Thursday, September 13, 2012

Apa perlu Ibu Mengandung Buat untuk check up di KKIA

Walaupun ini adalah kehamilan kedua, namun pengalaman nya jauh berbeza.
Antaranya ialah kerana ini kali pertama aku menjalani sesi check up di klinik kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu Anak - KKIA).
Masa mengandungkan Aqeelah aku cuma check up di klinik swasta aje (klinik panel).
Oleh itu aku rasakan perlu untuk aku tulis langkah-langkah / pengalaman aku cek di KKIA sebagai panduan dan rujukan aku di masa akan datang, juga boleh di jadikan panduan ibu-ibu yang lain.

Disebabkan kali pertama, maka aku pun haruslah selidik apa yang aku perlu buat.
Yelah aku dengar klinik kerajaan ni cerewet, nanti ada je benda yang tak cukup tak pasal-pasal di suruh balik. Buang karen aje datang :P
Jadi langkah yang aku ambil untuk menyelidik ialah:
1. Telefon rakan baik aku (Raja) dia ada pengalaman 2 anak bersalin di hospital kerajaan
2. Surf internet
3. Telefon ke klinik kerajaan berhampiran

Berdasarkan maklumat yang aku dapat, elok la PERTAMA SEKALI kita telefon ke KKIA yang berhampiran. Boleh saja nak walk-in tapi kalau tak yakin, elok lah telefon untuk mengelakkan kita mebuang masa (kiranya tersalah KKIA atau salah masa)
Macamana nak dapatkan contact number?? Senang aje, dail 100 tanyalah TELEKOM Malaysia Directory.
Macam aku duduk di Gombak. Aku pernah nampak ada klinik kerajaan di Gombak Setia, so aku call TELEKOM dan diaorang bagi aku nombor KKIA Gombak Setia. Senang kan.

Dah dapat nombor? Telefon aje lah. 
OK bila panggilan dah disambut, aku bagitahu la yang aku nak buat buku merah (sebab buku rekod ibu mengandung tu warna pink/ merah).
Perkara pertama, nurse akan tanya : "ALAMAT".
Alamat PENTING sebab kita kena pergi check-up di KKIA/ Klinik Desa (KD, bukan Kris Dayanti ye) yang terdekat dengan rumah kita. Kalau terdekat dengan office korang tu aku tak pasti la boleh atau tidak, yelah mudah untuk ibu bekerja kan checkup dekat dengan pejabat dan manalah tahu kut2 terbersalin waktu pejabat...kan senang. Elok la telefon dan tanya ye.
Aku duduk di Gombak, Batu 8. Di sebabkan termaktub (berhampiran)dengan KD batu 8, maka aku disuruh telefon ke KD batu 8. Jangan lupa mintak no telefon net KKIA yang kita di referkan ye. Kalau tak jenuh pula nak cari.
No telefon Klinik Desa, Batu 8 Gombak 03-6188 9704

Dail pulak KD Batu 8. 
Panggilan disambut, sama juga perkara pertama yang di tanya ialah ALAMAT.
Dah confirm memang dalam kawasan, maka mula la sesi soal jawab pendek dalam telefon.
Soalan yang aku tanya:
1. Waktu dan hari rawatan 
Jawapan: isnin & selasa. jam 8 pagi hingga 11 pagi

2. apa dokumen yang perlu dibawa
Jawapan: 
a)Fotokopi semua ini (sijil kahwin/ kad nikah, I/C isteri& suami)
b) sijil nikah (asal)
c) surat beranak anak yang sebelumnya. (kalau mengandung bukan anak pertama)
d) buku merah untuk anak yang sebelumya (kalau mengandung bukan anak pertama)

Itu aje yang perlu, tapi ingat lain KKIA maka lain dokumen yang diperlukan. Maka perkara yang penting dilakukan sebelum kali pertama ke KKIA ialah:
1. Dapatkan contact number KKIA yang patut dilawati
2. Telefon KKIA tersebut & tanya 2 soalan wajib yang aku tulis di atas.

Aku akan sambung mengenai lawatan hari pertama kemudian ye....keep on tuning :D


5 comments:

dhiera zainudin said...

nice sharing.. saya tak tahu nak start dr mana ni. tu yg dok google2 je~

My_Aqeelah said...

hi dhiera :D 1st time mommy ye. takpe just google around .byk org buat post mcm ni. yg penting mahu cari info. good luck.

fiza said...

terima kasih. info yg berguna..
anak pertama.

My_Aqeelah said...

maaf saya baru baca komen ni. semoga puan mendapat cahaya mata yg soleh. ameen

My_Aqeelah said...

maaf, saya baru baca komen ini.
saya masa mengandung sulung pun takde buku merah tu sebab check up dan bsalin di hospital swasta.
jadi memang takde bawa lah buku merah tu.
rasanya takde masalah kalau buku tu hilang cuma kalau boleh kena ingat lah kalau2 kita ada masalah sewaktu mengandung dulu sebagai rujukan untuk kehamilan yg terkini/ seterusnya.