Sunday, July 24, 2011

Antara aku dan abs Britney


Aku dalam mode exercise.
Adakah aku terlalu obses untuk kurus???

YE!!!!

Tapi paling best kalo aku dapat abs macam Britney Spears.
Leleh wa cakap lu.

Kalau berminat nak cuba boleh view kat sini.
Isk....750 crunches dalam masa 90 minit including cardio & weight lift.
Tak pe demi abs yang kencang akan aku cuba!!
Gigihnye.... (nak buat 10 crunches sehari pun tak larat :P)

Friday, July 22, 2011

Jiggle Bell...Jiggle Bell


Aku sedang sibuk mencari sports bra.

Antara main reason ialah :
Agar aku boleh posing seperti Jillian Michaels kelak

atau

beraktiviti untuk mendapat abs seperti Puan Britney Spears ;)
Hit Me Baby one more time Yeah!



Terutamanya nak mengelakkan aktiviti larian aku menjadi
aktiviti BayWatch pula :D
(kalau korang bersize seperti aku mungkin korang
faham apa yang aku maksudkan...)



Aku amat berkenan dengan Nike's Running Bra.

Malangnya online shop mereka tiada shipping ke Malaysia.
Maka aku kena lah merayau ke Nike Store yang ada di KL.
Buat masa ni online shop adalah option aku yang terakhir
kalau sports bra yang aku berkenan tu takde kat local market.

Website LessBounce.com antara website yang aku rasa
bagus untuk shopping bra online.

Ada juga di ajar cara menyukat yang tepat agar
kita tak salah pilih saiz nanti :)

Dickssportinggoods pun bagus juga, di sini ada diceritakan
lebih detail cara pemilihan sports bra.

Tahukah korang lebih dari 80% wanita memakai sports bra yang salah?!!


Antara akibat memilih saiz sports bra yang salah:
* kesukaran bernafas (bra yang terlalu ketat)
* tidak selesa (ketegangan bahu dan lengan)
* kekenduran payudara

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh refer di website ini di Sparkpeople.com.
Ada banyak maklumat dari cara pemilihan stail sports bra yang sesuai
hinggalah cara penjagaan sports bra agar hayatnya lebih panjang.


Tuesday, July 19, 2011

Ada Berani?

En. suami marah aku tengok cerita hantu
anak aku macam suka tengok cerita hantu dan tak takut
Aku ... suka tengok cerita hantu tapi penakut

Aku menyampah tengok cerita hantu yang bodoh



Aku suka tengok cerita hantu Siam, especially yang ini



Penangan cerita ini aku tidur kat rumah seminggu on lampu
padahal aku paling pantang kalau tido bukak lampu
(masa ni aku bujang lagi ye, dan duk rumah sewa sorang diri)

Scene yang paling horror bila dia main tarik-tarik selimut. Isk...takboletido...




Aku masih ketagih menonton cerita hantu.
Tapi tak ada siapa nak layan addiction aku.

En.suami tak nak anak aku tengok sebab tak nak anak aku takut hantu
Tapi aku rasa Aqeelah ok..macam Bo dalam Monster inc :D


Sekarang ni dah banyak cerita hantu.
Dan banyak juga lah cerita hantu yang aku tak dapat tengok :(





Aku rasa filem Malaysia dah banyak berkembang bab-bab filem hantu ni.
Okla, tak adalah kalau pegi cinema nak tengok cerita hantu
tapi dalam panggung ketawa pulak macam tengok Senario the Movie.