Tuesday, March 31, 2015

Aku suka Cloth Pad!!

Datang haid dan perempuan tak dapat dipisahkan; kecuali jika kamu dalam golongan budak tak cukup umur, menopaus atau mengandung.
Hampir setiap bulan ia adalah perbelanjaan yang pasti untuk membeli tuala wanita atau nama lainnya pad (bukan writing pad atau iPad). Dan ada berbagai jenama tuala wanita di pasaran. Ada yang jenis gel, ada yang jenis cotton, ada yang jenis plastik, ada yang bersayap dan macam-macam lagilah. Tapi yang pastinya ianya mesti dibeli, dipakai dan diBUANG setiap bulan.


Masa sekolah dulu (aku dok asrama), aku terjumpa akak yang gunakan kain batik lipat-lipat jadi pad.
Aku rasa macam tak yakin, macam boleh bocor aje. Lepas tu rasa leceh sebab kena basuh agak tak sesueeeii dengan rutin harian aku yang sibuk di sekolah (hahaha duduk diasrama dah la kain baju spenda semua kena basuh sendirikan, handwash lagi...nak pulak tambah dengan membasuh kain pad....err thanks but no thanks...ehem2 malas sebenarnya).
Jadi kes akak tu agak aneh dan kuno bagi aku (jeng jeng...sebenarnya spesis akak tu lah yang bijak) sebab aku dah didedahkan dengan penggunaan pad moden sejak dari hari pertama datang bulan.

Namun.....

Selepas hampir 18 tahun menggunakan tuala wanita pakai buang, hati aku digerakkan untuk mencuba tuala wanita kain atau nama glamournya CLOTH PAD :D
Percubaan pertama aku adalah dengan mencuba panty liner kain brand Saffa pada 2010; aku beli disini http://mum7kids.blogspot.com/ (aku tak pasti pemiliknya masih beroperasi ke tidak).
Aku mendapati ianya amat menjimatkan, yelah panty liner paling tak pun dipakai 2 keping sehari masa keluar atau bekerja. Tiap-tiap hari buang macam tu je dalam tong sampah. Urghhh rasa membazir sangat tau dan sebagai info aku masih pakai panty liner yang aku beli pada 2010 tu sampai sekarang (2015).


Lepas tu baru aku berani cuba cloth pad sebenar untuk datang bulan. Memang la rasa macam tak yakin je mula-mula tu, bila dah cuba baru tau.
AKU SUKA SEBAB:

1. Memang amatlah SELESA (yela kain kan takdelah rasa macam pakai plastik/ kertas dalam spender tu),
2. TAK BOCOR (dengan syarat tukarlah pad selalu ye. Even kalau pakai pad disposable pun rajin lah tukar, walaupun dia kata tahan lama lah serapan berjam-jam lah hish gelilah. Jangan jadi pemalas dan pengotor.)
3. COMEL (ada macam-macam warna dan corak, tiap kali datang bulan rasa tak sabar nak pakai yang mana satu rambang mata oooo)
4. JIMAT

Aku sangat suka kat cloth pad ni sampai aku siap cuba jahit sendiri untuk pakai. Tapi paling mudah beli aje la kan.

Sebelum post aku jadi meleret aku berhenti disini dulu. Nanti aku update lagi dari segi penjimatan, cara penjagaan, pemakaian dan sedikit info-info lain berkaitan cloth pad.
By the way aku tak jual cloth pad :D aku share sebab aku suka.

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Pengedar Shaklee Malaysia said...

oooo baru tahu.. 1st time nampak ni.. huhu