat terkesan dalam hati aku. Babak NurAmina (lakonan Tiz Zaqyah) ketika dan selepas keguguran. Babak Aidil (lakonan Fiz Fairuz) & NurAmina masa beliau lafazkan janji untuk menjaga NurAmina seperti mana yang dituntut oleh Adam. Ish automatik aku tulis ni pun rasa macam nak menangis. Member aku tegur, aku jawap lepas bersalin ni aku senang sangat menangis...urat air mata aku banyak putus kut :D

Memang habis aje cerita tu ada perasaan ntuk menontonnya lagi dan lagi. Bahkan aku dah cuba meracun cik Kiot untuk ponteng kerja untuk merealisasikan niat ini namun gagal (mungkin racun ku tak cukup kuat...arus ku tabur Puradan atau Round Up aje hahaha kasi mati itu rumpai!!!!).
Kalau ada DVD nya harus aku beli dan tonton lagi dan lagi dan lagi......
Keseluruhannya aku simpulkan ini bukan Islamik movie. Barangsiapa yang berniat nak tonton Islamik movie dengan menonton filem ini hentikan le. Korang tengok pelakon ni semua bukan muhrim berlakun pegang-pegang tu kira Islamik ke? Ingat niat tak menghalalkan cara.
Tapi ianya sebuah kisah cinta yang agung dan tulus. Jadi kalau nak tonton sila tonton dengan hati yang terbuka, jangan kang dah abis movie korang duk kutuk movie ni tak cukup Islamik bla bla bla.
Aku bagi 5 bintang untuk Nur Kasih the Movie sebab aku suka jalan ceritanya (dan aku bukan ustazah).
Published with Blogger-droid v1.7.2

8 comments:

lia said...

Akhirnya ko wat kemunculan smula...

Ktorg Alhmdlh sihat, cuma aku kurang kaseh syg, Mr Fallah outstation ha3

Aqeelah cmner? Sihat? Ko da boleh jd 100% surirumah, cter skit pengalaman slain tai chii dgn aqeelah nak pakai baju he3

ck said...

cehhh..finally kuar suda entry ko eh..owhhh..memba ko tu pn x dapek eaa..

Uwaaaaaaaaaa..mmg sampai sudah ku tak sempat tgk ini movie..sunggoh keji position aku! :p

Okeh carikk CD lah!! Yeheee..:D

Marvic said...

aku pon dh tengok citer tu dgn bf and dan2 masa tu jugak aku tanya kat dia sayang kat aku ke x mcm kat movie ni' jawab dia.. "dah2..jgn nak samakan movie dgn kita" kwang kwang kwang..hahaha

p/s: hati aku pon turut tersentuh :)

My_Aqeelah said...

lia: pengalamn jd suri rumah? sama mcm time kerja dulu cuma minus office hour, plus extra time to makan, tido, tv & lepak ngan anak which equal to adding kilos!!! T_T
kalo anak more than one boleh la kurus kut sebab tak terlayan.

My_Aqeelah said...

kiot : hmmh. sudah ku update di twitter buleh la ko tonton kt tonton.com ye. dvd lambat lg kut.

My_Aqeelah said...

marv : tu la pasal aku malas tgk ngan my bf. potong feeling btul. isk. hehehe. tp mmg syahdukan. oh aku sgt jiwang karats.

Marvic said...

bila la org lelaki ni betu2 tersentuh hati jiwang karat dorg tu? nak gak aku tengok air mata jantan tu kuar

My_Aqeelah said...

mv: hahahaha susah tau. nasib baik je kut kalo ko dpt tgk dia nanges. tapi aku rasa tak payah la, bukan apa orang macam ni better lagi sebab bila dia nangis tu kita tau dia benar-benar hurt. dari yang mudah nanges cam tak sesuwei la pulak.