Wednesday, February 24, 2010

My Name Is Khan

.
.
.
.
.


Owh aku dilanda demam Bollywood lagik, lebih tepat demam Shah Rukh Khan & Kajol.
Yess duo hebat ini telah pun menawan orang2 Malaysia yang kaki Bollywood (macam aku) sekali lagi dengan cerita terbaru yang lebih mengancam. Dah lama tak tengok diaorang bergandingan sama, last aku rasa Kabhi Kushi Kabhi Gham. Aku rasa diaorang nih memang serasi bergandingan.

Semalam kan aku MC hehehe tapi disebabkan En.Suami nak masuk office jugak, so aku pun tak nak duk umah sorang jek. Apa lagi tengok wayang beb. Aku peduli ape, sorang pun sorang lah. Janji aku dapat tengok movie nih, dah lama gile tak masuk panggung semenjak bersalin itu hari. Time dapat tiket tu pun aku cam blur which number kat tiket wayang tu yang tunjukkan no.panggung & no seat. HAHAHA. Lepas beli air F&N Stroberi large..aku pun carik panggung dan seat. Masuk aje panggung cite dah start 15 minit. Takpe takpe....still bleh paham jalan cite lagik. Isk masuk panggung baru 10 minit, air mata aku dah meleleh. Sedih aku tengok bila watak utama tu Rizvan (SRK) kena buli ngan kawan2 kat sekolah sebab dia ada Asperger Syndrome. Pas tu tengok pulak adik dia rasa neglected sebab mak dia lebih kan Rizvan ni...buat aku rasa tersentuh. Tapi yang tak bestnye bila Rizvan (Islam) ni kawin dengan Madhira (Hindu), tapi aspek lain aku rasa bagus. Antaranya mak Rizvan ni explain dalam dunia ni cuma ada 2 jenis orang aje iaitu orang baik dan orang jahat, takde bezanya walaupun berlainan agama (aku tak pandai nak menghuraikan dalam ayat yang lebih detail sebab aku rasa isu ini agak sensitif, risau salah tulis pulak). Basically citer ni more on how US treat Muslim after 9/11, dan perjalanan Rizvan untuk bertemu President of USA untuk memberitahu yang orang Muslim BUKAN terrorist. Sesiapa yang memang minat Hindustan dipersilakan ke panggung untuk menonton wayang nih selagi stok masih ada. Oleh kerana ke fanatikkan aku, aku bagi 4 bintang...huhuhuh.

Last but not least, memetik dialog Rizvan...........My Name is Khan and I'm NOT a Terrorist

Aku yang blank

Sejak pegi last appointment ngan Tengku Hanim, aku rasa tak berapa nak menulis. Aku dah terbayang-bayang masa hadapan aku as full time wife for 6 mo after surgery Aqeelah (kalau diizinkan Allah). Aku harap semua nya dipermudah kan Allah. Sebab lepas tu our income will drop since aku tak menyumbang lagi (will be 100% atas bahu En. Suami). Harap jugala aku boleh adjust dan mampu untuk melatih Aqeelah mendengar & bercakap.
Next 2 weeks ada date lagi dengan Tengku Hanim. 2 minggu lepas tu menyusul pulak date dengan surgeon kat HUKM. Nanti kena set date ngan CDC (Children Development Centre) HUKM pulak untuk tengok Aqeelah's growth (mental & physical). Cuti aku pun tinggal 18 hari je, ini baru bulan February :(
Semalam aku MC coz gi dentist cabut gigi. Jauh dentist aku tu..kat Batang Kali tau. Dentist ni murah dan tak sakit. Hehehehe itu yang penting. Nama klinik tu, Klinik Pergigian Hwong kat Bandar Baru Batang Kali. Aku amat2 recommend. Doc pun cam budak lepas grad jer, muda lagi. Baik dan sopan. Actually aku punya wisdom tooth belah bawah ni dah menimbulkan onar quite sumtimes, so 2 minggu lepas aku pi check-up kat one of dentist kat area OTK. Pas tu dia cakap kena buat minor surgery which cost RM500 - RM700. ohh mahalnye. Memanglah covered by company, tapi sementara tu kena pakai duit sendiri dulu, tak mampu deh.
Aku pun try pi klinik Hwong tu lepas member aku recommend. Tapi doc tu tak bley operate dulu, aku kena makan antibiotik 3 hari lepas tu baru bleh operate - harga pun ok RM300 jek. So semalam dia just cabut geraham atas aku jek, tapi tak sakit langsung beb (siap bley singgah main air kat Ulu Yam otw back ke Gombak hehehe). Geraham atas aku nih pun wisdom tooth punye set gak so tumbuh senget dan ade lobang yg agak tak best. so cabut jerk lah RM50 aje huhuhu.
I'm looking forward for next visit with Doc Hwong ;-)